buletininfo1malaysia | Unsorted

Telegram-канал buletininfo1malaysia - Buletin Info 1 Malaysia

3369

Selamat Datang ke Buletin Info 1 Malaysia Channel ini akan berkongsi info tentang... 🔍🚓🚑🚒INFO ROADBLOCK 1 MALAYSIA & KEMALANGAN DALAM DAN LUAR NEGARA TERKINI

Subscribe to a channel

Buletin Info 1 Malaysia

#BHT59
Kereta besar, org kaya tak semestinya otakkk pemandunya berfungsi dgn baik.
Klau spesis ni, DC ada sebagai bukti, baik xperlu brake je, sbb memang dimintak sondolll...

Video Kredit: Owner
@buletininfo1malaysia

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

#ICYMI Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggempur sindiket penyeludupan besi buruk di lima negeri yang dipercayai membayar rasuah kepada penguat kuasa sehingga menyebabkan kerajaan kerugian hasil cukai eksport mencecah lebih RM950 juta.

Serbuan dijalankan oleh Bahagian Operasi Khas (BOK) SPRM menerusi Pasukan Petugas Pelbagai Agensi (MATF) membabitkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Bank Negara Malaysia (BNM) di 19 lokasi sekitar Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor serta Kedah.

Operasi khas ‘Op Metal’ yang turut disertai anggota Skuad Taktikal Antirasuah (ACTS) SPRM itu menyerbu enam lokasi di Pulau Pinang semalam termasuk rumah, pejabat serta tempat penyimpanan dan pemprosesan besi buruk yang dipercayai terlibat dalam kegiatan tersebut.

📸 BERNAMA
@buletininfo1malaysia

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

*Baginya, beraksi di luar negara memberinya lebih pendedahan dari segi permainan dan cara berfikir untuk membuat keputusan pantas di dalam padang.*
*"Saya akan menggunakan pengalaman berkelana ke Liga Jepun dan Liga Thailand sebelum ini untuk membantu pasukan.*
*"Corak permainan saya juga semakin matang dan sudah tentu kalau boleh, kita mahu bergelar juara pada kempen kali ini," katanya.*

🦏 *Kuala Lumpur 14 Jul: Sabah FC enggan menekan butang panik sebaliknya melihat kekalahan besar 2-8 kepada Buriram United dalam aksi persahabatan semalam sebagai medan terbaik buat mereka membina pasukan yang lebih ampuh.*
*Jurulatih Sabah FC, Alto Linus berkata, peluang menentang pasukan terkuat Liga Thailand itu amat bagus untuk pemain mendapatkan pengalaman berharga sebelum saingan Liga Malaysia (Liga M) bermula awal Ogos depan.*
*Selain itu, beliau melihat skuad kendaliannya dalam fasa membentuk keserasian memandangkan mereka baru sahaja memulakan latihan.*

🦌 *Kota Bharu 14 Jul: Kelantan The Real Warriors (TRW) FC diberi tempoh dua hari bagi menyelesaikan isu tunggakan gaji bekas pengurusan dan pemainnya bagi musim lalu.*
*Bekas ketua jurulatih, Rezal Zambery berkata, Kelantan TRW sebelum ini menawarkan tiga cara pembayaran gaji iaitu potongan 50 peratus daripada gaji bulanan, bayaran RM200 sebulan sehingga habis hutang atau bayaran RM500 ke RM1,000 bagi satu permainan kepada mereka.*
*Namun, Rezal berkata, mereka menolak ketiga-tiga tawaran itu berikutan dilihat tidak profesional dan berat sebelah.*
*"Kami bukan penapis air nak bayaran RM200 sebulan, perlu tunggu 10 hingga 20 tahun nak habis hutang, jadi kami ada kemukakan beberapa tawaran dan beri masa hingga Selasa ini untuk mereka terima atau tidak.*


*berita penuh sila follow harian metro online*

*#hanipiloiempire*
*#repoterataspokok*
*#hanisofeasupriseandgift*
*#legasisepuluh*

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

*Pemain tengah menyerang England itu menjaringkan dua gol dan mencipta satu bantuan gol untuk Joao Pedro ketika persembahan mantap dalam penentuan kejohanan versi baharu itu.*
*Pada masa sama, PSG yang muncul juara Eropah dan Perancis serta menamatkan perlawanan dengan 10 pemain terkejut dan tidak mampu bangkit.*
*Selepas musim mengagumkan, PSG turun sebagai pilihan utama manakala Chelsea tiba di Amerika Syaraikat (AS) sebagai juara Liga Konferensi Eropah (tier ketiga) dan selepas kempen domestik yang menyaksikan mereka sekadar menamatkan saingan di kedudukan empat teratas Liga Perdana Inggeris (EPL).*

⚽️ *New Jersey 14 Jul: Jurulatih Chelsea, Enzo Maresca memuji kemampuan Cole Palmer yang menyerlah ketika diperlukan selepas pemain tengah menyerang England itu dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Kejohanan Piala Dunia Kelab susulan kemenangan bergaya 3-0 ke atas Paris St Germain (PSG) di final, awal pagi tadi.*
*"Ini adalah jenis perlawanan apabila kami menjangkakan Cole Palmer akan tampil dan sekali lagi dia menunjukkan kemampuannya," kata Maresca dalam sidang media selepas Palmer menjaringkan dua gol dan mencipta satu bantuan gol kepada Joao Pedro dalam persembahan yang membawa mereka menjulang kejuaraan menewaskan juara Liga Juara-Juara Eropah (UCL) itu.*
*Maresca mendedahkan pelan taktikalnya berjaya dilaksanakan dengan sempurna, apabila Chelsea menekan PSG secara agresif dan memanfaatkan hantaran terus di belakang pertahanan lawan dengan kesan yang memusnahkan.*
*"Ideanya ialah bermain secara 'man-to-man' kerana jika anda beri ruang kepada PSG, mereka akan membunuh anda, jadi kami cuba bertindak agresif dan menyesakkan mereka sejak awal permainan.*

⚽️ *New Jersey 14 Jul: Pengurus Paris St Germain (PSG), Luis Enrique cuba meredakan insiden menolak penyerang Chelsea, Joao Pedro, dalam kekecohan yang hampir menjadi pergaduhan antara pemain dan pegawai kejurulatihan selepas kemenangan bergaya Chelsea 3-0 d final Piala Dunia Kelab, awal pagi semalam.*
*Insiden itu tercetus apabila penjaga gol PSG, Gianluigi Donnarumma bertekak dengan Pedro sebelum Enrique dilihat mengangkat tangannya ke arah muka pemain Brazil itu.*
*Pedro terjatuh dan pengurus PSG itu kemudiannya dibawa keluar secara senyap dalam babak luar biasa yang turut menyaksikan pertelingkahan antara pemain kedua-dua pasukan.*
*"Di penghujung perlawanan, berlaku satu situasi yang saya percaya sebenarnya boleh dielakkan oleh semua pihak," kata Enrique dalam sidang media selepas perlawanan.*

🎾 *London 14 Jul: Pemain nombor satu dunia, Jannik Sinner memberi amaran kepada Carlos Alcaraz yang dia akan kembali lebih kuat selepas menumbangkan lawan utamanya itu untuk merangkul kejuaraan Wimbledon buat kali pertama, awal pagi tadi.*
*Sinner, 23, membalas dendam terhadap kekalahan menyakitkan di final Terbuka Perancis apabila menundukkan Alcaraz menerusi aksi bertenaga dan pukulan agresif di gelanggang Centre Court.*
*Kemenangan 4-6, 6-4, 6-4, 6-4 itu menamatkan penguasaan dua tahun Alcaraz sebagai juara Wimbledon dan memberikan Sinner gelaran Grand Slam keempat dalam kariernya.*
*Bintang muda Itali itu kini sudah mara ke empat final Grand Slam berturut-turut dan memenangi tiga daripadanya, namun menegaskan dia masih belum berada di tahap terbaik.*

🚵🏽‍♀️ *Chateauroux, Perancis 14 Jul: Pelumba Tour de France (TdF) bakal berdepan ujian getir apabila saingan edisi ke-112 memasuki kawasan pergunungan Massif Central untuk peringkat ke-10 membabitkan pendakian setinggi 4,450 meter, hari ini.*
*Selepas minggu pembukaan yang penuh cabaran dan drama, pelumba TdF perlu mengharungi jarak sejauh 165.3 kilometer (km) dari Ennezat ke Le Mont-Dore Puy de Sancy dengan lapan pendakian berstatus diklasifikasikan termasuk garisan penamat yang terletak di laluan mendaki.*

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

*Tiga lagi kediaman diraja yang turut dibina pada akhir abad ke-19 oleh Raja Ludwig II dari Bavaria juga dimasukkan ke dalam senarai berprestij itu, iaitu Herrenchiemsee, Linderhof dan Schachen.*
*Neuschwanstein, yang terletak di atas tebing batu setinggi 200 meter (m) di pergunungan Alps adalah istana paling ramai dikunjungi di Jerman, dengan hampir 1.5 juta pelawat setiap tahun.*
*"Impian dongeng menjadi kenyataan untuk istana dongeng kita: Kita kini #WorldHeritage!" tulis Perdana Menteri Bavaria, Markus Soeder di platform X selepas pengumuman itu.*

🐘 *New Delhi 14 Jul: Sebuah kereta api yang membawa muatan arang batu di India, baru-baru ini, terpaksa berhenti dua jam selepas seekor gajah seberat 3,000 kilogram (kg) melahirkan anak di landasan.*
*The Straits Times melaporkan satu video dimuat naik di platform media sosial X oleh Menteri Alam Sekitar, Hutan dan Perubahan Iklim India, Bhupender Yadav, pada 9 Julai lalu.*
*Video itu menunjukkan seekor gajah melahirkan anak bersebelahan dengan landasan kereta api di negeri Jharkhand, timur India.*
*Seorang pegawai hutan mengeluarkan amaran kepada semua kereta api yang melalui satu laluan antara dua stesen selepas seorang renjer memaklumkan bahawa seekor gajah dilihat berbaring di atas landasan dan berisiko untuk dilanggar.*

🛌 *Beijing 14 Jul: Seorang lelaki di China menjadi tular kerana mencipta pelbagai kenderaan kreatif termasuk sebuah 'kereta katil' yang dilengkapi roda khas untuk meredah sebarang jenis permukaan sekali gus membolehkannya tidak perlu bangun langsung dari katil.*
*Menurut South China Morning Post, lelaki berbakat berusia 42 tahun itu berjaya meraih hampir tiga juta pengikut yang sentiasa menantikan ciptaan terbarunya, lapor MSNews.*
*Gu Yupeng yang juga pakar DIY menjelaskan inspirasi di sebalik ciptaan katil yang tular itu dalam satu temu bual bersama CGTN.*
*"Semasa kecil, saya selalu susah nak bangun awal untuk ke sekolah. Jadi saya terfikir, alangkah baiknya jika saya boleh ke sekolah tanpa perlu bangun dari katil. Bila saya mampu, saya cuba jadikan impian itu menjadi kenyataan," katanya.*
*Rakaman yang tular di media sosial menunjukkan Gu pergi ke pasar sambil berbaring di atas katilnya.*

🛜 *New Delhi 14 Jul: Bukan sekadar rangkaian kereta api laju, lapangan terbang terbaik atau bangunan tahan gempa bumi, Jepun kini menambah satu lagi pencapaian dalam infrastruktur apabila berjaya memiliki internet terpantas di dunia.*
*Penyelidik mencapai kelajuan luar biasa 1.02 petabit sesaat yang cukup laju untuk memuat turun keseluruhan pustaka Netflix dalam sekelip mata, lapor portal NDTV.*
*Bagi memberi gambaran lebih jelas, kelajuan melayari laman sesawang dan memuat turun data di Jepun adalah 16 juta kali ganda lebih pantas daripada purata kelajuan internet di India (63.55 Mbps).*
*Malah, ia 3.5 juta kali ganda lebih laju daripada purata kelajuan internet di Amerika Syarikat (AS), menurut laporan oleh Institut Teknologi Maklumat Kebangsaan (NICT) Jepun.*


*berita penuh sila follow harian metro online*

*#hanipiloiempire*
*#repoterataspokok*
*#hanisofeasupriseandgift*
*#legasisepuluh*


*GOA_L ARENA SUKAN*
+=+=+=+=+=+=+=+=+=


🥳 *Liverpool 14 Jul: Diogo Jota dipuji sebagai seorang juara oleh pengurus Liverpool, Arne Slot ketika pasukan itu kembali beraksi buat kali pertama sejak kematian pemain Portugal itu dan menewaskan Preston 3-1 dalam perlawanan persahabatan pramusim, awal pagi tadi.*
*Jota yang juga bapa kepada tiga anak meninggal dunia bersama adiknya, Andre Silva, pada 3 Julai lalu sebelas hari selepas berkahwin dengan pasangan lamanya, Rute Cardoso apabila kereta yang mereka naiki terbabas dan terbakar di utara Sepanyol.*

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

*Insiden itu mengakibatkan gangguan perkhidmatan kereta api di Chennai, ibu negeri Tamil Nadu.*
*Southern Railway dalam kenyataan memaklumkan beberapa perkhidmatan kereta api yang dijadualkan berlepas dari Chennai terpaksa dibatalkan, manakala lima lagi diarahkan menggunakan laluan alternatif.*
*Kebakaran dilaporkan tercetus ketika kereta api kargo yang terdiri daripada 45 gerabak itu sedang melalui daerah Tiruvallur, kira-kira 45 kilometer di barat Chennai.*

🇮🇩 *Banyuwangi, Indonesia 14 Jul: Bangkai feri KMP Tunu Pratama Jaya ditemukan dalam keadaan terbalik di dasar laut Selat Bali oleh pasukan penyelamat Indonesia pada Sabtu, dengan 17 orang dilaporkan masih hilang selepas ia karam pada 2 Julai lalu.*
*Portal Antara melaporkan pasukan pencarian bawah laut juga berjaya merakam imej visual pertama feri yang karam itu, menurut Timbalan Operasi dan Kesiapsiagaan di Agensi Nasional Mencari dan Menyelamat (Basarnas), Ribut Eko Suyatno.*
*Bercakap kepada wartawan di Pelabuhan Ketapang, Banyuwangi, Jawa Timur, beliau berkata, penemuan itu akan dilaporkan secara rasmi kepada Basarnas dan Kementerian Pengangkutan.*
*Dalam operasi dijalankan pada hari sama, Ketua Polis Banyuwangi, Komisioner Kanan Rama Samtama Putra berkata, mayat seorang wanita yang ditemukan seorang nelayan di Bali.*

🇮🇩 *Jembrana (Bali) 14 Jul: Seorang nelayan di Bali menemukan mayat seorang wanita pada Sabtu, dipercayai seorang daripada 18 mangsa yang masih hilang selepas feri Tunu Pratama Jaya karam di Selat Bali, Indonesia pada 2 Julai lepas, lapor Agensi Berita ANTARA.*
*Menurut pegawai tempatan, mayat itu ditemukan oleh Adi Presetyo di perairan kira-kira empat kilometer dari pesisir Pantai Kampung Pengambengan, Daerah Kecil Negara, Daerah Jembrana, Bali.*
*Pasukan penyelamat kemudian membawa mayat itu ke pos kawalan di Perkampungan Desa Pabuahan, Desa Banyubiru, Daerah Kecil Negara, kata Pemangku Ketua Agensi Pengurusan Bencana Daerah (BPBD) Jembrana, I Putu Agus Artana Putra.*
*"Mayat yang ditemukan dibawa ke Hospital Awam Blambangan di Daerah Banyuwangi, Jawa Timur, untuk proses pengecaman," katanya.*


*berita penuh sila follow harian metro online*

*#hanipiloiempire*
*#repoterataspokok*
*#hanisofeasupriseandgift*
*#legasisepuluh*


*GOA_L MEDSOS, POPULAR*
+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+


🥰 *Kuala Lumpur 14 Jul: Tidak sampai 24 jam dibenarkan keluar dari Institut Jantung Negara (IJN) petang semalam, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini kembali ceria dan bersemangat meneruskan rutin biasa.*
*Dalam perkongsian video dimuat naik di Facebook rasmi beliau hari ini, Dr Mahathir dilihat mula keluar dari kediamannya kira-kira 10.15 pagi sebelum menaiki kenderaan.*
*Beliau ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan dilihat beramah mesra dan sempat bergambar dengan pengunjung.*
*Dalam video sama, Dr Mahathir juga mengambil kesempatan memohon maaf kerana terpaksa meninggalkan program Picnic & Potluck di Tasik Putrajaya pagi semalam lebih awal akibat keletihan.*

🏛️ *Putrajaya 14 Jul: Isu pelantikan Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan dijangka selesai dalam tempoh terdekat.*
*Perkara itu antara dibincangkan dalam pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) di Kompleks Seri Perdana di sini, hari ini.*
*Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan berkata, isu terbabit disentuh Perdana Menteri yang turut menjelaskan mengenai prosedur pelantikan berkenaan.*
*"Itu semua perkara yang membabitkan kepentingan kepada pemerintah dan memerlukan kelulusan daripada Majlis Raja-Raja serta perlu melalui prosedur yang ditetapkan.*

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

*Menteri Pertahanan Israel Katz pertama kali mendedahkan rancangan itu semasa taklimat bersama wartawan pada Isnin lalu.*
*Ia membayangkan kewujudan zon tertutup di selatan Gaza semasa gencatan senjata berpotensi 60 hari dalam perang Israel dengan Hamas, yang kini dalam rundingan di Qatar.*
*Menurut Katz, kawasan itu pada mulanya akan menempatkan kira-kira 600,000 orang yang berpindah dari selatan Gaza dan termasuk empat tapak pengagihan bantuan yang diuruskan oleh organisasi antarabangsa.*

🇵🇸 *Kota Gaza 14 Jul: Agensi pertahanan awam Gaza berkata serangan udara Israel pada hari Ahad membunuh sekurang-kurangnya 29 rakyat Palestin, termasuk enam kanak-kanak berhampiran tempat pengagihan air.*
*Serangan itu datang selepas rundingan tidak langsung di Qatar antara Israel dan Hamas untuk gencatan senjata di wilayah itu menemui jalan buntu.*
*Jurucakap pertahanan awam Mahmud Bassal memberitahu AFP bahawa Gaza City telah dilanda beberapa serangan semalaman dan pada awal pagi, membunuh lapan, termasuk wanita dan kanak-kanak dan mencederakan yang lain.*
*Serangan udara Israel melanda sebuah rumah keluarga berhampiran kem pelarian Nuseirat, selatan Kota Gaza, mengakibatkan 10 syahid dan beberapa cedera, kata Bassal.*

🇹🇷 *Ankara 14 Jul: Presiden Iran Masoud Pezeshkian mengalami kecederaan ringan di kaki semasa serangan Israel yang menyasarkan mesyuarat Majlis Keselamatan Negara Tertinggi Iran bulan lalu, lapor Anadolu Ajansi, memetik Fars News Agency.*
*Menurut laporan berita pada Sabtu, serangan peluru berpandu itu berlaku pada 17 Jun ketika pemimpin tertinggi Iran, termasuk ketua tiga cabang kerajaan, sedang bertemu di tingkat bawah yang selamat di sebuah bangunan di barat Tehran.*
*Serangan itu melibatkan enam peluru yang mengenai pintu masuk dan keluar bangunan, pendekatan yang serupa dengan percubaan membunuh pemimpin Hizbullah Hassan Nasrallah, menurut laporan berita itu.*

🏴󠁧󠁢󠁥󠁮󠁧󠁿 *London 14 Jul: Sebuah pesawat kecil terhempas di lapangan terbang wilayah London, pada Ahad.*
*Rakaman video menunjukkan sebuah pesawat 12 meter dalam kebakaran dengan kepulan asap hitam di Southend-on-Sea, sebuah lapangan terbang di timur London.*
*"Kami sedang bekerjasama dengan semua perkhidmatan kecemasan di tempat kejadian sekarang dan kerja itu akan berterusan selama beberapa jam," kata satu kenyataan daripada polis Essex, menyifatkan ia sebagai "insiden serius."*
*Polis berkata, mereka dimaklumkan sejurus sebelum 4 petang waktu tempatan. Mereka mengosongkan kelab golf dan kelab ragbi berhampiran sebagai langkah berjaga-jaga, tambah mereka.*

🇬🇷 *Athens 14 Jul: Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) tanpa pemandu melanggar sebuah restoran popular di daerah Kolonaki, Athens, menyebabkan sekurang-kurangnya 11 orang cedera, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).*
*Menurut pihak berkuasa pada Ahad, insiden berlaku sejurus selepas tengah malam.*
*Saluran penyiaran ERTnews melaporkan bahawa kesemua mangsa menerima rawatan di hospital, dengan seorang daripadanya dilaporkan mengalami kecederaan serius.*
*Siasatan awal polis trafik mendapati brek tangan kenderaan tidak ditarik.*

🇪🇸 *Madrid 14 Jul: Enam lagi individu cedera dirempuh lembu yang melalui lorong sempit Bandar Pamplona buat kali ketujuh minggu ini, menjelang penutupan festival San Fermin yang ikonik tetapi kontroversi, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).*
*Laluan sempit sejauh 800 meter yang berliku menuju ke gelanggang lembu menyebabkan ramai peserta cedera, menurut jurucakap Palang Merah kepada saluran Sepanyol RTVE, berdasarkan angka awal.*

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

*GOA_L* 1️⃣6️⃣ *Kuala Lumpur 14 Jul: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan memanggil dua orang saksi baharu esok bagi membantu siasatan berhubung program motivasi rumah tangga kontroversi yang didakwa mengandungi unsur lucah dan jelik. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar mengesahkan perkara itu dan berharap supaya kedua-dua saksi itu akan hadir untuk melancarkan proses siasatan. "Ya, esok Bahagian Penguatkuasaan JAIS akan panggil kedua-dua saksi itu.*

*GOA_L* 1️⃣7️⃣ *Kuala Lumpur 14 Jul: Tiada cadangan untuk perkhidmatan tren elektrik (ETS) diperluas ke Pantai Timur buat masa ini, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke. Beliau berkata, ini kerana kawasan berkenaan mempunyai landasan tunggal serta belum ada kemudahan landasan untuk operasi tren elektrik. "Pantai Timur hanya untuk penggunaan Diesel Multiple Unit (DMU) sebab landasan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) untuk Pantai Timur ini single track dan tidak electrified … tetapi Pantai Timur akan ada Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL)," katanya di sini hari ini.*

*GOA_L* 1️⃣8️⃣ *Kuala Terengganu 14 Jul: Penjawat awam direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu bagi siasatan kes salah guna kuasa membabitkan beberapa permohonan tanah kerajaan di negeri ini. Perintah reman selama lima hari bermula hari ini hingga Jumaat terhadap suspek dikeluarkan Majistret Iffah Nabihah Mohd Ishak, selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret di sini, pagi tadi. Sumber berkata, suspek lelaki berusia lingkungan 50-an itu ditahan kira-kira 2 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Terengganu.*

*GOA_L* 1️⃣9️⃣ *Nibong Tebal 14 Jul: Kementerian Pendidikan (KPM) memberi komitmen dalam aspek keselamatan apabila sentiasa memastikan semua bangunan sekolah di bawah kementerian itu diselenggara dengan baik. Menterinya Fadhlina Sidek berkata, pihaknya tidak berkompromi dalam soal keselamatan bangunan sekolah kerana ia membabitkan tempat pengajaran yang seharusnya perlu kondusif dan selamat. Menurutnya, perkara itu menjadi keutamaan KPM dan sentiasa diberikan perhatian yang penuh.*

*GOA_L* 2️⃣0️⃣ *Kota Kinabalu 14 Jul: Keputusan berhubung tuntutan 40 peratus hasil Sabah seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963, dijangka dimuktamadkan sebelum sambutan Hari Malaysia, 16 September ini. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, cadangan penyelesaian mengenai tuntutan itu, dikemukakan wakil kerajaan Sabah dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa Teknikal di bawah Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) di Menara Kinabalu, di sini, hari ini.*

*GOA_L* 2️⃣1️⃣ *Putrajaya 14 Jul: Sekumpulan individu dipercayai peguam dan ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dilihat mulai berkumpul berdekatan dengan Istana Kehakiman di sini, seawal 12.30 tengah hari. Mereka dipercayai antara individu yang akan menyertai Perarakan Membela Kebebasan Kehakiman bermula dari Istana Kehakiman, Putrajaya ke Pejabat Perdana Menteri, dijadualkan pada 2.30 petang ini. Beberapa individu, dipercayai petugas kelihatan memakai vest berwarna jingga selain ada yang mengenakan sut hitam dan berkemeja putih.*

*GOA_L* 2️⃣2️⃣ *Nibong Tebal 14 Jul: Kementerian Pendidikan (KPM) menasihatkan semua guru supaya tidak terbabit dengan sebarang program motivasi anjuran pihak luar yang tidak diketahui dari segi pengisian dan keberkesanannya. Menterinya, Fadhlina Sidek berkata warga pendidik sebenarnya tidak perlu membabitkan diri dengan program motivasi luar kerana KPM sendiri sudah mempunyai program untuk guru. Sehubungan itu, katanya guru yang memerlukan motivasi boleh menggunakan saluran yang disediakan KPM dan mengelak diri mereka dari menyertai program luar.*

*GOA_L* 2️⃣3️⃣ *Kuching 14 Jul: Tindakan berani seorang lelaki mencucuk mata buaya yang menyambarnya di tasik Loagan Tebabui, Kuala Tutoh, Marudi dalam Bahagian Miri menyelamatkan dirinya daripada dibaham reptilia itu, semalam.

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

*G🅰️RA🅿️AN 🔛9️⃣ 🅰️L_LI🆖GI*

*‎بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ*
‎ *السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ & SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA FOLLOWER GOA_L.*

*SELASA 15 JULAI 2025 MASIHI BERSAMAAN 19 MUHARRAM 1447 HIJRAH*

*LIVE FROM BANDAR SENTOSA KLANG*

*WAKTU SOLAT DAERAH KLANG/ KUALA LANGAT DAN KAWASAN SEWAKTU DENGANNYA*

*IMSAK* : *05:49am*
*SUBUH* : *05:59am*
*SYURUK* : *07:11am*
*ZOHOR* : *13:23pm*
*ASAR* : *16:47pm*
*MAGHRIB* : *19:30pm*
*ISYAK* : *20:45pm*

*artikel disiarkan pada tarikh 14jul*

*harianmetroonline*
*by:hanipiloiempire*
*since2011*

*GOA_L DALAM NEGARA*
+=+=+=+=+=+=+=+=+=+


*GOA_L* 1️⃣ *Putrajaya 14 Jul: Majlis Peguam Malaysia mahu kerajaan segera menyelesaikan empat perkara yang dituntut dalam memorandum yang diserahkan hari ini termasuk membabitkan kekosongan dalam badan kehakiman. Walaupun tidak memberikan garis masa untuk setiap tuntutan berkenaan diselesaikan, Presidennya, Mohamad Ezri Abdul Wahab berkata, kekosongan dalam badan kehakiman menimbulkan kebimbangan berikutan ia menyebabkan ada kes yang ditetapkan sehingga tahun 2030. "Kami meminta kerajaan menyesuaikannya secepat mungkin.*

*GOA_L* 2️⃣ *Putrajaya 14 Jul: Beberapa kenderaan membawa ahli parlimen Pakatan Harapan (PH) mula memasuki perkarangan Kompleks Seri Perdana bagi menghadiri pertemuan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Mereka dilihat memasuki kompleks berkenaan bermula 3.45 petang tadi. Antaranya, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.*

*GOA_L* 3️⃣ *Kuala Lumpur 14 Jul: Memanipulasi emosi hingga peserta menangis beramai-ramai serta penggunaan dalil agama di luar konteks antara taktik licik digunakan dalam program motivasi rumah tangga yang didakwa menyeleweng ajaran Islam. Pegawai Psikologi Kanan Universiti Putra Malaysia (UPM), Siti Fatimah Abdul Ghani berkata, walaupun usaha menuntut ilmu adalah sesuatu yang murni, namun setiap individu wajib mengutamakan tertib dan norma sosial sebelum menyertai sebarang program.*

*GOA_L* 4️⃣ *Kota Kinabalu 14 Jul: Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) berjaya mengurangkan pelepasan karbon sehingga 4,046 metrik tan setahun melalui penggunaan tenaga solar. Jumlah pengurangan itu bersamaan dengan pelepasan tahunan kira-kira 958 kenderaan penumpang yang menggunakan petrol. Lapangan terbang dikendalikan Malaysia Airports Sdn Bhd (MASB) itu mengurangkan pelepasan karbon melalui pemasangan panel solar atas bumbung berkapasiti 3,780kWp.*

*GOA_L* 5️⃣ *Melaka 14 Jul: Tukang cuci warga Bangladesh dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini atas tuduhan mencabul kehormatan jururawat, bulan lalu. Tertuduh, Bokhari Abu Boshir Mohammad, 30, bagaimanapun tidak mengaku bersalah di hadapan Majistret Sharda Sheinha Mohd Suleiman. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wan Abdullah Mohd Rodzlad.*

*GOA_L* 6️⃣ *Johor Bahru 14 Jul: Tujuh daripada sembilan suspek yang ditahan selepas disyaki terbabit dalam sindiket penipuan seks dan pemerasan seksual dalam talian akan didakwa esok. Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar berkata, sebanyak tiga kertas siasatan dibuka dalam kes berkenaan dan sebanyak 32 pertuduhan akan dikemukakan membabitkan tujuh suspek terbabit. "Ketiga-tiga kertas siasatan sudah dirujuk ke Pejabat Peguam Negara dan Pejabat Penasihat Undang-undang Negeri Johor.*

*GOA_L* 7️⃣ *Kuala Lumpur 14 Jul: Seramai 120 murid Sekolah Kebangsaan Pasir Puteh, Keningau, Sabah, menyertai Kempen Internet Selamat (KIS) hari ini. Program anjuran Kementerian Komunikasi melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) itu dirasmikan Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching. MCMC menerusi kenyataan memaklumkan, sekolah berkenaan ialah sekolah rendah pertama di Keningau yang menggunakan modul pelajar sekolah rendah bagi peringkat tujuh sehingga sembilan tahun.*

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

STATISTIK HARIAN KEMALANGAN SELURUH NEGARA TAHUN 2025

Berikut merupakan laporan statistik kemalangan dan jumlah kematian yang terlibat pada 13 Julai 2025 (Ahad).

Sebanyak 1,443 kes kemalangan direkodkan dengan membabitkan 12 kematian. Terdapat penurunan sebanyak 292 kes kemalangan dan tujuh kes kematian dicatatkan berbanding hari sebelumnya.

Para pengguna jalan raya dinasihatkan agar memandu secara berhemah dan sentiasa mengikuti peraturan yang telah ditetapkan serta memastikan undang-undang jalan raya dipatuhi tanpa kompromi.

“Sayangi diri, jauhi kemalangan”.

Sumber: Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM
@buletininfo1malaysia

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

Sekadar perkongsian
@buletininfo1malaysia

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

Trafik light sungai korok jitra, org selamat
#TiadaInfoLanjut
#Update
@buletininfo1malalysia

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

*Baginya, apa yang penting adalah memberikan persembahan cemerlang di atas padang agar tiga mata penting dapat diperoleh dalam setiap perlawanan, sekali gus mencerahkan peluang ke pusingan seterusnya.*
*Katanya, mereka sedar bakal berdepan tekanan tinggi di sana nanti, namun ia tidak melemahkan semangat pemain untuk terus berjuang.*

⚽️ *Kuala Lumpur 13 Jul: Ketiadaan tiga kelab gergasi Liga Malaysia membabitkan Sri Pahang FC, Kedah Darul Aman (KDA) FC dan Perak FC dalam saingan Liga Super musim 2025-2026 tidak menggugat keyakinan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) terhadap kekuatan komersial liga berkenaan.*
*Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Mohd Shazli Shaik Mohd berkata, meskipun kehilangan tiga nama besar itu dianggap signifikan, namun kehadiran tiga pasukan baharu mampu memberikan nafas segar serta meningkatkan daya saing dalam liga.*
*"Kami melihat situasi ini dari sudut positif kerana kita dapat menyambut penyertaan tiga pasukan baharu iaitu Melaka FC, Imigersen FC serta kemunculan semula DPMM FC dari Brunei," katanya.*

🐅 *Kuala Lumpur 13 Jul: Johor Darul Ta'zim (JDT) terus mempamerkan taring meskipun terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri tanpa jaringan ketika menentang kelab La Liga 2, Levante, dalam aksi pramusim di Pusat Latihan Levante, awal pagi tadi.*
*Keputusan seri itu menyaksikan skuad Harimau Selatan kendalian Xisco Munoz kekal tanpa kalah dalam empat aksi pramusim setakat ini, sekali gus memberi isyarat awal bahawa mereka semakin bersedia menghadapi musim baharu Liga Malaysia.*
*Lebih manis, pemain sensasi negara Arif Aiman Hanapi diberi kepercayaan besar apabila bukan saja diturunkan sebagai kesebelasan utama, malah menyarung lilitan kapten dalam pertembungan itu.*
*Tiga muka baharu warisan negara Hector Hevel, Jon Irazabal dan Joao Figueirido turut diberi tempat dalam kesebelasan utama, membuktikan perancangan Munoz yang mahu segera mencantum keserasian antara pemain lama dan baharu.*

💪🏼 *Kuala Lumpur 13 Jul: KL City FC meletakkan sasaran tinggi apabila menetapkan misi menamatkan saingan Liga Super musim 2025/2026 dalam kelompok dua teratas, sekali gus memburu slot ke kejohanan AFC Champions League 2 (ACL2).*
*Presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA), Syed Yazid Syed Omar berkata, sasaran itu realistik berdasarkan persiapan rapi yang dijalankan pasukan The City Boys menjelang musim baharu.*
*"Kita nak pergi 'top 3', tapi sebenarnya kalau dapat 'top 2', itulah sasarannya (untuk ke ACL2)," katanya.*
*Keyakinan KL City diperkukuh apabila menerima tonik tambahan apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan sumbangan RM1 juta kepada KLFA bagi menyokong pembangunan bola sepak ibu kota.*

🐃 *Seremban 13 Jul: Keserasian dan minit permainan kepada semua pemain Negeri Sembilan FC (NSFC) menjadi fokus utama barisan kejurulatihan pasukan itu sepanjang persiapan pramusim sebelum berhadapan cabaran sebenar pada saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim 2025/2026 yang akan membuka tirainya, 8 Ogos ini.*
*Ini ditegaskan ketua jurulatih pasukan itu, Nidzam Jamil, selepas Negeri Sembilan FC mengadakan dua aksi persahabatan awal menentang skuad Bawah 23 Tahun (B-23) kebangsaan dan pendatang baru Liga A1 Semi-Pro, Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) dalam tempoh 48 jam.*
*Pengendali itu berkata, aksi pemanas badan itu sebagai peluang menguji tahap kecergasan dan adaptasi taktikal pemain.*
*Negeri Sembilan mencatat kemenangan pada kedua-dua aksi pemanas badan itu yang berlangsung di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, iaitu 1-0 ke atas skuad B-23 dan 2-0 ke atas Kelantan Red Warrior FC masing-masing pada Jumaat dan Sabtu.*


*berita penuh sila follow harian metro online*

*#hanipiloiempire*
*#repoterataspokok*
*#hanisofeasupriseandgift*
*#legasisepuluh*

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

Pelajar Perempuan Maut Dalam Kemalangan Jalan Raya.

10/7/2025
Oleh - Admin BSKH.

Bagan Serai – Seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun maut selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya membabitkan sebuah motosikal dan sebuah kereta berhampiran kawasan Kedai Dua, di sini, petang tadi.

Mangsa dikenali sebagai Nur Eman Natasya Mazlan,16, pelajar Sekolah Menengah Bagan Serai, dipercayai sedang menaiki motosikal sewaktu kejadian berlaku.

Menurut sumber di lokasi kejadian, mangsa telah dikejarkan ke Hospital Parit Buntar untuk mendapatkan rawatan kecemasan namun disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian.

Difahamkan, jenazah kini masih berada di Unit Forensik hospital berkenaan dan akan menjalani proses bedah siasat esok pagi sebelum diserahkan kepada keluarga untuk urusan pengebumian.

Setakat ini, belum ada kenyataan rasmi dikeluarkan mengenai punca kejadian. Pihak polis masih lagi menjalankan siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi balai polis terdekat bagi membantu siasatan.

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

Video from روسلندا محمد نوور

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

*Nyaris maut tayar lori bergolek ke tengah jalan*

SEPANG – Seorang penunggang motosikal cedera ringan selepas melanggar tayar lori bergolek ke laluan utama ketika kerja-kerja menukar tayar dilakukan di tepi jalan.

Difahamkan, insiden tersebut berlaku apabila sebuah lori berhenti di bahu jalan untuk menukar tayar, tetapi dipercayai tidak dipasang dengan betul sebelum bergolek ke jalan utama yang sibuk dengan kenderaan.

Menerusi video berdurasi 58 saat yang dimuat naik di Facebook Sepang Viral, beberapa kenderaan dilihat sempat mengelak tayar tersebut, namun seorang penunggang motosikal tidak sempat berbuat demikian sebelum terbabas.

Situasi tersebut turut mengundang kemarahan pengguna jalan raya yang menyifatkan kecuaian seperti itu boleh mengancam nyawa.

“Buat laporan polis. Lantik peguam. Saman syarikat pengangkutan. Claim (tuntut) segalanya permasalahan. Semoga diberi kesembuhan dan sihat seperti sediakala serta dipermudahkan segala urusan mangsa,” kata Haris Fadilah.

“Kejadian macam ini tak patut berlaku. Jangan main-main dengan nyawa orang. Orang lain ada anak bini. Harap pihak berkuasa ambil tindakan tegas dan kenakan hukuman lebih berat,” kata pengguna lain.

Artikel : Kosmo Online
@buletininfo1malaysia

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

#Tapah
Dua maut dalam kemalangan malam tadi di KM 316 Lebuhraya Plus arah Utara (Tapah-Gopeng). Kemalangan melibatkan 3 orang mangsa berbangsa Cina. Pemandu cedera di bahagian tangan, manakala 2 orang lagi meninggal dunia di lokasi.

Takziah kepada keluarga mangsa.

📸 FB Balai Bomba Tapah
@buletininfo1malaysia

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

*"Sepanjang hari, laluan akan naik dan turun tanpa henti.*
*"Pelumba perlu berada pada tahap terbaik jika mahu menyerlah di peringkat seperti ini.*

🏎️ *London 14 Jul: Desas-desus mengenai perpindahan Max Verstappen ke Mercedes kembali hangat diperkatakan terutama apabila perlumbaan Formula Satu (F1) musim 2025 memasuki fasa penting dan spekulasi bertiup kencang.*
*Ketika ini, sama ada Verstappen atau prinsipal pasukan Mercedes, Toto Wolff memilih untuk tidak mengulas panjang mengenai khabar angin terkini itu.*
*Namun, Verstappen baru-baru ini mendedahkan kepada De Telegraaf mengenai perbincangan awal yang pernah diadakan bersama Wolff, ketika spekulasi mula mendapat perhatian musim lalu.*
*Wolff sebelum ini terlepas peluang menandatangani Verstappen ketika Red Bull merebut pelumba muda berbakat itu dan memberinya debut F1 pada usia 17 tahun.*

🏁 *Sachsenring 14 Jul: Marc Marquez mengakui tahap keyakinannya semakin tinggi selepas memenangi perlumbaan MotoGP Jerman, malam tadi.*
*Sebelum ke Jerman, Marc sudah meraih tiga kemenangan berturut-turut dan kejuaraan malam tadi adalah yang keempat, sekali gus melengkapkan prestasi gemilangnya.*
*Marc mencipta kemenangan bergaya sempena permulaan ke-200 beliau dalam kelas premier, sekali gus melebarkan kedudukan di tangga teratas kejuaraan dunia.*
*Adiknya, Alex menamatkan perlumbaan di tempat kedua manakala juara bertahan, Francesco Bagnaia di tempat ketiga, dalam perlumbaan penuh drama yang hanya menyaksikan 10 pelumba menamatkan saingan, jumlah paling rendah sejak MotoGP Australia 2011.*

🏃🏻‍♂️ *Kuala Lumpur 14 Jul: Sensasi pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi mendedahkan selain acara 100 meter (m), dia akan kembali memberi tumpuan sepenuhnya kepada acara 200m pada tahun depan.*
*Justeru itu, pelari berusia 21 tahun itu mahu menjadikan Kejohanan Universiti Dunia (WUG) di Rhine-Ruhr, Jerman dari 16 hingga 27 Julai ini sebagai medan untuknya mengasah kembali teknik lariannya dalam acara 200m.*
*Penuntut Universiti Auburn di Amerika Syarikat (AS) itu hampir mencetus sensasi pada April lalu di Kejohanan Olahraga Pepsi Florida Relays di AS apabila merekod catatan masa 20.79s ketika meraih kedudukan pertama dalam saringan keenam.*

🏸 *Kuala Lumpur 14 Jul: Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Kebangsaan, Kenneth Jonassen menjangkakan anak didiknya, Leong Jun Hao bakal berdepan tugas getir bertemu sensasi Perancis yang juga juara bertahan, Alex Lanier pada pusingan pertama Terbuka Jepun, esok.*
*Justeru pengendali dari Denmark itu berharap Jun Hao tahu bagaimana untuk membaca gaya permainan pantas lawannya di ranking ke-16 dunia itu, yang bakal ditemui buat kali pertama.*
*"Lanier adalah pemain yang bagus. Gaya permainannya sedikit berbeza daripada apa yang pernah kami lihat setakat tahun ini.*

💸 *Kuala Lumpur 14 Jul: Pasaran bola sepak negara yang berada di tahap 'tenat' dari segi kewangan melibatkan pasukan bertanding di Liga Malaysia (Liga M) membuatkan pemain perlu menerima bayaran gaji seadaya tanpa boleh menikmati gaji 'mewah' seperti sebelum ini.*
*Pemerhati bola sepak tempatan, Sulaiman Hussin berkata, setiap pemain perlu melihat dunia realiti bola sepak di Malaysia dan harus bijak membuat keputusan agar karier mereka boleh terus bertahan dalam tempoh beberapa tahun lagi.*
*Jelasnya, sekiranya masih ada pemain yang ingin mengekalkan status 'bintang' dan meminta gaji tinggi, mungkin ia akan menyukarkan pasukan termasuk diri pemain itu sendiri sehingga kemungkinan tiada pasukan untuk beraksi.*

🐯 *Kuala Lumpur 14 Jul: Pemain tengah skuad Bawah 23 Tahun (B-23), Muhammad Abu Khalil berharap pengalaman yang dimilikinya mampu membantu rakan-rakan seperjuangan mencapai keputusan positif dalam aksi pertama menentang Filipina pada saingan Piala Asean B23 2025, esok.*

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

*Sebelum sepak mula di Deepdale, lagu ikonik Liverpool "You'll Never Walk Alone" dimainkan dan kapten Preston, Ben Whiteman, meletakkan jambangan bunga di hadapan penyokong pelawat.*
*Satu minit bertafakur turut diadakan dan kedua-dua pasukan memakai lilitan lengan hitam sebagai tanda penghormatan.*

😔 *Liverpool 14 Jul: Pengendali Liverpool, Arne Slot mengakui amat sukar buat pasukannya untuk kembali berlatih selepas kehilangan tragik Diogo Jota, namun menyifatkan cara terbaik untuk meneruskan perjuangan adalah dengan mencontohi semangat dan perwatakan mendiang pemain itu.*
*Slot berkata demikian menjelang aksi persahabatan pertama pra musim menentang Preston, 10 hari selepas Jota dan adiknya, Andre Silva maut dalam kemalangan jalan raya di Sepanyol pada 3 Julai lalu.*
*"Apa yang saya katakan kepada pemain, adalah sangat sukar untuk mencari kata-kata yang sesuai. Kami sering tertanya-tanya apa yang wajar dilakukan. Bolehkan kami ketawa semula? Bolehkan kami marah bila ada keputusan salah?*

🫵🏻 *Lisbon 14 Jul: Presiden Sporting CP, Frederico Varandas memberi amaran bahawa penyerang utama, Viktor Gyokeres bakal dikenakan denda serta diminta memohon maaf kepada rakan sepasukan selepas gagal melaporkan diri untuk latihan pra musim tepat pada waktunya.*
*Penyerang antarabangsa Sweden berusia 27 tahun itu sepatutnya menyertai kem latihan pasukan di Algarve, Portugal semalam selepas diberikan cuti lanjutan, namun tidak muncul seperti dijadualkan, di tengah spekulasi mengenai perpindahannya ke kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal.*
*"Kami tenang. Semuanya akan diselesaikan selepas jendela perpindahan ditutup, dengan denda berat dan permohonan maaf kepada pasukan," kata Varandas kepada agensi berita Lusa.*

✍🏻 *London 14 Jul: Arsenal semakin hampir mencapai persetujuan untuk membayar £63.5 juta (RM364 juta) untuk mendapatkan Viktor Gyokeres dari Sporting Lisbon.*
*The Gunners akan membayar yuran tetap £55 juta (RM315.64 juta) sebagai bayaran asas dengan tambahan £8.6 juta (RM49.3 juta) dalam bentuk insentif berasaskan prestasi.*
*Penyerang berusia 27 tahun itu akan menandatangani kontrak selama lima tahun.*
*Ejen Gyokeres, Hasan Cetinkaya bersetuju untuk melepaskan komisen 10 peratusnya, sekali gus menurunkan nilai bayaran tetap perlu dibayar Arsenal tanpa menjejaskan jumlah keseluruhan yang dimahukan Sporting.*

🤬 *New Jersey 14 Jul: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memberi penghormatan kepada legenda bola sepak, Pele selepas menerima sorakan bercampur dengan ejekan daripada penonton di final Piala Dunia Kelab di Stadium MetLife, East Rutherford, awal pagi tadi.*
*Chelsea membelasah Paris St Germain (PSG) 3-0 di penutup kejohanan versi baharu yang diperluas itu, yang direka sebagai pembuka tirai berprestij menjelang Piala Dunia 2026 yang akan dianjurkan bersama bersama AS, Mexico dan Kanada.*
*Trump duduk bersebelahan Presiden Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino di tempat duduk VIP Stadium MetLife.*
*Penonton mengejeknya apabila wajahnya muncul sebentar di skrin besar semasa lagu kebangsaan AS dimainkan.*
*Trump sekali lagi menerima ejekan daripada penonton apabila beliau turun ke padang bergambar bersama pengadil perlawanan semasa upacara penyampaian trofi, dengan penganjur terus memainkan muzik dalam stadium bagi mengimbangi reaksi penonton.*

⚽️ *New Jersey 14 Jul: Cole Palmer mempamerkan aksi cemerlang pada separuh masa pertama ketika Chelsea membelasah Paris St Germain (PSG) 3-0 di final Piala Dunia Kelab yang berat sebelah di Stadium MetLife, New Jersey, awal pagi tadi.*

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

🚆 *Kuala Lumpur 14 Jul: Sempena penganjuran Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) ke-65 tahun ini, satu percubaan untuk mencipta rekod Bacaan al-Quran Terpanjang dari KL Sentral ke Hatyai akan dilaksanakan.*
*Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata, inisiatif yang akan dicatatkan dalam Malaysia Book of Records itu akan menampilkan bacaan al-Quran di dalam kereta api rentas sempadan antarabangsa.*
*"Inisiatif ini membuktikan bahawa dakwah tidak terikat pada mimbar atau dewan, tetapi boleh disampaikan di mana jua dengan pendekatan segar, bermakna dan penuh nilai.*

😳 *Kuala Lumpur 14 Jul: Seramai 50 individu akan dipanggil polis bagi membantu siasatan berhubung program motivasi rumah tangga kontroversi yang didakwa mengandungi unsur lucah dan jelik, baru-baru ini.*
*Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kesemua individu yang terbabit termasuk penganjur dan peserta akan diambil keterangan dalam masa terdekat.*
*Dalam hantaran terbaharu di laman Facebook pengguna terbabit, turut didakwa dua wanita telah melakukan tarian bogel dalam program yang berlangsung di sebuah pusat konvensyen di Shah Alam.*
*Peserta program itu juga didakwa diberi sejenis air yang tidak diketahui kandungannya sehingga menyebabkan perubahan emosi dalam tempoh singkat.*
*Selain itu, peserta turut diarahkan melakukan upacara 'mandi suci' dan 'kelahiran semula' yang menyerupai ritual keagamaan lain.*

🚧 *Kuala Nerus 14 Jul: Warga Jabatan Kerja Raya (JKR) diingatkan supaya tidak tunduk kepada persepsi negatif atau kecaman terutama di media sosial, sebaliknya terus mengekalkan komitmen, integriti dan profesionalisme dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.*
*Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata kecaman demi kecaman sering dilemparkan kepada kementerian berkenaan dan JKR.*
*Beliau berkata kecaman itu diterima apabila melibatkan bencana terhadap infrastruktur awam dan nyawa orang awam seperti kemalangan ngeri mengorbankan 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) di Gerik, Perak bulan lepas.*

⚖️ *Kuala Lumpur 14 Jul: Tiada istilah 'VIP' atau layanan 'hotel' membabitkan mana-mana tahanan di penjara seluruh Malaysia seperti yang sering diperkatakan orang ramai.*
*Ketua Pengarah Jabatan Penjara Malaysia Datuk Abdul Aziz Abdul Razak yang menafikan perkara itu bagaimanapun berkata, sesetengah tahanan berprofil tinggi lazimnya akan diletakkan di sel berasingan.*
*Menurutnya, langkah itu bukan layanan istimewa, sebaliknya atas faktor keselamatan khususnya bagi tahanan yang mendapat liputan meluas pihak media atau individu berkenaan mempunyai sentimen di luar yang boleh mencetus konflik di dalam penjara.*
*"Sebenarnya, istilah itu (VIP) hanyalah pemahaman masyarakat luar, di dalam penjara semua banduan dilayan secara saksama dan adil.*

💪🏼 *Jakarta 14 Jul: Sebuah video tular memaparkan seorang pemuda berusia 19 tahun menjawat jawatan ketua RT (Rukun Tetangga) di Kampung Rawa Badak Selatan, Koja, Jakarta Utara.*
*Menurut portal Tribun News, pemuda itu, Sahdan Arya baru sahaja memegang jawatan itu selama dua bulan, namun tindakannya yang memberi impak besar kepada penduduk.*
*Dalam video yang tular, Sahdan kelihatan membaiki jalan rosak tanpa sebarang bantuan dana daripada kerajaan.*
*Semasa ditemu bual, Sahdan berkongsi sebab beliau bertanding dalam pemilihan ketua RT.*

🏰 *Berlin 14 Jul: Istana Neuschwanstein di Bavaria, Jerman yang terkenal sebagai inspirasi kepada istana dongeng animasi Walt Disney kini diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan PBB), menurut satu pengumuman pada Sabtu.*

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

*Lima mangsa dihantar ke hospital, termasuk seorang pelari lembu yang dilaporkan terkena tanduk lembu di bahagian sulitnya, kata jurucakap itu.*
*Perlumbaan kedua terakhir di bandar utara Sepanyol itu menyaksikan banyak insiden mangsa jatuh, seperti yang ditayangkan dalam siaran langsung RTVE.*

🇯🇴 *Amman 14 Jul: Jordan Hashemite Charity Organisation (JHCO) pada Ahad menghantar konvoi bantuan terbaharu ke Semenanjung Gaza, di tengah-tengah keadaan kemanusiaan yang semakin meruncing di Wilayah Palestin itu, lapor Agensi Berita Xinhua.*
*Menurut kenyataan JHCO, konvoi terdiri daripada 50 trak yang membawa bekalan makanan dan dilaksanakan dengan kerjasama Angkatan Tentera Jordan serta Program Makanan Sedunia (WFP).*
*Bantuan ini disasarkan ke utara Gaza, di kawasan penduduk menghadapi kekurangan barangan asas yang teruk akibat gangguan rantaian bekalan dan konflik yang berterusan.*
*Satu penghantaran berasingan turut membawa 3,000 unit darah ke hospital medan Jordan di Gaza bagi menangani kekurangan bekalan darah yang kritikal.*

🇵🇰 *Islamabad 14 Jul: Virus polio liar jenis 1 dikesan dalam sampel kumbahan dari 11 lokasi di seluruh Pakistan, menurut pihak berkuasa kesihatan negara itu pada Ahad, lapor Agensi Berita Xinhua.*
*Sebanyak 24 sampel kumbahan diuji pada Jun.*
*Daripada jumlah itu, 13 didapati negatif, manakala 11 sampel mengesahkan kehadiran virus polio.*
*Menurut pihak berkuasa, penurunan dalam penularan virus itu adalah hasil daripada pemantauan yang lebih baik serta kempen vaksinasi berkualiti tinggi yang dilaksanakan di seluruh negara.*

🇯🇵 *Kushiro, Jepun 14 Jul: Sebuah roket dari Taiwan terhempas sejurus selepas dilancarkan dari sebuah tapak pelancaran angkasa persendirian di utara Jepun, menggagalkan usaha pelancaran pertama dari bumi Jepun bagi roket yang dibangunkan dengan sokongan modal asing, menurut Agensi Berita Kyodo.*
*Roket setinggi 12 meter yang dinamakan "VP01" itu dilancarkan oleh jtSPACE Co., cabang Jepun kepada sebuah syarikat aeroangkasa Taiwan, pada 11.40 pagi Sabtu, menurut pengendali Hokkaido Spaceport.*
*Walaupun peringkat pertama roket dipercayai terpisah dan jatuh ke Lautan Pasifik seperti yang dirancang, peringkat kedua kehilangan kestabilan sejurus selepas pemisahan dan terhempas di kawasan larangan berhampiran tapak pelancaran.*

🇮🇳 *New Delhi 14 Jul: Seorang penuntut di Universiti Delhi berusia 19 tahun yang dilaporkan hilang sejak enam hari lalu ditemukan mati di Sungai Yamuna, semalam.*
*Menurut portal NDTV, penuntut itu, Sneha Debnath berasal dari Tripura dan mayatnya dikenal pasti oleh ahli keluarganya. Mayat mangsa sudah dihantar untuk bedah siasat.*
*Keluarga Sneha di Tripura berusaha mencarinya sejak kehilangannya enam hari lalu. Difahamkan, dia menaiki teksi ke Signature Bridge di utara Delhi pada 7 Julai.*
*Menurut polis, Sneha meninggalkan nota tulisan tangan yang menunjukkan hasrat untuk membunuh diri.*

🇮🇳 *New Delhi 14 Jul: Seorang wanita didakwa meminta bantuan daripada dua lelaki untuk meragut telefon bimbit suaminya di kawasan Sultanpur, selatan Delhi.*
*Ia bagi memadam gambar intim dirinya bersama kekasih yang disimpan dalam peranti itu, kata seorang pegawai polis pada Jumaat.*
*Portal NDTV melaporkan dua lelaki itu didakwa meragut dan melarikan diri selepas kejadian yang berlaku pada 19 Jun, menurut pihak berkuasa.*
*Salah seorang daripada mereka, Ankit Gahlot (27) berjaya ditahan dan memberitahu polis bahawa wanita itu mempunyai hubungan sulit dengan seorang lelaki lain.*

🇮🇳 *New Delhi 14 Jul: Satu kebakaran besar melibatkan sebuah kereta api kargo yang membawa muatan minyak mentah berlaku di negeri Tamil Nadu, selatan India, pada Ahad, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan, lapor Xinhua yang memetik kenyataan polis.*

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

Memetik laporan Borneo Post, mangsa, Dennis Karon, 39, patah tangan kanan dan mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan termasuk kepala.*

*GOA_L* 2️⃣4️⃣ *Nibong Tebal 14 Jul: Pertemuan Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada petang ini dijangka berkaitan isu-isu semasa dan perkembangan dasar kerajaan. Ketua Wanita PKR, Fadhlina Sidek berkata, beliau percaya pertemuan itu untuk memberi penjelasan berhubung isu-isu semasa dan beberapa perkara penting berkaitan negara. Menurutnya, ia juga sebagai langkah awal bagi memperkukuhkan kesiapsiagaan blok kerajaan menjelang sidang Parlimen akan datang.*

*GOA_L* 2️⃣5️⃣ *Kluang 14 Jul: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) akan melaksanakan Operasi Bersepadu Translokasi Gajah secara besar-besaran ke atas 25 ekor gajah bermula bulan ini hingga Julai tahun hadapan. Ketua Pengarah Perhilitan Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, langkah strategik ini bagi menangani isu konflik gajah dan manusia secara menyeluruh dan berkesan, dengan Johor menjadi negeri pertama lokasi operasi berkenaan.*

*GOA_L* 2️⃣6️⃣ *Pekan 14 Jul: Lelaki warga Indonesia yang dilaporkan hilang selepas terjatuh bot ketika memancing bersama tiga rakan di Sungai Pahang di Sri Makmur, dekat sini, semalam, ditemukan lemas hari ini. Mayat Fahrol, 37, ditemui kira-kira jam 9.10 pagi, tersangkut pada kayu di tepi Sungai Pahang dekat Kampung Pelak, di sini, kira-kira 28 kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.*

*GOA_L* 2️⃣7️⃣ *Georgetown 14 Jul: Pasangan kekasih yang menjalankan aktiviti pengedaran dadah tumpas apabila polis merampas sejumlah ganja bernilai RM25,420 dalam satu operasi pada Khamis lalu. Kedua-dua suspek berusia 25 dan 20 tahun itu ditahan di tepi jalan kira-kira jam 9.30 malam ketika operasi dijalankan di sekitar Pulau Tikus dan Tanjong Tokong, di sini.*

*GOA_L* 2️⃣8️⃣ *Kuala Lumpur 14 Jul: Dua kakitangan sebuah jabatan kerajaan antara 12 individu dirakam keterangan berhubung siasatan kartel susu tepung menerusi operasi Op White. Menurut sumber, dua kakitangan terbabit dirakam keterangan pada minggu lalu. Katanya, operasi itu masih dijalankan bagi mengesan dan menganalisis aliran sumber kewangan membabitkan kartel berkenaan.*

*GOA_L* 2️⃣9️⃣ *Kluang 14 Jul: Seorang lelaki dicekup selepas disyaki berkhalwat dengan wanita berstatus isteri orang di sebuah rumah sewa, di sini, dalam operasi cegah maksiat, semalam. Dalam kenyataan, JAINJ memaklumkan anggota penguat kuasa memeriksa rumah terbabit yang didiami wanita berusia 28 tahun bersama pasangan lelaki berusia 30 tahun. Katanya, perkenalan pasangan kekasih itu bermula apabila lelaki terbabit meminati sambal nasi lemak dimasak wanita berkenaan sehinggalah mereka jatuh cinta.*

*GOA_L* 3️⃣0️⃣ *Kuala Lumpur 14 Jul: Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) akan merujuk hasil siasatan kepada Pihak Berkuasa Tatatertib Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) berhubung kegagalan pegawai AADK Selangor mengambil tindakan susulan terhadap seorang individu yang disahkan positif dadah oleh makmal patologi hospital awam.
EAIC berkata, ia susulan pihaknya menerima aduan terhadap pegawai AADK Selangor berhubung perkara berkenaan dan menjalankan siasatan mengikut subseksyen 27(4) Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 [Akta 700].*


*berita penuh sila follow harian metro online*

*#hanipiloiempire*
*#repoterataspokok*
*#hanisofeasupriseandgift*
*#legasisepuluh*


*GOA_L LUAR NEGARA*
=+=+=+=+=+=+=+=+=


🇵🇸 *Baitulmaqdis 14 Jul: Cadangan Israel untuk memindahkan penduduk Gaza ke dalam apa yang dipanggil "bandar kemanusiaan" mendapat kecaman hebat, dan diselar oleh pengkritik sebagai satu langkah yang berpotensi untuk memaksa rakyat Palestin keluar dari tanah mereka.*

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

*GOA_L* 8️⃣ *Hulu Selangor 14 Jul: Masalah brek disyaki menjadi punca bas terbabas dan terbalik di Jalan Tulip 3, Bukit Sentosa, di sini hari ini. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan Ibrahim Husin berkata polis menerima maklumat berhubung nahas pada jam 11.30 pagi. Menurutnya, kenderaan itu dipandu seorang lelaki berusia 57 tahun bersama tiga penumpang berusia 38, 17 dan 9 tahun.*

*GOA_L* 9️⃣ *Pasir Salak 14 Jul: Majlis Benih Negara yang kini di peringkat penelitian akhir akan dilancarkan tidak lama lagi, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu. Beliau berkata, badan penyelaras itu merupakan institusi penting bagi memastikan kawal selia industri benih negara supaya tidak dimonopoli oleh syarikat atau negara tertentu. Biarlah benih ini diuruskan dengan cara yang tertib dan kita ada satu lembaga benih negara untuk mengawal apa sahaja benih bersifat tumbuhan atau ternakan di Malaysia ini, katanya.*

*GOA_L* 🔟 *Ampang 14 Jun: Bau terlalu busuk sehingga melekat pada baju. Itu yang ditanggung penduduk kawasan ini setiap kali melalui laluan pejalan kaki merentasi Sungai Kerayong ke Stesen LRT Pandan Jaya di sini. Pencemaran bau daripada sungai itu dikatakan sudah lama berlarutan dan semakin parah dipercayai akibat longgokan sampah dan sisa buangan lain. Tinjauan Harian Metro ke kawasan itu, baru-baru ini juga mendapati terdapat sampah dibuang dalam Sungai Kerayong dan tompokan hitam dipercayai minyak yang mencemari permukaan sungai.*

*GOA_L* 1️⃣1️⃣ *Kota Kinabalu 14 Jul: Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), giat melaksana penambahbaikan infrastruktur kesihatan awam dan memperkukuh keupayaan menghadapi ancaman banjir di Sabah. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, Projek Skim Pembetungan Berpusat Putatan Fasa 1 yang bernilai RM134.4 juta kini mencapai 69.85 peratus kemajuan setakat bulan lalu.*

*GOA_L* 1️⃣2️⃣ *Sepang 14 Jul: Seramai 131 warga asing baru mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dilarang dari memasuki sempadan negara kerana didapati tidak memenuhi syarat kemasukan, di sini Jumaat lalu. Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) dalam kenyataan berkata, kesemua warga asing terbabit diperiksa melalui operasi dijalankan di Terminal 1 (T1) KLIA bermula 3 petang hingga 10 malam. "Antara pelanggaran yang dikenal pasti termasuk tempahan penginapan yang meragukan, kegagalan melapor diri di kaunter Imigresen, dan membawa wang sara diri yang tidak mencukupi.*

*GOA_L* 1️⃣3️⃣ *Ipoh 14 Jul: Bekalan air ke Rancangan Pengairan Kerian di daerah Kerian, Bagan Serai dicatu sementara susulan penyusutan Empangan Bukit Merah yang mencecah Aras Kritikal Pengairan Tahap 1 iaitu 7.01 meter (m) sejak 26 Jun lalu akibat cuaca panas dan kering. Exco Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam negeri Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dalam laporan status semasa musim kering menyatakan bekalan air bagi kegunaan domestik masih dikekalkan supaya tidak terganggu.*

*GOA_L* 1️⃣4️⃣ *Kota Kinabalu 14 Jul: Lebih 60,000 pengguna di Sabah dan Labuan akan mendapat manfaat daripada bekalan elektrik yang lebih stabil dan cekap, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof. Beliau yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), berkata, inisiatif itu dijayakan dengan pelaksanaan tujuh projek tenaga bernilai RM260.7 juta di bawah kementerian itu.*

*GOA_L* 1️⃣5️⃣ *Kuala Lumpur 14 Jul: Hubungan erat dan kerjasama strategik antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri, terutama Sabah dan Sarawak adalah sangat penting, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. Perdana Menteri menerusi kenyataan ringkas di media sosial berkata, ini bagi membantu menjayakan agenda nasional berteraskan pembangunan yang inklusif dan seimbang demi kemajuan bersama seluruh rakyat Malaysia.*

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

Ibu, anak perempuan cedera bas terbalik di Bukit Sentosa

Oleh HARRITH HISHAM
14 Julai 2025, 1:54 pm

HULU SELANGOR – Seorang wanita dan anak perempuannya cedera selepas sebuah bas Smart Selangor yang dinaiki mereka terbalik di Jalan Tulip 3 Bukit Sentosa, Rawang, di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian sekitar pukul 11.16 pagi.

Menurutnya, seramai lapan anggota dan sebuah jentera serta Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) digerakkan ke lokasi kejadian.

“Kemalangan melibatkan sebuah bas Smart Selangor dipercayai terbabas sendiri di selekoh sebelum terbalik.

“Dalam kejadian itu, seorang wanita berusia 38 tahun dan kanak-kanak perempuan berusia 9 tahun mengalami cedera ringan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Mukhlis berkata, kedua-dua mangsa yang cedera telah dibawa oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk rawatan lanjut.

Dalam pada itu, katanya, pemandu bas yang berusia 57 tahun serta seorang penumpang lelaki berusia 17 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan. – KOSMO! ONLINE

#Kosmo
@buletininfo1malaysia

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

#Repost @vocket
Musang King, atau nama asalnya Raja Kunyit, sekali lagi mengharumkan nama Malaysia apabila ia dinobatkan sebagai “Raja Segala Raja” dalam Kejohanan Durian Dunia 2025.

Walaupun harganya mungkin sedikit mahal namun rasanya yang mewah dan khasiat kesihatan ditawarkannya menjadikan ia hidangan berbaloi untuk semua penggemar durian.

Malaysia telah berjaya mendapatkan perlindungan harta intelek (IP) untuk durian Musang King, secara rasmi mengesahkan statusnya sebagai produk yang unik milik Malaysia.

Baca artikel penuh di thevocket.com

Baca juga artikel kami di https://luminews.my [Lumi News]

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

Kuala Kurau
Perak.
14/7/2025

Kemalangan baru sebentar tadi,dekat jalan tuju kawasan Parit Mat Ali. Meninggal tempat kejadian.
Kini mayat telah dihantar ke Hospital Parit Buntar.
@buletininfo1malaysia

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

M*yat lelaki dalam gaung disahkan mangsa bvnuh

TAPAH, PERAK - Polis mengesahkan m*yat lelaki yang ditemui dalam gaung di kawasan Kampung Batu 23, Jalan Pahang di sini pada Sabtu sebagai mangsa bvnuh.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Johari Yahya berkata, hasil laporan pakar forensik mendapati mangsa meninggal dunia akibat kecederaan berganda yang dipercayai berpunca daripada dipvkul dengan objek tumpul.

"Bedah siasat mendapati terdapat kesan lebam dan lecet pada kepala, muka serta bahagian belakang badan, kedua-dua tangan serta kaki mangsa.

"Berdasarkan penemuan ini, kes diklasifikasikan sebagai bvnuh dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.43 tengah hari itu, polis menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan penemuan satu m*yat lelaki tidak dikenali dalam keadaan tertiarap di bawah cerun setinggi 15 meter di tepi jalan.

Johari berkata, pasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah yang bergegas ke lokasi mendapati mangsa dipercayai berusia dalam lingkungan awal 30-an, berpakaian t-shirt putih dan seluar pendek hitam, namun tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui.

"Lelaki itu ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri, sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dari Hospital Tapah yang turut hadir ke lokasi," katanya.

Menurut beliau, pasukan forensik dan Unit Anjing Pengesan (K9) dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak turut dikerahkan ke tempat kejadian untuk membantu siasatan, manakala anggota Balai Bomba dan Penyelamat Tapah dipanggil bagi mengangkat m*yat dari cerun ke tepi jalan.

"Mayat kemudiannya dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk proses bedah siasat yang telah dijalankan pada pagi tadi (Ahad).

"Cap jari mangsa juga telah diambil bagi mengenal pasti identitinya," katanya.

Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan hadir ke mana-mana balai polis berhampiran atau terus menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Shahrul Shamsudin di talian 05-4011222.

Sinar Harian
@buletininfo1malaysia

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

Date : 10/07/25
Masa : 6.50 pagi

Semasa kejadian onthe way nk pergi kerja kt berjaya times square,
Lepas je traffclight depan ts tu ada 2 biji bas berhenti kt lane kiri ,so ada sebiji kereta dr kiri nak ke kanan ,so kami bgi kereta depan tu jln dulu
Tiba2 kereta kami di langgar dr blkg oleh sebuah bas.

Husb panggil tepi srh berhenti, husb tanya x nampak ke ada kami berhenti, and ada kenderaan dpn kami

Driver bas ckp kmi tiba2 berhenti, dan maki2 husb siap tolak2 lagi .

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

Depan Perak Tong Abg Trafik Bikin Block Kiri Kanan Side

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

6720 depan 99wonderland rb

Читать полностью…
Subscribe to a channel