Teruskan menghukum, jika sudah sempurna. 💙 Ruang pertama bermonolog ➡ http://sekadarmonolog.wordpress.com/ 💙 Monolog ikhlas @zulaikhahzawawi
@sekadarmonolog
“Benar kata akal,
Jangan percaya kata hati malam hari,
Belum tentu pagi setuju.”
@sekadarmonolog
Untuk setiap hal yang tak bisa aku kendalikan,
Aku tahu itu adalah ujian dari Tuhan,
Supaya aku terus berjuang.
@sekadarmonolog
“Hargailah sebelum peduli menjadi terserah.”
@sekadarmonolog
Ketika aku sedang buruk,
Dalam menyampaikan perkataanku,
Semoga kamu pandai membaca mataku,
Kerana ia lebih bisa berterus-terang.
-aksarakinan
@sekadarmonolog
Semoga kita selalu punya banyak cara,
Untuk jatuh cinta setiap hari.
@sekadarmonolog
Percayalah,
Kita akan bahagia,
Jika kita mula menghargai,
Hal-hal kecil dari seseorang.
Kerana bukti dicintai itu bukanlah hanya,
Apabila seseorang sanggup melakukan hal-hal besar untuk kita,
Tetapi apabila seseorang sanggup melakukan hal-hal kecil untuk kita.
@sekadarmonolog
Kedengaran butir-butir hujan lebat yang turun,
Seolah-olah memahami isi hatiku,
Sedang tidak baik-baik sahaja.
Kedengaran butir-butir hujan lebat yang turun,
Seolah-olah memahami ruang sepiku,
Dan membuat sunyi disekelilingku bertambah kedengaran.
@sekadarmonolog
Dan di detik ini,
Aku sangat bersyukur,
Kerana Tuhan telah memilih dia untuk melihat kelebihan aku,
Kerana Tuhan telah memilih dia untuk menerima kekurangan aku,
Kerana Tuhan telah memilih dia untuk berjalan di samping aku,
Kerana Tuhan telah mempertemukan kami.
@sekadarmonolog
Benarlah,
Bukti kita benar-benar mencintai seseorang adalah,
Bukan semata-mata kerana kelebihannya,
Tetapi di saat kita masih mampu mencintainya,
Di saat segala kekurangannya terserlah.
@sekadarmonolog
Jatuh cintalah kepada,
Orang yang faham dirinya sedang dicintai.
Dengan cara itu,
Kau tidak akan terlalu berusaha,
Untuk mendapat kasih sayang darinya,
Untuk mendapat perhatian darinya,
Untuk mendapat masa darinya.
@sekadarmonolog
Percaya lah,
Jika kamu bersama orang yang tepat,
Apa saja hal yang perlu dilalui,
Kalian akan mampu tempuhi.
Jika kamu bersama orang yang tepat,
Apa saja hal yang mendatang,
Kalian akan mampu lewati.
@sekadarmonolog
“Tidak perlu lebih hebat dari orang lain,
Cukup lebih baik dari diri kita yang kelmarin.”
@sekadarmonolog
Perasaan terburuk?
Bangun di pagi hari,
Mengingat apa yang ingin dilupakan tadi malam.
@sekadarmonolog
Dia tidak akan mencintaiku sesuai ekspektasiku.
Dia akan mencintaiku sesuai caranya.
Seringkas itu mindsetku sekarang.
@sekadarmonolog
Ingatlah,
‘Percaya’ juga boleh berubah menjadi ‘perdaya’.
Yang dulunya terlalu percaya,
Pada akhirnya mungkin boleh terpedaya.
Yang dulunya menerima seluruh percaya,
Pada akhirnya mungkin boleh memperdaya.
@sekadarmonolog
Untuk semua kepedihan dan kesedihan yang kita lalui,
Bersabarlah,
Bertahanlah.
Kerana Tuhan tahu,
Batas kemampuan setiap dari kita.
@sekadarmonolog
Setelah tidur tidak lagi dapat melenyapkan bising isi kepala,
Lalu aku mendongak ke langit untuk berasa lebih dekat dengan-Nya,
Dan disitulah aku menemui ketenangan yang sebenarnya.
@sekadarmonolog
“Aku duduk dengan amarahku cukup lama,
Sehingga ia memberitahuku bahawa,
Nama aslinya adalah kesedihan.”
@sekadarmonolog
“Tuhan,
Untuk kali ini saja,
Aku mohon padaMu,
Menangkan aku dalam ceritaku.”
@sekadarmonolog
Jangan sering berharap,
Orang-orang mampu membuat kita bahagia,
Sebaliknya,
Kitalah yang harus berusaha,
Untuk membuat orang lain bahagia juga.
@sekadarmonolog
Memang benar,
Kita takkan mampu memadam seseorang,
Dari ingatan kita untuk selamanya.
Tetapi sekurangnya,
Kita perlu berusaha tidak menoleh ke belakang lagi,
Dan tidak hidup dalam bayang-bayang masa lalu.
@sekadarmonolog
Kamu,
Telah membuktikan bahawa kamu mampu,
Menghargai sekecil-kecil keistimewaanku,
Dan menerima sebesar-besar kelemahanku.
@sekadarmonolog
Percayalah,
Untuk mencintai aku itu tidak mudah,
Kerana bahkan aku pernah berkali-kali mengalah,
Untuk mencintai diri sendiri.
Dan aku berharap,
Kamu tidak akan pernah mengalah,
Dalam urusan mencintaiku.
@sekadarmonolog
Terima kasih Tuhan,
Kerana Kau telah mengurniakan aku,
Satu jiwa yang menghargai sekecil-kecil keistimewaanku,
Dan menerima sebesar-besar kelemahanku.
@sekadarmonolog
Semoga,
Apa yang disemogakan,
Akan menjadi kenyataan suatu hari nanti.
@sekadarmonolog
“Menikahlah dengan lelaki yang mengusahakan semuanya untukmu,
Menjaga perasaanmu kerana takut kehilanganmu,
Kerana seumur hidup itu lama.
Jadi carilah dia yang cintanya lebih besar darimu,
Agar manjamu dibalas manja,
Lukamu dibalas tawa,
Tangismu dibalas pelukan,
Bukan yang selalu memintamu dewasa,
Dan menjadikanmu terpuruk.”
@sekadarmonolog
Dan pada akhirnya,
Satu-persatu kenangan dan hal tentang masa lalu,
Seolah-olah pergi meninggalkan aku dengan sendiri.
Dan pada akhirnya,
Satu-persatu kenangan dan hal tentang masa lalu,
Seolah-olah hilang dengan perlahan-lahan tanpa paksaan.
Dan pada akhirnya,
Satu-persatu kenangan dan hal tentang masa lalu yang lupus,
Menyedarkan aku supaya aku perlu fokus pada masa akan datang.
@sekadarmonolog
Maaf jika aku membuatmu gusar,
Sesekali aku juga ingin ditenangkan,
Sesekali aku juga ingin diyakinkan,
Sesekali aku juga ingin difahamkan,
Bahawa perasaan kau tidak sesekali berubah,
Tetapi hanya keadaan yang menimbulkan keresahan.
@sekadarmonolog
Bertahan,
Bukan hanya untuk sebelah pihak,
Tapi kedua-kedua pihak.
Bertahan,
Bukan hanya tanggungjawab salah seorang,
Tapi kedua-duanya perlu saling.
Bertahan,
Bukan hanya atas rasa cinta,
Tapi dengan penuh kesabaran.
@sekadarmonolog
“Tuhan,
Izinkan aku berhasil,
Di atas keraguanku sendiri.”