🦋Berdakwahlah walau kau pendosa, semoga ia menjadi asbab untuk kau berubah menjadi lebih baik🕷️🕸️ 🦋Channel Created On 22 April 2019🕷️🕸️ 🦋Any requests or problems contact us at admin @onelove86
Rezeki takkan tersalah alamat. Kalau dah rezeki, pasti dapat.
Ikan yang di laut sekarang pun dah tertulis akan masuk ke pinggan siapa nanti. Nasi yang kita makan hari ni, daripada butir padi mana pun dah tertulis sampainya ke kita.
Allah dah susun dan dah diperaturkan proses sampailah ke kita.
Padi daripada tangan petani, ke tangan pekerja kilang proses padi jadi beras. Bersambung ke pihak yang menguruskan edaran ke gudang penyimpanan. Hantar pula ke supermarket.
Peniaga beli beras bawa balik buat nasi lemak. Jual tepi jalan seawal pagi.
Ayah kita beli nasi lemak. Bawa balik kita siap tunggu dekat meja makan, tinggal nak suap je.
Nampak tak macam mana rezeki tu sampai? Allah dah susun. Kita cuma usaha pergi meja makan dan menyuap nasi lemak tadi.
Macam mana pun, usaha wajib ada. Dalam masa sama yakin Allah tentukan rezeki yang terbaik.
Pasti ada, insyaAllah.
Begitulah.
— The Solusi
Pijah Sharing
🕊 @PenaDakwah ✒ツ
Sebab... Hati kita ni selalu berbalik.. Hari ini lain. Esok lain... So,kena sentiasa perelokkan.. Bukan untuk orang lain.. untuk diri sendiri.
🕊 @PenaDakwah ✒ツ
Kenapa perlu takut Jika hati kita sentiasa ada Allah?
🕊 @PenaDakwah ✒ツ
KALAM ULAMA'
"Lari dari apa yang menyakitimu akan semakin menyakitimu. Jangan lari, terlukalah sampai kamu sembuh"
Maulana Jalaluddin Ar Rumi
🕊 @PenaDakwah ✒ツ
KALAM ULAMA'
"Kau tak boleh menampakkan aib-aibmu dan mengumumkan dosa-dosamu, Sesungguhnya menampakkan dosa itu dimurkai oleh Allah yang Maha Mengetahui segala yang ghaib"
Syeikh Izzuddin Bin Abdussalam
🕊 @PenaDakwah ✒ツ
Doa Mohon Keampunan dan Keselamatan
عن ابن عمر رضي الله عنهما قَالَ: لَمْ يَكُنْ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يدع هؤلاء الكلمات إذا أصبح وَإذا أَمْسَى: اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَافِيَةَ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ فِي دِينِي وَدُنْيَايَ وَأَهْلِي وَمَالِي اللَّهُمَّ اسْتُرْ عَوْرَاتِي وَآمِنْ رَوْعَاتِي اللَّهُمَّ احْفَظْنِي مِنْ بَيْنَ يَدَيَّ وَمِنْ خَلْفِي وَعَنْ يَمِينِي وَعَنْ شِمَالِي وَمِنْ فَوْقِي وَأَعُوذُ بِعَظَمَتِكَ أَنْ أُغْتَالَ مِنْ تَحْتِي
Daripada Ibn Umar RA berkata: Nabi SAW tidak pernah meninggalkan doa-doa ini pada waktu petang dan pagi: “Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepada-Mu keampunan dan keselamatan (‘afiah) di dunia dan akhirat. Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon pada-Mu keampunan dan keselamatan (‘afiah) pada agamaku, duniaku, keluargaku dan hartaku. Ya Allah! Tutupilah aibku dan berilah ketenteraman di dalam hatiku. Ya Allah! Peliharalah aku dari hadapan, belakang, kanan, kiri, dan atasku, serta aku memohon perlindungan dengan keagungan-Mu daripada ancaman yang datang (dalam keadaan tidak sedar) dari bawahku.” (HR Abu Daud No: 5074) Status: Hadis Sahih
Penuntut Ilmu Sentiasa Dirahmati
عَنْ صَفْوَانَ بْنَ عَسَّالٍ الْمُرَادِيَّ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَا مِنْ خَارِجٍ خَرَجَ مِنْ بَيْتِهِ فِي طَلَبِ الْعِلْمِ إِلَّا وَضَعَتْ لَهُ الْمَلَائِكَةُ أَجْنِحَتَهَا رِضًا بِمَا يَصْنَعُ
Daripada Shafwan bin Assal Al Muradi, ia berkata, Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:"Tidaklah seseorang yang keluar dari rumahnya untuk menuntut ilmu kecuali para malaikat akan mengembangkan sayap-sayapnya untuk orang tersebut kerana redha dengan apa yang ia kerjakan." (Sunan Ibnu Majah No: 222) Status: Hasan Sahih
KALAM ULAMA'
"Tak seorang pun di dunia ini yang boleh memahamimu sekalipun ia orang terdekatmu. Sebagaimana Allah, dihadapanNya semua yang ada di hatimu terlihat jelas. Kembalilah kepadaNya. Kamu bicara atau tidak, Dia selalu memahamimu bahkan saat kamu tidak memahami dirimu sendiri"
Syeikh Mutawalli Asy Sya'rawi
🕊 @PenaDakwah ✒ツ
KALAM ULAMA'
"Ketika engkau merasa ada manusia yang membencimu, maka jadikanlah redha Allah sebagai sebaik-baik penghibur yang membuatmu sibuk dari pada memikirkan rasa benci mereka"
Syeikh Said Ramadhan Al Bouti
🕊 @PenaDakwah ✒ツ
Seseorang yang berjaya itu bermula dengan kejatuhan. Jangan pernah mengalah andai anda jatuh. Kutiplah serpihan semangat itu, cantum dan kembalilah menjadi orang yang hebat. Belajarlah daripada kesilapan yang kita lakukan. Orang yang berjaya tidak akan jatuh dalam kesilapan yang sama karena dia belajar daripada kesilapan itu.
#KataMutiaraBidadari 💎
🕊 @PenaDakwah ✒ツ
KALAM ULAMA'
"Apabila kamu mencintai orang-orang soleh dan kamu tidak mengetahui apa sebab cinta itu, maka ketahuilah bahwasanya Allah S.W.T mencintai mereka dan memerintahkan hatimu untuk mencintai mereka"
Sayyid Muhammad Bin Alawi Al Maliki
🕊 @PenaDakwah ✒ツ
KALAM ULAMA'
"Kesabaran adalah ketika hati tidak merasa marah terhadap apa yang sudah ditakdirkan dan mulut tidak mengeluh"
Ibnul Qoyyim
🕊 @PenaDakwah ✒ツ
Anas bin Malik menceritakan bahawa Nabi S.A.W apabila memasuki bulan Rejab, maka Baginda mengatakan:
اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغنا رمضان
“Ya Allah, berkatilah kami di Rejab dan Syaaban dan berkatilah kami di bulan Ramadan).”Читать полностью…
(Al-Bazzar, al-Tabrani, dan al-Bayhaqi)
Tarikh 1 Rejab bagi tahun 1445H bersamaan tahun 2025 Masihi adalah pada 1 Januari 2025 (Rabu)
*bermula waktu Maghrib, 31 Disember (Selasa).
🕊 @PenaDakwah ✒ツ
KALAM ULAMA'
"Sesungguhnya fitnah yang terbesar bagi ahli ilmu pada zaman kita ini, keinginan untuk mendapatkan kemasyhuran dan pujian manusia"
Syeikh Mufti Taqi Uthmani
🕊 @PenaDakwah ✒ツ
Jika sudah tertulis pasti dan pasti akan menjadi milikmu.
🕊 @PenaDakwah ✒ツ
"Usah terlalu mengejar perkara yang sudah dijamin, kejarlah perkara yang sedang dituntut."
Ketakutan soal jodoh kadangnya membuatkan kita terlalu takut dengan "apa orang akan kata", "apa yang orang akan sangka" . Memuaskan hati semua orang bukan kemampuan kita.
Tenang-tenang sahaja, teruskan memperbaiki diri menjadi yang terbaik, kerana di saat kamu berusaha menjadi yang terbaik, "dia" juga sedang berjuang menjadi yang terbaik.
Percayalah, Tuhan sedang mempersiapkan yang terbaik buat kamu, kamu hanya perlu bersangka baik dan terus bersabar.
Berdoalah, semooga dikurniakan pada masa yang terbaik, keadaan yang terbaik dan "yang terbaik."
JentikHati
🕊 @PenaDakwah ✒ツ
KALAM ULAMA'
"Setan bijak menggoda manusia yang sedang menyesali kesalahannya, menjadikan mereka ekstrem dalam penyesalan, sampai-sampai putus asa dari rahmatNya"
Gus Baha
🕊 @PenaDakwah ✒ツ
KALAM ULAMA'
"Perumpamaan orang yang mengikuti hawa nafsunya seperti bayi di masa kecilnya, tidak memikirkan sesuatu selain bermain"
Habib Umar Bin Hafidz
🕊 @PenaDakwah ✒ツ
Yang runtuh cuma air mata, bukan harga diri. Kamu tetap mahal, walaupun mulut orang cuba merendahkan kamu.
Sekarang, kamu perlu tahu. Takkanlah Allah ciptakan kamu sesempurna ini hanya untuk merugikan. Pasti ada sesuatu yang kamu boleh buktikan.
- inche_lebah
🕊 @PenaDakwah ✒ツ
Perempuan jangan pakai pakaian yang menjadi selera orang lelaki.
- Habib Ali Zaenal Abidin -
🕊 @PenaDakwah ✒ツ
KALAM ULAMA'
"Jika semua yang ada di sekitar tampak gelap, lihatlah lagi, mungkin kamu adalah cahaya"
Maulana Jalaluddin Ar Rumi
🕊 @PenaDakwah ✒ツ
KALAM ULAMA'
"Ketika cinta tidak diterima berpindahlah, ketika cinta tidak dihargai menjauhlah, semoga waktu akan mengajari anda apa itu cinta sejati"
Maulana Jalaluddin Ar Rumi
🕊 @PenaDakwah ✒ツ
Yang runtuh cuma air mata, bukan harga diri. Kamu tetap mahal, walaupun mulut orang cuba merendahkan kamu.
Sekarang, kamu perlu tahu. Takkanlah Allah ciptakan kamu sesempurna ini hanya untuk merugikan. Pasti ada sesuatu yang kamu boleh buktikan.
- inche_lebah
🕊 @PenaDakwah ✒ツ
KALAM ULAMA'
"Suatu saat hatimu akan membawamu ke kekasihmu. Suatu saat jiwamu akan membawamu ke orang yang tercinta Jangan tersesat dengan rasa sakitmu, ketahuilah suatu saat rasa sakitmu akan menjadi ubatmu"
Maulana Jalaluddin Ar Rumi
🕊 @PenaDakwah ✒ツ
Peristiwa bulan Rejab
Banyak peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah antaranya:
(1) Peristiwa Isra’ Mikraj.
Peristiwa agung 27 Rejab iaitu Baginda Rasulullah S.A.W telah diperjalankan oleh Allah dari Makkah ke Baitul Maqdis di waktu malam dan ketika itu juga sekali lagi dibelahnya dada Baginda Rasul S.A.W. Kemudian diangkatnya Baginda Rasul ke langit bertemu Allah, dan Allah telah memerintahkan kewajipan ibadah solat 5 waktu kepada umat Baginda Rasul.
(2) Penghijrahan pertama ke Habsyah.
Akibat ditekan oleh Musyrikin Makkah, para Sahabat mengadu kepada Baginda Rasulullah S.A.W, lalu Baginda Rasul menyarankan umat Islam berhijrah buat kali pertama ke Wilayah Habsyah walaupun Raja Habsyah ketika itu bukanlah seorang Muslim, namun Raja Habsyah seorang yang baik dan menjamin keselamatan orang Islam.
(3) Peperangan Tabuk.
Berlaku pada tahun 9 Hijrah, dan tiada pertempuran apabila tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dan gerun kepada kekuatan serta kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi sebarang kesukaran, menempuh musim panas, terik, serta lokasi Tabuk yang sangat jauh (di antara Hijjaz dan Syam).
(4) Imam Syafie meninggal dunia.
Beliau merupakan salah seorang dari empat imam mazhab besar dalam dunia feqah dan pengasas kepada Mazhab Syafie. Beliau berasal dari Gaza dan dilahirkan juga pada bulan Rejab tahun 150 Hijrah bersamaan tahun pemergian Imam Abu Hanifah.
(5) Pembebasan kedua Baitul Maqdis.
Tentera Islam yang dipimpin oleh Solahuddin Al-Ayubi telah Berjaya menawan kembali Baitul Maqdis kali kedua (583 Hijrah) menewaskan tentera Salib yang menjajah kawasan tersebut selepas pembukaan pertama oleh Saidina Umar Al-Khattab R.A.
KALAM ULAMA'
"Seorang pecinta tak akan pernah takut terjatuh, kerana dia yakin kekasihnya akan memeluknya"
Maulana Jalaluddin Ar Rumi
🕊 @PenaDakwah ✒ツ