sekadarmonolog | Unsorted

Telegram-канал sekadarmonolog - Sekadar Monolog

2078

Teruskan menghukum, jika sudah sempurna. 💙 Ruang pertama bermonolog ➡ http://sekadarmonolog.wordpress.com/ 💙 Monolog ikhlas @zulaikhahzawawi

Subscribe to a channel

Sekadar Monolog

@sekadarmonolog

Percayalah,
Orang yang tepat itu akan hadir,
Orang yang tepat itu wujud.

Percayalah,
Nanti kau tak perlu lagi mengemis,
Nanti kau tak perlu lagi menagih.

Читать полностью…

Sekadar Monolog

@sekadarmonolog

Aku percaya kalimat,
“Kamu akan terlihat cantik,
Dimata orang yang tepat,
Dan kamu akan dijadikan ratu,
Di tangan orang yang tepat.”

-unknown

Читать полностью…

Sekadar Monolog

@sekadarmonolog

Aku sedang belajar,
Untuk melepaskan sesuatu yang sekian lama aku pertahankan,
Aku sedang belajar,
Untuk mengikhlaskan sesuatu yang tak pernah ingin aku lepaskan.

Читать полностью…

Sekadar Monolog

@sekadarmonolog

Aku sudah terlalu lama bertahan,
Aku sudah terlalu kuat mempertahankan,
Malah aku langsung tidak dianggap,
Malah aku langsung tidak dilihat,
Sehingga aku akhirnya undur diri,
Sehingga aku akhirnya bawa diri.

Ya,
Aku kecewa.

Читать полностью…

Sekadar Monolog

@sekadarmonolog

Jika kita tahu,
Hari esok takkan muncul lagi,
Kita pasti takkan biarkan,
Hari yang berharga terlepas begitu sahaja.

Читать полностью…

Sekadar Monolog

@sekadarmonolog

Maaf,
Jika denganku kamu melalui hal-hal yang sukar,
Jika aku masih trauma dengan masa laluku,
Jika luka aku belum pulih sepenuhnya.

Читать полностью…

Sekadar Monolog

@sekadarmonolog

Percayalah,
Aku tidak marah,
Kerana aku percaya kamu.

Namun maaf,
Aku hanya cemburu,
Kerana aku tidak ingin dibahagi.

Читать полностью…

Sekadar Monolog

@sekadarmonolog

Dan pada akhirnya,
Aku tahu inilah kebahagiaan,
Yang aku pernah doakan selama ini,
Aku tahu inilah kesenangan,
Yang aku pernah inginkan selama ini,
Aku tahu inilah keberuntungan,
Yang aku nantikan selama ini.

Читать полностью…

Sekadar Monolog

@sekadarmonolog

Jika mahu mengeluh,
Mengeluhlah sedikit sahaja,
Kan kita juga manusia,
Tahu erti lelah.

Jika mahu mengeluh,
Mengeluhlah sedikit sahaja,
Selebihnya syukur,
Agar kau tak lupa Dia dan diri.

Jika mahu mengeluh,
Mengeluhlah sedikit sahaja,
Selebihnya yakin,
Nanti Dia akan beri lebih dari ini.

Читать полностью…

Sekadar Monolog

@sekadarmonolog

Kadangkala,
Perpisahan berlaku bukan kerana kita tidak sekepala,
Bukan kerana kita tidak mampu saling memberi bahagia,
Bukan kerana kita tidak mampu saling merawat luka.

Tetapi kerana tujuan kita tak sama,
Tetapi kerana kemahuan kita tak sama,
Tetapi kerana keperluan kita tak sama.

Читать полностью…

Sekadar Monolog

@sekadarmonolog

“Semua orang melalui terowong gelap dalam hidup,
Terowong panjang yang membuat kita berfikir,
Kita takkan temui cahaya lagi.

Tetapi percayalah,
Tiada terowong yang tanpa jalan keluar,
Begitu juga tiada kebahagiaan yang kekal,
Atau penderitaan yang kekal dalam dunia.”

Читать полностью…

Sekadar Monolog

@sekadarmonolog

Suka atau tidak,
Kita pasti akan melalui titik perpisahan,
Selepas melalui titik pertemuan.

Semoga,
Setiap titik-titik pertemuan dan perpisahan,
Adalah titik-titik terbaik yang kita pernah lalui dalam kehidupan.

Читать полностью…

Sekadar Monolog

@sekadarmonolog

Meskipun takdir tidak seperti keinginan,
Percayalah bahawa takdir itu sesuai dengan keperluan.

Читать полностью…

Sekadar Monolog

@sekadarmonolog

Dan pada akhirnya,
Aku memilih untuk hidup,
Bersama orang-orang yang memilihku.

Dan aku tidak lagi,
Memilih untuk hidup,
Bersama orang-orang yang aku inginkan.

Sesungguhnya aku sudah berusaha,
Kini aku sedang berserah pada takdir-Nya.

Читать полностью…

Sekadar Monolog

@sekadarmonolog

Dan pada akhirnya,
Aku tetap bersyukur,
Untuk hal-hal yang Tuhan datangkan mahupun ambil kembali,
Aku tetap bersyukur,
Untuk memiliki bahkan kehilangan,
Kerana aku percaya,
Segala dari-Nya adalah yang terbaik.

Читать полностью…

Sekadar Monolog

@sekadarmonolog

Hal yang paling melukakan adalah,
Ketika kita memilih pergi,
Bukan kerana sudah tidak ada hati,
Tetapi kerana kita tidak dihargai.

Hal yang paling menyedihkan adalah,
Ketika kita memilih pergi,
Bukan kerana sedih,
Tetapi kerana kita sudah kecewa.

Читать полностью…

Sekadar Monolog

@sekadarmonolog

Mungkin yang paling erat,
Kau peluk saat ini adalah,
Yang paling kuat meremukkanmu nanti.

Longgarkanlah,
Kerana yang dilepaskan dengan terpaksa,
Sakitnya tak pernah sederhana.

-patahan.ranting

Читать полностью…

Sekadar Monolog

@sekadarmonolog

Tidak semua kecewa harus diperdengarkan,
Kerana tidak semua orang mempunyai hati untuk mendengar,
Kadang kita hanya perlu diam dan beredar.

Читать полностью…

Sekadar Monolog

@sekadarmonolog

Terima kasih kepada kamu,
Kini semua hal tentang aku,
Kamu selalu rayakan.

Terima kasih kepada kamu,
Kini parut-parut lukaku,
Kamulah yang memudarkannya.

Terima kasih kepada kamu,
Kini hampir semua traumaku,
Kamulah yang memulihkannya.

Читать полностью…

Sekadar Monolog

@sekadarmonolog

Pernah aku fikir & sangka,
Perbezaan fikiran kita takkan mampu,
Membawa kita sejauh ini.

Pernah aku fikir & sangka,
Perbezaan cara kita takkan mampu,
Membawa kita sejauh ini.

Pernah aku fikir & sangka,
Perbezaan diri kita takkan mampu,
Membawa kita sejauh ini.

Hakikatnya,
Semua perbezaan itulah,
Yang telah melengkapkan kita berdua,
Untuk bahagia.

Читать полностью…

Sekadar Monolog

@sekadarmonolog

Setinggi apa pun kau sedang terbang di awan,
Jangan pernah lupa,
Sayapmu boleh patah.

Setinggi apa pun kau sedang terbang di awan,
Jangan pernah lupa,
Asalmu tetap di daratan.

Читать полностью…

Sekadar Monolog

@sekadarmonolog

Hakikatnya,
Untuk bahagia itu tidaklah sukar,
Hanya perlu sabar dan syukur.

Читать полностью…

Sekadar Monolog

@sekadarmonolog

Tiada selamat tinggal yang indah di dunia,
Ia semakin menyakitkan,
Kita pura-pura melupakannya,
Tetapi ada sesuatu yang terluka di dalam.

Читать полностью…

Sekadar Monolog

@sekadarmonolog

Terasa sedih apabila melihat diri sendiri,
Diri sendiri yang belum bahagia sepenuhnya,
Diri sendiri yang penuh kekurangannya,
Diri sendiri yang tidak selalu beruntung,
Diri sendiri yang mengharungi segalanya sendirian.

Читать полностью…

Sekadar Monolog

@sekadarmonolog

Dalam hidup ini,
Tak ada istilah “Kalau lah...”,
Tak ada istilah “Kebetulan.”

Apa pun berlaku,
Biarkan ia berlaku,
Hadapi dan belajar.

Hal baik terjadi,
Teruskan dan ulangi.
Hal buruk terjadi,
Perbaiki dan jangan ulangi.

Читать полностью…

Sekadar Monolog

@sekadarmonolog

Mungkin aku mampu bersedia,
Untuk sebuah perpisahan,
Tetapi percayalah,
Aku tidak pernah mampu bersedia,
Untuk melalui kehidupan selepas itu.

Читать полностью…

Sekadar Monolog

@sekadarmonolog

Hiduplah,
Biarkan jasad yang luka,
Selama Tuhan mu ada,
Takkan engkau tercela.

-FynnJamal

Читать полностью…

Sekadar Monolog

@sekadarmonolog

Dan pada akhirnya,
Satu-persatu doa yang kau pernah panjatkan,
Satu-persatu Allah sedang makbulkan.

Читать полностью…

Sekadar Monolog

@sekadarmonolog

Kenyataan,
Meskipun ia menyakitkan,
Sekurang-kurangnya ia tidak lagi sarat di fikiran,
Sekurang-kurangnya ia tidak lagi berat di perasaan,
Sekurang-kurangnya ia tidak lagi beban di kehidupan.

Читать полностью…

Sekadar Monolog

@sekadarmonolog

Manusia memang datang dan pergi,
Namun aku tertanya-tanya,
Mengapa dalam kisah hidupku,
Lebih ramai yang pergi,
Berbanding yang datang?

Читать полностью…
Subscribe to a channel