buletininfo1malaysia | Unsorted

Telegram-канал buletininfo1malaysia - Buletin Info 1 Malaysia

3369

Selamat Datang ke Buletin Info 1 Malaysia Channel ini akan berkongsi info tentang... 🔍🚓🚑🚒INFO ROADBLOCK 1 MALAYSIA & KEMALANGAN DALAM DAN LUAR NEGARA TERKINI

Subscribe to a channel

Buletin Info 1 Malaysia

*Portal mustsharenews. com melaporkan, hukuman itu dikenakan selepas lelaki itu ditangkap mencuri peralatan di pusat gimnasium berkenaan.*
*Video lelaki itu bersenam dengan pantas menjadi tular di X hingga meraih lebih sejuta tontonan dalam beberapa hari.*
*Pencuri itu terpaksa melakukan senaman berat sebagai hukuman kerana mencuri.*
*Daripada memukulnya, mereka menghukumnya dengan memintanya melakukan pelbagai latihan kemudian merakam perbuatannya.*

🌋 *Copenhagen 16 Jul: Semenanjung Reykjanes di Iceland mengalami letusan gunung berapi ke-12 dalam tempoh lebih empat tahun pada Rabu, apabila lahar memancut keluar dari rekahan selepas beberapa siri gempa bumi berlaku beberapa jam sebelumnya, lapor agensi berita Jerman (dpa).*
*Pejabat Meteorologi Iceland mengesahkan letusan itu sejurus sebelum 0400 GMT, dan memaklumkan bahawa satu rekahan sepanjang 700 hingga 1,000 meter sudah terbuka di kawasan semenanjung yang kurang berpenduduk di barat daya Reykjavik.*
*Rakaman langsung penyiar awam RUV menunjukkan lahar merah terang memancut keluar dari rekahan di permukaan bumi.*
*Pakar menyifatkan lokasi letusan itu sebagai tidak berisiko tinggi kerana tiada ancaman segera terhadap penduduk atau infrastruktur di bandar nelayan Grindavik yang berhampiran.*


*berita penuh sila follow harian metro online*

*#hanipiloiempire*
*#repoterataspokok*
*#hanisofeasupriseandgift*
*#legasisepuluh*


*GOA_L ARENA SUKAN*
+=+=+=+=+=+=+=+=+=


🐔 *Liverpool 16 Jul: Liverpool bersedia memecah rekod perpindahan mereka buat kali kedua musim panas ini selepas masa depan Alexander Isak di Newcastle semakin diragui.*
*Juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu membuat pembelian penting musim panas ini dengan menandatangani Florian Wirtz dengan harga £116 juta (RM694.7 juta); mereka menambah kekuatan dengan mendapatkan seorang lagi pemain Bayer Leverkusen, Jeremie Frimpong, serta bek kiri Bournemouth, Milos Kerkez.*
*Namun, penambahan Isak akan mengatasi segala-galanya.*
*Ia akan memerlukan yuran rekod baharu British untuk mendapatkan pemain antarabangsa Sweden itu, melebihi £125 juta (RM748.2 juta), tetapi niat Liverpool jelas: mereka akan bergerak jika mendapat petanda positif.*

✍🏻 *Manchester 16 Jul: Manchester United masih mempunyai banyak tugasan dalam pasaran perpindahan dan kekal dalam perbincangan dengan Brentford mengenai perjanjian untuk mendapatkan penyerang Bryan Mbeumo ketika Ruben Amorim berharap dapat mengukuhkan pasukannya.*
*Musim panas United bermula dengan pantas apabila mereka menandatangani Matheus Cunha dalam perjanjian £62.5 juta (RM374.3 juta).*
*Pemain Brazil itu dibawa masuk dari Wolves pada Jun dan kini sudah memulakan latihan pramusim di bawah Amorim.*
*Namun, Cunha mempunyai ramai rakan sepasukan baharu untuk ditemui, tetapi hanya seorang yang berada dalam posisi sama dengannya.*

✍🏻 *London 16 Jul: Manchester City menandatangani perjanjian jersi baharu yang cukup lumayan bersama Puma dengan nilai dilaporkan mencecah £1 bilion (RM5.6 bilion) untuk tempoh 10 tahun akan datang.*
*Lanjutan kontrak City bersama Puma itu sekali gus menyaksikan kerjasama terbesar membabitkan jersi dalam sejarah Liga Perdana Inggeris (EPL).*
*Selepas memeterai perjanjian bernilai £65 juta (RM369.9 juta) setahun bersama syarikat Jerman itu pada 2019, perjanjian baharu City dipercayai bernilai £100 juta (RM568.8 juta) setahun sehingga tahun 2035, menurut laporan media Britain.*
*Nilai itu mengatasi perjanjian £90 juta (RM512 juta) setahun yang ditandatangani Manchester United bersama Adidas pada 2023.*

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

*Tarikh akhir asal sepatutnya pada 9 Julai, tetapi ditangguhkan oleh Rumah Putih bagi memberi lebih masa kepada rundingan.*

🇺🇸 *Washington 16 Jul: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Selasa berkata, beliau mencapai pakatan perdagangan dengan Indonesia yang akan menyaksikan komitmen pembelian yang ketara dari negara Asia Tenggara itu, berikutan rundingan untuk mengelak tarif yang lebih tinggi.*
*Barangan Indonesia yang memasuki AS akan dikenakan tarif 19 peratus, kata Trump dalam satu catatan di platform Truth Socialnya. Ini jauh di bawah paras 32 peratus yang dinyatakan presiden sebelum ini.*
*"Sebagai sebahagian daripada perjanjian, Indonesia komited untuk membeli AS$15 bilion dolar dalam (sektor) tenaga AS, AS$4.5 bilion dolar dalam produk pertanian Amerika, dan 50 jet Boeing, kebanyakannya 777," tulis Trump.*
*Saham Boeing ditutup turun 0.2 peratus selepas pengumuman itu.*

🇺🇸 *Miami 16 Jul: Seorang lelaki berusia 54 tahun yang disabitkan dengan pembunuhan bermotifkan dendam pada 1993, dihukum mati di Florida pada Selasa.*
*Ia dalam hukuman mati ke-26 di Amerika Syarikat (AS) pada tahun ini dan paling banyak dalam sedekad.*
*Michael Bell dihukum mati dengan suntikan di Penjara Negeri Florida di Raiford kerana membunuh Jimmy West, 23, dan Tamecka Smith, 18.*
*Kenyataan ringkas daripada Jabatan Pembetulan Florida mengesahkan bahawa hukuman mati itu dilaksanakan pada 6.25 petang waktu tempatan.*

🇺🇦 *Kyiv 16 Jul: Ukraine baru-baru ini menahan dua beranak warga China selepas disyaki mengintip program peluru berpandu anti-kapal Neptune.*
*Ia bahagian penting dalam industri senjata domestik di sini yang semakin berkembang dan penting untuk pertahanan terhadap tentera Rusia.*
*Pengumuman oleh Perkhidmatan Keselamatan Ukraine (SBU) berikutan dakwaan Kyiv dalam beberapa bulan kebelakangan ini bahawa Beijing berusaha untuk menonjolkan imej berkecuali dan membantu usaha perang Kremlin.*
*Pegawai kontra perisikan menahan seorang bekas penuntut berusia 24 tahun di sini selepas mereka memberikannya dokumentasi teknikal berkaitan pengeluaran Neptune, kata SBU dalam satu kenyataan pada Rabu.*

🇫🇷 *Paris 16 Jul: Lelaki Perancis yang menghabiskan hampir dua dekad menanti pelaksanaan hukuman mati ke atasnya di Indonesia kerana kesalahan dadah sebelum dikembalikan ke Perancis, akhirnya diberikan pembebasan bersyarat, kata pendakwa raya pada Selasa.*
*Serge Atlaoui, seorang pengimpal berusia 61 tahun dari Metz, diterbangkan kembali ke Perancis pada Februari selepas menanti pelaksanaan hukuman mati di Indonesia sejak 2007.*
*Bapa kepada empat anak, kini dipenjarakan berhampiran Paris, selepas mahkamah Perancis meminda hukumannya kepada penjara 30 tahun.*
*Atlaoui diluluskan untuk pembebasan bersyarat pada 18 Julai, kata pejabat pendakwa raya di Meaux dalam satu kenyataan, sambil menambah bahawa ia tertakluk kepada kewajipan susulan.*

🇵🇭 *Manila 16 Jul: Mengejutkan apabila seorang penuntut universiti berusia 19 tahun kerana maut selepas dibunuh dengan kejam ketika rompakan di rumahnya di Tagum City, Davao del Norte, Filipina, pada 9 Julai lalu.*
*Portal mustsharenews. com melaporkan, Sophia Marie Coquilla, seorang penuntut berprestasi tinggi dan wartawan kampus, ditemukan tidak bernyawa di dalam bilik tidurnya dalam keadaan berlumuran darah dengan sekurang-kurangnya 38 kesan tikaman.*
*Coquillq baru memulakan pengajiannya di Universiti berprestij Filipina Diliman dan bercita-cita menjadi wartawan.*
*Keempat-empat suspek yang tiga daripadanya di bawah umur sudah ditahan.*

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

*GOA_L* 1️⃣8️⃣ *Tawau 16 Jul: Pemandu pikap mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas lima pertuduhan termasuk melanggar seorang guru lelaki ketika sedang berjoging hingga menyebabkan kecederaan, bulan lalu. Tertuduh, Mohd Hikmal Bolong, 29, membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Don Stiwin Malanjum.*

*GOA_L* 1️⃣9️⃣ *Ipoh 16 Jul: Seorang pesara mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas tiga pertuduhan merogol serta amang seksual terhadap anak kandung berusia 12 tahun hingga mengandung, beberapa bulan lalu. Tertuduh berusia 45 tahun membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Jean Sharmila Jesudason selepas pertuduhan dibacakan.*

*GOA_L* 2️⃣0️⃣ *Serdang 16 Jul: Sebuah bas persiaran musnah terbakar dalam kejadian di kilometer (km) 20.2, Lebuhraya Maju (MEX), menghala Kuala Lumpur, di sini hari ini. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Kembangan tiba di lokasi pada 8.25 pagi.*

*GOA_L* 2️⃣1️⃣ *Sandakan 16 Jul: Empat bot pemintas laju (FIC) G2000 MkII yang diterima Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2) meningkatkan lagi keupayaan pasukan keselamatan menangani ancaman di laut khususnya di kawasan timur Sabah. MAWILLA 2 dalam kenyataannya berkata, bot berkenaan dilengkapi sistem persenjataan automatik iaitu Remote Control Weapon Station (RCWS) dan senjata berkaliber 12.7 millimeter (mm) Heavy Machine Gun (HMG).*

*GOA_L* 2️⃣2️⃣ *Alor Setar 16 Jul: Sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Alphard terjunam ke dalam sungai di jalan ban Telaga Bata, bersebelahan Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini malam tadi. Bagaimanapun pemandunya lelaki berusia 41 tahun terselamat dan hanya mengalami cedera ringan.*

*GOA_L* 2️⃣3️⃣ *Gombak 16 Jul: Sebuah lori membawa muatan khemah musnah dalam kebakaran di Susur Keluar 803, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK), di sini, hari ini. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 7.24 pagi.*

*GOA_L* 2️⃣4️⃣ *Georgetown 16 Jul: Mayat lelaki warga emas ditemukan di ruang tamu dalam rumah yang berkunci di Hong Seng Estate, Mount Erskine, Tanjung Tokong, di sini, malam tadi. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, John Sagun Francis berkata, maklumat diterima pihaknya berhubung mangsa terperangkap dalam rumah berkenaan pada jam 11.58 malam.*

*GOA_L* 2️⃣5️⃣ *Pasir Mas 16 Jul: Kandang lembu di sepanjang sempadan Kelantan-Thailand kini dipercayai menjadi transit sindiket dadah yang membuatkan pemilik kandang terdedah kepada risiko dijadikan sebagai 'orang tengah' sindiket. Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA), Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata walaupun tiada siasatan rasmi setakat ini yang membuktikan pemilik kandang terlibat secara langsung, laporan risikan mendapati ada indikasi dadah diseludup bersama lembu atau kambing dalam rangkaian logistik kandang.*

*GOA_L* 2️⃣6️⃣ *Kuala Lumpur 16 Jul: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) tidak akan berkompromi atau melindungi mana-mana pihak yang terbabit dalam aktiviti penyeludupan dan penyelewengan cukai. Ketua Pengarah JKDM, Datuk Anis Rizana Mohd Zainudin berkata, pendirian JKDM adalah jelas, tegas dan konsisten di mana JKDM tidak akan berkompromi atau melindungi pihak yang terbabit dalam aktiviti menyeludup dan penyelewengan cukai.*

*GOA_L* 2️⃣7️⃣ *Kuala Lumpur 16 Jul: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu menahan lelaki warga emas dan merampas bersama pelbagai jenis rokok tanpa cukai bernilai RM146,784 di sebuah rumah di Taman Suria Damai, Taiping di Perak, semalam. Komander PPM Wilayah Satu, Asisten Komisioner Rusley Chi Ari berkata, penahanan itu dilakukan sepasukan anggota PPM Kampung Acheh dalam Op Kontraban pada 4.15 petang.*

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

*G🅰️RA🅿️AN 🔛9️⃣ 🅰️L_LI🆖GI*

*‎بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ*
‎ *السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ & SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA FOLLOWER GOA_L.*

*KHAMIS 17 JULAI 2025 MASIHI BERSAMAAN 21 MUHARRAM 1447 HIJRAH*

*LIVE FROM KAWAN FOOD FROZEN PULAU INDAH KLANG*

*WAKTU SOLAT DAERAH KLANG/ KUALA LANGAT DAN KAWASAN SEWAKTU DENGANNYA*

*IMSAK* : *05:49am*
*SUBUH* : *05:59am*
*SYURUK* : *07:11am*
*ZOHOR* : *13:23pm*
*ASAR* : *16:47pm*
*MAGHRIB* : *19:31pm*
*ISYAK* : *20:45pm*

*artikel disiarkan pada tarikh 16jul*

*harianmetroonline*
*by:hanipiloiempire*
*since2011*

*GOA_L DALAM NEGARA*
+=+=+=+=+=+=+=+=+=+


*GOA_L* 1️⃣ *Putrajaya 16 Jul: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan wujud kes seorang bayi berusia tiga bulan dirogol dan perbuatan itu dirakam sebelum dijual. Berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini, beliau menyifatkan kes terbabit adalah sesuatu yang tidak masuk akal. "Saya diberi taklimat (oleh polis baru-baru ini) pada jam 12.30 tengah malam, kalau sudah waktu itu, maknanya seriuslah.*

*GOA_L* 2️⃣ *Johor Bahru 16 Jul: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor mematahkan dua cubaan pengedaran dadah membabitkan rampasan keseluruhan sebanyak 3.825 kilogram (kg) ganja dalam serbuan berasingan di Pekan Nenas dan Terminal Feri Batu Pahat, bulan lalu. Pengarah JKDM Johor Aminul Izmeer Mohd Sohaimi berkata, dalam operasi pertama pada 5 petang 21 Mei lalu, sepasukan anggota dari Cawangan Narkotik Johor berjaya mengesan aktiviti pengedaran dadah menggunakan perkhidmatan kurier di kawasan Pekan Nenas.*

*GOA_L* 3️⃣ *Shah Alam 16 Jul: Penceramah bebas kontroversi, Ustaz Faridul Firdaus Zaulkapli didenda RM2,800 oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini, hari ini, atas pertuduhan mengajar agama Islam tanpa tauliah, tahun lalu. Hakim Syarie Siti Rahmah Hussin memutuskan demikian selepas tertuduh, Faridul Firdaus Zaulkapli, 39, mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapannya.*

*GOA_L* 4️⃣ *Kuala Lumpur 16 Jul: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil pelbagai langkah penambahbaikan untuk memastikan kebajikan individu yang hadir membantu siasatan di pejabat mereka sentiasa terpelihara. Ia dilakukan sejak kejadian membabitkan mendiang Teoh Beng Hock yang ditemui meninggal dunia di premis SPRM Selangor pada 16 Julai 2009.*

*GOA_L* 5️⃣ *Putrajaya 16 Jul: Pemandu pelancong, Noornabilla Azemi, 36, yang mendakwa dipukul di Jepun awal tahun ini, berharap kes dihadapinya mendapat pembelaan sewajarnya. Noornabilla yang berasal dari Cyberjaya berkata, dia dan suaminya dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang semalam, untuk dirakam keterangan berkaitan insiden terbabit.*

*GOA_L* 6️⃣ *Kota Bharu 16 Jul: Guru sebuah sekolah di sini, direman enam hari di Mahkamah Majistret di sini, hari ini bagi membantu siasatan kes amang seksual, disyaki membabitkan pelajar lelaki. Lelaki berusia 50-an itu direman bermula hari ini sehingga 21 Julai untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) dan 14(d) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak (AKSTKK) 2017.*

*GOA_L* 7️⃣ *Lahad Datu 16 Jul: Seorang wanita maut manakala 13 cedera selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas sebelum terjunam ke dalam gaung sedalam 15 meter di Ladang Permai, di sini, awal pagi tadi. Dalam kejadian itu, mangsa yang maut dikenali sebagai Kalma, 33, yang juga penumpang pikap jenis Toyota Hilux terbabit.*

*GOA_L* 8️⃣ *Kuala Lumpur 16 Jul: Universiti Putra Malaysia (UPM) mencatatkan peningkatan 19 peratus penuntut baharu bagi sesi akademik 2025/2026 dengan kemasukan 1,291 penuntut berbanding 1,086 orang pada tahun lalu. Jumlah itu direkodkan untuk kemasukan baharu bagi Program Asasi Pertanian (ASPer), pra diploma dan diploma dan di dua kampusnya iaitu di Serdang, Selangor dan Bintulu, Sarawak.*

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

𝗘𝗺𝗽𝗮𝘁 𝘀𝘆𝗮𝗿𝗶𝗸𝗮𝘁 𝗱𝗶𝗹𝗮𝗻𝘁𝗶𝗸 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗣𝘂𝘀𝗮𝘁 𝗣𝗲𝗺𝗲𝗿𝗶𝗸𝘀𝗮𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗻𝗱𝗲𝗿𝗮𝗮𝗻 𝗠𝗼𝘁𝗼𝗿 (𝗣𝗣𝗞𝗠) :

👉Carro Technology Sdn Bhd
👉Carsome Academy Sdn Bhd
👉 Wawasan Bintang Sdn Bhd
👉 Beriman Gold Sdn Bhd

📸 : Ministry of Transport Malaysia
@buletininfo1malaysia

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

Speed trap Chenor lpt tembak Temerloh. Trafik tggu hadapan hala R&R Temerloh

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

PALO RETOK LOTUS K.B HALA P.PEKAN TAHAN RAMBANG TIGA ANGGOTA 🚩 CHEK LESEN

*KEL-1030PG*

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

*KELANTAN*

[16-7, 10:53]

Depan sekolah kandis stand by buat rb tahan kiri kanan supo kelmarin siap pasang kanopi lagi....

[16-7, 11:05]

Jpj duk nyekat random depe skoloh cino tm loni. nok g lah bandar tm

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

11.00am
Meru Pergi Bukit Raja U Turn Pergi KFC Sana Baju Putih Traffic Block🚩

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

16July2025/N.Sembilan
1027hrs - Speedtrap (T) Highway Plus Selatan KM 246.6 tengah divider dari Pedas Linggi menghala ke Senawang arah utara.
▶️ Kawasan had laju 110kmh

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

16July2025/Selangor
1022hrs - SJR (T) Depan Uitm Shah Alam dari bulatan bistari menghala ke Seksyen 7
▶️ Fokus semua kenderaan

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

*🔰KEMAS KINI INFO SEMASA KEDAH DARUL AMAN*
*TARIKH 16JULAI2025*
*MASA 10:05 AM*

*DARIIII TRAFIK LIGHT SIMPANG 4 TVMART MENGHALA JALAN DATUK KUMBAR CLEAR KEDUA² ARAH*

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

16July2025/Terengganu
1005hrs : Snap check (J) selepas persimpangan Paya Resak menghala Padang Midin.
*#inforoadblock*

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

*PERAK*
_DEPAN PETRONAS TAMBUN MUKA TGK TAMAN SUNWAY CITY ABG TRAFIK BIKIN BLOCK KIRI KANAN SIDE_

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

8.45am ( 3:16 )
BM :
Bayu Mutiara/Juru ~Sentral
Turn To Jalan Bukit Minyak
Before Desa Titi Panjang
Near Guppy Plastic Factory 🏭
( Besides Flyover )

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

🇮🇩 *Jakarta 16 Jul: Polis Indonesia menumpaskan sindiket pemerdagangan bayi antarabangsa yang dipercayai beroperasi sejak 2023, dengan menyelamatkan enam bayi dan menahan 12 suspek dalam satu operasi besar-besaran merentasi beberapa wilayah.*
*Menurut polis, lima bayi ditemukan di Pontianak, Kalimantan Barat di pulau Borneo dan dibawa ke ibu pejabat polis Jawa Barat, manakala seorang lagi bayi diselamatkan di kawasan Jakarta Raya.*
*Jurucakap polis Jawa Barat, Komisioner Hendra Rochmawan berkata, suspek memainkan pelbagai peranan dalam sindiket itu, termasuk merekrut bayi yang masih dalam kandungan, menjaga mereka serta memalsukan dokumen seperti sijil kelahiran dan pasport.*

🇮🇩 *Jakarta 16 Jul: Pihak berkuasa imigresen Indonesia mengumumkan bahawa warga asing kini layak memohon visa tinggal terbatas (VITAS) untuk mengikuti pendidikan bukan formal di negara itu, lapor Agensi Berita ANTARA.*
*Dalam satu kenyataan, Pemangku Ketua Pengarah Imigresen Yuldi Yusman berkata visa kategori E30 - yang diperkenalkan khas untuk pendidikan bukan formal - boleh diluluskan bagi tempoh satu atau dua tahun.*
*Permohonan boleh dikemukakan secara dalam talian menerusi laman sesawang evisa. imigrasi. go. id.*
*"Untuk memohon, warga asing mesti mempunyai penjamin - sama ada individu atau institusi pendidikan bukan formal yang akan mereka sertai," jelas Yusman.*

🇮🇩 *Jakarta 16 Jul: Anggota penyelamat Indonesia menemukan 11 mangsa yang semalam dilaporkan hilang di Sumatera Barat, selepas bot dinaiki mereka terbalik akibat cuaca buruk.*
*Mereka terselamat kerana berenang sekurang-kurangnya enam jam ke pulau terdekat.*
*Terdahulu, dua bot dan puluhan penyelamat mencari mangsa yang hilang selepas bot dengan 18 penumpang di dalamnya terbalik di luar Kepulauan Mentawai di wilayah Sumatera Barat, kira-kira 11 pagi 14 Julai lalu, kata jurucakap wilayah.*
*"Hujan lebat ketika kejadian itu.*


*berita penuh sila follow harian metro online*

*#hanipiloiempire*
*#repoterataspokok*
*#hanisofeasupriseandgift*
*#legasisepuluh*


*GOA_L MEDSOS, POPULAR*
+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+


👑 *Kuala Lumpur 16 Jul: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap dan mengurniakan warkah penghargaan serta cenderamata kepada Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Zailani Hashim yang akan bersara, Jumaat ini.*
*Menurut kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, majlis tersebut berlangsung di Istana Negara, di sini, hari ini.*
*"Seri Paduka Baginda menzahirkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada Datuk Wira Zailani atas jasa dan khidmat bakti beliau sepanjang berkhidmat sebagai Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara sejak 2024," menurut hantaran itu.*
*Jawatan Datuk Pengelola Bijaya Diraja kini disandang oleh Tan Sri Dr Azmi Rohani, berkuat kuasa 1 Julai lalu. Azmi sebelum ini adalah Setiausaha Kerajaan Negeri Johor.*

👵🏼 *Tokyo 16 Jul: Uniknya sebuah syarikat di Jepun kerana menawarkan khidmat sewaan nenek berumur antara 60 dan 94 tahun dengan bayaran asas 3,300 yen (kira-kira RM94) sejam.*
*Oddity Central melaporkan, perkhidmatan OK Nenek atau OK Oppa-Chan, dilancarkan pada 2012 iaitu dua tahun selepas penubuhan perkhidmatan pelanggan.*
*Sehingga kini, ia masih menjadi salah satu perkhidmatan paling popular syarikat. Lebih daripada 100 warga emas yang diambil bekerja dengan syarikat itu.*
*Nenek ini turut memiliki pelbagai kemahiran termasuk ada yang boleh memasak dan peneman.*

🏋🏻‍♀️ *Dhaka 16 Jul: Gara-gara 'kantoi' mencuri, seorang lelaki dipaksa bersenam di pusat gimnasium dekat Cox's Bazar, Bangladesh.*

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

*GOA_L* 2️⃣8️⃣ *Serdang 16 Jul: Penduduk Pangsapuri Putra Permai Selesa, Seri Kembangan di sini, meluahkan rasa kecewa apabila kediaman didiami sejak 30 tahun lalu kini dikuasai pendatang asing tanpa izin (PATI) terutama etnik Rohingya. Ali, 45, berkata pangsapuri empat tingkat dan mempunyai empat blok itu mula dibanjiri warga asing yang menyewa sejak kira-kira 10 tahun lalu.*

*GOA_L* 2️⃣9️⃣ *Serdang 16 Jul: Seramai 496 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam operasi Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di 'sarang' Rohingya di Pangsapuri Putra Permai Selesa, Seri Kembangan di sini, semalam. Serbuan bermula kira-kira 10 malam itu turut membongkar kegiatan judi dalam talian yang berselindung di sebalik tiga kediaman tingkat dua di sebuah blok pangsapuri berkenaan.*

*GOA_L* 3️⃣0️⃣ *Johor Bahru 16 Jul: Kerajaan Negeri Johor dan Kementerian Kesihatan (KKM) bersetuju terdapat keperluan segera untuk mengisi kekosongan jawatan, memperbaiki fasiliti serta menaik taraf kemudahan di tiga hospital utama di Johor bagi memperkukuh infrastruktur hospital dan kebajikan petugas. Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, ia antara perkara yang dipersetujui dalam pertemuan dengan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad di Putrajaya hari ini.*


*berita penuh sila follow harian metro online*

*#hanipiloiempire*
*#repoterataspokok*
*#hanisofeasupriseandgift*
*#legasisepuluh*


*GOA_L LUAR NEGARA*
=+=+=+=+=+=+=+=+=


🇵🇸 *Ramallah 16 Jul: Penasihat media Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) Adnan Abu Hasna di Gaza memberi amaran berhubung rancangan yang dilaporkan oleh Israel untuk menubuhkan apa yang digelar sebagai 'bandar kemanusiaan' di selatan Gaza.*
*Menurut laporan Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA), beliau memberi amaran yang inisiatif itu pada hakikatnya adalah rancangan untuk mewujudkan kem tahanan besar-besaran.*
*Dalam satu kenyataan media, Abu Hasna berkata Israel telah lama menyediakan asas bagi pelan ini melalui penubuhan pusat agihan bantuan di selatan Gaza.*
*"Kini, mereka secara terbuka menyatakan niat untuk memindahkan penduduk Gaza secara paksa ke kem tahanan kolektif di Rafah, sebagai langkah awal ke arah pengusiran mereka dari tanah Palestin," katanya.*

🇹🇷 *Istanbul 16 Jul: Sekurang-kurangnya 58,479 rakyat Palestin maut dalam serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza sejak Oktober 2023, menurut Kementerian Kesihatan pada Selasa, lapor Anadolu Ajansi (AA).*
*Menurut kenyataan kementerian itu, 93 mayat dibawa ke hospital dalam tempoh 24 jam lepas, manakala 278 orang cedera, menjadikan jumlah keseluruhan kecederaan kepada 139,355 orang akibat serangan berterusan Israel.*
*"Ramai mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan dan di jalanan kerana pasukan penyelamat tidak dapat sampai kepada mereka," jelas kenyataan itu.*
*Kementerian turut memaklumkan yang enam rakyat Palestin terbunuh dan lebih 29 lagi cedera ketika cuba mendapatkan bantuan kemanusiaan dalam tempoh 24 jam lepas, menjadikan jumlah keseluruhan yang terbunuh semasa mendapatkan bantuan kepada 844 orang, dengan lebih 5,604 cedera sejak 27 Mei.*

🇺🇸 *Washington 16 Jul: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, mengumumkan pada Selasa yang beliau mencapai perjanjian perdagangan yang disifatkan sebagai 'hebat' dengan Indonesia selepas rundingan langsung bersama Presiden Prabowo Subianto, lapor Anadolu Ajansi (AA).*
*"Perjanjian hebat, untuk semua pihak, baru sahaja dimeterai dengan Indonesia. Saya berurusan secara langsung dengan Presiden mereka yang sangat dihormati," kata Trump di media sosial.*
*Butiran lanjut mengenai perjanjian yang dimaksudkan itu masih belum didedahkan, namun pengumuman ini dibuat dua minggu sebelum tarikh akhir 1 Ogos yang ditetapkan oleh Trump bagi negara untuk mencapai perjanjian perdagangan baharu dengan Washington atau berdepan tarif yang lebih tinggi.*

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

*GOA_L* 9️⃣ *Kuala Lumpur 16 Jul: Langkah Kementerian Pengangkutan (MOT) mengkaji semula enam undang-undang maritim utama negara disifatkan sebagai tindakan tepat dan sepatutnya sudah lama dilakukan. Ketua Penyelidik Unit Undang-Undang Antarabangsa, Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Prof Madya Dr Mohd Hazmi Mohd Rusli berkata, banyak undang-undang maritim negara masih berlandaskan ordinan dan akta yang digubal sejak era kolonial yang sudah tidak relevan dengan cabaran semasa.*

*GOA_L* 🔟 *Kuala Lumpur 16 Jul: Ejen pelancongan yang ditahan kerana disyaki mengugut suami isteri di Jepun, Januari lalu direman empat hari bermula hari ini hingga 19 Julai bagi membantu siasatan. Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman ketika dihubungi hari ini mengesahkan perkara itu. "Pihak mahkamah membenarkan suspek direman empat hari bermula hari ini hingga 19 Julai ini," katanya ringkas.*

*GOA_L* 1️⃣1️⃣ *Putrajaya 16 Jul: Menteri Luar dan Ekspatriat Syria Asaad Hasan Al-Shaibani menangguhkan lawatan rasminya ke Malaysia yang dijadualkan pada Rabu dan Khamis (17-18 Julai) disebabkan hal yang tidak dijangka. "Kementerian akan memaklumkan tarikh baharu selepas ia disahkan," menurut Kementerian Luar Malaysia dalam satu pemakluman media.
Al-Shaibani dijadual mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia mulai Rabu, yang merupakan kunjungan rasmi pertama daripada kerajaan baharu Syria.*

*GOA_L* 1️⃣2️⃣ *Shah Alam 16 Jul: Pasangan suami isteri yang juga pengasas program motivasi rumah tangga bersama empat individu lain direman selama tiga hari bagi membantu siasatan. Perintah reman dikeluarkan Majistret Ameera Mastura Khamis selepas semua suspek iaitu empat wanita dan dua lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Shah Alam.*

*GOA_L* 1️⃣3️⃣ *Ipoh 16 Jul: Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan tarikh baharu bagi penghujahan dalam perbicaraan kes bunuh membabitkan pegawai kanan polis, Deputi Superintendan Mohd Nazri Abdul Razak, yang didakwa membunuh seorang pelajar Tingkatan Lima pada 2023. Hakim Datuk Bhupindar Singh Gucharan Singh Preet menetapkan 1 dan 2 Oktober bagi penghujahan lisan selepas membenarkan permohonan pihak pembelaan untuk memfailkan hujahan bertulis yang baharu.*

*GOA_L* 1️⃣4️⃣ *Nilai 16 Jul: Seorang wanita ditahan polis selepas dilaporkan menyerang seorang kanak-kanak lelaki dengan menendang dan memijak mangsa di sebuah kedai runcit kawasan perumahan Sri Palma Villa, Mantin, di sini. Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, suspek dikatakan mengesyaki mangsa yang berusia 11 tahun mencuri barang di kedai runcit berkenaan.*

*GOA_L* 1️⃣5️⃣ *Putrajaya 16 Jul: Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini secara rasmi meneraju Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) berkuat kuasa serta-merta, sebagai langkah strategik memperkasa tindak balas terhadap jenayah itu yang membimbangkan. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, perkara itu dipersetujui selepas dibentangkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dua minggu lalu.*

*GOA_L* 1️⃣6️⃣ *Kuala Lumpur 16 Jul: Tujuh pendaki yang sesat ketika mendaki di Bukit Broga, Semenyih, hari ini ditemui selamat tanpa sebarang kecederaan. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, mereka ditemui pasukan daripada Balai Bomba dan Penyelamat Semenyih yang dikerah ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada 8.55 pagi.*

*GOA_L* 1️⃣7️⃣ *Kuala Lumpur 16 Jul: Seramai 12 warga asing ditahan menerusi serbuan Ops Pintas ke atas sebuah premis yang dijadikan rumah transit di sekitar Setapak, di sini, semalam. Serbuan dijalankan Bahagian D3 (Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran - ATIPSOM) turut menahan tiga warga asing disyaki berperanan sebagai ejen, penjaga rumah, dan 'transporter'.*

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

Parkir motosikal sebelah pondok keselamatan pun kena ‘rembat’

Oleh KOSMO!
16 Julai 2025, 10:55 am

PETALING JAYA – Seorang lelaki meluahkan rasa kesal apabila tayar dan rim motosikalnya dicuri meskipun kenderan itu diletakkan bersebelahan pondok pengawal.

Menerusi perkongsian di TikTok @jiemmy28 semalam, dia memberitahu kejadian berlaku di terminal bas dekat Gelang Patah, Johor.

Katanya, di lokasi sama terdapat sebuah lagi motosikal mengalami nasib sama apabila tayar dan rim dicuri oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Mana pergi pengawal ya? Aku punya (motosikal) betul-betul depan pondok pengawal.
Yang jadi masalah sekarang sudah la nombor plat aku kena patah, satu tanggungjawab kalau orang (pihak pengurusan) tak nak tanggung. Mana pergi Majlis (kawasan) Gelang Patah?

“Mereka cakap tanggungjawab sendiri, tapi apa guna parkir motosikal ini.
Aku dah parkir betul-betul dekat pondok pengawal, rim hilang tiada tanggungjawab,” luahnya.

Dalam video berasingan yang dikongsikan di TikTok, lelaki itu memaklumkan dia sudah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri berhubung kejadian tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, orang ramai mempersoalkan keberadaan pengawal bertugas ketika kejadian sehingga aksesori motosikal yang diletakkan di depan pondok pengawal dicuri.

“Pengawal makan kuaci sambil tutup mata ka? Depan pondok pun tak perasan ada orang lain sedang buat kerja haram.
Memang makan gaji buta nampaknya,” kata Stafiq.

“Nampak sangat pengawal tidur, sampai dua motosikal kena ‘rembat’ tepi pondok,” perli Alias.

Artikel : Kosmo Online
#Kosmo
@buletininfo1malaysia

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

PP
16/7/2025

Kemalangan kereta terbabas langgar kedai lama menyebabkan runtuh di jalan kampung gajah, persimpangan jalan jeti lama, bagan jermal, butterworth
@buletininfo1malaysia

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

Plaza tol sg Penchala hala Damansara ada roadblock motor jpj

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

JALE PADE TURUN HWAY MEMPAGA JPJ BIKIN ROBLOK 🚩 DUA ANGGOTA

*TER-1120PG*

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

Damansara perdana otw pj 天桥低 (2)

Klang pergi GH depan southen Park traffic block

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

Lori terbakar di Lebuhraya Karak

AHMAD ISMADI ISMAIL
16 Julai 2025 10:15am

GOMBAK - Sebuah lori yang membawa muatan khemah terbakar di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak selepas Genting Sempah pada Rabu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan insiden itu pada jam 7.24 pagi.

"Seramai 10 anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang bergegas ke lokasi kejadian yang jaraknya sejauh 35 kilometer," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Ahmad Mukhlis berkata, pihaknya tiba di lokasi kejadian pada jam 8.08 pagi, mendapati sebuah lori 10 tan membawa muatan khemah terbakar 90 peratus.

Sementara itu, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dalam satu hantaran di Facebook memaklumkan lorong kiri dan tengah terhalang akibat kejadian terbabit serta hanya lorong kanan boleh dilalui.

Susulan itu, trafik di lokasi kejadian juga menjadi sesak.

Artikel : Sinar Harian
@buletininfo1malaysia

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

Hayo...yo..basah pale...

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

PerakDarulRidzuan
16July2025
10:45Pagi

Teluk intan pekan dekat masjid india muslim JPJ bikin block

*#PBRC6🍼*

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

*🔰KEMAS KINI INFO SEMASA KEDAH DARUL AMAN*
*TARIKH 16:JULAI2025*
*MASA 10:06 AM*

*DARIII JAMBATAN SULTAN ABDUL HAMID MENGHALA SHELL(LORONG SERI) CLEAR NAH*

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

16July2025/Terengganu
1047hrs : Speed trap LPT2 dari Gemuruh menghala Telemong sebelum kawasan angin lintang.
▶️ Had laju maksimum 110 KM/J
*#inforoadblock*

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

Kemalangan Ladang Permai. Lahad datu Kereta masuk jurang.

📸SN Enginneering

16 julai 2025
@buletininfo1malaysia

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

Kemalangan jalanraya
Warga Asing Berbasikal Maut Di Jalan Perindustrian Merlimau berhadapan Taman Merlimau Baru Merlimau.

15 julai 2025
#melaka
@buletininfo1malaysia

Читать полностью…
Subscribe to a channel