buletininfo1malaysia | Unsorted

Telegram-канал buletininfo1malaysia - Buletin Info 1 Malaysia

3369

Selamat Datang ke Buletin Info 1 Malaysia Channel ini akan berkongsi info tentang... 🔍🚓🚑🚒INFO ROADBLOCK 1 MALAYSIA & KEMALANGAN DALAM DAN LUAR NEGARA TERKINI

Subscribe to a channel

Buletin Info 1 Malaysia

20July2025/Terengganu
1050hrs : SJR (T) susur masuk LPT2 Gemuruh dari Bukit Jong menghala Plaza Tol Gemuruh.
*#inforoadblock*

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

10.15am
Dari kupang hala2 bt42/baling..JPJ ada buat Block kat Dengan Smk Syed Burn....Hati² Gaisss..

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

*MACHANG,KELANTAN*
_*(20/07/2025) 09:10AM*_

_Roadblock *( T )* di Batu 31 laluan utama machang-K.krai baru buko kon,tahan kedua² arah.check² balik rakan² info....📍_

_*#T🅰️K*_

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

*KUALA KRAI,KELANTAN*
(20/07/2025) 09:40AM

_SnapCheck *( T )* Selekoh Wisma Koya,Bandar Kuala Krai 📍_

_*#T🅰️K*_

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

PerakDarulRidzuan
20July2025
9:45Pagi

Taman muhibah sg siput muka tengok mega square *Trafik* bikin block tahan semua

*#PBRC3🍼*

PerakDarulRidzuan
20July2025
9:30Pagi

Simpang pulai tol lepas bayar tiket lorong motorsikal belakang tandas *JPJ* bikin block

*#PerakInfoSemasa*

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

MASJID TANAH, 19 Julai – Seorang pegawai tentera maut dalam kemalangan selepas kereta yang dipandunya terbabas ke laluan bertentangan sebelum merempuh sebuah lori tangki di Jalan Solok Duku, di sini kira-kira jam 4 pagi tadi.

Mangsa, Muhammad Akmal Mohamad Amjaduzzahwi, 24, berpangkat Leftenan Muda di Kem Terendak, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, siasatan awal mendapati kereta mangsa hilang kawalan sebelum masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan lori dari arah hadapan. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

🎥 : orang awam / PDRM
@buletininfo1malaysia

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

PerakDarulRidzuan
19July2025
9:00Pagi

Chemor muka tengok klebang depan public bank/bsn trafik bikin block
👻Ada pocong sebelum sekatan

*#PBRC1🍼*

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

*‼️MASIH AKTIF 5:00Petang‼️*

PerakDarulRidzuan
18July2025
4:20Petang

Bulatan labu/Silibin muka tengok ipoh pekan depan kedai Seng Heng JPJ bikin block tahan motorsikal

*#PBRC10🍼*

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

*Lelaki mengamuk libas parang pada anggota penguat kuasa didakwa*

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki yang tular bertindak agresif dalam operasi meroboh di Desa Pandan, didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menggunakan kekerasan jenayah dengan cara melibas parang.

Bagaimanapun tertuduh Izat Saini @ Zaini, 43, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Amira Abd. Aziz.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menggunakan kekerasan jenayah dengan cara melibas parang di lokasi operasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama-sama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terhadap dua anggota penguat kuasa.

Ia yang mana mereka sedang menjalankan kewajipan mereka dalam suatu operasi bersama yang mana perbuatan itu dengan niat menakutkan penjawat awam daripada menjalankan kewajipan yang sah di sisi undang-undang.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di simpang tiga, Jalan 4/76B, Desa Pandan, dekat sini pukul 11.17 pagi pada 15 Julai lalu yang didakwa mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Semasa prosiding pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Farhanah Arul Hisham manakala peguam Fadhli Sutris mewakili Izat.

Selepas mendengar permohonan kedua-dua belah pihak, Majistret Amira membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,500 dengan seorang penjamin.

Tarikh 2 September ini ditetapkan sebutan semula kes.

Sebelum ini, media melaporkan seorang lelaki bertindak agresif dengan melibas parang ke arah anggota penguat kuasa yang menjalankan operasi meroboh struktur haram di Desa Pandan, di sini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.17 pagi itu, lelaki berusia 43 tahun itu dikatakan datang secara tiba-tiba sambil memegang sebilah parang panjang sebelum bertindak membuat provokasi dan memaki hamun ke arah petugas DBKL.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail dilaporkan berkata, ketika kejadian, sepasukan polis sedang menjalankan kawalan keselamatan bersama agensi-agensi lain antaranya Tenaga Nasional Berhad dan Syarikat Bekalan Air Selangor.

“Lelaki terbabit dilihat melibas parang di tangan kanannya dan menjerit ke arah petugas penguat kuasa. Lelaki tersebut telah ditenangkan oleh beberapa orang awam yang berada di kawasan tersebut.

“Pihak polis kemudiannya merampas parang tersebut dan menahan lelaki terbabit untuk siasatan lanjut,” kata kenyataan itu. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2025/07/18/lelaki-mengamuk-libas-parang-pada-anggota-penguat-kuasa-didakwa

=====================「ʀz」
@buletininfo1malaysia

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

Kanak-kanak keluar rumah sendiri ketika bapa tidur

Oleh NOR SHAFAWATI YUP
18 Julai 2025, 9:19 am

SEREMBAN – Pihak polis mengesahkan kanak-kanak yang videonya tular ditinggalkan di tepi jalan di Garden Avenue Seremban 2 di sini telah keluar sendiri dari rumah semasa bapanya sedang tidur dan ibunya bekerja.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, bertindak atas maklumat pihak polis telah membawa kanak-kanak itu ke Balai Polis Seremban 2 untuk tujuan perlindungan pengesahan identiti.
“Hasil pemeriksaan fizikal pihak polis terhadap kanak-kanak berkenaan mendapati tiada sebarang kecederaan atau tanda mencurigakan.

“Pihak polis telah mengesan ibu bapa kanak-kanak tersebut yang merupakan warga Myanmmar. Kanak-kanak itu telah diserahkan semula kepada ibu bapanya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam video berdurasi 12 saat itu kelihatan seorang kanak-kanak perempuan duduk di tepi jalan sambil dipeluk adik perempuannya dari belakang berserta satu botol susu di tepi mereka.

Mohamad Hatta berkata, pihaknya turut berterima kasih kepada orang awam yang prihatin dan pantas melaporkan kejadian tersebut.
“Polis Diraja Malaysia (PDRM) komited memastikan keselamatan serta kebajikan kanak-kanak terpeliharan dan akan terus menjalankan siasatan serta pemantauan demi kepentingan awam. Semua harap diharap bekerjasama agar tidak membuat sebarang spekulasi dan kes telah selesai,” katanya.

Terdahulu, perkongsian video berkenaan mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen dengan kebanyakannya meluahkan simpati dengan nasib dua beradik itu selain turut mengecam tindakan ibu bapa mereka. – KOSMO! ONLINE

#Kosmo

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

*‘Saya takkan maafkan’ – Ibu dakwa Zara pernah dibuli sebelum meninggal dunia*

Seorang pelajar perempuan tingkatan 1 dikenali sebagai Zara meninggal dunia, dipercayai terjatuh dari tingkat tiga sebuah asrama sekolah di Limauan, Sabah, semalam.

Tragedi itu bukan sahaja mengejutkan ramai pihak, malah mencetuskan persoalan serius apabila timbul dakwaan yang mengatakan Zara menjadi mangsa buli sebelum kejadian berlaku.

Berdasarkan beberapa hantaran di media sosial mendakwa Zara mengalami tekanan akibat dibuli, dipercayai menjadi punca dia mengambil tindakan drastik tersebut.

“Apa pun yang berlaku, kita tiada hak untuk seksa orang lain secara mental atau fizikal. A big NO,” kata individu berkenaan yang turut menggesa pihak sekolah tidak mendiamkan diri dan segera menyiasat kes ini secara telus.

Dalam satu hantaran lain dipercayai ditulis oleh ahli keluarga mangsa, emosi dan kekecewaan diluahkan terhadap individu yang dikatakan sering menyakiti Zara.

“Kepada pembenci-pembenci anak saya, mungkin kamu sudah berpuas hati melihat keadaan ini. Ingat, selagi kamu belum memohon maaf dan mengaku, saya juga tidak akan memaafkan kamu. Saya tahu nama-nama mereka yang selalu Zara sebut,” katanya.

Sementara itu, menurut kenyataan di laman Facebook DUN Sindumin, jenazah Zara telah disolatkan di Masjid Mesapol sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Tg Ubi pada malam kejadian. Tragedi ini terus mencetuskan gesaan agar budaya buli di sekolah ditangani secara serius dan menyeluruh.
https://thereporter.my/zara-pernah-dibuli-sebelum-meninggal

=====================「ʀz」
@buletininfo1malaysia

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

PerakDarulRidzuan
18July2025
10:15Pagi

Menglembu falim muka tengok ipoh pekan depan kia lama trafik bikin block
👻Ada pocong sebelum sekatan

*#PBRC9🍼*

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

#Repost @xtra_my
Tak sempat lihat & menyusukan bayi, seorang wanita hembuskan nafas terakhir sejurus bersalin anak kedua.

Tidak berpantang di dunia, syahidnya di sisi Allah. Moga syurga buat Ain Farhana Binti Mohd Fadzli, 27.

“Ya Allah, dia adalah ibu & isteri terbaik. Dia lebih pilih anaknya diselamatkan daripada dirinya”, antara doa yang dibacakan oleh suaminya...😭

#xtra #viral #beritaterkini #malaysia #makcikbawang #trending #news 📹: mr_wan_cai_official
@buletininfo1malaysia

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

*Beregu profesional yang juga pasangan suami isteri itu, hanya memerlukan 31 minit untuk menumpaskan Terry Hee-Jin Yu Jia dengan straight set 21-14, 21-17 di Gimnasium Metropolitan, Tokyo.*
*Kemenangan itu menyaksikan mereka bakal berdepan pemenang antara rakan senegara Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin atau gandingan China, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin pada suku akhir esok.*
*Selain Soon Huat-Shevon, tujuh lagi beregu negara turut beraksi dalam pusingan kedua hari ini membabitkan empat beregu lelaki, dua beregu campuran dan satu beregu wanita.*

🏑 *Kuala Lumpur 17 Jul: Daripada kosong hingga mampu beraksi di pentas Olimpik. Itulah impian Storm Hockey Academy dalam usaha melahirkan generasi baharu pemain hoki berkaliber negara.*
*Bagi akademi yang ditubuhkan sejak tiga tahun lalu itu, usaha melahirkan bintang pelapis negara tidak sekadar impian kosong dengan barisan 20 jurulatih berkelayakan yang memiliki lesen kelayakan daripada Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) dan Konfederasi Hoki Malaysia (MHC).*
*Antara tenaga kejurulatihan utama akademi ini adalah bekas pemain skuad Projek 2013, Zulhairi Hashim yang pernah mencipta sejarah apabila membantu pasukan negara menamatkan kempen di tempat keempat Piala Dunia Remaja 2013, iaitu pencapaian terbaik negara dalam kejohanan berprestij itu.*

🏆 *Kuala Lumpur 17 Jul: Persatuan Bolasepak Asia Tengah (CAFA) mengakui kecewa dengan keputusan skuad Harimau Malaya menarik diri daripada saingan Piala Negara-Negara CAFA 2025 yang dijadual berlangsung penghujung Ogos nanti.*
*Jelas CAFA menerusi kenyataan media, alasan diberikan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang mengaitkan kejohanan itu dilangsungkan di luar kalendar FIFA (Persekutuan Bolasepak Antarabangsa) sebenarnya sudah diketahui awal oleh badan induk bola sepak negara.*
*Menurut CAFA, setiap pasukan boleh menyenaraikan 35 pemain bagi membolehkan setiap pasukan menukar pemain mengikut panggilan jendela antarabangsa.*

🐯 *Kuala Lumpur 17 Jul: Skuad Malayan Tigress Bawah 15 Tahun (B-15) kendalian Leila Chua akhirnya mencatat kemenangan sulung dalam Kejohanan Emerging Matildas B-15 2025 selepas membenam Northern Territory 3-0 di Valentine Sports Park, Sydney, semalam.*
*Berdasarkan tinjauan Arena Metro, dua gol skuad wanita muda negara itu disumbangkan Mia Alysa, manakala satu lagi menerusi Dishanna Pillay, sekali gus menebus kekecewaan dua aksi terdahulu.*
*Terdahulu, pasukan negara tewas tipis 0-1 kepada NSW Navy dalam aksi pembukaan sebelum mengikat Victoria White tanpa jaringan pada Selasa lalu.*

🐅 *Kuala Lumpur 17 Jul: Hasrat Johor Darul Ta'zim (JDT) untuk mencipta kembali kemenangan pada kempen pra-musim lebur apabila mereka sekali lagi tumpas, kali ini kepada kelab dari Qatar Al-Rayyan SC, dengan keputusan 0-1, awal pagi tadi.*
*Kekalahan itu yang kedua berturut-turut buat skuad Harimau Selatan selepas tewas kepada Valencia Mestalla sebelum ini, sekali gus menyaksikan momentum kemenangan mereka terganggu di bumi Sepanyol.*
*Dalam aksi terbabit, JDT menurunkan semula beberapa tonggak utama yang direhatkan sebelum ini antaranya tiga pemain warisan Malaysia, Jon Irazabal, Joao Figueiredo dan Hector Hevel, bagi menguatkan kesebelasan utama.*


*berita penuh sila follow harian metro online*

*#hanipiloiempire*
*#repoterataspokok*
*#hanisofeasupriseandgift*
*#legasisepuluh*

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

*Petrovic menandatangani kontrak yang akan mengekalkannya di Stadium Vitality sehingga Jun 2030.*
*Penjaga gol berusia 25 tahun itu menyertai Chelsea pada tahun 2023 dari kelab MLS, New England Revolution.*
*Musim lalu, dia dipinjamkan ke kelab Perancis, Strasbourg dan membuat 31 penampilan bersama kelab barat London itu.*

🙏🏻 *London 17 Jul: Crystal Palace akan membuat rayuan terhadap keputusan UEFA yang menyingkirkan mereka daripada saingan Liga Europa musim depan.*
*The Eagles mara ke kejohanan kedua Eropah itu selepas menjuarai Piala FA dengan menewaskan Manchester City 1-0 pada Mei, namun minggu lalu penyertaan mereka secara rasmi dibatalkan dan diturun ke Liga Konferens Europa.*
*Pada final tersebut, bekas pemilik bersama Palace, John Textor memegang kepentingan dalam kedua-dua kelab, kelab London Selatan itu dan juga Lyon, yang akan bermain di Liga Europa musim depan selepas menamatkan musim di tempat keenam dan memenangi rayuan untuk mengelak penyingkiran daripada Ligue 1.*

🤕 *Madrid 17 Jul: Pemain tengah Real Madrid, Jude Bellingham berjaya menjalani pembedahan bagi menangani masalah kecederaan lama di bahu, menurut kenyataan kelab Sepanyol itu, semalam.*
*Bellingham menanggung kecederaan itu sejak 2023, bermain dengan bahunya dibalut tetapi pemain berusia 22 tahun terbabit memilih untuk menjalani pembedahan selepas kempen Real Madrid di Piala Dunia Kelab, di mana mereka tewas kepada Paris Saint Germain di peringkat separuh akhir.*
*"Bellingham kini akan menjalani tempoh pemulihan sebelum kembali ke sesi latihan dan memulakan proses pemulihannya," kata Real Madrid dalam satu kenyataan.*

🤩 *Bilbao 17 Jul: Nico Williams mahu terus mencipta sejarah bersama Athletic Club selepas menolak tawaran untuk meninggalkan kelab Basque itu pada musim panas ini.*
*Barcelona yang cuba mendapatkan pemain itu setahun lalu, dilapor bersedia membayar klausa pelepasan Nico bernilai €58 juta (RM286 juta).*
*Namun, pemain antarabangsa Sepanyol itu, yang baru sahaja menandatangani kontrak bersama Athletic sehingga Jun 2035, berkata: "Saya rasa kami mempunyai musim yang sangat panjang di hadapan. Kami mengidamkan kejuaraan besar seperti Liga Juara-Juara, yang semua orang mahu sertai.*

🤑 *London 17 Jul: Polis Perancis dilapor memulakan siasatan terhadap bayaran dibuat bintang Real Madrid, Kylian Mbappe, kepada beberapa pegawai polis yang mencetuskan persoalan sama ada bayaran tersebut berkaitan dengan tugasan Piala Dunia atau perlindungan peribadi.*
*Menurut laporan Le Canard Enchainé yang dipetik oleh Sport, sejumlah £156,330 (RM889,573) dibayar pada Jun 2023 kepada lima pegawai yang ditugaskan untuk melindungi pasukan kebangsaan Perancis ketika itu.*
*Empat daripada mereka menerima sebanyak £26,011 (RM148,000) setiap seorang, manakala seorang lagi menerima £52,278 (RM297,442).*
*Bayaran tersebut dipercayai berkait dengan janji Mbappe untuk mendermakan wang ganjaran Piala Dunia 2022 miliknya kepada anggota keselamatan yang melindungi pasukan Perancis sepanjang kejohanan itu.*

⚽️ *London 17 Jul: Sepakan susulan daripada sepakan penalti mungkin akan dimansuhkan menjelang Piala Dunia 2026, menurut laporan terbaharu, semalam.*
*Selain itu, semakan VAR untuk kad kuning kedua dan sepakan penjuru juga sedang dipertimbangkan, ketika penggubal undang-undang bola sepak meneroka lebih banyak perubahan radikal.*
*Dalam langkah besar yang bakal mengubah lebih sejarah 134 tahun bola sepak, cadangan itu akan menjadikan sepakan penalti sebagai satu percubaan sahaja. Jika sepakan gagal, permainan akan disambung semula dengan sepakan gol untuk pasukan lawan.*
*Walaupun sebarang keputusan memerlukan kelulusan daripada Lembaga Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (IFAB), sokongan terhadap idea itu semakin meningkat.*

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

‼️ ORANG HILANG ‼️

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Sahabat FB

Mohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang warga emas

Nama : Yusof Bin Din
Umur :  68 thn
Alamat : Kepala Titi, kampung   Baru, Mukim Siong 09100 Baling Kedah

Maklumat terakhir beliau dilihat berada di Pasar Siti Khatijah(kelantan)

Report polis telah dibuat.

Gambar yang tertera adalah wajah terkini Warga emas.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh hubungi  

Atau pun bolehlah hubungi mana² balai polis yang berhampiran.

01129583411 - Saiful (anak)

#oranghilang
#kesoranghilang
#viralkan #viral

Sumber Mohd akmal ahlaken
@buletininfo1malaysia

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

20July2025/Terengganu
0935hrs : Snap check (J) persimpangan Buluh Gading menghala Batu 6.
*#inforoadblock*

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

*MACHANG,KELANTAN*
(20/07/2025) 09:25AM

_Roadblock *( J )* Berhampiran Stesen Penguatkuasa JPJ Labok Hala Machang 📍_

_*#T🅰️K*_

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

PerakDarulRidzuan
20July2025
10:00Pagi

Kamunting Tol muka tengok simpang lampu depan hotel potato *JPJ* bikin block

*#PBRC3🍼*

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

*Pemasangan Paip Air Didakwa Abaikan SOP, Ancam Keselamatan Penduduk*

Oleh: Wartawan BSKH

Bagan Serai – Seorang penduduk tempatan hari ini tampil membuat aduan kepada media BSKHku berhubung isu keselamatan melibatkan kerja-kerja pemasangan paip saluran air bagi kegunaan pertanian yang didakwa dijalankan secara cuai dan tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Menurut pengadu, kejadian berlaku awal pagi tadi di kawasan Parit Haji Ali berhampiran deretan kedai dua tingkat apabila bapa saudaranya terlibat dalam insiden terlanggar paip air yang belum dipasang sepenuhnya di laluan tersebut.

“Saya cuma mahu pihak yang diberi tanggungjawab sama ada agensi atau individu persendirian lebih peka terhadap aspek keselamatan. Kerja-kerja seperti ini tidak sepatutnya mengundang risiko kepada penduduk,” katanya ketika dihubungi BSKHku.

Beliau turut memaklumkan telah merakam video kejadian berkenaan yang menunjukkan keadaan tapak kerja yang didakwa dilakukan secara sambil lewa dan tidak mengambil kira keselamatan pengguna jalan.

“Saya sendiri tidak pasti siapa pihak yang sebenarnya menjalankan kerja-kerja pemasangan paip ini. Namun, tindakan segera perlu diambil agar insiden seperti ini tidak berulang dan membahayakan nyawa penduduk,” tambahnya lagi.

Pengadu berharap pihak berkuasa berkaitan dapat turun padang untuk membuat pemantauan serta mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak yang bertanggungjawab. Keselamatan awam, katanya, tidak boleh dikompromi dan perlu diberi perhatian serius dalam setiap projek pembangunan, walaupun berskala kecil.

Media BSKHku akan terus mengikuti perkembangan isu ini demi memastikan keselamatan dan kebajikan penduduk sentiasa terpelihara.

***Rakaman video dan foto dari pengadu diletakkan di ruangan komen.

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

19July2025/Terengganu
0918hrs : SJR (T&P) susur masuk LPT2 Gemuruh dari Bukit Jong menghala Plaza Tol Gemuruh.
*#inforoadblock*

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

8.00pm N9/SEL

RB JPJ dari enstek hala ke Eka Matahari
- check moto mne yg xlengkap tu jgn lalu

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

*KOTA BHARU,KELANTAN*
(18/07/2025) 04:50PM

_Roadblock *( JPJ )* Bawah Jambatan Bunut Payong 📍_

_*#T🅰️K*_

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

18July2025/Terengganu
1117hrs : SJR (T) Jalan Utama K.Terengganu↔️Kota Bharu dari Bukit Jong menghala Sungai Ikan selepas persimpangan LPT2 Gemuruh.
*#inforoadblock*

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

United Point To Manjalara (J P J )

Sg Long after toll otw Semenyih (2)

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

Sri sinar to kepong jambatan bawah jpj block

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

Kemalangan maut di MEX highway hala ke Putrajaya petang semalam (17/07/2025) melibatkan moto dan kereta di lokasi sebelum plaza Tol. Mangsa merupakan penunggang Grab dr Presint 17 Putrajaya.

Mangsa bernama Fitri meninggal dunia di lokasi.
Arwah baru saja dpt anak kembar perempuan tak smpi setahun umurnya.
Marilah sama2 kita doakan semoga arwah ditempatkan bersama orang-orang yg beriman dan beramal solleh.

Innalillahiwainnailaihirojiun dan takziah kepada waris mangsa.

#everyone
@buletininfo1malaysia

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

Lebih kurang
8am tadi Besraya
Susur keluar hway kesas

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

🥊 *Las Vegas 17 Jul: Bekas juara dunia, Manny Pacquiao, menerima status 'underdog' apabila kembali daripada persaraan untuk menentang juara welterweight WBC, Mario Barrios, dalam pertarungan dijadualkan berlangsung di MGM Grand, Las Vegas, Sabtu ini.*
*Jaguh berusia 46 tahun dari Filipina itu berasa bertenaga semula selepas empat tahun meninggalkan gelanggang dan berkata beliau kembali demi satu lagi peluang untuk mencipta sejarah.*
*"Saya menikmati kem latihan seperti ketika saya berusia 26 atau 29 tahun. Motivasi untuk berlatih bersungguh-sungguh dan disiplin masih sama.*
*"Saya rasa kerana saya sudah lama meninggalkan dunia tinju, itulah sebabnya saya masih berminat dan bersemangat untuk bertarung," kata Pacquiao.*

🚵🏽‍♀️ *Toulouse 17 Jul: Pelumba Norway, Jonas Abrahamsen, muncul juara peringkat ke-11 Tour de France (TdF), manakala juara bertahan, Tadej Pogacar terselamat daripada kecederaan serius biarpun terjatuh hanya 4 kilometer (km) sebelum garisan penamat, semalam.*
*Insiden itu berlaku apabila Pogacar melanggar tayar belakang pelumba di hadapannya, namun semangat kesukanan dipamerkan Jonas Vingegaard dan Remco Evenepoel yang menunggunya kembali ke kelompok utama mendapat pujian.*
*Sementara itu, pelumba Ireland, Ben Healy, kekal sebagai pendahulu keseluruhan dan terus menyarung jersi kuning buat hari kedua berturut-turut.*
*"Saya agak lebam, tapi saya pernah lalui hari lebih teruk. Ia memang di luar jangkaan.*

🥊 *London 17 Jul: Daniel Dubois berkata dia tiada sesiapa dapat menghentikannya dan bersedia mencetuskan kekacauan apabila menentang peninju Ukraine yang belum pernah tewas, Oleksandr Usyk, dalam pertarungan bagi merebut kejuaraan dunia heavyweight di Stadium Wembley, Sabtu ini.*
*Dubois, 27, kini memegang tali pinggang IBF, manakala Usyk, 38, adalah juara bertahan bagi WBA, WBC dan WBO.*
*Pertarungan ini adalah perlawanan ulangan selepas Dubois tewas secara kontroversi menerusi KO pusingan kesembilan di Wroclaw, Poland, pada tahun 2023, selepas Usyk diberikan masa untuk pulih daripada pukulan rendah yang dikatakan oleh pengadil.*
*Jika menang, Dubois akan menjadi juara heavyweight dominan pertama Britain sejak Lennox Lewis pada tahun 1999.*

🎾 *Montreal 17 Jul: Pemain nombor satu dunia, Aryna Sabalenka menarik diri daripada kejohanan WTA Terbuka Kanada di Montreal kerana keletihan, menurut Tennis Canada dalam satu kenyataan semalam.*
*Aryna, 27, yang muncul naib juara di Terbuka Australia dan Terbuka Perancis, baru sahaja mara ke separuh akhir di Wimbledon dan Berlin serta meraih kejuaraan di Madrid dan Miami.*
*"Saya teruja untuk memulakan musim gelanggang keras di Amerika Utara, namun demi memberi peluang terbaik untuk terus cemerlang musim ini, saya putuskan untuk tidak menyertai Montreal," kata juara bertahan Terbuka Amerika Syarikat (AS) itu.*

🏌🏻‍♂️ *Washington 17 Jul: Kelab Golf Oakmont melarang juara Terbuka Amerika Syarikat (AS) 2023, Wyndham Clark, daripada memasuki kawasan kelab selepas beliau menyebabkan kerosakan di bilik persalinan semasa kejohanan Terbuka AS bulan lalu di sana.*
*Notis daripada presiden kelab, John Lynch, kepada ahli-ahli kelab minggu ini yang mendedahkan hukuman tersebut diperoleh oleh Golf Digest, ESPN dan Golf Channel.*
*Clark merosakkan lokernya selepas gagal melepasi had kelayakan di Terbuka AS bulan lalu yang berlangsung di pinggir bandar Pittsburgh. Beliau kemudian memohon maaf atas insiden tersebut, hasil kerosakan yang turut dikongsikan dalam gambar di media sosial.*

🏸 *Kuala Lumpur 17 Jul: Beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai mara ke suku akhir Terbuka Jepun selepas menewaskan pasangan Singapura dalam aksi pusingan kedua hari ini.*

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

*Pengumuman dibuat semalam melalui platform media sosial rasmi Liga Pro Saudi dan dengan pantas mencetuskan gelombang pujian dan kekaguman di media sosial terhadap pemenang lima kali Ballon d'Or itu.*
*Anugerah terkini Ronaldo hadir selepas musim luar biasa di mana beliau memenangi 15 Anugerah Pemain Terbaik Perlawanan, satu bukti kepada impaknya yang konsisten dalam hampir setiap perlawanan.*

👑 *Washington 17 Jul: Rekod Lionel Messi dalam Major League Soccer (MLS) bagi lima perlawanan berturut-turut dengan jaringan lebih daripada satu gol berakhir awal pagi tadi apabila Inter Miami miliknya tewas 3-0 kepada FC Cincinnati.*
*Bintang Argentina berusia 38 tahun itu sebelum ini menjaringkan dua gol dalam lima perlawanan berturut-turut untuk Miami, sekali gus untuk gol ke 16nyamusim ini ketika Inter mencatatkan empat kemenangan dan satu seri sepanjang tempoh itu.*
*Kali terakhir Messi menjaringkan dua gol atau lebih dalam lima perlawanan berturut-turut adalah pada 2012 ketika bersama Barcelona.*
*Namun, Cincinnati hanya membenarkan dua percubaan tepat ke arah gawang daripada Miami sepanjang perlawanan.*

💪🏼 *Rom 17 Jul: Kapten Croatia, Luka Modric mengesahkan dia sudah menandatangani kontrak selama setahun bersama AC Milan bagi meneruskan kerjaya di Eropah dan kekal bersaing di peringkat tertinggi.*
*"Saya gembira berada di sini dan tidak sabar untuk memulakan pengalaman baharu," kata pemenang Ballon d'Or 2018 itu kepada saluran TV rasmi AC Milan selepas menyertai kelab itu dari Real Madrid.*
*Modric, yang bakal mencecah usia 40 tahun pada September depan, menyertai Real Madrid dari Tottenham Hotspur pada tahun 2012 dan sudah memenangi enam trofi Liga Juara-Juara, empat kejuaraan La Liga serta dua Copa del Rey.*
*"Saya mahu terus berada di Eropah dan bermain bola sepak kompetitif. Saya terima beberapa tawaran lain, tetapi apabila Milan hadir, saya tak berfikir panjang lagi," katanya.*

🥳 *Barcelona 17 Jul: Pemain sayap lincah Barcelona berusia 18 tahun, Lamine Yamal diberikan jersi 'keramat' nombor 10 yang sebelum ini dipakai ikon kelab, Lionel Messi sekali gus membuktikan musim luar biasa bagi remaja tersebut.*
*Yamal diberikan jersi terbabit selepas kempen cemerlang apabila menjaringkan 18 gol dan mencipta 25 bantuan jaringan ketika Barcelona merangkul treble domestik LaLiga, Copa del Rey dan Piala Super Sepanyol serta mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara.*
*Pemain muda itu yang memakai jersi nombor 19 musim lalu komited dengan masa depannya di kelab itu apabila menandatangani kontrak lanjutan pada Mei yang akan mengekalkannya di Barcelona hingga 2031.*
*Semalam, dia menerima jersi nombor 10 daripada presiden kelab, Joan Laporta, dalam satu majlis khas.*

🐔 *London 17 Jul: Liverpool dikaitkan dengan perpindahan mengejut bagi mendapatkan Marcus Rashford selepas dia menjadi salah seorang daripada lima pemain disingkirkan daripada sesi latihan Manchester United oleh pengurus baharu, Ruben Amorim.*
*Amorim tidak berpuas hati dengan tahap prestasi Rashford dalam latihan pada Disember lalu, lalu segera mengetepikannya dan meminjamkannya ke Aston Villa sehingga akhir kempen musim 2024/25.*
*Rashford kembali ke United untuk pra-musim selepas tempoh pinjamannya tamat, namun dia bersama empat lagi pemain tidak dikehendaki Antony, Alejandro Garnacho, Jadon Sancho dan Tyrell Malacia tidak dibenarkan berlatih bersama skuad utama dan hanya dibenarkan hadir ke pusat latihan Carrington pada jam 5 petang.*

🙌🏻 *London 17 Jul: Penjaga gol Chelsea, Djordje Petrovic menyertai Bournemouth dalam satu perpindahan yang dilaporkan bernilai £25 juta (RM141.9 juta), hari ini.*

Читать полностью…
Subscribe to a channel