Selamat Datang ke Buletin Info 1 Malaysia Channel ini akan berkongsi info tentang... 🔍🚓🚑🚒INFO ROADBLOCK 1 MALAYSIA & KEMALANGAN DALAM DAN LUAR NEGARA TERKINI
*Justeru, Menteri Perladangan dan Komoditi itu menasihati orang ramai supaya lebih berhati-hati dan tidak terpengaruh dengan penipuan secara dalam talian.*
*Beliau yang menjalankan tugas dan fungsi Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam berkata, pihaknya dihubungi hampir 90,000 orang, meminta pelbagai bentuk bantuan selepas video terbabit tular di media sosial.*
*Bagaimanapun, semakan BH mendapati video disiarkan di TikTok yang identiti pemilik akaunnya tidak diketahui itu sudah diturunkan.*
👊🏻 *Kuala Lumpur 17 Jul: Jurulatih seni bela diri campuran (MMA), Tony Lim mendedahkan insiden pergaduhan dengan pengawal keselamatan di luar sebuah kondominium di Selangor berlaku disebabkan provokasi.*
*Tony berkata, tindakannya dalam video yang tular di laman sosial itu juga bertujuan mempertahankan diri.*
*Pendedahan itu dibuat kepada penyanyi rap dan aktivis tempatan, Caprice menerusi video dimuat naik di lnstagram (IG).*
*"Secara mudahnya, lelaki itu m'emprovokasi saya.*
*Menurut Tony, kejadian itu berlaku susulan konfrontasi sebelum ini membabitkan pengawal keselamatan sama dan seorang lagi penduduk, yang turut dirakam dalam video.*
*"Video pertama yang tular sebenarnya menunjukkan dia (pengawal keselamatan) bertengkar dengan seorang penduduk.*
*"Ketika pertengkaran itu, saya melihat dia memukul bapa penduduk," katanya.*
🤔 *Tokyo 17 Jul: Seorang lelaki di Jepun tular di media sosial dan memberi inspirasi kepada ramai orang dengan dagunya yang sangat panjang.*
*South China Morning Post (SCMP) melaporkan, lelaki dikenali Jonouchi itu, mempunyai hampir 350,000 pengikut di YouTube dan dengan bangganya menyebut dirinya sebagai YouTuber dengan dagu terpanjang di dunia.*
*Dia juga mengumpulkan lebih 400,000 pengikut di platform media sosial lain.*
*Jonouchi mendedahkan bahawa dagunya mula memanjang pada umur lima tahun dan tiada ahli keluarganya berkongsi ciri sama.*
*Gambar zaman kanak-kanak menunjukkan dagunya kelihatan normal sehingga umur tiga tahun, namun mula memanjang dua tahun kemudian.*
*Selepas berada di Tahun Lima, seorang rakan sekelas memberitahunya dagunya sangat panjang.*
*Pertumbuhan luar biasa itu juga membingungkan Jonouchi hingga dia minum susu setiap hari dengan harapan bertambah tinggi.*
🧠 *Beijing 17 Jul: Gara-gara mengikut 'petua' sihat, wanita berusia 67 tahun di Zhejiang, China, koma dan terpaksa menjalani pembedahan otak kecemasan selepas berjemur selama dua jam di bawah terik cahaya matahari pada tengah hari.*
*Portal mustsharenews. com memetik China Fast Technology, wanita dikenali Wang percaya berjemur di bawah cahaya matahari boleh mengusir kelembapan dan menyembuhkan penyakit serta berharap ia boleh meningkatkan kesihatannya.*
*Lantaran itu, Wang yang juga pesara, berjemur diri di atas lantai konkrit ketika cuaca panas pada Sabtu, 12 Julai lalu. Suhu ketika itu dilaporkan melebihi 40 darjah Celsius.*
*Tidak lama selepas masuk ke dalam rumah, Wang rebah dan tidak sedarkan diri, menyebabkan keluarganya membawanya ke hospital.*
*berita penuh sila follow harian metro online*
*#hanipiloiempire*
*#repoterataspokok*
*#hanisofeasupriseandgift*
*#legasisepuluh*
*GOA_L ARENA SUKAN*
+=+=+=+=+=+=+=+=+=
🐐 *London 17 Jul: Cristiano Ronaldo sekali lagi mengukir namanya dalam buku sejarah, kali ini dengan memenangi Anugerah Pemain Pilihan Peminat Liga Pro Saudi 2024–25.*
*Hanya beberapa minggu selepas memperbaharui kontraknya bersama Al Nassr, legenda bola sepak dunia itu menerima penghormatan menerusi Fans' Choice Awards, satu pengiktirafan yang ditentukan sepenuhnya oleh undian penyokong.*
*Polis berkata, lelaki itu disyaki melakukan perbuatan itu bulan lalu di premis sebuah syarikat Tokyo yang mengendalikan aktiviti go-kart, dengan api merebak ke go-kart yang diletakkan di situ.*
*Tembok berdekatan turut terbakar, namun api dapat dipadamkan dengan cepat, kata polis.*
🇵🇭 *Manila 17 Jul: Kerajaan Filipina merayu kepada pihak berkuasa asing agar membantu menyelamatkan rakyatnya yang dipercayai terperangkap dan dipaksa bekerja di pusat panggilan haram di wilayah tanah besar Asia Tenggara, menurut Jabatan Hal Ehwal Luar Filipina (DFA) pada Rabu.*
*Menurut Agensi Berita Filipina (PNA), DFA memaklumkan bahawa pihaknya terus menerima laporan mengenai dakwaan rakyat Filipina menjadi mangsa pemerdagangan manusia dan dipaksa bekerja di pusat penipuan.*
*"Sebagai respons, DFA bekerjasama dengan Perwakilan Perwakilan Luar Negara, khususnya di Tanah Besar Asia Tenggara (Thailand, Myanmar, Laos dan Kemboja), untuk terus menumpukan usaha dan sumber bagi menyalurkan segala bentuk bantuan kepada rakyat Filipina yang memerlukan, sambil memohon kerjasama berterusan daripada pihak berkuasa negara tuan rumah," menurut kenyataan itu.*
🇮🇳 *New Delhi 17 Jul: Rakaman dialog di kokpit antara dua juruterbang penerbangan Air India yang terhempas bulan lalu, menunjukkan kapten menutup suis bahan api ke enjin pesawat, lapor Wall Street Journal (WSJ) pada Rabu.*
*Akhbar itu memetik orang yang biasa dengan penilaian awal oleh pegawai Amerika Syarikat (AS) terhadap bukti yang ditemukan dalam siasatan ke atas nahas 12 Jun di Ahmedabad, India, yang mengorbankan 260 orang.*
*Pegawai pertama, yang menerbangkan Boeing 787 Dreamliner, bertanya kepada kapten yang lebih berpengalaman mengapa dia mengalihkan suis bahan api ke kedudukan "cut off" beberapa saat selepas pesawat meninggalkan landasan, kata laporan itu.*
*Dua juruterbang terbabit ialah Kapten Sumeet Sabharwal dan Pegawai Pertama Clive Kunder, yang mempunyai pengalaman penerbangan masing-masing 15,638 jam dan 3,403 jam.*
🇮🇳 *New Delhi 17 Jul: Seorang wanita berusia 38 tahun ditahan di Guwahati Assam kerana didakwa membunuh suaminya dan menanamnya di kawasan rumah mereka.*
*Portal NDTV melaporkan, suspek dikenali Rahima Khatun, membunuh suaminya, Sabiyal Rehman, 40, kerana isu rumah tangga, menurut polis.*
*Insiden itu berlaku di Joymati Nagar di kawasan Pandu di Guwahati pada 26 Jun lalu.*
*Selepas membunuh, suspek menanam mayat suaminya yang juga peniaga barangan lusuh dalam lubang sedalam 1.5 meter (m) di kawasan rumah.*
*Menurut rekod, pasangan itu berkahwin selama 15 tahun dan mempunyai dua anak.*
🇹🇭 *Bangkok 17 Jul: Seorang pemandu teksi warga Thailand berang selepas seorang pelancong asing didakwa cuba membayar baki tambangnya dengan satu beg besar berisi ganja berbanding wang tunai.*
*Portal mustsharenews. com melaporkan, selepas ditolak, pelancong itu dikatakan beredar tanpa membayar tambang, kata pemandu teksi itu kepada akhbar Khaosod.*
*Prachuap, 54, membuat laporan polis pada awal pagi Selasa (15 Julai) dengan mengatakan dia menjemput seorang lelaki warga asing di Lapangan Terbang Suvarnabhumi di sini.*
*Penumpang itu meminta untuk dibawa ke sebuah hotel di Pattaya iaitu perjalanan selama dua jam dan bersetuju membayar tambang 2,000 baht (kira-kira RM262).*
🇹🇭 *Bangkok 17 Jul: Malang nasib seorang lelaki di Thailand selepas motosikal ditunggangnya merempuh belakang trak hingga tercampak, yang menyebabkan wajahnya tertusuk longgokan durian.*
*Portal mustsharenews. com melaporkan, kejadian menyebabkan lelaki berusia 48 tahun itu mengalami puluhan kecederaan pada bahagian wajah kesan tertusuk durian.*
*"Seluruh keluarga, seluruh kejiranan, seluruh generasi sedang dihapuskan di Gaza," kata Philippe Lazzarini menerusi platform X, merujuk kepada ucapannya pada Persidangan Tergempar Bogota.*
*"Ratusan kakitangan UNRWA, rakan sekerja dan sahabat kami, telah terbunuh. Bantuan disekat. Orang awam tidak dilindungi," tambahnya.*
🇺🇸 *Washington 17 Jul: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Rabu berkata terdapat "berita baik" mengenai Gaza ketika beliau bersiap sedia untuk bertemu Perdana Menteri Qatar Sheikh Mohammed bin Abdulrahman bin Jassim bin Jaber Al Thani di Rumah Putih, lapor Anadolu Ajansi (AA).*
*"Kita ada beberapa berita baik mengenai Gaza dan juga berita baik berkaitan beberapa perkara lain yang sedang kita usahakan pada peringkat tertinggi. Tetapi anda telah melakukan tugas yang cemerlang," kata Trump kepada utusannya bagi Timur Tengah, Steve Witkoff, semasa majlis menandatangani rang undang-undang di Rumah Putih.*
*Trump tidak memberikan butiran lanjut, namun kenyataan itu dibuat ketika beliau bersedia menjadi tuan rumah untuk Sheikh Mohammed dalam satu majlis makan malam di Rumah Putih.*
*Majlis makan malam itu kini disenaraikan sebagai tertutup kepada media, namun majlis seumpamanya sebelum ini pernah dibuka untuk liputan media bagi kenyataan ringkas.*
🇺🇸 *Los Angeles 17 Jul: Gempa bumi bermagnitud 7.3 melanda di pantai negeri Alaska pada Rabu, mencetuskan nasihat tsunami, kata Pemantauan Geologi Amerika Syarikat (USGS).*
*Gempa bumi itu berlaku kira-kira 12.37 waktu tempatan (2037 GMT), dengan pusat gempa terletak kira-kira 87 kilometer (km) di selatan bandar pulau Sand Point, kata USGS. Pusat gempa itu mempunyai kedalaman yang agak cetek iaitu kira-kira 20 km.*
*Pihak berkuasa pada mulanya mengeluarkan amaran tsunami untuk Alaska Selatan dan Semenanjung Alaska selepas gempa bumi, tetapi kemudiannya menurunkannya kepada nasihat tsunami.*
🇹🇷 *Istanbul 17 Jul: Tentera Israel melancarkan gelombang serangan udara terbaharu ke atas ibu negara Syria, Damsyik pada Rabu, lapor Anadolu Ajansi (AA) yang memetik media tempatan.*
*Agensi berita Syria SANA melaporkan serangan udara itu menyasarkan Kompleks Staf Am dan Istana Presiden yang dikenali sebagai Qasr al-Shaab di ibu negara.*
*Beberapa video yang tular di media sosial turut memaparkan detik-detik serangan Israel di Damsyik dengan asap tebal kelihatan menjulang dari kawasan terlibat.*
*Serangan itu berlaku tidak lama selepas Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz, berikrar untuk melancarkan "serangan hebat" ke atas Damsyik.*
🇪🇬 *Istanbul 17 Jul: Mesir pada Rabu mengecam serangan berulang oleh Israel ke atas wilayah Syria dan Lubnan, sambil menegaskan tindakan itu merupakan 'pencerobohan' terhadap kedaulatan kedua-dua negara dan 'pelanggaran' undang-undang antarabangsa, lapor Anadolu Ajansi (AA).*
*Kementerian Luar Mesir dalam satu kenyataan berkata: "Republik Arab Mesir mengutuk serangan berulang Israel ke atas wilayah Lubnan dan Syria yang merupakan pencerobohan terang-terangan terhadap kedaulatan dua negara Arab bersaudara serta pelanggaran undang-undang antarabangsa dan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang berkaitan."*
*Mesir turut menekankan kepentingan untuk menghormati kedaulatan Syria dan Lubnan, serta perpaduan dan integriti wilayah kedua-dua negara dan menyatakan bahawa pihaknya "menolak sepenuhnya" sebarang campur tangan dalam hal ehwal dalaman mereka.*
🇸🇾 *Damsyik 17 Jul: Israel mengebom lokasi kepentingan kerajaan Syria dan sasaran lain sejak Isnin, mengatakan ia berusaha untuk mempertahankan minoriti Druze selepas pertempuran mazhab berdarah di selatan Syria.*
*GOA_L* 1️⃣6️⃣ *Kuala Lumpur 17 Jul: Sesi libat urus lanjutan bersama peniaga susulan projek naik taraf infrastruktur di Desa Pandan akan diadakan dalam masa terdekat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa. Beliau berkata, sesi libat urus yang melibatkan kementerian itu bersama sembilan peniaga terbabit akan membincangkan penempatan semula mereka yang terkesan akibat kerja naik taraf di kawasan berkenaan.*
*GOA_L* 1️⃣7️⃣ *Kuching 17 Jul: Seorang wakil syarikat pembaikan kapal di Miri mengalami kerugian RM117,000 selepas dipercayai menjadi mangsa penipuan membabitkan tawaran tender palsu membekalkan bateri kapal kepada sebuah syarikat perkapalan di Johor. Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisoner Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada Isnin selepas mangsa lelaki berusia dalam lingkungan 30-an menyedari dirinya ditipu.*
*GOA_L* 1️⃣8️⃣ *Klang 17 Jul: Bekas pengarah syarikat pengendali umrah, Emraz Travel and Tours Sdn Bhd (Emraz Travel) dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan salah guna harta, termasuk wang bayaran pakej umrah, dua tahun lalu. Datuk Zulkarnain Endut, 44, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Siti Zubaidah Mahat dan Majistret Nor Azilah Mat.*
*GOA_L* 1️⃣9️⃣ *Kuching 17 Jul: Kos rawatan bagi pesakit HIV di negara ASEAN dijangka meningkat sejajar lonjakan jumlah kes baharu setiap tahun. Justeru, Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, negara anggota ASEAN perlu bekerjasama secara kolektif untuk menurunkan kos rawatan kepada tahap yang mampu milik dan adil bagi semua. Beliau berkata, berikutan dana antarabangsa untuk rantau ini semakin berkurangan, negara-negara anggota tidak boleh bertindak secara bersendirian tetapi mesti bergabung tenaga sebagai satu rantau yang bersatu.*
*GOA_L* 2️⃣0️⃣ *Kuala Lumpur 17 Jul: Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) menggesa siasatan menyeluruh dilaksana bagi kes penipuan pelaburan saham didakwa patuh syariah membabitkan 296 individu dengan kerugian cecah RM83 juta. Siasatan secara bersepadu antara Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Bank Negara Malaysia (BNM) demi keadilan buat mangsa, sekali gus mengheret individu bertanggungjawab ke muka pengadilan.*
*GOA_L* 2️⃣1️⃣ *Alor Setar 17 Jul: Selepas hampir lima tahun beroperasi, kafe makan percuma yang pernah menjadi tempat gelandangan dan golongan miskin mengisi perut kini terpaksa ditutup akibat kekangan dana. Kafe kendalian Food Bank Malaysia itu mula dibuka ketika negara dilanda pandemik Covid-19 pada 2020 di sebuah premis di Jalan Sultanah di sini, dan sejak itu ia menjadi lokasi tetap pengagihan makanan percuma.*
*GOA_L* 2️⃣2️⃣ *Kuala Lumpur 17 Jul: Tiada sebarang rekod pergerakan keluar dari negara ini dikesan, setakat ini membabitkan remaja warga Britain, David Balisong, 17, yang dilaporkan hilang 7 Jun lalu. Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, ia hasil semakan lanjut dilakukan pihaknya. Menurutnya, tiada rekod keluar membabitkan remaja itu dikesan melainkan kemasukannya ke negara ini.*
*GOA_L* 2️⃣3️⃣ *Muar 17 Jul: Dua rakan yang memeras ugut dan merogol seorang penuntut institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan teman lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen dan Majistret di sini, hari ini. Namun, hanya tertuduh berusia 17 tahun mengaku bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan mengikut Seksyen 376 (1) dan Seksyen 384 Kanun Keseksaan manakala rakannya, Alif Hakim Hamil, 19, membuat pengakuan tidak bersalah.*
*GOA_L* 2️⃣4️⃣ *Kuala Lumpur 17 Jul: Sistem Alamat Nasional (NAS) yang sedang dibangunkan kerajaan dijangka memberi limpahan ekonomi bernilai RM2 bilion dengan menawarkan lebih 2,000 peluang pekerjaan baharu dalam tempoh lima tahun akan datang.
*G🅰️RA🅿️AN 🔛9️⃣ 🅰️L_LI🆖GI*
*بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ*
*السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ & SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA FOLLOWER GOA_L.*
*JUMAAT 18 JULAI 2025 MASIHI BERSAMAAN 22 MUHARRAM 1447 HIJRAH*
*LAST GOA_L MINGGU INI*
*LIVE FROM KAWAN FOOD FROZEN PULAU INDAH KLANG*
*WAKTU SOLAT DAERAH KLANG/ KUALA LANGAT DAN KAWASAN SEWAKTU DENGANNYA*
*IMSAK* : *05:49am*
*SUBUH* : *05:59am*
*SYURUK* : *07:11am*
*ZOHOR* : *13:23pm*
*ASAR* : *16:47pm*
*MAGHRIB* : *19:31pm*
*ISYAK* : *20:45pm*
*artikel disiarkan pada tarikh 17jul*
*harianmetroonline*
*by:hanipiloiempire*
*since2011*
*GOA_L DALAM NEGARA*
+=+=+=+=+=+=+=+=+=+
*GOA_L* 1️⃣ *Kota Tinggi 17 Jul: Kira-kira 30 peratus peserta daripada dua siri Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 dilaporkan gagal menghadiri latihan atas pelbagai alasan, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Beliau berkata, antara alasan utama yang diberikan adalah masalah kesihatan dan melanjutkan pengajian ke universiti. "Setakat ini, bagi setiap siri sebelum ini untuk PLKN 3.0 kita dapati sekitar 10 hingga 15 peratus peserta tidak hadir. Kebanyakannya ada alasan tersendiri seperti sakit atau baru dapat tawaran universiti," katanya.*
*GOA_L* 2️⃣ *Kota Bharu 17 Jul: Pil kuda paling tinggi mendapat permintaan di Kelantan berbanding dadah jenis lain, berkemungkinan disebabkan harga murah dan senang diperoleh selain kesan khayal yang sama. Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, dadah jenis syabu, ganja dan heroin tidak popular di Kelantan sebaliknya negeri itu hanya menjadi transit sebelum bahan terlarang itu dihantar ke luar Kelantan dan luar negara.*
*GOA_L* 3️⃣ *Kuala Lumpur 17 Jul: Peneroka yang meneroka Hutan Simpan Ulu Langat menzahirkan rasa syukur terhadap keputusan kerajaan negeri Selangor yang memberikan tanah seluas 0.404 hektar atau satu ekar kepada mereka. Pengerusi Penduduk Sungai Gabai, Rahmah Musa berkata, pihaknya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri yang mengumumkan berita baik itu. Harian Metro dalam laporan bersiri sejak 10 Julai lalu mendedahkan sebanyak 154 hektar daripada 13,844 kawasan Hutan Simpan Ulu Langat diteroka sejak lebih empat dekad lalu.*
*GOA_L* 4️⃣ *Kota Bharu 17 Jul: Perjumpaan makan-makan kumpulan LGBT di sebuah rumah banglo di Jalan Kemumin, di sini, yang dipercayai disertai hampir 100 lelaki diserbu polis. Serbuan yang dilakukan hasil risikan dan maklumat awam jam 1 pagi pada pertengahan bulan lalu itu turut membawa kepada rampasan ratusan kondom dan ubat HIV. Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat bagaimanapun berkata, ketika serbuan dilakukan, puluhan lelaki sudah pulang dan hanya 20 ditahan.*
*GOA_L* 5️⃣ *Kuala Lumpur 17 Jul: Pendakwah selebriti yang terbabit dengan kes amang seksual seperti didedahkan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar, sudah didakwa. Mengesahkan perkara itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata, sebanyak lapan laporan polis diterima membabitkan pendakwah selebriti itu. Menurutnya, daripada laporan itu, sebanyak tujuh kes berlaku di Pulau Pinang manakala satu kes di Kedah.*
*GOA_L* 6️⃣ *Shah Alam 17 Jul: Polis mengesahkan terdapat aktiviti bogel dilakukan oleh empat individu pada program motivasi rumah tangga di Pusat Konvensyen IDCC, di sini, pada 27 hingga 30 September tahun lalu. Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan mendapati aktiviti itu berlaku pada waktu malam dikenali sebagai 'Queens Night' anjuran syarikat motivasi terbabit.*
*GOA_L* 7️⃣ *Jelebu 17 Jul: Lelaki warga emas maut dipercayai tertembak diri sendiri dalam kejadian di dusun durian miliknya di Kuala Klawang, petang semalam. Sumber berkata, mangsa berusia 60-an sebelum itu pergi ke dusun kira-kira jam 5 petang, namun tidak pulang ke rumah hingga menimbulkan rasa bimbang kepada isterinya.
17July2025/Terengganu
2040hrs : SJR (T) susur masuk LPT2 Gemuruh dari Bukit Jong menghala Plaza Tol Gemuruh.
*#inforoadblock*
RP T Plaza Tol Kuala Terengganu (Kg Gemuroh)‼️
17July2025/Terengganu
2040hrs : SJR (T) susur masuk LPT2 Gemuruh dari Bukit Jong menghala Plaza Tol Gemuruh.
*#inforoadblock*
*Sekatan Jalan Raya*
K/Muda :- 3 SJR
- hala keluar tol SP (S)
- hala keluar tol SP (U)
- Hala keluar gurun
Kulim :- 2 SJR
- Sidam
- Ekor Kucing.
- satu team mobile
Yan :- 2 SJR
- Jalan Utama, Hadapan Pusat Mempelam Kedah, Sala Kanan, Yan
- Jalan Utama Sempadan Kuala Sala, Yan, Kedah
Sik :-
- Sjr 1 di jalan jeniang sik selepas jambatan
- SJR 2 di jalan sik pendang kg kalai
- 3 team akan bergerak sepanjang laluan ini
Pendang :- 2 SJR
- titi hj Idris
- susur keluar tol pendang
Pdg Terap :- 1 SJR
- Jalan Bukit Tampoi
- 2 mobile
Kubang Pasu :- 1SJR
- Kepala Batas
Alor Setar :- 1SJR
- Susur Keluar AS Selatan
8.05pm ( 2 )
BKE Highway :
Seberang Jaya To
Bagan Luar After
Rm 1.20 Toll Sg Nyior
Kes buang anak dkt Seremban 2 Garden Avenue.. Budak ini kata emak dan ayah dia turun tepi jalan bagi susu terus balik tak ingat Rumah... Sapa kenal boleh call IPD SEREMBAN
@buletininfo1malaysia
Rb tol duke
Trafik
Laluan motor
hala kl ke gombak
10:53am Johor~
Bandar hala Senggarang blok JPJ depan techfoam🚩🚔
LebuhrayaPlusE2 Utara-Selatan.
Dari Yong Peng hala Pagoh / Melaka. Trafik block dalam highway. Got spy 👻
Johor
Kota tinggi
0700hrs - lampu isyarat persimpangan 3 keris tidak berfungsi kesemua arah katanya.
Pandu cermat jiwa selamat.
*Selain berlegar dalam laman sosial, sumber Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) turut memaklumkan pemain berketinggian 1.93 meter itu hampir pasti 'dirantai' skuad Penyu musim ini.*
*Jelas sumber itu lagi, bekas pemain pertahanan kelab Liga Thailand, Khon Kaen United itu dilaporkan akan tiba di Kuala Terengganu dalam minggu ini sebelum diperkenalkan kepada peminat secara rasmi jika semuanya selesai.*
*berita penuh sila follow harian metro online*
*#hanipiloiempire*
*#repoterataspokok*
*#hanisofeasupriseandgift*
*#legasisepuluh*
🎾 *London 16 Jul: Bekas pemain beregu nombor satu Britain, Tara Moore dikenakan hukuman gantung empat tahun selepas Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) menerima rayuan yang difailkan Agensi Integriti Tenis Antarabangsa (ITIA).*
*Tara, 32, sebelum ini digantung sementara pada Jun 2022 selepas didapati sampel air kencingnya mengandungi bahan terlarang jenis steroid anabolik, nandrolone dan boldenone.*
*Dia sebelum ini didapati tidak bersalah oleh tribunal bebas selepas siasatan mendapati bahan itu berpunca daripada pengambilan daging tercemar beberapa hari sebelum sampel diambil, dan keputusan awal menyatakan dia 'tidak bersalah atau cuai'.*
🏌🏻♂️ *Portrush 16 Jul: Jon Rahm sedar sudah lebih tiga dekad berlalu sejak Sepanyol kali terakhir menjulang Claret Jug, iaitu ketika legenda Seve Ballesteros merangkul gelaran ketiganya di The Open Championship pada 1988.*
*Kini, selepas beberapa percubaan hampir berjaya termasuk tempat kedua pada 2023, ketiga pada 2021 dan ketujuh tahun lalu, Rahm tekad menamatkan kemarau itu apabila kejohanan edisi ke-153 membuka tirai Khamis ini di Royal Portrush.*
*"Saya sendiri tak pasti kenapa dah lama sangat (Sepanyol tak menang). Tapi cara Seve bermain di padang links sangat luar biasa. Dia guna pendekatan yang tak konvensional, pukul 'driver' di mana-mana, lepas itu cuba tempatkan bola atas green, pukulan lambung dan putt. Itu bukan cara biasa, tapi menunjukkan betapa hebatnya dia," kata Rahm.*
⛳️ *Portrush 16 Jul: Bryson DeChambeau akui tidak semudah yang disangka untuk beraksi cemerlang dalam suasana sukar seperti yang sinonim dengan kejohanan The Open, meskipun dia sendiri pernah berseloroh kononnya hanya mampu bermain baik 'kalau cuaca panas dan tak berangin'.*
*Namun realitinya, cuaca di Royal Portrush minggu ini jauh daripada sempurna.*
*Suhu dijangka sekitar 21 darjah Celsius dengan hujan serta tiupan angin mencecah 30 kilometer sejam untuk pusingan pertama edisi ke-153 kejohanan tertua dunia itu.*
🏌🏻♀️ *London 16 Jul: Pemain nombor satu dunia kategori amatur, Lottie Woad, mengumumkan keputusan untuk beralih ke kancah profesional selepas menerima tawaran beraksi di Jelajah LPGA dan Jelajah Eropah Wanita (LET).*
*Lottie, 21, dari England, meraih kad jelajahnya hujung minggu lalu selepas mencatat pusingan akhir cemerlang 64 pukulan untuk berkongsi kedudukan ketiga di Kejohanan Evian, salah satu kejohanan utama dalam golf wanita.*
*Dia turut mengesahkan tidak akan menyambung musim senior bersama Universiti Florida State, sekali gus menamatkan karier kolejnya sebagai pemegang rekod purata pukulan terbaik Seminoles dengan catatan 70.42.*
🚵🏽♀️ *Toulouse 16 Jul: Juara bertahan, Tadej Pogacar memberi amaran bahawa minggu kedua perlumbaan Tour de France (TdF) walaupun singkat, akan menjadi penentu dalam pemburuan jersi kuning.*
*Bercakap pada hari rehat perlumbaan, pelumba Slovenia itu sempat ke tukang gunting rambut, menikmati burger dan bersantai di kafe Perancis, namun mengakui sudah tidak sabar untuk kembali ke peloton.*
*"Minggu pertama sangat meletihkan, penuh ledakan, tegang, tertekan dan sangat mencabar," kata Pogacar, 26, yang turut merungut mengenai cuaca panas dan taktik bertahan pasukan Jonas Vingegaard, Visma Lease a Bike.*
🏊🏻♀️ *Singapura: Perlumbaan renang terbuka di kejohanan dunia di Singapura ditangguhkan buat kali kedua kerana kualiti air yang buruk, kata badan induk Akuatik Dunia (WA) hari ini.*
*Perlumbaan 10 kilometer (km) wanita ditangguhkan sehari ke pagi ini, tetapi penganjur berkata ia kini akan berlangsung pada petang ini 'tertakluk kepada keputusan ujian yang boleh diterima'.*
*"Perlumbaan 10km lelaki juga ditangguhkan dari slot asal pagi ini ke petang ini.*
*WA berkata, ujian air di laluan Pulau Sentosa mendapati tahap kualiti bertambah baik tetapi masih 'melebihi ambang yang boleh diterima'.*
*Menurut saluran media Thai Channel 7, kejadian itu berlaku di Wilayah Buriram pada petang Selasa lalu.*
*Penunggang motosikal, Somchai berkata, dia dalam perjalanan pulang dari tempat kerja sebelum merempuh belakang sebuah trak pikap Toyota.*
🇮🇩 *Jakarta 17 Jul: Pihak berkuasa imigresen Indonesia mengumumkan bahawa warga asing kini layak memohon visa tinggal terbatas (VITAS) untuk mengikuti pendidikan bukan formal di negara itu, lapor Agensi Berita ANTARA.*
*Dalam satu kenyataan, Pemangku Ketua Pengarah Imigresen Yuldi Yusman berkata visa kategori E30 - yang diperkenalkan khas untuk pendidikan bukan formal - boleh diluluskan bagi tempoh satu atau dua tahun.*
*Permohonan boleh dikemukakan secara dalam talian menerusi laman sesawang evisa. imigrasi .go. id.*
*"Untuk memohon, warga asing mesti mempunyai penjamin - sama ada individu atau institusi pendidikan bukan formal yang akan mereka sertai," jelas Yusman.*
🇮🇩 *Jakarta 17 Jul: Seorang pendaki warga Switzerland berusia 46 tahun diterbangkan ke hospital di Bali selepas mengalami kecederaan serius akibat terjatuh ketika mendaki Gunung Rinjani, gunung berapi kedua tertinggi di Indonesia.*
*Benedikt Emmenegger dilaporkan sedang menuruni denai Pelawangan menuju ke tasik Segara Anak pada Rabu apabila insiden itu berlaku, menurut Pihak Berkuasa Taman Negara Gunung Rinjani (BTNGR).*
*"Pasukan penyelamat segera digerakkan selepas kejadian itu dilaporkan pada 11.25 pagi waktu tempatan," kata Ketua BTNGR, Yarman dalam satu kenyataan.*
*berita penuh sila follow harian metro online*
*#hanipiloiempire*
*#repoterataspokok*
*#hanisofeasupriseandgift*
*#legasisepuluh*
*GOA_L MEDSOS, POPULAR*
+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+
👑 *Shah Alam 17 Jul: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah bahawa pelantikan hakim kanan mahkamah atasan hendaklah mematuhi sepenuhnya setiap peruntukan undang-undang, khususnya di bawah Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan.*
*Baginda bertitah, perkara tersebut antara ditekankan ketika mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-269 semalam, yang turut membincangkan rundingan berkenaan pelantikan Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Besar Sabah dan Sarawak serta hakim mahkamah atasan lain.*
*Dalam hal ini, baginda menyatakan sokongan penuh terhadap kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara pada 10 Julai lepas, berhubung kuasa Yang di-Pertuan Agong dalam melantik Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan dan jawatan-jawatan penting lain dalam badan kehakiman, setelah menerima nasihat Perdana Menteri dan berunding dengan Majlis Raja-Raja.*
💣 *Kuala Lumpur 17 Jul: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengecam sekeras-kerasnya serangan udara terbaharu Israel ke atas Damsyik yang disifatkan sebagai pencabulan terhadap kedaulatan Syria serta meragut nyawa orang awam yang tidak berdosa.*
*"Serangan ini adalah pelanggaran jelas terhadap undang-undang antarabangsa dan Perjanjian Pemisahan 1974 antara Israel dan Syria," kata beliau menerusi satu hantaran di Facebook, hari ini.*
*Beliau menegaskan bahawa Syria menanggung penderitaan yang amat dahsyat sepanjang lebih sedekad, dan rakyatnya berhak menikmati keamanan, bukannya terus menjadi mangsa keganasan atau campur tangan asing.*
*"Malaysia berdiri teguh bersama rakyat Syria dan menggesa agar pencabulan seperti ini dihentikan serta-merta, di samping menyeru komitmen semula terhadap prinsip kemanusiaan dan kedaulatan undang-undang," katanya.*
🤑 *Kuala Lumpur 17 Jul: Datuk Seri Johari mendedahkan dirinya menjadi mangsa penipuan rakaman video janaan kecerdasan buatan (AI), dikatakan bakal mengagihkan peruntukan bernilai jutaan ringgit bagi membantu pihak memerlukan.*
*Secara teknikal berperang dengan Syria selama beberapa dekad, Israel berkata, ia tidak akan menerima kehadiran tentera kerajaan pimpinan Islam di selatan negara itu, yang bersempadan dengan Bukit Golan yang diduduki Israel.*
*Israel memulakan serangannya ketika tentera kerajaan Syria dikerahkan ke kawasan tengah dihuni minoriti Druze di wilayah selatan Sweida, berikutan pertempuran maut antara pejuang Druze dan puak Badwi.*
*Israel berkata, ia akan memperhebatkan serangannya jika tentera Syria tidak berundur dari selatan.*
🇸🇾 *Damsyik 17 Jul: Presiden interim Syria, Ahmed al-Sharaa pada Khamis berkata, melindungi rakyat Druze dan hak mereka adalah "keutamaan kami", kerana Israel berikrar untuk memusnahkan tentera kerajaan Syria yang menyerang Druze di selatan Syria.*
*Dalam kenyataan di televisyen pertamanya selepas serangan udara Israel di Damsyik pada Rabu, Ahmed bercakap kepada rakyat Druze dengan mengatakan "kami menolak sebarang percubaan untuk mengheret anda ke tangan pihak luar."*
*"Kami bukan antara mereka yang takut perang. Kami menghabiskan hidup kami menghadapi cabaran dan mempertahankan rakyat kami, tetapi kami meletakkan kepentingan rakyat Syria daripada huru-hara dan kemusnahan," katanya.*
🇮🇶 *Baghdad 17 Jul: Sekurang-kurangnya 50 orang maut dalam kebakaran besar di sebuah pasar raya di bandar al-Kut, Iraq, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).*
*Seorang gabenor wilayah berkata pada Khamis bahawa kebakaran itu memusnahkan pusat beli-belah bertingkat di wilayah Wasit, kira-kira 170 kilometer ke tenggara Baghdad, ketika orang ramai sedang membeli-belah, menurut saksi yang melihat mereka terperangkap dalam bangunan yang dipenuhi api dan asap tebal.*
*Beberapa media tempatan Iraq pula melaporkan seramai 77 orang maut dan puluhan lagi cedera, sementara pasukan bomba masih berusaha memadamkan kebakaran dan mengeluarkan mayat mangsa dari bawah runtuhan.*
🇨🇳 *Beijing 17 Jul: Perjanjian Pengecualian Visa Bersama China-Malaysia berkuat kuasa secara rasmi mulai hari ini.*
*Perjanjian itu ditandatangani semasa lawatan negara Presiden Xi Jinping ke Malaysia, April lalu.*
*Menurut perjanjian berkenaan, warga China yang memegang pasport urusan awam dan pasport biasa, serta warga Malaysia yang memegang pasport biasa boleh membuat lawatan atau transit ke negara masing-masing tanpa visa dan tinggal sehingga 30 hari bagi setiap lawatan.*
*Kemudahan bebas visa itu ditawarkan untuk tujuan pelancongan, lawatan keluarga dan sahabat, urusan perniagaan, program pertukaran, urusan peribadi, rawatan perubatan, dan pengangkutan antarabangsa (anak kapal).*
🇰🇷 *Seoul 17 Jul: Korea Selatan menahan seorang guru sekolah menengah dan bapa pelajar yang didakwa berpakat menceroboh sekolah pada lewat malam untuk mencuri kertas peperiksaan.*
*Portal BBC melaporkan, mereka melakukan percubaan itu pada pada 1.20 pagi 4 Julai di sebuah sekolah di Andong, bandar tenggara di sini.*
*Bagaimanapun, cubaan itu gagal selepas penggera keselamatan sekolah berbunyi.*
*Guru terbabit berdepan pertuduhan menerima rasuah dan menceroboh, manakala bapa pelajar terbabit didakwa atas pertuduhan menceroboh.*
🇯🇵 *Tokyo 17 Jul: Gara-gara berang dengan bunyi go-kart, seorang lelaki di Jepun bertindak membakar kenderaan bermotor itu, lapor polis dan media tempatan.*
*Bagaimanapun, tindakannya membawa padah apabila ditahan polis.*
*Go-kart yang popular di Jepun dan dalam kalangan pelancong dibenarkan bergerak melalui jalan di sini.*
*Jurucakap polis Tokyo memberi AFP lelaki ditahan itu berusia 28 tahun.*
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, NAS yang dipacu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) adalah reformasi sistem pengalamatan negara secara menyeluruh bagi menggantikan sistem sedia ada yang bercelaru dan tidak berpusat.*
*GOA_L* 2️⃣5️⃣ *Ipoh 17 Jul: Tujuh premis perniagaan diberi notis oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak selepas disyaki menaikkan harga tidak wajar susulan pelaksanaan semakan kadar Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) awal bulan ini. Pengarahnya, Datuk Kamalludin Ismail berkata, notis itu dikeluarkan mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 sebahagian langkah diambil sempena pelaksanaan kempen penguatkuasaan Ops Kesan 4.0 kementerian.*
*GOA_L* 2️⃣6️⃣ *Kuala Lumpur 17 Jul: Pendirian DAP tidak pernah berubah dalam usaha membela nasib Teoh Beng Hock dan keluarganya. Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke menegaskan sepanjang 16 tahun lalu, sama ada ketika menjadi pembangkang atau kerajaan, parti itu tidak pernah berganjak dalam komitmennya untuk mencari kebenaran dalam kes Beng Hock berlandaskan prinsip undang-undang. "Pada bila-bila masa, atau sekiranya muncul bukti baharu yang penting, DAP menegaskan komitmen tidak berbelah bahagi untuk memberikan sokongan undang-undang sepenuhnya.*
*GOA_L* 2️⃣7️⃣ *Kota Bharu 17 Jul: Suami isteri yang ditahan di Kuala Krai kerana mendalangi kegiatan pengedaran dadah jenis ganja bernilai RM3.1 juta, disambung reman tujuh hari. Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, kedua-dua suspek berusia 31 dan 49 tahun disambung reman bermula hari ini sehingga Isnin. Katanya, penahanan reman itu bagi membolehkan siasatan terperinci dijalankan.*
*GOA_L* 2️⃣8️⃣ *Kulim 17 Jul: Remaja perempuan berusia 15 tahun yang dirawat di Hospital Kulim akibat kecederaan parah selepas terbabit dalam kemalangan bersama ibunya di simpang Padang Limau, Jalan Kulim-Mahang berhampiran Balai Polis Sungai Kob, Isnin lalu, menghembuskan nafas terakhir semalam. Dalam kejadian jam 4.40 petang itu, ibunya, Suhana Hamid, 39, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala. Anak mangsa, Nurul Suhada Balqis Mohd Azizudin yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Mutiara pula disahkan meninggal dunia semalam.*
*GOA_L* 2️⃣9️⃣ *Ipoh 17 Jul: Ketika musim durian berada pada kemuncaknya, pengguna di Perak dinasihat agar menjadi pembeli yang bijak dan berwaspada. Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, pengguna perlu sentiasa memeriksa harga dengan teliti dan memastikan peralatan penimbang yang digunakan oleh peniaga adalah tepat dan diperakui. "Pengguna berhak dapat keadilan dan memilih ketika membeli durian atau apa-apa barangan lain.*
*GOA_L* 3️⃣0️⃣ *Seremban 17 Jul: Guru lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap murid perempuan, tahun lalu. Tertuduh berusia 53 tahun membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Mohamad Kamil Nizam. Mengikut ketiga-tiga pertuduhan yang dibacakan secara berasingan, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal ke atas mangsa berusia sembilan tahun enam bulan bagi tujuan seksual.*
*berita penuh sila follow harian metro online*
*#hanipiloiempire*
*#repoterataspokok*
*#hanisofeasupriseandgift*
*#legasisepuluh*
*GOA_L LUAR NEGARA*
=+=+=+=+=+=+=+=+=
🇨🇭 *Geneva 17 Jul: Ketua agensi PBB untuk pelarian Palestin pada Rabu memberi amaran bahawa perang di Gaza telah meningkat melangkaui tahap malapetaka kemanusiaan, sambil menyifatkannya sebagai ancaman asas terhadap orde antarabangsa yang berteraskan peraturan, serta menggesa tindakan segera oleh negara-negara, lapor Anadolu Ajansi (AA).*
Menurutnya, kebiasaan warga emas berkenaan akan pulang ke rumah sebelum jam 7 malam, namun kelibatnya masih tikda kelihatan sehingga jam 9 malam.*
*GOA_L* 8️⃣ *Kuala Lumpur 17 Jul: Ahli perniagaan bergelar Datuk yang disiasat kes seludup keluar besi buruk untuk dieksport dengan menyeleweng cukai sudah tampil ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk dirakam percakapan. Menurut sumber, lelaki itu sebelum ini difahamkan ke luar negara pada 12 Julai lalu sebelum pulang ke negara ini malam tadi. "Dia sudah hadir ke SPRM untuk dirakam percakapan. "Buat masa ini masih dalam proses rakam percakapan," katanya.*
*GOA_L* 9️⃣ *Ipoh 17 Jul: Sebuah kilang pemprosesan aluminium haram diserbu Pasukan Batalion Ketiga Pasukan Gerakan Am (PGA) semalam menyaksikan lebih 1,200 tan aluminium serta jentera bernilai lebih RM11.8 juta dirampas. Operasi yang dijalankan di bawah Ops Hazard itu diketuai Cawangan Risikan Batalion 3 PGA dengan kerjasama Cawangan Risikan Briged Utara PGA, Batalion 1 PGA, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Perak dan Majlis Daerah Batu Gajah.*
*GOA_L* 🔟 *Alor Setar 17 Jul: Pasang tiga lapisan pintu besi dan main bunyi burung untuk tutup bunyi mesin. Itu antara taktik licik digunakan sindiket perlombongan bitcoin haram bagi mengaburi kegiatan mereka di bandar raya ini. Helah terbabit terbongkar selepas pihak berkuasa menjalankan serbuan serentak ke atas tujuh premis sekitar Alor Setar dalam operasi khas bersama Suruhanjaya Tenaga, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan polis hari ini.*
*GOA_L* 1️⃣1️⃣ *Kuala Lumpur 17 Jul: Semua pihak termasuk keluarga mendiang Teoh Beng Hock perlu menerima kenyataan bahawa kes itu sudah melalui pelbagai peringkat siasatan dan semakan oleh badan penguatkuasaan serta institusi kehakiman negara. Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim menegaskan, tidak boleh hanya kerana mahu memuaskan hati atau kepentingan segelintir pihak, proses perundangan yang sudah dilaksanakan dengan baik dinafikan.*
*GOA_L* 1️⃣2️⃣ *Kuala Lumpur 17 Jul: Sepasang kekasih terlepas tali gantung selepas Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini melepas dan membebaskan mereka atas dua pertuduhan mengedar dadah lebih 1.2 kilogram (kg) di sebuah kondominium, empat tahun lalu. Hakim K Muniandy memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh Tan Kah Soon, 49, dan teman wanita warga Thailand, Pattarathida Petcharanon, 39, di akhir kes pendakwaan.*
*GOA_L* 1️⃣3️⃣ *Kuala Lumpur 17 Jul: Lencongan trafik sementara di Lebuhraya Kuala Lumpur–Karak (KLK) dari KM25.75 hingga KM26.4 arah Kuantan (Gombak ke Genting Sempah) diaktifkan baru-baru ini bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembinaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL). Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) Datuk Sazali Harun berkata, pelaksanaan lencongan itu melibatkan pengalihan laluan sedia ada tiga lorong ke laluan sehala bersebelahan arah Kuala Lumpur, dengan jumlah kapasiti lorong yang sama dikekalkan bagi memastikan kelancaran trafik.*
*GOA_L* 1️⃣4️⃣ *Putrajaya 17 Jul: Seorang warden di pusat pengajian tahfiz kekal dihukum penjara 10 tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Rayuan hari ini kerana melakukan amang seksual fizikal terhadap pelajar berusia 11 tahun dalam bilik asrama, lima tahun lalu. Panel tiga hakim diketuai Datuk Azman Abdullah dalam keputusan sebulat suara menolak rayuan guru tahfiz, Tengku Mohammad Khaireel Tengku Wahab, 32, selaku perayu terhadap sabitan dan hukuman dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Kuantan pada 17 Oktober 2023.*
*GOA_L* 1️⃣5️⃣ *Alor Setar 17 Jul: Negara mengalami kerugian mencecah RM4.8 bilion sejak 2018 akibat kecurian elektrik oleh sindiket perlombongan bitcoin haram yang semakin berani dan berleluasa. Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata statistik menunjukkan kerugian itu semakin meningkat sejajar dengan lonjakan nilai bitcoin di pasaran.*
Johor || 9:40pm
Roadblock Jpj Jambatan tg gemok endau kiri kanan
ini malam jelapang toll mau operasi...jpj,trafik,aadk,jas semua ada
Perak site
8.25pm ( 2/16 )🚩
KDH:[ A/Setar ]
Jln Langgar
Infront Kolej U-Turn
( Beside Flyover )
*Keluar plaza toll Duta ada operasi bersepadu ye kanda semua.....mana yg kencing x clear....badan x clear....kaki kencing jgn lalu dulu.....paking tepi dulu......*
Читать полностью…🔰🅜🅔🅛🅐🅚🅐🔰
➣ Khamis
➢ 10:40am
Roadblock Polis
📌 Dari Kg Rantau Panjang / MRSM Alor Gajah ⏪👮🏻♂️⏩ Kampung Sungai Buluh / Brisu / Simpang Ampat.
🚔 Block area Kampung Padang Kambing.
🔰#AlorGajah
10.25am
Lepas trafic light dari jenderam hala Dengkil Block baru buka🚩
Rb (P) tepi taman sri tanjung sebelum bulatan.Port Biasa.
UiTM Dungun‼️
TER-17Jul-1010am
*INFO KEMALANGAN (E36: JAMBATAN PULAU PINANG)*
7.14am🔸*E36@JPP*: Awas ⚠ berlaku kemalangan di *KM 7.8 arah Barat dari Perai ke Pulau. Lorong kecemasan dan sebahagian lorong kiri terhalang. Trafik perlahan berikutan waktu puncak ketika ini*.
Fokus pada pemanduan & awasi jarak selamat dengan kenderaan di hadapan !
@buletininfo1malaysia
Sikamat-jalan pantai-lebuhraya lekas arah senawang-kg panchor-ulu bendul-terachi-tanjung ipoh-ampang tinggi-pekan pilah-clear
Читать полностью…🏸 *Kuala Lumpur 16 Jul: Tiga beregu campuran utama negara bermula langkah kanan untuk meneruskan kemaraan di Terbuka Jepun selepas menewaskan lawan masing-masing di pusingan pertama hari ini.*
*Dalam aksi yang berlangsung di Gimnasium Metropolitan Tokyo, beregu nombor enam dunia, Goh Soon Huat-Shevon Lai yang turun terlebih dahulu tidak berdepan masalah besar untuk menundukkan wakil Thailand, Ruttanapak Oupthong-Jhenicha Sudjaipraparat 21-15, 21-10 dalam masa 30 minit.*
*Turut mara ialah pasangan utama negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei apabila hanya memerlukan 29 minit untuk menewaskan Kevin Lee-Josephine Wu daripada Kanada, 21-15, 21-19.*
*Sementara itu, beregu muda negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin dipaksa bekerja keras sebelum mengesahkan kemenangan ke atas wakil Amerika Syarikat, Presley Smith-Jennie Gai dalam pertarungan tiga set 21-19, 12-21, 21-16, dalam masa 50 minit.*
🐯 *Kuala Lumpur 16 Jul: Harimau Malaya terpaksa melepaskan peluang keemasan untuk menguji kehebatan pasukan gergasi Asia seperti Iran dan Tajikistan apabila mengesahkan penarikan diri daripada kejohanan Piala Negara-Negara Persatuan Bolasepak Asia Tengah (CAFA) 2025.*
*Keputusan itu disahkan sendiri pengendali skuad kebangsaan, Peter Cklamovski, yang menyifatkan tindakan menarik diri itu bukan mudah, namun terpaksa dilakukan atas faktor logistik dan jadual yang di luar kalendar rasmi Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).*
*Piala CAFA 2025 yang dijadual berlangsung dari 26 Ogos hingga 9 September ini pada awalnya dijangka menjadi medan terbaik buat Harimau Malaya mempersiapkan skuad menjelang Piala Asia dan Kelayakan Piala Dunia.*
*Namun, undian meletakkan Malaysia dalam kumpulan bersama Iran yang kini berada di ranking ke-2 Asia serta Tajikistan di ranking ke-106 dunia, menyukarkan perancangan apabila dua aksi awal berlangsung di luar jendela FIFA.*
🐯 *Jakarta 16 Jul: Ketua jurulatih skuad B-23 negara, Nafuzi Zain mengakui kelemahan pertahanan menjadi punca utama kekalahan 0-2 kepada Filipina dalam aksi pembukaan Kumpulan A Kejuaraan AFF B-23 2025 di Stadium Gelora Bung Karno di sini, malam ini.*
*Walaupun kecewa dengan keputusan, Nafuzi tetap memuji semangat juang tinggi anak buahnya yang kebanyakannya masih muda dan kurang pengalaman beraksi di peringkat antarabangsa.*
*"Secara keseluruhan, pertahanan kita ada sedikit kelekaan dan gugup di awal permainan, dan itu memberi ruang kepada Filipina menjaringkan gol.*
*"Kami cuba bangkit dan berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan keputusan seri, tetapi apabila ketinggalan ia menjadi lebih sukar," katanya selepas perlawanan.*
🐯 *Kuala Lumpur 16 Jul: Berbaki dua hari sebelum turun menentang Brunei Jumaat ini, barisan kejurulatihan negara perlu segera menajamkan jentera serangan agar tampil lebih ampuh jika tidak mahu 'bungkus' lebih awal dalam saingan Piala AFF bawah 23 (B-23) di Jakarta, Indonesia ketika ini.*
*Perkara berkenaan diakui sendiri pengendali pasukan, Nafuzi Zain yang mahu kelemahan berkenaan diatasi segera selepas melihat anak buahnya dimalukan Filipina apabila tewas 0-2 dalam aksi pembukaan Kumpulan A di Stadium Gelora Bung Karno (GBK), semalam.*
*Jelas Nafuzi, kegagalan menyempurnakan deretan peluang di depan gawang lawan selain kelekaan bahagian pertahanan menyebabkan skuad B-23 tahun negara terpaksa digital jari dalam aksi itu sekali gus menempah laluan berliku untuk mara ke separuh akhir.*
🐢 *Kuala Terengganu 16 Jul: Pertahanan tinggi lampai kelahiran Brazil, Diego Landis kini berada dalam radar Terengganu FC (TFC) bagi mengisi rekrut terakhir pemain import pasukan itu musim 2025/2026.*
🤩 *London 16 Jul: West Ham United mengesahkan kehadiran pertahanan muda Senegal, El Hadji Malick Diouf dari Slavia Prague menerusi kontrak jangka panjang menjelang saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2025/26.*
*Walaupun nilai perpindahan tidak didedahkan, media Britain melaporkan The Hammers membayar sekitar £19 juta (RM115 juta) untuk mendapatkan khidmat pemain berusia 20 tahun itu.*
*Diouf sebelum ini mencuri perhatian apabila membantu Senegal menewaskan England 3-1 dalam aksi persahabatan bulan lalu, sekali gus kemenangan pertama pasukan Afrika ke atas The Three Lions dalam 22 perlawanan.*
👶🏻 *London 16 Jul: Legenda bola sepak England, Steven Gerrard kini bergelar datuk buat kali pertama pada usia 45 tahun.*
*Anak sulungnya, Lilly-Ella yang berusia 21 tahun, melahirkan seorang bayi perempuan hasil perkongsian hidup bersama teman lelaki, Lee Byrne.*
*Lilly, yang juga seorang pempengaruh media sosial, berkongsi berita gembira itu di Instagram miliknya, memuat naik gambar Lee berjalan keluar dari hospital sambil membawa penggendong bayi.*
*Foto hitam putih itu disertakan kapsyen: "@Leebyrne 2 becomes 3", bersama emoji hati berwarna merah jambu dan emoji bayi.*
🗣️ *Riyadh 16 Jul: Jurulatih Portugal, Jorge Jesus dilantik secara rasmi selaku pengendali Al Nassr, hari ini, dan akan bergandingan dengan Cristiano Ronaldo yang sebelum ini menandatangani kontrak baharu selama dua tahun bersama kelab Saudi itu bulan lalu.*
*"Rasmi: Jorge Jesus adalah ketua jurulatih baharu Al Nassr," tulis kelab itu di platform X.*
*Jesus, 70, dipecat oleh seteru utama Al Nassr, Al Hilal, pada Mei lalu susulan pasukan itu tersingkir di separuh akhir Liga Juara-Juara Asia.*
*Jesus memulakan tugasnya di Al Hilal sejak 2023 dan bertahan selama dua musim.*
😎 *Muscat 16 Jul: Bekas pengendali Real Madrid dan Portugal, Carlos Queiroz diumumkan sebagai ketua jurulatih baharu skuad kebangsaan Oman ketika mereka bersedia menghadapi pusingan keempat kelayakan Piala Dunia 2026.*
*Persekutuan Bolasepak Oman (OFA) mengesahkan pelantikan itu menerusi platform media sosial X, semalam.*
*"Queiroz memiliki pengalaman luas dalam kejurulatihan, pernah membimbing skuad kebangsaan Portugal, Iran, Colombia, Mesir dan Qatar. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai penolong jurulatih Manchester United di bawah Sir Alex Ferguson," kata OFA dalam kenyataan ringkas.*
✍🏻 *Madrid 16 Jul: Atletico Madrid mengesahkan mereka sudah mencapai persetujuan untuk mendapatkan khidmat pemain tengah Argentina, Thiago Almada dari kelab Brazil, Botafogo.*
*"Atletico dan kelab Brazil itu sudah mencapai persetujuan, tertakluk kepada pemain melepasi ujian perubatan serta menandatangani kontrak," kata kelab La Liga itu dalam satu kenyataan, awal pagi tadi.*
*Menurut laporan media tempatan, Almada dijangka menandatangani kontrak sehingga 2030 selepas Atletico membayar yuran perpindahan sekitar €21 juta (RM108 juta) bagi mendapatkan pemain berusia 24 tahun itu yang turut boleh beraksi di posisi sayap.*
🤸🏻 *Brussels 16 Jul: Bekas juara Olimpik palang tidak sejajar Belgium, Nina Derwael mengumumkan persaraannya daripada gimnastik pada usia 25 tahun, selepas 'mencapai matlamatnya' dalam sukan itu.*
*Nina menjadi gimnas wanita Belgium pertama memenangi pingat Olimpik empat tahun lalu di Tokyo, meraih emas selepas dua kali dinobatkan sebagai juara dunia dalam acara palang tidak sejajar.*
*"Jika saya masih mahu memainkan peranan penting di kejohanan dunia atau Olimpik, saya perlu meletakkan badan saya di bawah tekanan yang lebih besar dan berpanjangan, satu risiko yang tidak lagi saya mahu ambil," katanya dalam satu kenyataan.*