Selamat Datang ke Buletin Info 1 Malaysia Channel ini akan berkongsi info tentang... 🔍🚓🚑🚒INFO ROADBLOCK 1 MALAYSIA & KEMALANGAN DALAM DAN LUAR NEGARA TERKINI
1 M'sia
Apa hal pula ni.
Sri Petaling
@buletininfo1malaysia
Kg baru
Kg nangka
Bulatan lampu
K.raja
Tembila..
Pngkalan gelap..
Clear..
🆑🆑🆑🆑🔁
10.16am
Besut trg info
09:50 KLG/ SEL
RB(T)TAHAN SEMUA KENDERAAN JALAN KAPAR BATU 8 SELEPAS SEKOLAH MEMANDU MENGHALA KE RANTAU PANJANG ARAH KLANG.
#KLANG"CREW
#KPC/KL-SRG
PerakDarulRidzuan
21July2025
9:25Pagi
Ipoh lumut higway siputeh muka tengok seri iskandar depan bomba tronoh Trafik bikin block
*🔰 IPOH INFO CREW 🔰*
🐯 *Kuala Lumpur 20 Jul: Penyerang skuad bawah 23 (B-23) tahun negara, Haqimi Azim Rosli mengingatkan rakan sepasukannya aksi berdepan Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno (GBK) di Jakarta, Indonesia malam esok bukan mudah.*
*Katanya, kesemua pemain perlu memberi sepenuh jiwa dan raga dalam aksi terakhir Kumpulan A itu dalam misi untuk layak ke separuh akhir Piala AFF B-23 kali ini.*
*"Menentang Indonesia nanti kita orang tak boleh ambil mudah. Jadi lepas perlawanan (selepas aksi dengan Brunei) ini, kita orang kena kembali cergas dan buat persiapan dan latihan.*
*"Kita kena bersedia dan kami akan ikut apa yang jurulatih nak," kata pemain muda yang kini beraksi bersama Kuala Lumpur City FC (KL City) dalam saingan Liga Malaysia itu.*
🐯 *Kuala Lumpur 20 Jul: "Pekakkan telinga, dan fokus ke dalam perlawanan".*
*Itu nasihat bekas pemain kebangsaan, Mahali Jasuli yang pernah melalui detik getir beraksi di Stadium Gelora Bung Karno (GBK) pada 2010 dan 2011 lalu.*
*Mahali, 36, mengakui insiden hitam di GBK hampir 14 tahun lalu masih kekal diingatannya apabila Harimau Malaya 'diserang' dengan pelbagai objektif serta provokasi hingga menyaksikan terpaksa menaiki kereta perisai barracuda untuk keluar dari venue itu.*
*Katanya, situasi sama mungkin akan dilalui skuad bawah 23 (B-23) tahun negara apabila turun menentang Indonesia dalam aksi ketiga Kumpulan A saingan Piala AFF B-23 malam esok.*
🐢 *Kuala Terengganu 20 Jul: Bintang import baharu Terengganu FC (TFC), Gabriel Silva akui mula 'jatuh cinta' untuk beraksi dengan skuad itu sejak musim lalu lagi.*
*Pemain kelahiran Brazil yang lebih mesra dipanggil 'Gabi' berkata, keinginan itu hadir ketika dia mewakili pasukannya dari Kemboja, PKR Svay Rieng FC menentang TFC dalam saingan Kejuaraan Kelab ASEAN pada musim lalu.*
*"Sebenarnya keinginan saya untuk menyarung jersi TFC ini hadir pada musim lalu lagi ketika bertemu skuad ini pada peringkat kumpulan bagi merebut Piala Shopee di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.*
*berita penuh sila follow harian metro online*
*#hanipiloiempire*
*#repoterataspokok*
*#hanisofeasupriseandgift*
*#legasisepuluh*
*Pelumba pasukan Ducati itu kini sudah memenangi 11 daripada 12 perlumbaan pecut musim ini, dan mengumpul 356 mata dalam carta keseluruhan.*
*Juara dunia enam kali itu kini berada 95 mata di hadapan adiknya, Alex Marquez dan 156 mata mengatasi rakan sepasukan dari Itali, Francesco Bagnaia, yang kini di tempat ketiga.*
*Pelumba KTM, Pedro Acosta, 21, menamatkan saingan di tempat kedua, diikuti oleh Enea Bastianini dari pasukan KTM-Tech3 di tempat ketiga.*
🎾 *Beijing 20 Jul: Pemain tenis sensasi China, Zheng Qinwen, yang mencipta nama dengan memenangi pingat emas Olimpik Paris 2024, mengumumkan dia akan berehat sementara daripada aksi Jelajah WTA selepas menjalani pembedahan siku kanan.*
*Perkembangan itu disahkan sendiri oleh Zheng menerusi satu hantaran di Instagram, dengan menyatakan keutamaan beliau ketika ini adalah untuk memberi tumpuan sepenuhnya terhadap proses pemulihan.*
*"Kini bermulalah perjalanan pemulihan saya. Beberapa minggu dan bulan akan datang, saya akan fokus sepenuhnya pada proses rawatan buat segala yang termampu untuk kembali lebih kuat dan sihat," tulisnya.*
🏁 *Tartu (Estonia) 20 Jul: Pelumba muda Toyota, Oliver Solberg, semakin hampir mencipta sensasi apabila berada di landasan terbaik untuk menjuarai perlumbaan World Rally Championship (WRC) pertamanya di Rali Estonia.*
*Pelumba Sweden berusia 23 tahun itu kini mendahului saingan dengan kelebihan 21 saat menjelang tiga peringkat terakhir, sekali gus menghampiri kemenangan bersejarah pada kemunculan sulungnya bersama pasukan Toyota.*
*Anak kepada legenda rali dunia dan juara WRC 2003, Petter Solberg, pelumba muda itu hanya beraksi secara penampilan khas (one-off) untuk Toyota sambil masih menyertai saingan tetap WRC2 musim ini.*
*Solberg mula menguasai perlumbaan sejak pagi Jumaat dan terus mempamerkan tunggangan konsisten sepanjang 125km laluan Sabtu, apabila menambah empat lagi kemenangan peringkat.*
🥊 *London 20 Jul: Oleksandr Usyk terus mengukuhkan status sebagai petinju heavyweight terbaik generasinya apabila menumbangkan pencabar muda, Daniel Dubois dalam pusingan kelima di Stadium Wembley, awal pagi tadi.*
*Lebih manis, kemenangan itu menjadikan Usyk, 38, juara heavyweight dunia tanpa kalah buat kali kedua dalam karier profesional cemerlangnya iaitu 24 kemenangan daripada 24 pertarungan, termasuk menafikan kejuaraan IBF milik Dubois.*
*Biarpun sudah menewaskan nama besar seperti Tyson Fury dan kini Dubois buat kali kedua, Usyk menegaskan dia masih belum bersedia untuk bersara, malah ingin meneruskan karier bukan kerana motivasi, tetapi disiplin.*
🥊 *Manila 20 Jul: Sorakan gemuruh memecah ruang gimnasium kolej di Manila setiap kali Manny Pacquiao melepaskan tumbukan ke arah Mario Barrios dalam pertarungan di Las Vegas, sebelum suasana bertukar hampa apabila keputusan seri diumumkan selepas 12 pusingan sengit, Ahad lalu.*
*Parti tontonan luar yang asalnya dijadualkan di kawasan Welfareville terpaksa dipindahkan ke dalam dewan selepas hujan lebat akibat Taufan Tropika Wipha.*
*Sekitar 2,000 peminat hadir menyaksikan usaha kemunculan semula legenda berusia 46 tahun itu di skrin gergasi di bawah papan skor bola keranjang.*
*"Saya sedikit kecewa kerana Pacquiao seperti mendahului di pusingan awal," kata Junel Magday, petinju muda yang hadir bersama pasukannya.*
🚵🏽♀️ *Pau (Perancis) 20 Jul: Pelumba Belanda, Thymen Arensman, mencipta sejarah peribadi apabila menjuarai Peringkat 14 perlumbaan Tour de France 2025, sekali gus mencatat kemenangan pentas pertamanya dalam kejohanan paling berprestij itu.*
*Arensman, 25, menamatkan saingan sejauh 182.6 kilometer dari Pau ke Luchon-Superbagneres di kawasan pergunungan Pyrenees dengan kelebihan 68 saat di hadapan pendahulu keseluruhan, Tadej Pogacar dari Slovenia.*
*Sementara itu, Arsenal kini sedang menumpukan pada Viktor Gyokeres dari Sporting CP, selepas menandatangani Noni Madueke RM305 juta (£50 juta).*
*Liverpool pula semakin mendalamkan rundingan untuk mendapatkan penyerang Eintracht Frankfurt, Hugo Ekitike, dalam tawaran mencecah RM468–493 juta (£78–82 juta).*
🐔 *London 20 Jul: Liverpool semakin hampir mendapatkan penyerang muda Perancis, Hugo Ekitike, selepas menghantar tawaran baharu melebihi RM468 juta (£78 juta) kepada Eintracht Frankfurt sekali gus menewaskan saingan utama, Newcastle United.*
*Menurut laporan talkSPORT, semua pihak termasuk pengarah sukan Liverpool, Richard Hughes dan rakan sejawatnya dari Frankfurt, Markus Krosche, kini sedang memuktamadkan perincian akhir seperti bonus tambahan sebelum mengesahkan perpindahan.*
*Difahamkan, Ekitike sudah bersetuju secara lisan untuk menyertai pasukan juara Liga Perdana Inggeris itu dengan kontrak selama enam tahun, menjadikannya pembelian utama baharu Liverpool musim ini.*
🤩 *Estokholm 20 Jul: Nama Diego Leon mungkin masih asing bagi penyokong tegar Manchester United, namun remaja Paraguay itu pantas mencuri perhatian selepas membuat penampilan sulung dalam aksi persahabatan pramusim menentang Leeds United, baru-baru ini.*
*Baru dua minggu menjejak kaki ke Carrington, Leon, bekas pemain Cerro Porteno sudah mula menarik minat pengendali pasukan utama, Ruben Amorim yang menyifatkan pemain berusia 19 tahun itu sebagai permata Amerika Selatan yang bakal menyinar.*
*"Dia baru datang dari Paraguay, proses adaptasi sedang berjalan. Tapi dia cepat belajar, kuat, dan saya percaya dia akan jadi pemain yang sangat bagus," kata Amorim ketika ditemu bual selepas aksi persahabatan di Stockholm.*
*Leon tidak hanya memukau jurulatih di atas padang malah kisah hubungan rapatnya dengan Lisandro Martinez turut mencuri perhatian media.*
✍🏻 *Manchester 20 Jul: Penyerang sensasi England, Marcus Rashford, kini semakin hampir menyertai gergasi Sepanyol, Barcelona, selepas Manchester United bersetuju secara prinsip untuk melepaskan pemain itu secara pinjaman untuk musim 2025/2026.*
*Perkembangan terbaharu itu didedahkan oleh The Guardian, yang melaporkan bahawa Rashford dan ejennya, Dwaine Maynard, sudah memulakan rundingan dengan pihak pengurusan Barcelona dalam satu kunjungan ke Catalonia minggu lalu.*
*United dikatakan bersedia untuk menanggung sebahagian kecil gaji Rashford yang mencecah kira-kira £325,000 seminggu (hampir RM2 juta), sementara Barcelona pula bakal diberikan opsyen pembelian tetap bernilai sekitar €35 juta (RM175 juta) pada akhir musim.*
👀 *London 20 Jul: Karier Jadon Sancho di Manchester United sekali lagi menjadi perhatian selepas laporan menyebut pemain itu kini dalam radar Nottingham Forest sebagai pengganti kepada Anthony Elanga.*
*Menurut laporan media Britain, Forest sedang mempertimbangkan langkah drastik untuk menggantikan Elanga yang dijangka meninggalkan kelab musim panas ini, dan nama Sancho muncul sebagai calon utama.*
*Pemain sayap England itu ketika ini tidak lagi menjadi sebahagian daripada perancangan kelab selepas insiden ketegangan dengan pengendali United musim lalu, sekali gus menyaksikannya dipinjamkan ke Borussia Dortmund.*
*Bagaimanapun, selepas kembali ke Old Trafford, masa depan Sancho masih belum jelas dan pelbagai spekulasi terus mengaitkannya dengan perpindahan tetap keluar dari United.*
✍🏻 *London 20 Jul: Arsenal mencetuskan kejutan dalam jendela perpindahan kali ini apabila 'menyambar' pemain sayap Chelsea, Noni Madueke, dengan nilai sekitar £50 juta (RM305 juta) sekaligus menjadi perpindahan pemain ketiga dari Stamford Bridge ke Emirates dalam tempoh dua musim.*
*Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Ramli Kasa berkata, siasatan mendapati kanak-kanak lelaki berumur 11 tahun itu memandu Proton Saga dan kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi semalam.*
*Menurutnya, polis berjaya mengesan kenderaan terbabit dan pemiliknya, serta tiga kanak-kanak yang dipercayai berada di dalam kenderaan itu ketika kejadian.*
*"Siasatan mendapati, kanak-kanak berkenaan terdiri daripada dua adik-beradik yang memegang Kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) dan seorang lagi kanak-kanak warga tempatan iaitu sepupu mereka.*
😡 *Muar 20 Jul: "Kalau dia minta maaf sekali pun, saya boleh cakap tak semua orang terima dengan apa yang dia buat (laporan palsu kehilangannya)."*
*Demikian kata seorang lelaki susulan tindakan pempengaruh yang didapati bersubahat dengan adiknya menenggelamkan kereta milik isteri di Sungai Tui, Bukit Kepong sebelum melarikan diri.*
*Dia yang enggan dikenali mengakui tidak terkecuali terkena tempias akibat tindakan pempengaruh berusia 38 tahun dan adik lelakinya yang berumur 30 tahun selepas terbongkarnya kehilangan yang direka semata-mata untuk kepentingan peribadi.*
*"Ini kesalahan besar dia dan adiknya buat. Malah, rakan lain yang rapat dengan dia sekali pun mungkin tidak lagi sama seperti dulu bila dapat tahu tindakannya," katanya ketika dihubungi.*
😴 *Riyadh 20 Jul: Putera Arab Saudi, Putera Al-Waleed yang dikenali sebagai 'Putera Tidur' menghembuskan nafas terakhir selepas 20 tahun berada dalam keadaan koma akibat kemalangan di London.*
*Putera Al-Waleed dilapor meninggal dunia, semalam pada usia 36 tahun.*
*Pemergiannya disahkan bapanya, Putera Khaled menerusi hantaran di platform X.*
*"Dengan hati yang reda atas ketentuan Allah dan penuh rasa duka, kami mengumumkan pemergian anakanda kami tercinta, Putera Al-Waleed bin Khaled bin Talal bin Abdulaziz Al Saud. Semoga Allah merahmatinya yang meninggal dunia hari ini," tulisnya.*
*Putera Al-Waleed mengalami pendarahan otak selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di London pada 2005.*
*Beliau berusia 15 tahun ketika kejadian dan sedang menuntut di kolej tentera.*
🫂 *New York 20 Jul: Ketua pegawai eksekutif sebuah syarikat teknologi Amerika Syarikat (AS) yang tular susulan video memeluk rakan sekerja wanita ketika konsert Coldplay, sudah meletak jawatan.*
*Syarikat itu, Astronomer dalam kenyataan yang dilapor BBC berkata, "Andy Byron mengemukakan peletakan jawatan dan Lembaga Pengarah syarikat menerimanya."*
*Kenyataan itu yang dikeluarkan semalam turut menegaskan syarikat terus komited berpegang pada nilai dan budaya yang menjadi panduan sejak ditubuhkan.*
*"Pemimpin kami sepatutnya patuhi standard dalam kedua-dua, tatakelakuan dan akauntabiliti, namun baru-baru ini, standard itu tidak dipenuhi," kata kenyataan itu.*
👵🏼 *London 20 Jul: Kumpulan jenayah terancang kendalian sebuah keluarga dengan ketuanya wanita berusia 65 tahun yang digelar polis sebagai 'nenek samseng', dihukum penjara kerana mengedar dadah £80 juta (RM455 juta) di seluruh United Kingdom (UK).*
*Deborah Mason atau nama gelaran 'Queen Bee' bersama tujuh ahli geng lain dijatuhi hukuman oleh Mahkamah Woolwich, London pada Jumaat, kerana pembabitan dalam aktiviti pengedaran hampir satu tan kokain sepanjang tempoh tujuh bulan, lapor The Guardian.*
*Mahkamah diberitahu kumpulan itu sebagai penghantar barang akan mengedar bungkusan kokain ke sekitar London, Bradford, Leicester, Birmingham, Bristol dan Cardiff antara April dan November 2023.*
*Dadah itu dianggarkan bernilai antara £23 juta hingga £35 juta (RM131 juta hingga RM199 juta) dengan nilai pasaran sekitar £80 juta (RM455 juta).*
🇮🇳 *New Delhi 20 Jul: Angka kematian akibat disambar petir semasa ribut monsun sejak dua hari lalu meningkat kepada 33 orang di negeri Bihar di timur India, lapor Xinhua.*
*Seorang pegawai dari jabatan pengurusan bencana negeri berkata pada Jumaat bahawa kebanyakan mangsa adalah petani dan buruh yang bekerja di kawasan lapang.*
*Mereka yang cedera telah dimasukkan ke hospital tempatan untuk rawatan.*
*Banyak bahagian Bihar menyaksikan hujan lebat bersama-sama ribut petir sepanjang 48 jam yang lalu.*
🇹🇭 *Bangkok 20 Jul: Skandal seks dan pemerasan besar menggemparkan Thailand selepas polis menahan seorang wanita pada Selasa kerana memerangkap sami Buddha dalam hubungan seksual dan kemudian memeras ugut mereka untuk mendapatkan wang.*
*Kes itu menarik perhatian ramai kerana membabitkan sami yang melanggar sumpah hidup bujang dan dalam kesederhanaan.*
*Dilaporkan sekurang-kurangnya sembilan ketua sami dan sami kanan terbabit dalam skandal itu dilucutkan dan diusir daripada komuniti sami, menurut Biro Siasatan Pusat Polis Diraja Thai.*
*Suspek adalah Wilawan Emsawat, wanita berusia 30-an, ditahan di kediaman mewahnya di Nonthaburi, utara Bangkok. Dia menghadapi tuduhan pemerasan, pengubahan wang haram serta menerima barangan curi.*
🇸🇬 *Singapura 20 Jul: Singapura kini berdepan serangan siber berterusan ke atas infrastruktur kritikal negara oleh pelaku ancaman canggih dikenali sebagai UNC3886, kata Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara merangkap Menteri Ehwal Dalam Negeri, K Shanmugam.*
*Beliau berkata Agensi Keselamatan Siber Singapura (CSA) bersama agensi berkaitan sedang giat menangani serangan tersebut dan bekerjasama dengan pemilik infrastruktur maklumat kritikal (CII) yang terlibat.*
*"UNC3886 merupakan ancaman serius kepada kita dan berpotensi menjejaskan keselamatan negara. Atas faktor keselamatan, kita tidak akan mendedahkan butiran lanjut mengenai serangan ini buat masa ini," katanya dalam ucapan sempena Majlis Makan Malam Ulang Tahun ke-10 CSA pada Jumaat.*
🇸🇬 *Singapura 20 Jul: Pasukan Polis Singapura (SPF) akan memberikan kerjasama sewajarnya kepada pihak berkuasa Indonesia, selaras dengan peruntukan undang-undang, susulan penahanan beberapa suspek yang disyaki terbabit dalam sindiket penyeludupan bayi yang dikaitkan dengan Singapura.*
*SPF dalam kenyataan kepada Bernama berkata, mereka telah menghubungi pihak berkuasa Indonesia untuk mendapatkan maklumat berkaitan dakwaan itu.*
*"Polis tidak menerima sebarang laporan tempatan mahupun maklumat berkaitan bayi yang diseludup masuk ke Singapura dari Indonesia.*
*"Bagaimanapun, kami maklum mengenai laporan media yang mendakwa wujud sindiket penyeludupan bayi yang mempunyai kaitan dengan Singapura," kata jurucakap SPF kepada pertanyaan Bernama.*
🇻🇳 *Hanoi 20 Jul: Sekurang-kurangnya 28 orang maut dan puluhan lagi hilang selepas bot yang membawa pelancong di sekitar Ha Long Bay yang terkenal di Vietnam, terbalik semalam, menurut media kerajaan.*
*Bot itu membawa 48 penumpang dan lima anak kapal ketika terbalik di tapak Warisan Dunia UNESCO susulan hujan lebat secara tiba-tiba, lapor portal berita Dan Tri.*
*Menurut agensi berita VNExpress, kebanyakan penumpang adalah pelancong berkeluarga dari ibu negara Hanoi, dengan lebih 20 orang adalah kanak-kanak.*
*"Pengawal sempadan menyelamatkan 12 orang dan menemui 18 mayat," tambah laporan itu.*
🇮🇩 *Jakarta 20 Jul: Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) melaporkan dua insiden kebakaran hutan dan tanah berasingan di Sumatera Utara dan Sumatera Barat yang memusnahkan kawasan seluas 46 hektar secara keseluruhan.*
🇺🇸 *Los Angeles 20 Jul: Pemandu didakwa melakukan serangan selepas merempuh orang ramai di luar kelab malam di Hollywood, semalam yang mencederakan 30 orang.*
*Tindakannya menyebabkan dia diserang orang ramai dan ditembak sebelum ditahan pihak berkuasa.*
*Suspek dikenal pasti sebagai Fernando Ramirez, 29, akan didakwa atas tuduhan menyerang dengan 'senjata maut', kata jurucakap Jabatan Polis Los Angeles (LAPD) Rosario Cervantes kepada AFP.*
*Katanya, pihak berkuasa masih memburu lelaki bersenjata yang menembak dan mencederakan suspek sebelum melarikan diri.*
🇱🇧 *Beirut 20 Jul: Israel dan Syria bersetuju melaksanakan gencatan senjata, kata duta Amerika Syarikat (AS) ke Turkiye semalam, selepas pertumpahan darah beberapa hari di kawasan majoriti Druze yang meragut lebih 300 nyawa.*
*Pada Rabu, Israel melancarkan serangan udara di Damsyik yang mengena pasukan keselamatan di selatan, menuntut mereka berundur dan Israel dikatakan menyasar untuk melindungi masyarakat Druze Syria - komuniti minoriti tetapi berpengaruh serta mempunyai ahli di Lubnan dan Israel.*
*"Kami menyeru kepada masyarakat Druze, Badwi dan Sunni untuk meletakkan senjata dan bersama-sama dengan minoriti lain membina identiti Syria baharu yang bersatu," kata Tom Barrack, duta AS ke Turkiye dalam satu hantaran di X.*
🏴 *London 20 Jul: Lebih 100 individu ditahan di seluruh United Kingdom (UK) selepas menyertai demonstrasi membantah keputusan kerajaan mengisytiharkan kumpulan aktivis pro-Palestin, Palestine Action sebagai organisasi pengganas.*
*Protes yang diadakan serentak di beberapa bandar utama termasuk di London, Edinburgh, Manchester, Bristol dan Truro semalam, sebahagian daripada kempen yang diselaras organisasi Defend Our Juries.*
*Di Dataran Parlimen London, bersebelahan patung Mahatma Gandhi, polis mengepung peserta yang ada antaranya memegang sepanduk 'Saya menentang pembunuhan beramai-ramai. Saya menyokong Palestine Action'.*
*Pegawai merampas plakad dan menggeledah beg mereka yang ditahan. Ada peserta himpunan dibawa pergi, sementara yang lain digari.*
🇷🇺 *Moscow 20 Jul: Tiga gempa bumi kuat melanda pantai timur Rusia pada Ahad, mencetuskan amaran tsunami, kata Kajian Geologi AS.*
*Gempa bumi berukuran 5.0 magnitud dan 6.7 magnitud sebelum ini pada mulanya tidak mencetuskan amaran tsunami, tetapi diikuti dengan gempa bumi 7.4 magnitud pada 0849 GMT, mendorong USGS memberi amaran bahawa "gelombang tsunami berbahaya mungkin berlaku" dalam jarak 300 kilometer dari pusat gempa bumi Petropavlovsk-Kamchatsky.*
🇫🇷 *Paris 20 Jul: Satu siasatan jenayah dilancarkan di Perancis selepas seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang dikatakan dibiarkan berkeliaran di unit bersalin didakwa menyebabkan kematian seorang bayi baru lahir.*
*Insiden ngeri itu dilaporkan berlaku di Hospital Kanak-Kanak Jeanne-de-Flandre di bandar Lille, utara Perancis, lapor portal The Independent.*
*Bayi dikenali sebagai Zayneb-Cassandra yang dilahirkan pramatang pada usia kandungan tujuh setengah bulan oleh seorang wanita berusia 23 tahun awal bulan ini disahkan meninggal dunia pada Selasa.*
*Dia mengalami kecederaan otak serius selepas didakwa dijatuhkan ke lantai oleh kanak-kanak lelaki itu yang melayannya seperti anak patung, menurut satu sumber siasatan.*
🇪🇸 *Madrid 20 Jul: Bayi perempuan berusia dua bulan maut ditimpa runtuhan batu ketika bercuti bersama keluarganya di pantai Formentera, Kepulauan Balearic di Sepanyol.*
*Kejadian yang turut menyebabkan bapanya parah, mendorong keluarga mengambil tindakan undang-undang terhadap majlis perbandaran Formentera, kerajaan Balearic dan kerajaan Sepanyol.*
Presiden Persatuan Psikologi Malaysia (PSIMA), Prof Madya Dr Shazli Ezzat Ghazali berkata, pihaknya merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa insiden buli yang meragut nyawa seorang pelajar baru-baru ini, selain mengambil maklum cadangan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berhubung pelaksanaan hukuman lebih berat terhadap pembuli.*
*GOA_L* 2️⃣4️⃣ *Kota Bharu 20 Jul: Bapa tiga anak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan mencederakan seorang lelaki menggunakan sabit di sebuah kedai kopi di sini, 5 Jun lalu. Mohd Yusaini Mohd Yussof, 37, mengaku tidak bersalah mencederakan Kamaruddin Sha'ari, 40, selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Rais Imran Hamid.*
*GOA_L* 2️⃣5️⃣ *Port Dickson 20 Jul: Inisiatif Jualan Rahmah MADANI terbukti sebagai antara langkah intervensi berkesan dalam usaha kerajaan meringankan kos sara hidup rakyat khususnya di peringkat akar umbi. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Armizan Mohd Ali berkata, pelaksanaan inisiatif itu terus mendapat sambutan rakyat susulan perluasan program berkenaan di seluruh negara termasuk di kawasan pinggir bandar.*
*GOA_L* 2️⃣6️⃣ *Kuala Lumpur 20 Jul: Kerajaan menyasarkan kehadiran 35 juta pelancong sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026) dengan potensi menjana pendapatan sebanyak RM147 bilion kepada negara. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, bagi memastikan sasaran itu tercapai, pelbagai pendekatan agresif diperkenalkan termasuk membentangkan undang-undang baharu berkaitan kebersihan awam dalam masa terdekat.*
*GOA_L* 2️⃣7️⃣ *Kuala Lumpur 20 Jul: Polis sudah mengambil keterangan 90 individu bagi membantu siasatan berhubung program motivasi rumah tangga dikendalikan pasangan suami isteri. Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, semua individu berkenaan adalah fasilitator, peserta dan kakitangan syarikat. "Polis sedang menjalankan siasatan secara menyeluruh termasuk ritual bertentangan dengan syarak," katanya ketika dihubungi, hari ini.*
*GOA_L* 2️⃣8️⃣ *Kuala Lumpur 20 Jul: Tiada alasan mewajarkan tindakan ganas terhadap isteri berikutan ia dilarang dan bertentangan prinsip ajaran Islam. Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Datuk Dr Mohd Sukki Othman berkata, segala bentuk kezaliman dan keganasan tidak dibenarkan kerana Islam mementingkan keamanan dan penjagaan hak wanita termasuk isteri. "Kezaliman terhadap pasangan atau ahli keluarga melanggar hak kemanusiaan dan tanggungjawab yang ditetapkan Allah SWT.*
*GOA_L* 2️⃣9️⃣ *Kuala Lumpur 20 Jul: Terdapat kitaran 'jahat' dalam insiden penderaan yang mengakibatkan mangsa wanita sukar untuk lari dan terperangkap di dalamnya. Pensyarah Kanan Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan Universiti Malaya (UM) Dr Norsafatul Aznin A Razak berkata, ciri-ciri kecil perubahan tingkah laku biasanya menjadi isyarat awal lahirnya seorang pendera. "Perubahan tingkah laku adalah termasuk dalam ciri-ciri kecil iaitu gemar menggunakan perkataan kesat dan kasar seperti makian untuk menjatuhkan maruah atau bentuk-bentuk penghinaan.*
*GOA_L* 3️⃣0️⃣ *Kuala Lumpur 20 Jul: Keputusan sama ada ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matin, iaitu Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf dipanggil membela diri atau dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya daripada pertuduhan mengabaikan kanak-kanak autistik itu sehingga menyebabkan kecederaan fizikal akan diketahui esok. Hakim Dr Syahliza Warnoh dijadual memberikan keputusan di akhir kes pendakwaan itu pada jam 9 pagi.*
*berita penuh sila follow harian metro online*
*#hanipiloiempire*
*#repoterataspokok*
*#hanisofeasupriseandgift*
*#legasisepuluh*
*GOA_L LUAR NEGARA*
=+=+=+=+=+=+=+=+=
🇵🇸 *Gaza City 20 Jul: Agensi pertahanan awam Gaza semalam memaklumkan serangan Israel berhampiran dua pusat bantuan mengorbankan 39 orang dan mencederakan lebih 100 orang.*
*GOA_L* 7️⃣ *Kuala Lumpur 20 Jul: Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu berhubung dengan Polis Antarabangsa (Interpol) untuk mengesan Low Taek Jho atau Jho Low yang dilaporkan media antarabangsa menetap di Shanghai, China menggunakan pasport antarabangsa palsu. Penganalisis jenayah, Shahul Hamid Abdul Rahim berkata, tindakan itu perlu kerana ahli perniagaan dalam buruan terbabit tersenarai sebagai individu paling dikehendaki menerusi Notis Merah dikeluarkan Interpol. "Ketua Polis Negara sebelum ini sudah buat laporan kepada pihak Interpol sehingga Notis Merah dikeluarkan terhadapnya.*
*GOA_L* 8️⃣ *Kuantan 20 Jul: Pasangan kekasih ditahan selepas melakukan aksi 'wheelie' ketika Operasi Samseng Jalanan di sekitar bandar raya ini, awal pagi tadi. Pemangku Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintendan Mohd Adli Mat Daud, berkata pasangan terbabit antara 60 penunggang motosikal ditahan dan disaman dalam operasi dilancarkan bermula jam 10 malam tadi dan berakhir jam 6 pagi, hari ini.*
*GOA_L* 9️⃣ *Johor Bahru 20 Jul: Seorang pemandu e-hailing dan penumpangnya warga Singapura, maut selepas kereta dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 9, Jalan Johor Bahru-Air Hitam (arah Skudai), di sini, pagi tadi. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh, berkata pihaknya menerima makluman mengenai kemalangan itu kira-kira jam 11.27 pagi tadi.*
*GOA_L* 🔟 *Kuala Lumpur 20 Jul: Pemasangan alat peranti pemantauan kelajuan dan kamera papan pemuka (dashcam) digalakkan pada kenderaan perdagangan dan berat bagi meningkatkan keselamatan di jalan raya. Ia perlu menjadi keutamaan terutama susulan tragedi yang meragut 15 nyawa penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Jalan Raya Timur-Barat, Gerik di Perak 9 Jun lalu.*
*GOA_L* 1️⃣1️⃣ *Sungai Petani 20 Jul: Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Muda mengesan ibu bapa atau waris bayi lelaki yang diletakkan di Baby Hatch Orphan Care Foundation di Taman Ria Jaya, di sini. Pelindung Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Muda, Normazliza Ismail berkata, pihak bertanggungjawab membawa bayi itu ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk mendapatkan rawatan. Katanya, ketika ditemui, bayi itu lengkap berpakaian berserta dengan lampin yang bersih.*
*GOA_L* 1️⃣2️⃣ *Kuala Lumpur 20 Jul: Kebakaran hutan dan belukar sejak beberapa hari lalu dipercayai berpunca daripada perbuatan manusia, kata Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Nor Hisham Mohammad. Beliau berkata, keadaan cuaca ketika ini tidak cukup panas untuk mencetuskan kebakaran secara semula jadi. "Penyalaan sendiri tak mungkin berlaku dengan cuaca sekarang. Jadi, besar kemungkinan kebakaran ini berpunca daripada manusia, walaupun kita tidak membuat siasatan forensik khusus," katanya ketika dihubungi, hari ini.*
*GOA_L* 1️⃣3️⃣ *Putrajaya 20 Jul: Timbalan Pengerusi Jabhah Pondok Kelantan, Syeikh Wazir Che Awang Al-Makki Hafizahullah menyokong penuh kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan mahu Kerajaan MADANI pimpinan Anwar dikekalkan. Beliau berkata, pihaknya akan sentiasa berada di belakang Perdana Menteri dan sedia membantu dalam apa jua rintangan dihadapinya semasa mentadbir Malaysia. "Sokongan kita (ulama) penuh kepada pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Insya-Allah, kita berada di belakangnya (Anwar).*
*GOA_L* 1️⃣4️⃣ *Kuala Lumpur 20 Jul: Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul dijangka akan memberi penerangan esok berhubung sebarang usul undi tak percaya kepada Perdana Menteri yang mahu dikemuka oleh mana-mana Ahli Parlimen. "Tunggu esok, terima kasih," katanya ringkas ketika dihubungi BH hari ini, yang bertanyakan sama ada pejabatnya ada menerima sebarang usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri menjelang persidangan Dewan Rakyat yang akan bermula esok hingga Ogos depan.*
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 7 tahun dilaporkan lemas di sebuah kolam renang kondominum inap di Taman Kota Laksamana, Melaka pagi tadi.
#malaysiagazette
Video Ihsan - Fatin Aainna
@buletininfo1mallaysia
20.7.25
16:54
Sempadan Kelantan-Thai sedang berlaku pembentukan awan hujan terpencil.
@buletininfo1malaysia
Wanita maut motosikal langgar anjing
21 Julai 2025, 10:28am
Oleh: Fazli Ahmad
KUANTAN: Seorang wanita maut manakala rakannya cedera selepas motosikal yang dinaiki mereka melanggar seekor anjing di Jalan Kuantan-Maran, berhampiran Pondok Polis Paya Bungor, di sini, petang semalam.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, dalam nahas kira-kira jam 6.30 petang itu, penunggang motosikal, Che Zaiton Ahmad, 54, yang berasal dari Felda Lepar Hilir 4, di sini, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.
Menurutnya, pembonceng motosikal, Norizura Rohani, 41, mengalami luka di beberapa bahagian badan dan kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini.
Katanya, kemalangan berlaku ketika dua wanita terbabit dalam perjalanan dari arah Temerloh menghala ke Felda Lepar Hilir.
“Motosikal dinaiki mereka melanggar seekor anjing yang secara tiba-tiba melintas jalan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Adli berkata, polis meminta saksi kejadian menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPTD), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan bagi membantu siasatan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menunggang motosikal secara cuai hingga menyebabkan kemalangan maut.
Katanya, pengguna jalan raya dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dan mengutamakan keselamatan, khususnya di kawasan yang kurang pencahayaan serta berisiko tinggi berlaku kemalangan.
Artikel : Buletin Tv3
@buletininfo1malaysia
*Johor / Muar*
🔴 Isnin
🔵 09:40am
Roadblock JPJ
📍Lebuh AMJ, dari Melaka /🚦Sungai Rambai / Balai Polis Kesang ⏩👮🏻♂⏩ Tg Gading / Bandar Muar.
🚔 Block depan Stesen Timbang JPJ Kesang.
🔰#Kesang
21July2025/Terengganu
0923hrs : SJR (J) sebelum bulatan kecil Bukit Losong dari Kg.Losong menghala Pulau Sekati/Kg.Paloh.
*#inforoadblock*
PerakDarulRidzuan
21July2025
9:43Pagi
Kampong Paloh Muka Tgok Medan Kidd Jambatan Atas Port Biasa Abang Trafik Bikin Block Sebelum Block Dekat Trafik Light Ada Hantu
*PBRC9🍼*
*Perlumbaan mendaki yang sukar itu turut menyaksikan juara bertahan tiga kali, Pogacar, mengekalkan Jersi Kuning, selain menjarakkan lagi kedudukan dengan pencabar terdekatnya, Jonas Vingegaard dari Denmark.*
🏸 *Kuala Lumpur 20 Jul: Hasrat beregu lelaki profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani untuk mempertahankan kejuaraan Terbuka Jepun lebur di tangan gandingan pasangan nombor tiga dunia dari Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung Jae.*
*Beraksi di Gimnasium Metropolitan Tokyo, pasangan negara yang juga ranking nombor satu dunia itu terpaksa akur tewas straight set 16-21, 17-21 dalam tempoh 38 minit, sekali gus menyaksikan impian mereka untuk merangkul gelaran kedua tahun ini selepas muncul juara Terbuka India tidak kesampaian.*
*Sze Fei-Izzuddin cuba bangkit pada set kedua selepas kehilangan set pertama, namun lawan mereka yang kini berada di prestasi kemuncak pantas mengejar dan menoktahkan kemenangan bergaya untuk muncul juara.*
🏸 *Kuala Lumpur 20 Jul: Hasrat Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani untuk mempertahankan gelaran Terbuka Jepun musnah selepas kecundang di tangan pasangan sensasi Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung Jae, dalam aksi final.*
*Berlangsung di Gimnasium Metropolitan Tokyo, pasangan nombor satu dunia itu terpaksa akur tewas straight set 16-21, 17-21 dalam tempoh 38 minit, sekali gus gagal menjulang gelaran kedua musim ini selepas Terbuka India, Januari lalu.*
*Apa yang lebih memeritkan, kekalahan itu menyaksikan takhta ranking nombor satu dunia milik Sze Fei-Izzuddin secara rasmi bertukar tangan kepada pasangan Korea itu apabila ranking terkini Persekutuan Badminton Dunia (BWF) dikemas kini, Selasa ini.*
🏸 *Kuala Lumpur 20 Jul: Pasangan beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah terus tenggelam dalam permainan beregu nombor satu dunia dari China, apabila sekali lagi kecundang di tangan Liu Sheng Shu-Tan Ning dalam aksi final Terbuka Jepun.*
*Berlangsung di Gimnasium Metropolitan Tokyo, Pearly-Thinaah yang menghuni ranking ketiga dunia terpaksa akur tewas straight set 15-21, 14-21 dalam tempoh 45 minit kekalahan kelima berturut-turut mereka kepada pasangan muda China itu.*
*Ia sekali gus memadam impian untuk membalas dendam selepas tewas dalam empat pertemuan terakhir, termasuk di separuh akhir Terbuka Indonesia, bulan lalu.*
🏸 *Kuala Lumpur 20 Jul: Pengarah Kejurulatihan Beregu Kebangsaan, Rexy Mainaky mengakui barisan pemain negara perlu segera bangkit kembali fokus di Terbuka China yang bermula Selasa ini selepas tamatnya cabaran di Terbuka Jepun.*
*Melihat dari keseluruhan prestasi, Rexy berpuas hati dengan prestasi pemain tetapi ia belum cukup sempurna kerana ada kelemahan yang perlu diperbaiki. Antaranya prestasi beregu utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang bermula agak perlahan ketika berdepan rakan senegara Ong Yew Sin-Teo Ee Yi di pusingan pertama.*
*"Pencapaian semua okay. Ada beberapa perkara perlu diperbaiki. Aaron-Wooi Yik mula agak perlahan di Jepun jadi mereka perlu buat lebih baik di China selepas ini.*
🐯 *Kuala Lumpur 20 Jul: Kekuatan mental dan fizikal bakal menjadi benteng ampuh buat skuad bawah 23 (B-23) tahun negara apabila turun menentang Indonesia dalam perlawanan hidup mati saingan Piala AFF B-23 di Stadium Gelora Bung Karno (GBK), di Jakarta, Indonesia malam esok.*
*Menurut pengendali pasukan, Nafuzi Zain, suasana GBK dijangka riuh dengan ribuan penyokong tuan rumah bakal membanjiri venue itu pada aksi terakhir Kumpulan A yabg bakal menjadi penentu hala tuju kedua-dua pasukan.*
*Jelas Nafuzi yang juga bekas pengendali Terengganu FC dan Kedah Darul Aman FC itu, beliau mahu anak didiknya memberi fokus sepenuhnya dengan tidak melayan sebarang provokasi melampau penyokong tuan rumah.*
*"Kita tahu dan semua tahu yang penyokong Indonesia begitu luar biasa, dengan penyokong fanatik.*
*Langkah itu turut mencetuskan kemarahan segelintir penyokong The Gunners yang masih belum 'move on' dengan perpindahan Kai Havertz sebelum ini.*
*Namun, bagi pengurus Mikel Arteta, keputusan membawa masuk Madueke dibuat berasaskan data prestasi dan potensi jangka panjang, bukan sentimen.*
*Pemain berusia 22 tahun itu mungkin belum menyerlah sepenuhnya bersama Chelsea musim lalu, namun statistik menunjukkan impak Madueke dalam aspek 1 lawan 1, laju pecutan, dan ancaman di zon akhir adalah antara yang tertinggi dalam kalangan pemain bawah 23 tahun Liga Perdana Inggeris.*
🥳 *London 20 Jul: Era baharu Tottenham di bawah kendalian Thomas Frank dimulakan dengan langkah kanan selepas menumpaskan Reading 2-0 dalam aksi pra-musim yang berlangsung di Stadium Select Car Leasing.*
*Pengendali Denmark itu memperkenalkan formasi 4-2-3-1 fleksibel, mencuba pelbagai kombinasi pemain muda dan senior menunjukkan niat untuk bangunkan gaya permainan lebih bertenaga dan terancang sejak awal lagi.*
*Kedua-dua gol dijaringkan selepas rehat dengan yang pertama oleh Will Lankshear (minit ke-49) hasil sepakan sudut kreatif oleh Mohammed Kudus, manakala jaringan kedua disempurnakan pertahanan muda, Luka Vuskovic pada minit ke-53.*
😪 *Rio De Janeiro 20 Jul: Permulaan mengecewakan buat jurulatih baharu Bayer Leverkusen, Erik ten Hag apabila pasukan bimbingannya dimalukan 1-5 oleh skuad Bawah 20 tahun CR Flamengo dalam aksi persahabatan pertama mereka di Brazil, awal pagi tadi.*
*Perlawanan itu juga adalah debut rasmi Ten Hag bersama kelab Bundesliga itu selepas mengambil alih tugas daripada Xabi Alonso awal bulan ini, namun ia jauh daripada yang diharapkan.*
*Walaupun menurunkan barisan pemain utama seperti Victor Boniface, pemain baharu Axel Tape dan Jonas Hofmann, Leverkusen dikejutkan dengan dua jaringan pantas dalam tempoh 10 minit pertama dalam cuaca panas di Rio de Janeiro.*
🏟️ *Barcelona 20 Jul: Barcelona terpaksa menangguhkan rancangan untuk kembali beraksi di Camp Nou pada Ogos ini, sekali gus menolak semula tarikh pembukaan semula stadium ikonik mereka.*
*Kelab Catalan itu pada awalnya merancang mengadakan aksi persahabatan pada 10 Ogos sebagai perlawanan sulung selepas dua tahun kerja pembinaan, namun gagal memperoleh lesen untuk membuka sebahagian stadium kepada penonton.*
*"Disebabkan skala kerja pembinaan yang besar, mustahil memenuhi semua syarat yang ditetapkan oleh peraturan untuk mendapatkan lesen pendudukan pertama," kata kenyataan rasmi kelab.*
*Barcelona kini menjangka perlawanan pertama di Camp Nou adalah aksi La Liga menentang Valencia pada 13 atau 14 September, selepas tiga perlawanan awal musim berlangsung di tempat lawan.*
✍🏻 *Riyadh 20 Jul: Al‑Nassr dikhabarkan hampir selesai mendapatkan pertahanan kebangsaan Slovakia, David Hancko, dengan bayaran €33 juta (RM158 juta) selain tambahan bonus membabitkan perpindahan pertama kelab era Jorge Jesus dan diyakini mendapat restu daripada Cristiano Ronaldo sendiri.*
*Berita itu turut mengesahkan pengaruh besar Ronaldo dalam rundingan menurut Fabrizio Romano, kapten Al‑Nassr menyokong kuat pengambilan Hancko, yang akan menandatangani kontrak sehingga 2028 dengan pilihan perlanjutan setahun.*
*Hancko dikatakan menjadi pertahanan ideal buat kelab selepas kelibat Aymeric Laporte disahkan bakal meninggalkan skuad musim ini, menjadikan kontrak ini sangat strategik dari segi jangka panjang pertahanan kiri.*
🏍️ *Brno 19 Jul: Marc Marquez mengukuhkan cengkaman dalam kejuaraan MotoGP 2025 apabila memenangi perlumbaan pecut MotoGP Republik Czech, hari ini, selepas memintas rakan senegara, Pedro Acosta, pada pusingan kedua terakhir.*
🚙 *Beijing 20 Jul: Seorang pengaturcara di China menjadi perhatian selepas kisahnya tinggal dalam kereta selama hampir tiga tahun tular di media sosial.*
*Yin yang berusia 38 tahun bekerja di Beijing, sementara isteri dan dua anaknya menetap di Tianjin, kira-kira 130 kilometer (km) dari ibu kota, disebabkan peluang pekerja terhad di bandar kelahirannya.*
*Lelaki itu berkata, dia akan menghabiskan sepanjang minggu tinggal di dalam keretanya yang lengkap dengan tilam dan kemudahan asas lain, serta akan pulang ke kampung pada setiap Jumaat untuk menghabiskan hujung minggu bersama keluarga.*
*Pada setiap Isnin pula, Yin akan memandu 130km ke tempat kerjanya di Beijing seawal 5.30 pagi, malah rutin berkenaan dikekalkan selama hampir tiga tahun membolehkan dia berjimat.*
💊 *Beijing 20 Jul: Taksub untuk kurus menyebabkan seorang wanita di Shanghai, China mengambil ubat langsing dipercayai julap sehingga 200 biji pil sehari selama 12 tahun.*
*Namun hanya kesengsaraan yang ditanggung wanita berusia 39 tahun itu apabila berat badannya merosot hingga 25 kilogram (kg), menyukarkannya untuk berjalan dan hanya memperlihatkan tulang.*
*Portal Must Share News melaporkan wanita itu bergantung kepada pil merah jambu kecil iaitu sejenis julap dari Jepun sebagai sebahagian daripada usahanya untuk menurunkan berat badan.*
*Berat asal wanita itu kira-kira 40kg, namun dia dilapor masih tidak berpuas hati dengan bentuk tubuh terutama di bahagian paha, sebelum menemui pil berkenaan yang dikatakan dapat merangsang saraf bagi mengurangkan pergerakan usus dan melegakan sembelit.*
📲 *Kathmandu 20 Jul: Nepal menyekat akses kepada aplikasi Telegram pada Jumaat, mengatakan bahawa platform media sosial itu digunakan untuk aktiviti jenayah, lapor Xinhua.*
*Pihak Berkuasa Telekomunikasi Nepal mengeluarkan notis yang mengarahkan penyedia perkhidmatan telekomunikasi menghentikan akses kepada aplikasi itu serta-merta.*
*"Jumlah penipuan dalam talian terus meningkat di Nepal dengan penggunaan aplikasi Telegram. Difahamkan aplikasi itu telah digunakan dalam jenayah serius seperti pengubahan wang haram.*
*"Oleh itu, semua penyedia perkhidmatan telekomunikasi diarahkan untuk segera menyekat atau menutup akses kepada aplikasi Telegram," kata notis itu.*
*berita penuh sila follow harian metro online*
*#hanipiloiempire*
*#repoterataspokok*
*#hanisofeasupriseandgift*
*#legasisepuluh*
*GOA_L ARENA SUKAN*
+=+=+=+=+=+=+=+=+=
👑 *New Jersey 20 Jul: Lionel Messi terus membuktikan statusnya sebagai legenda hidup apabila meledak dua gol dan mencipta dua bantuan jaringan untuk mengilhamkan kemenangan besar Inter Miami 5-1 ke atas New York Red Bulls, pagi tadi.*
*Dalam aksi yang berlangsung di Red Bull Arena, Messi menjadi watak utama apabila membantu kelabnya bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk mengutip tiga mata penting dalam saingan Major League Soccer (MLS).*
*Kekalahan ini menyaksikan Red Bulls gagal untuk mencatat kemenangan kedua berturut-turut di laman sendiri selain tewas kali kedua kepada Inter Miami musim ini.*
🤩 *London 20 Jul: Tingkat kesibukan dalam jendela perpindahan sepanjang Julai 2025 dengan Liverpool dan Arsenal bersaing sengit sementara Manchester United pula hampir sempurnakan perpindahan lain.*
*United sedang mendekati penyelesaian untuk capai persetujuan dengan Brentford bagi Bryan Mbeumo, dengan pemain itu dijadual melakukan pemeriksaan kesihatan dalam tempoh terdekat, lapor Independent.*
*Selepas itu, fokus peminat kini pada nama besar seperti Marcus Rashford yang sedang dalam perbincangan rasmi bersama Barcelona, tetapi kemas kini minggu ini menunjukkan Mbeumo lebih hampir menyertai United.*
*Di Kabupaten Simalungun, Sumatera Utara, beberapa titik panas dikesan pada pagi Khamis di daerah Girsang Sipangan Bolon dan Pematang Sidamanik, menurut jurucakap BNPB, Abdul Muhari.*
*"Badan Pengurusan Bencana Daerah Simalungun segera berkoordinasi dengan pihak berkuasa tempatan bagi mengawal kebakaran yang dipercayai berpunca daripada cuaca kering dan angin kencang," katanya dalam satu kenyataan.*
🇮🇩 *Pekanbaru 20 Jul: Usaha memadam kebakaran hutan di Kampung Rokan, daerah Rokan IV Koto, Rokan Hulu (Rohul) di Riau semalam, berdepan kesukaran dengan api marak cepat hingga ke kebun penduduk.*
*Lebih memburukkan keadaan apabila operasi pemadaman hanya bergantung kepada petugas darat susulan, helikopter rosak dan tidak boleh melaksana pengeboman air.*
*Menurut Pegawai Pembangunan Desa Koramil 13/ Rokan IV Koto, Sarjan Suwendi yang dilapor Kompas, api merebak ke kawasan seluas 10 ke 20 hektar.*
*Katanya, ia merebak cepat disebabkan angin kencang dan cuaca panas, malah petugas berdepan kesukaran untuk memadam api kerana kawasan cerun berbukit.*
🇮🇩 *Pekanbaru 20 Jul: Jerebu akibat kebakaran hutan di wilayah Riau sudah merentasi sempadan Malaysia, menurut Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) Indonesia, semalam.*
*Pegawai Stesen BMKG Sultan Syarif Kasim II di Pekanbaru, Bibin S berkata, jerebu dikesan bergerak ke arah timur laut, melintasi sempadan dan sampai ke Teluk Kemang di Malaysia.*
*"Berdasarkan peta penyebaran jerebu, asap bergerak ke arah Malaysia, walaupun kita tidak dapat menyatakan secara terperinci kawasan mana di Malaysia terjejas," kata Bibin dilaporkan Jakarta Globe.*
*Data visual yang dikeluarkan oleh BMKG menunjukkan jerebu merebak dari kawasan panas merentasi beberapa wilayah di Riau, yang disyaki menjadi punca utama asap.*
*berita penuh sila follow harian metro online*
*#hanipiloiempire*
*#repoterataspokok*
*#hanisofeasupriseandgift*
*#legasisepuluh*
*GOA_L MEDSOS, POPULAR*
+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+
🫀 *Kuala Lumpur 20 Jul: "Dada saya telah dibuka sebanyak tiga kali. Ia agak menakutkan apabila dada anda dibuka dan orang 'bermain-main' dengan jantung anda, tetapi Alhamdulillah saya selamat."*
*Demikian perkongsian detik cemas oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika mengimbau kembali pengalaman beliau menjalani pembedahan pintasan jantung yang akhirnya menjadi pencetus kepada penubuhan Institut Jantung Negara (IJN).*
*Bercerita pada majlis sambutan ulang tahun ke-100 beliau anjuran IJN hari ini, Dr Mahathir berkata, beliau pada mulanya tidak pernah menyangka akan mengalami masalah jantung kerana merasakan dirinya sangat sihat.*
*Untuk rekod, bekas Ahli Parlimen Langkawi itu sebelum ini pernah mendapat serangan jantung pada tahun 1989, dan dua lagi serangan jantung pada tahun 2006 di mana setahun kemudian beliau menjalani pembedahan pintasan kuadrup.*
🛻 *Shah Alam 20 Jul: Pemandu kenderaan pikap yang tular menghimpit dan mengancam pemandu kereta lain di Lebuhraya Pintas Selat Klang Utara berdekatan Bukit Raja, Khamis lalu, dipercayai mahu ke rumahnya ibunya selepas wanita terbabit dilaporkan terjatuh.*
*Ketua Polis Daerah Klang Utara Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, lelaki berusia 29 tahun itu tampil membuat laporan dengan ditemani peguam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara kira-kira jam 10 malam tadi.*
*Katanya, suspek kemudian ditahan awal pagi ini dan menjalani ujian saringan air kencing.*
*"Hasil saringan kemudian mendapati suspek negatif dadah dan diberi jaminan polis pada jam 3 pagi tadi.*
👦🏻 *Shah Alam 20 Jul: Polis mengesan kejadian tular memaparkan kanak-kanak lelaki dipercayai memandu kenderaan milik ibunya sehingga terbabas ke longkang di Jalan Telok Gong, Klang, dekat sini, semalam.*
*Keluarga memfailkan tuntutan jenayah dan sivil, mendakwa kecuaian yang membawa kepada kematian dan cedera, lapor Mirror.*
*Dakwa keluarga, risiko runtuhan batu adalah 'jelas kelihatan dan tidak boleh dielakkan' namun kawasan kemalangan maut itu tidak ditanda atau dipasang penghadang, apatah lagi ia bukan runtuhan pertama.*
🇧🇷 *Brasilia 20 Jul: Mahkamah Agung Brazil mengeluarkan waran geledah dan perintah larangan terhadap bekas presiden Jair Bolsonaro, melarangnya daripada menghubungi pegawai asing kerana didakwa merayu campur tangan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.*
*Polis persekutuan menyerbu rumah Bolsonaro dan beliau diarahkan memakai gelang kaki pemantauan, sekali gus menambah tekanan undang-undang yang cuba dilepaskan Trump melalui pengenaan tarif tinggi terhadap barangan Brazil.*
*Tindakan tegas mahkamah terhadap Bolsonaro menunjukkan bahawa taktik Trump mungkin memberi kesan sebaliknya ke atas Brazil, menambah kesukaran kepada sekutunya itu dan menggalakkan sokongan rakyat terhadap kerajaan berhaluan kiri yang lantang.*
🇵🇱 *Warsaw 20 Jul: Tiga doktor di Poland disabitkan bersalah berhubung kematian seorang wanita akibat komplikasi kehamilan, selepas mereka enggan menjalankan pengguguran yang berkemungkinan boleh menyelamatkan nyawanya, lapor agensi berita Jerman (dpa).*
*Kes berkenaan mencetuskan bantahan besar-besaran kerana dikaitkan dengan undang-undang pengguguran negara itu yang merupakan antara paling ketat di Eropah.*
*Akhbar Gazeta Wyborcza semalam menyifatkan sabitan itu sebagai "satu detik penting dalam sejarah perjuangan wanita Poland untuk hak mereka, iaitu perjuangan untuk hak asasi manusia".*
🇰🇷 *Seoul 20 Jul: Mahkamah Korea Selatan pada Jumaat menolak permohonan pembebasan oleh bekas Presiden Yoon Suk-yeol, sekali gus mengekalkan pemimpin yang digulingkan itu dalam tahanan sementara siasatan pelaksanaan perintah darurat tentera yang singkat masih dijalankan, lapor Xinhua.*
*Mahkamah Daerah Pusat Seoul menolak permintaan Yoon untuk dibebaskan selepas menyemak kesahan penahanannya dalam perbicaraan yang diadakan awal hari ini, menurut beberapa laporan media tempatan.*
*Lapan hari sebelum itu, mahkamah yang sama mengeluarkan waran tahanan terhadap Yoon, yang dimohon oleh Cho Eun-suk, peguam khas yang mengetuai siasatan terhadap dakwaan pemberontakan dan tuduhan lain.*
🇨🇳 *Beijing 20 Jul: Lapangan Terbang Antarabangsa Xining Caojiabao di Qinghai, China kecoh selepas penumpang dibiarkan dalam kenderaan ulang-alik lapangan terbang tanpa penyaman udara selama 15 minit dan di bawah suhu panas.*
*Kejadian berlaku 11 Julai lalu dengan media China, NetEase News dipetik portal Must Share News melaporkan, kenderaan itu tidak bergerak di landasan, dikatakan menunggu penumpang kelas pertama dan turut menyebabkan wanita pengsan akibat kepanasan serta kekurangan oksigen.*
*Beberapa penumpang yang terdesak untuk mendapatkan udara turut bertindak memecahkan tingkap bas menggunakan tukul kecemasan.*
🇮🇳 *New Delhi 20 Jul: Pihak berkuasa di India menemui wanita warga Rusia bersama dua anak perempuannya tinggal di dalam gua ketika rondaan rutin selepas berlaku tanah runtuh di Uttara Kannada, Karnataka.*
*Pakaian yang digantung di luar gua membawa kepada penemuan Nina Kutina, 40, dan anak perempuannya yang masing-masing berusia enam dan empat tahun, pada 11 Julai lalu dalam keadaan sihat dan tidak cedera.*
*Kutina dilapor meletak patung dewa Rudra di dalam gua itu dan menghabiskan hari-harinya bermeditasi serta memuja dewa berkenaan.*
*Ketua Polis Daerah Uttara Kannada, M Narayana berkata, keluarga itu hanya tidur beralas plastik dan makan makanan segera, malah siasatan mendapati Kutina pernah bekerja sebagai tutor bahasa dan sastera Rusia di Goa, bersempadan dengan lokasi mereka ditemui.*
*Kematian itu yang terbaharu membabitkan penduduk yang sedang menunggu bantuan makanan disalurkan, dengan pihak berkuasa menyalahkan Israel atas tindakan itu.*
*Namun Yayasan Kemanusiaan Gaza (GHF) yang disokong Amerika Syarikat (AS) dan Israel, menggantikan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai pengedar utama bantuan di wilayah itu, menuduh Hamas mencetuskan kekacauan dan menembak orang awam.*
🇵🇸 *Gaza 20 Jul: Kira-kira 1,500 pelajar Palestin di Semenanjung Gaza menduduki peperiksaan Tawjihi (matrikulasi sekolah menengah) pada Sabtu dalam sesi dalam talian yang luar biasa, di tengah-tengah perang berterusan Israel ke atas kawasan yang terkepung itu, lapor Agensi Berita dan Info Palestin (WAFA).*
*Peperiksaan pusingan ketiga, yang dikenali sebagai sesi pelengkap, ditetapkan untuk pelajar yang gagal atau terlepas sehingga dua mata pelajaran dari tahun akademik 2023. Disebabkan keadaan yang melampau di Gaza, Kementerian Pendidikan Palestin melancarkan peperiksaan dari jauh, menggunakan platform digital khas.*
*"Langkah luar biasa ini diambil memandangkan pembunuhan beramai-ramai dan kemusnahan Gaza," kata Menteri Pendidikan Amjad Barham semasa sidang media di Ramallah. Beliau menjelaskan bahawa peperiksaan pada asalnya dijadualkan pada 12 Disember 2023, tetapi telah ditangguhkan kerana serangan Israel.*
🇹🇷 *Ankara 20 Jul: Tiga trak yang membawa ubat-ubatan penting dan bekalan perubatan dijangka memasuki Semenanjung Gaza pada Ahad, menurut Kementerian Kesihatan di Gaza, ketika hospital-hospital di wilayah terkepung itu bergelut untuk menangani jumlah mangsa yang terlalu ramai dan sumber yang semakin berkurangan akibat pengeboman berterusan oleh Israel sejak Oktober 2023.*
*Menurut Anadolu Ajansi (AA), trak yang diselaraskan melalui Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) itu tidak membawa bekalan makanan sebaliknya mengandungi barangan penting yang sangat diperlukan untuk meneruskan rawatan menyelamatkan nyawa bagi mereka yang cedera dan pesakit di seluruh sistem penjagaan kesihatan Gaza yang terjejas teruk.*
*Pihak berkuasa menggesa semua pihak yang berkaitan untuk "memastikan perlindungan konvoi itu dan membolehkan ketibaannya ke hospital dengan selamat dan tanpa gangguan."*
🇨🇭 *Geneva 20 Jul: Agensi Bantuan dan Kerja PBB untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) pada Sabtu menggesa sekatan yang menghalang bantuan menyelamatkan nyawa daripada sampai ke Gaza segera ditamatkan, sambil memaklumkan pihaknya mempunyai bekalan makanan mencukupi bagi menampung keseluruhan penduduk wilayah itu untuk lebih tiga bulan, lapor Anadolu Ajansi (AA).*
*"UNRWA mempunyai makanan yang mencukupi untuk seluruh penduduk Gaza selama lebih tiga bulan yang disimpan di gudang, termasuk di Al Arish, Mesir - menunggu untuk dibawa masuk," menurut agensi itu menerusi hantaran di platform X.*
*Walaupun mempunyai bekalan dan sistem logistik yang mencukupi, agensi itu berkata, akses bantuan masih disekat.*
🇺🇸 *Washington 20 Jul: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menuntut ganti rugi sekurang-kurangnya $AS10 bilion dalam saman fitnah yang difailkan, semalam terhadap tokoh media Rupert Murdoch dan The Wall Street Journal.*
*Tuntutan itu dibuat selepas Jurnal menerbitkan laporan pada Khamis, mendakwa Trump pada 2003 menulis surat hari jadi didakwa kepada pemerdagang seks, Jeffrey Epstein yang digambarkan menerusi gambar wanita bogel dan merujuk kepada perkongsian "rahsia".*
*Trump menyelar surat yang dikatakan sebagai 'scam' dan 'palsu', lapor AFP.*
*Sementara itu, Trump digambarkan sebagai pelukis contengan berprofil tinggi, atau sekurang-kurangnya pernah melukis, berdasarkan semakan masa lalunya yang didedahkan Nytimes.*
*GOA_L* 1️⃣5️⃣ *Gombak 20 Jul: Seorang lelaki warga emas berusia 68 tahun merempuh tiga kereta yang diletakkan di parkir di tepi jalan selepas cuba mengelak seekor anjing yang melintas jalan di Taman Sri Gombak menghala ke Taman Bukit Permata, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak menerima makluman berhubung kemalangan itu pada jam 9.44 pagi dan siasatan mendapati kejadian berlaku pada jam 6 pagi.*
*GOA_L* 1️⃣6️⃣ *Kota Bharu 20 Jul: Tiga lelaki termasuk dua penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) masing-masing didenda RM3,000 dan RM4,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini kerana memiliki gambar video lucah dalam serbuan di sebuah rumah di Kemumin di sini, 18 Jun lalu. Tertuduh, Mohd Hanafi Ibrahim, 47; Muhammad Al Azamuddin Al Fadzil, 22 dan Mohamad Syahmi Firas Mohd Jurij, 27, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Wan Mohd Izzat Wan Abdullah. Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga tertuduh didakwa memiliki gambar dan video lucah dalam telefon bimbit masing-masing.*
*GOA_L* 1️⃣7️⃣ *Kuala Lumpur 20 Jul: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) sedia membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam melengkapkan siasatan berhubung kehilangan seorang pempengaruh permotoran di Johor sejak Isnin lalu yang didakwa melarikan diri ke negara jiran. Ketua Pengarahnya Datuk Zakaria Shaaban ketika dihubungi memaklumkan perkara itu. Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut kerana tidak mahu mengganggu siasatan polis.*
*GOA_L* 1️⃣8️⃣ *Sepang 20 Jul: Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) menafikan wujud elemen sabotaj susulan seramai 380,000 pelancong 'terkandas' akibat gangguan sistem pagar automatik (e-gate) di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Johor pada Jumaat dan semalam. Ketua Pengarah AKPS Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, gangguan yang berlaku hanya membabitkan pelancong warga asing.*
*GOA_L* 1️⃣9️⃣ *Kuching 20 Jul: Briged Sarawak Pasukan Gerakan Am (PGA) menerima sumbangan mesin Automated External Defibrillator (AED) iaitu peralatan penting bagi menangani kes serangan jantung secara mengejut. Sumbangan itu disampaikan Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian pada majlis ringkas di Klinik Kesihatan Ibu Pejabat Briged PGA Sarawak, hari ini.*
*GOA_L* 2️⃣0️⃣ *Sungai Petani 20 Jul: "Rumah saya dulu dua kilometer dari pantai, tapi hari ini tinggal sejengkal saja dari laut. Batu tambak laut yang kami harap dapat lindung pun makin tenggelam, rumah pula sudah rosak," kata Abdullah Ahmad, 56. Nelayan pantai itu hanya mampu melihat rumah yang didirikan lebih 20 tahun lalu menanti masa rebah ke laut selepas ombak kuat sering menghentam kediamannya di Kampung Huma, Tanjung Dawai, di sini.*
*GOA_L* 2️⃣1️⃣ *Kuantan 20 Jul: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan memperluaskan penguatkuasaan pemakaian tali pinggang keledar kepada semua bas milik institusi pengajian tinggi (IPT) dan sekolah berasrama penuh. Ketua Pengarahnya, Datuk Aedy Fadly Ramli, berkata pihaknya akan bekerjasama dengan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Kementerian Pendidikan untuk melakukan pemeriksaan secara berperingkat bermula Ogos ini.*
*GOA_L* 2️⃣2️⃣ *Melaka 20 Jul: Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Melaka komited menyelesaikan aktiviti pembuangan sampah haram dengan memasang kamera litar tertutup (CCTV) bagi memantau dan mengesan pihak tidak bertanggungjawab. Pengarahnya Nor Zaki Md Nor berkata, setakat ini, empat daripada keseluruhan 12 lokasi di sekitar negeri itu dikenal pasti sebagai tapak pembuangan sampah haram berulang telah dipasang CCTV secara mudah alih.*
*GOA_L* 2️⃣3️⃣ *Kuala Lumpur 20 Jul: Isu buli tidak boleh diselesaikan hanya dengan hukuman berat sebaliknya memerlukan pendekatan lebih menyeluruh termasuk pencegahan, pemulihan dan sokongan psikososial jangka panjang.
*G🅰️RA🅿️AN 🔛9️⃣ 🅰️L_LI🆖GI*
*بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ*
*السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ & SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA FOLLOWER GOA_L.*
*ISNIN 21 JULAI 2025 MASIHI BERSAMAAN 25 MUHARRAM 1447 HIJRAH*
*LIVE FROM BANDAR SENTOSA KLANG*
*WAKTU SOLAT DAERAH KLANG/ KUALA LANGAT DAN KAWASAN SEWAKTU DENGANNYA*
*IMSAK* : *05:50am*
*SUBUH* : *06:00am*
*SYURUK* : *07:12am*
*ZOHOR* : *13:23pm*
*ASAR* : *16:46pm*
*MAGHRIB* : *19:31pm*
*ISYAK* : *20:44pm*
*artikel disiarkan pada tarikh 20jul*
*harianmetroonline*
*by:hanipiloiempire*
*since2011*
*GOA_L DALAM NEGARA*
+=+=+=+=+=+=+=+=+=+
*GOA_L* 1️⃣ *Putrajaya 20 Jul: Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar mengingatkan penjawat awam untuk tidak menyertai acara himpunan yang dijadualkan berlangsung di ibu negara pada Sabtu ini. Beliau berkata tidak sewajarnya penjawat awam menyertai perhimpunan berkenaan kerana tindakan itu tidak sesuai dengan prinsip Kesetiaan Kepada Raja dan Negara yang terkandung dalam Rukun Negara. Media hari ini melaporkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjangkakan antara 10,000 hingga 15,000 orang akan menyertai Himpunan Turun Anwar yang dijadualkan pada 26 Julai.*
*GOA_L* 2️⃣ *Kuala Lumpur 20 Jul: Indeks Pencemar Udara (IPU) setakat jam 3 petang ini menunjukkan lima kawasan mencatatkan bacaan IPU pada tahap tidak sihat, enam kawasan merekodkan kualiti udara pada tahap baik dan 57 kawasan mencatatkan status kualiti udara pada tahap sederhana. Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS), Datuk Wan Abdul Latiff Wan Jaffar berkata, lima kawasan mencatatkan IPU tidak sihat ialah Putrajaya (139); Banting, Selangor (154); Nilai, Negeri Sembilan (162); Alor Gajah, Melaka (110) dan Johan Setia, Selangor (154).*
*GOA_L* 3️⃣ *Kuala Lumpur 20 Jul: Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan dan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan (PTJK) diaktifkan bagi menyelaras tindakan-tindakan agensi kerajaan dalam menangani isu pembakaran terbuka dan menghadapi situasi jerebu negara. Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS), Datuk Wan Abdul Latiff Wan Jaffar berkata, semua pemilik tanah dinasihatkan supaya memantau secara rapi kawasan yang mudah dan sering terbakar seperti tapak pelupusan sampah, hutan, tanah gambut, ladang, kawasan pertanian dan industri.*
*GOA_L* 4️⃣ *Kuala Lumpur 20 Jul: Jerebu rentas sempadan didapati sedang melanda beberapa negeri pantai barat Semenanjung Malaysia berdasarkan pencerapan dilakukan Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia). Ketua Pengarah MET Malaysia, Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata, berdasarkan analisis imej satelit NOAA-20 dikeluarkan Asean Specialized Meteorological Centre (ASMC) semalam, mendapati wujud 79 titik panas di kawasan Sumatera, Indonesia. "Ia berkemungkinan menjadi punca kepada keadaan berjerebu berkenaan yang dibawa ( ke Malaysia) oleh tiupan angin barat daya.*
*GOA_L* 5️⃣ *Kuala Lumpur 20 Jul: Tanah bernilai RM165 juta dan akaun bank dibekukan RM149.5 juta selain kereta, rumah serta jam tangan mewah dengan nilai keseluruhan sebanyak RM332.5 juta antara disita susulan serbuan terhadap sindiket penyeludupan besi buruk di lima negeri bermula Isnin lalu. Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam baki berkata, sehingga kini sitaan membabitkan tanah bernilai RM165 juta, kereta RM1.9 juta, rumah RM15.5 juta dan jam tangan mewah RM740,00 manakala akaun bank dibekukan RM149.5 juta.*
*GOA_L* 6️⃣ *Bukit Gantang 20 Jul: Ahli-ahli UMNO di semua peringkat perlu segera menghentikan budaya 'politik sate' jika mahu parti itu kembali kuat dan memenangi undi rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang, kata Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. Mengambil analogi 'politik sate' bagi menggambarkan situasi perpecahan dalam UMNO selama ini, beliau menegaskan budaya itu antara penyebab kepada kelemahan parti keramat berkenaan.*
Peniaga ayam maut kereta bertembung lori
ROMPIN – Seorang peniaga ayam segar maut selepas kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori di Kilometer (KM) 149 Jalan Kuantan–Segamat, dekat simpang Selancar di sini pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Rompin, Superintenden Sharif Shain Sharif Mondoi berkata, dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, mangsa, Ab Hamid Md Saman, 69, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Menurutnya, siasatan awal mendapati kereta yang dipandu mangsa dalam perjalanan dari arah rumahnya di Felda Keratong 1 menuju ke Segamat untuk mengambil bekalan ayam segar.
"Apabila sampai di tempat kejadian, kereta tersebut telah hilang kawalan dan terbabas masuk ke lorong bertentangan sebelum melanggar lori yang datang dari arah hadapan," katanya dalam kenyataan media pada Ahad.
Ujarnya, kemalangan itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu lori berusia 61 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Bedah siasat dilakukan di Hospital Muadzam Shah dan siasatan lanjut sedang diteruskan," tambahnya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
ROSILAWATI ROSEDI
20 Jul 2025 3:24 pm
Artikel ➡️ Sinar Harian
@buletininfo1malaysia
#DIKEMASKINI
Tiga cedera, Perodua Viva dirempuh lori roti
Oleh WAN ZURATIKAH IFFAH WAN ZULKIFLI
20 Julai 2025, 3:45 pm
SETIU – Tiga sekeluarga termasuk seorang kanak-kanak perempuan berdepan detik cemas apabila kereta Perodua Viva dinaiki mereka tiba-tiba dirempuh sebuah lori membawa muatan roti di Kilometer 65, Jalan Kuala Terengganu – Kota Bharu berhampiran Puterajaya di sini hari ini.
Kemalangan pada pukul 7.35 pagi itu menyebabkan ketiga-tiga mangsa berusia dalam lingkungan 11 hingga 45 tahun mengalami kecederaan.
Ketua Polis Daerah Setiu, Superintendan Mohd. Zain Mat Dris berkata, sewaktu kejadian, kereta Perodua Viva yang dinaiki kesemua mangsa dari arah Kuala Terengganu sedang menunggu di laluan kiri untuk memasuki persimpangan kanan ke Puterajaya di sini.
“Kereta Perodua Viva mereka tiba-tiba dirempuh sebuah lori yang dikatakan hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bertentangan kerana dikatakan cuba mengelak sebuah kereta yang keluar simpang.
“Rempuhan itu menyebabkan belakang kereta Perodua Viva tersebut dilanggar kereta Perodua Bezza yang berada di belakangnya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.
Mohd. Zain berkata, sebuah kereta Proton Persona turut terbabas apabila cuba mengelakkan daripada melanggar kereta Perodua Bezza.
Beliau berkata, kesemua mangsa yang berada di dalam lori dan dua kereta terlibat terselamat tanpa sebarang kecederaan.
“Tiga mangsa cedera yang berada dalam kereta Perodua Viva pula dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Setiu di sini untuk menerima rawatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE
#Kosmo
@buletininfo1malaysia
(N.9) Desa Rasah way to Port Dickson Highway before Plaza Tol (3)
Читать полностью…