Teruskan menghukum, jika sudah sempurna. 💙 Ruang pertama bermonolog ➡ http://sekadarmonolog.wordpress.com/ 💙 Monolog ikhlas @zulaikhahzawawi
@sekadarmonolog
Bukan fizikal yang lemah,
Tetapi fikiran yang sedang lelah.
@sekadarmonolog
Jika aku berkata “penat”,
Jangan pernah berkata “sabarlah”.
Aku cuma ingin didengar,
Aku cuma ingin diberi perhatian.
@sekadarmonolog
“And behind every person you met or crossed path with,
There’s always a lesson.
Perhaps.”
@sekadarmonolog
Dikejar itu mungkin tidak menyenangkan bagi kamu,
Dan mungkin sedikit melelahkan bagi aku,
Tetapi percayalah,
Pada akhirnya,
Aku akan berhenti mengejar dan berjuang.
@sekadarmonolog
Sakit,
Bila kita bermati-matian berjuang,
Namun akhirnya kita dibuang.
@sekadarmonolog
Aku fikir fasa sedihku sudah berakhir,
Tetapi, tidak mungkin.
@sekadarmonolog
Tak ada orang yang mampu memenuhi segala kehendakmu,
Dan kamu juga tak mampu memenuhi segala kehendak orang lain.
Berhenti lah untuk mencari yang sempurna,
Sebaliknya mula lah untuk menyempurnakan.
@sekadarmonolog
“Maaf jika bersamaku tidak seindah saat bersama masa lalumu,
Maaf jika bersamaku tidak seperti harapanmu,
Aku hanya wanita yang penuh luka.”
@sekadarmonolog
Bukan kamu tidak layak dilayan dengan baik,
Cuma kamu belum menemui orang yang tepat.
@sekadarmonolog
Aku sudah lelah untuk menunggu lama,
Kerana dulunya aku pernah menunggu bertahun-tahun lamanya,
Tetapi akhirnya aku dibuang seperti tidak ada apa-apa,
Dilayan seperti tidak bermakna apa-apa.
@sekadarmonolog
Tak pernah meminta untuk dicintai ramai,
Hanya meminta untuk dicintai seseorang.
@sekadarmonolog
Berterima kasihlah pada luka,
Dulunya kamu mungkin hilang,
Tapi percayalah,
Setelah sembuh dari luka,
Kamu akan segera pulang.
@sekadarmonolog
“Akhirnya ku menemukanmu,
Saat hati ini mulai meragu.”
@sekadarmonolog
Yang kamu rasa baik untukmu,
Belum tentu baik bagimu,
Begitu juga sebaliknya.
Jangan terlalu memaksa kenyataan,
Untuk mengikut alur ceritamu.
Sedarlah,
Kamu hanya pelakon di pentas dunia.
Yang mengarang dan tahu pengakhiran ceritamu,
Hanya Dia— Yang Maha Esa.
@sekadarmonolog
“Siapakah dirimu tuan?
Doamu begitu kuat,
Sehingga semua lelaki yang aku inginkan,
Gagal untuk aku dapatkan.”
@sekadarmonolog
Sedang berusaha memperlakukan orang lain,
Sebagaimana aku diperlakukan.
@sekadarmonolog
Benarlah kata orang,
Apa yang sudah hancur,
Takkan mampu untuk hancur lagi.
Benarlah kata orang,
Bunga yang sudah mati,
Tak usah disiram kembali.
@sekadarmonolog
Aku percaya,
Yang hilang pasti akan terganti,
Cepat atau lambat.
@sekadarmonolog
Kamu mahu tahu,
Kenapa aku memilih kamu?
Bukan kerana aku tiada pilihan,
Apatah lagi kerana aku kesepian.
Tetapi kerana kamu mampu membuatku nyaman,
Kamu mampu memberiku kepastian.
@sekadarmonolog
Satu persatu hal,
Satu persatu orang,
Telah pergi meninggalkan aku,
Bakal pergi meninggalkan aku.
Adakah memang takdir hidupku begini,
Sekadar persinggahan untuk semua hal dan orang?
Dan memang takdirku untuk hidup sendirian?
@sekadarmonolog
Semoga kita mampu menjaga rasa ini,
Semoga kita mampu menjaga kesuciannya,
Semoga kita mampu saling menjaga batasannya,
Semoga kita mampu saling menjaga keikhlasan ini,
Sehingga akhirnya kita disatukan,
Oleh ijab dan kabul.
@sekadarmonolog
Terasa seperti masih belum cukup,
Terasa seperti masih tidak lengkap,
Terasa seperti masih lagi kosong.
Apa lagi yang belum?
Mungkin,
Rasa syukur yang belum banyak.
@sekadarmonolog
Bukan sempurna yang aku cari,
Tetapi yang saling ingin menyempurnakan,
Yang saling ingin menegur dan menerima,
Yang saling ingin memperbaiki dan mempercayai.
@sekadarmonolog
Setidaknya,
Jika dia bukan jodohku sekalipun,
Aku telah menemukan seseorang yang ikhlas,
Dan aku tidak mengharapkan lebih dari itu.
@sekadarmonolog
Kita dulu pernah memberi sepenuh rasa,
Sehingga kini sudah tidak ada perasaan.
@sekadarmonolog
Untuk mendapatkan satu nama yang ikhlas pun aku tak mampu,
Apatah lagi untuk aku menyimpan dua nama dalam hati.
@sekadarmonolog
Tentang sembuh,
Kamu perlu percaya,
Bahawa sembuh perlu masa,
Kamu juga perlu masa,
Tak perlu disembuhkan oleh sesiapa,
Cukup kamu sendiri,
Yang merawat luka.
Post baru bertajuk “Cukup” di sekadarmonolog.wordpress.com 🤍
Читать полностью…@sekadarmonolog
Sedar atau tidak,
Satu-persatu doa yang pernah kau panjatkan,
Allah sedang kabulkan satu-persatu,
Segera atau nanti.
@sekadarmonolog
Tidak ada yang lebih indah,
Daripada melihat diri sendiri bahagia,
Dan kembali semangat pada hal-hal yang disukai,
Sembuh dari hal yang menyakitkan,
Dan mampu untuk bahagia,
Dan tersenyum tulus lagi.
-amirahnadiah