penadakwah | Unsorted

Telegram-канал penadakwah - 🕊PenaDakwah✒ツ

4465

🦋Berdakwahlah walau kau pendosa, semoga ia menjadi asbab untuk kau berubah menjadi lebih baik🕷️🕸️ 🦋Channel Created On 22 April 2019🕷️🕸️ 🦋Any requests or problems contact us at admin @oneloveprincessnur

Subscribe to a channel

🕊PenaDakwah✒ツ

Penuntut Ilmu Sentiasa Dirahmati

عَنْ صَفْوَانَ بْنَ عَسَّالٍ الْمُرَادِيَّ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَا مِنْ خَارِجٍ خَرَجَ مِنْ بَيْتِهِ فِي طَلَبِ الْعِلْمِ إِلَّا وَضَعَتْ لَهُ الْمَلَائِكَةُ أَجْنِحَتَهَا رِضًا بِمَا يَصْنَعُ

Daripada Shafwan bin Assal Al Muradi, ia berkata,  Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:"Tidaklah seseorang yang keluar dari rumahnya untuk menuntut ilmu kecuali para malaikat akan mengembangkan sayap-sayapnya untuk orang tersebut kerana redha dengan apa yang ia kerjakan." (Sunan Ibnu Majah No: 222)  Status: Hasan Sahih

Читать полностью…

🕊PenaDakwah✒ツ

KALAM ULAMA'

"Tak seorang pun di dunia ini yang boleh memahamimu sekalipun ia orang terdekatmu. Sebagaimana Allah, dihadapanNya semua yang ada di hatimu terlihat jelas. Kembalilah kepadaNya. Kamu bicara atau tidak, Dia selalu memahamimu bahkan saat kamu tidak memahami dirimu sendiri"

Syeikh Mutawalli Asy Sya'rawi
🕊 @PenaDakwah ✒ツ

Читать полностью…

🕊PenaDakwah✒ツ

KALAM ULAMA'

"Ketika engkau merasa ada manusia yang membencimu, maka jadikanlah redha Allah sebagai sebaik-baik penghibur yang membuatmu sibuk dari pada memikirkan rasa benci mereka"

Syeikh Said Ramadhan Al Bouti
🕊 @PenaDakwah ✒ツ

Читать полностью…

🕊PenaDakwah✒ツ

Seseorang yang berjaya itu bermula dengan kejatuhan. Jangan pernah mengalah andai anda jatuh. Kutiplah serpihan semangat itu, cantum dan kembalilah menjadi orang yang hebat. Belajarlah daripada kesilapan yang kita lakukan. Orang yang berjaya tidak akan jatuh dalam kesilapan yang sama karena dia belajar daripada kesilapan itu.

#KataMutiaraBidadari 💎
🕊 @PenaDakwah ✒ツ

Читать полностью…

🕊PenaDakwah✒ツ

KALAM ULAMA'

"Apabila kamu mencintai orang-orang soleh dan kamu tidak mengetahui apa sebab cinta itu, maka ketahuilah bahwasanya Allah S.W.T mencintai mereka dan memerintahkan hatimu untuk mencintai mereka"

Sayyid Muhammad Bin Alawi Al Maliki
🕊 @PenaDakwah ✒ツ

Читать полностью…

🕊PenaDakwah✒ツ

KALAM ULAMA'

"Kesabaran adalah ketika hati tidak merasa marah terhadap apa yang sudah ditakdirkan dan mulut tidak mengeluh"

Ibnul Qoyyim
🕊 @PenaDakwah ✒ツ

Читать полностью…

🕊PenaDakwah✒ツ

Anas bin Malik menceritakan bahawa Nabi S.A.W apabila memasuki bulan Rejab, maka Baginda mengatakan:


اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغنا رمضان

“Ya Allah, berkatilah kami di Rejab dan Syaaban dan berkatilah kami di bulan Ramadan).”

(Al-Bazzar, al-Tabrani, dan al-Bayhaqi)

Читать полностью…

🕊PenaDakwah✒ツ

Tarikh 1 Rejab bagi tahun 1445H bersamaan tahun 2025 Masihi adalah pada 1 Januari 2025 (Rabu)
*bermula waktu Maghrib, 31 Disember (Selasa).

🕊 @PenaDakwah ✒ツ

Читать полностью…

🕊PenaDakwah✒ツ

KALAM ULAMA'

"Allah mengajarkan padamu agar tidak mempercepat rezekimu, kalau sampai waktunya, akan datang yang mengetuk pintu rezekimu. Bersabarlah, tidak ada anugerah yang diberikan pada manusia menyerupai sabar. Itulah gudang terbesar"

Maulana Syeikh Dr Yusri Rusydi Jabr Al Hasani
🕊 @PenaDakwah ✒ツ

Читать полностью…

🕊PenaDakwah✒ツ

Semoga kita semua diberi kekuatan untuk lalui hari² yang mendatang.

Читать полностью…

🕊PenaDakwah✒ツ

KALAM ULAMA'

"Demi Allah, tidak diberkahi suatu aktiviti (kerja) yang membuatmu lupa pada panggilan 'Allahu Akbar' (Azan), kerana kamu sibuk dengan nikmat, tapi melupakan Sang Pemberi Nikmat"

Syeikh Mutawalli As Sya'rawi
🕊 @PenaDakwah ✒ツ

Читать полностью…

🕊PenaDakwah✒ツ

Nikmat terbesar selepas iman & islam adalah ditutup segala keaiban kita. Bayangkan kalau terbuka walau satu aib 😭

Hargailah pemberian Allah swt ini dengan beramal soleh sehingga diredhaiNya. 😢

Читать полностью…

🕊PenaDakwah✒ツ

Zikir Penghapus Dosa Sebanyak Buih Dilaut

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ سَبَّحَ اللَّهَ فِي دُبُرِ كُلِّ صَلَاةٍ ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ وَحَمِدَ اللَّهَ ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ وَكَبَّرَ اللَّهَ ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ فَتْلِكَ تِسْعَةٌ وَتِسْعُونَ وَقَالَ تَمَامَ الْمِائَةِ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ غُفِرَتْ خَطَايَاهُ وَإِنْ كَانَتْ مِثْلَ زَبَدِ الْبَحْرِ

Daripada Abu Hurairah dari Rasulullah SAW  baginda bersabda: "Barangsiapa bertasbih kepada Allah selepas solat sebanyak tiga puluh tiga kali, dan bertahmid kepada Allah tiga puluh tiga kali, dan bertakbir kepada Allah tiga puluh tiga kali, hingga semuanya berjumlah sembilan puluh sembilan, dan baginda  menambah dan kesempurnaan seratus adalah membaca - Laa ilaaha illallah wahdahu laa syariika lahu, lahul mulku walahul walahul hamdu wahuwa 'alaa kulli syai'in qadiir - (Tiada Tuhan melainkan Allah yang tunggal tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nyalah kerajaan dan puji-pujian, dan Dia berkuasa membuat segala sesuatu), maka kesalahannya akan diampunkan walau sebanyak buih di lautan." (HR Muslim No: 939) Status: Hadis Sahih

Читать полностью…

🕊PenaDakwah✒ツ

O R A N G Y A N G H A R A M
D I S E N T U H A P I
N E R A K A

1️⃣ HAYYIN

Orang yang tidak mudah marah. Dia juga tidak suka mengutuk kelemahan dan keburukan orang lain. Jiwanya sangat teduh dan tenang

2️⃣ LAYYIN

Orang yang polite, sopan dan baik dalam kata-katanya. Lemah lembut dan tidak suka bersikap kasar dan sentiasa mahu kebaikan untuk orang lain. Tidak marah dengan mudah jika berbeza pendapat

3️⃣ QARIB

Orang yang sentiasa dekat dan ada ketika diperlukan, orang yang senang didekati. Seseorang yang mempunyai sikap murah senyuman, mesra dan akrab terhadap orang lain. Dia mempunyai wajah yang berseri dan selalu menyampaikan salam

4️⃣ SAHL

Orang yang easy to deal with, tidak menyukarkan sesuatu perkara, tidak suka berbelit-belit, tidak suka mengganggu orang lain dan sentiasa membantu menyelesaikan masalah orang lain

#ShortnotesKuliah

Читать полностью…

🕊PenaDakwah✒ツ

Dua Nikmat Yang Sering Dilupakan

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نِعْمَتَانِ مَغْبُونٌ فِيهِمَا كَثِيرٌ مِنْ النَّاسِ الصِّحَّةُ وَالْفَرَاغُ

Daripada Ibnu Abbas RA dia berkata; Nabi SAW bersabda: "Dua kenikmatan yang sering dilupakan oleh kebanyakan manusia adalah kesihatan dan waktu lapang."  (HR Bukhari No: 5933) Status: Hadis Sahih

Читать полностью…

🕊PenaDakwah✒ツ

Yang runtuh cuma air mata, bukan harga diri. Kamu tetap mahal, walaupun mulut orang cuba merendahkan kamu.

Sekarang, kamu perlu tahu. Takkanlah Allah ciptakan kamu sesempurna ini hanya untuk merugikan. Pasti ada sesuatu yang kamu boleh buktikan.

- inche_lebah
🕊 @PenaDakwah ✒ツ

Читать полностью…

🕊PenaDakwah✒ツ

Perempuan jangan pakai pakaian yang menjadi selera orang lelaki.

- Habib Ali Zaenal Abidin -
🕊 @PenaDakwah ✒ツ

Читать полностью…

🕊PenaDakwah✒ツ

KALAM ULAMA'

"Jika semua yang ada di sekitar tampak gelap, lihatlah lagi, mungkin kamu adalah cahaya"

Maulana Jalaluddin Ar Rumi
🕊 @PenaDakwah ✒ツ

Читать полностью…

🕊PenaDakwah✒ツ

KALAM ULAMA'

"Ketika cinta tidak diterima berpindahlah, ketika cinta tidak dihargai menjauhlah, semoga waktu akan mengajari anda apa itu cinta sejati"

Maulana Jalaluddin Ar Rumi
🕊 @PenaDakwah ✒ツ

Читать полностью…

🕊PenaDakwah✒ツ

Yang runtuh cuma air mata, bukan harga diri. Kamu tetap mahal, walaupun mulut orang cuba merendahkan kamu.

Sekarang, kamu perlu tahu. Takkanlah Allah ciptakan kamu sesempurna ini hanya untuk merugikan. Pasti ada sesuatu yang kamu boleh buktikan.

- inche_lebah
🕊 @PenaDakwah ✒ツ

Читать полностью…

🕊PenaDakwah✒ツ

KALAM ULAMA'

"Suatu saat hatimu akan membawamu ke kekasihmu. Suatu saat jiwamu akan membawamu ke orang yang tercinta Jangan tersesat dengan rasa sakitmu, ketahuilah suatu saat rasa sakitmu akan menjadi ubatmu"

Maulana Jalaluddin Ar Rumi
🕊 @PenaDakwah ✒ツ

Читать полностью…

🕊PenaDakwah✒ツ

Peristiwa bulan Rejab


Banyak peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah antaranya:


(1) Peristiwa Isra’ Mikraj.

Peristiwa agung 27 Rejab iaitu Baginda Rasulullah S.A.W telah diperjalankan oleh Allah dari Makkah ke Baitul Maqdis di waktu malam dan ketika itu juga sekali lagi dibelahnya dada Baginda Rasul S.A.W. Kemudian diangkatnya Baginda Rasul ke langit bertemu Allah, dan Allah telah memerintahkan kewajipan ibadah solat 5 waktu kepada umat Baginda Rasul.


(2) Penghijrahan pertama ke Habsyah.

Akibat ditekan oleh Musyrikin Makkah, para Sahabat mengadu kepada Baginda Rasulullah S.A.W, lalu Baginda Rasul menyarankan umat Islam berhijrah buat kali pertama ke Wilayah Habsyah walaupun Raja Habsyah ketika itu bukanlah seorang Muslim, namun Raja Habsyah seorang yang baik dan menjamin keselamatan orang Islam.


(3) Peperangan Tabuk.

Berlaku pada tahun 9 Hijrah, dan tiada pertempuran apabila tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dan gerun kepada kekuatan serta kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi sebarang kesukaran, menempuh musim panas, terik, serta lokasi Tabuk yang sangat jauh (di antara Hijjaz dan Syam).


(4) Imam Syafie meninggal dunia.

Beliau merupakan salah seorang dari empat imam mazhab besar dalam dunia feqah dan pengasas kepada Mazhab Syafie. Beliau berasal dari Gaza dan dilahirkan juga pada bulan Rejab tahun 150 Hijrah bersamaan tahun pemergian Imam Abu Hanifah.


(5) Pembebasan kedua Baitul Maqdis.

Tentera Islam yang dipimpin oleh Solahuddin Al-Ayubi telah Berjaya menawan kembali Baitul Maqdis kali kedua (583 Hijrah) menewaskan tentera Salib yang menjajah kawasan tersebut selepas pembukaan pertama oleh Saidina Umar Al-Khattab R.A.

Читать полностью…

🕊PenaDakwah✒ツ

KALAM ULAMA'

"Seorang pecinta tak akan pernah takut terjatuh, kerana dia yakin kekasihnya akan memeluknya"

Maulana Jalaluddin Ar Rumi
🕊 @PenaDakwah ✒ツ

Читать полностью…

🕊PenaDakwah✒ツ

Tiada apa yang perlu kamu takut, selagi perintah Allah kamu dah ikut.

Kamu tak sakiti dia pun, tetapi kamu sedang menyakiti fikiran kamu.

Kamu sedang berburuk sangka, sedangkan sangkaan itu adalah racun yang paling terburuk.

Sekarang, bersangka baiklah. Maka, hal-hal baik akan datang tanpa kamu jangka.

- inche_lebah
🕊 @PenaDakwah ✒ツ

Читать полностью…

🕊PenaDakwah✒ツ

Kau akhirilah hayat kami dengan husnul khotimah. Aamiin🤲

Читать полностью…

🕊PenaDakwah✒ツ

KALAM ULAMA'

"Syurga dikelilingi oleh apa yang tidak kita sukai, api neraka dikelilingi oleh apa yang kita inginkan"

Maulana Jalaluddin Ar Rumi
🕊 @PenaDakwah ✒ツ

Читать полностью…

🕊PenaDakwah✒ツ

KALAM ULAMA'

"Suatu saat hatimu akan membawamu ke kekasihmu. Suatu saat jiwamu akan membawamu ke orang yang tercinta. Jangan tersesat dengan rasa sakitmu, ketahuilah suatu saat rasa sakitmu akan menjadi ubatmu"

Maulana Jalaluddin Ar Rumi
🕊 @PenaDakwah ✒ツ

Читать полностью…

🕊PenaDakwah✒ツ

the beauty of having a daughter 🤍🎀

Читать полностью…

🕊PenaDakwah✒ツ

Benih tak pernah hilang, ia sedang menumbuh, walaupun kamu tak nampak benih di depan mata.

Begitu juga dia, dia tak pernah hilang, dia sedang belajar untuk sembuh, walaupun kamu tak nampak dia seketika.

- inche_lebah
🕊 @PenaDakwah ✒ツ

Читать полностью…

🕊PenaDakwah✒ツ

Berbakti Kepada Ibu

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ أَتَى رَجُلٌ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ مَا تَأْمُرُنِي قَالَ بَرَّ أُمَّكَ ثُمَّ عَادَ فَقَالَ بَرَّ أُمَّكَ ثُمَّ عَادَ الرَّابِعَةَ فَقَالَ بَرَّ أَبَاكَ

Daripada Abu Hurairah RA, dia berkata; Seorang laki-laki mendatangi Rasulullah SAW seraya bertanya; "Apa yang engkau perintahkan kepadaku?" maka baginda bersabda: "Berbaktilah kepada ibumu, "lalu ia mengulangi pertanyaannya, dan baginda bersabda: "Berbaktilah kepada ibumu," lalu ia mengulangi pertanyaannya hingga yang keempat kalinya, maka baginda bersabda: "Berbaktilah kepada bapamu." (HR Ahmad No: 8850) Status: Hassan

Читать полностью…
Subscribe to a channel