Selamat Datang ke Buletin Info 1 Malaysia Channel ini akan berkongsi info tentang... 🔍🚓🚑🚒INFO ROADBLOCK 1 MALAYSIA & KEMALANGAN DALAM DAN LUAR NEGARA TERKINI
*Wirtz tidak diturunkan ketika kemenangan 3-1 ke atas Preston North End dalam aksi pramusim pertama kendalian Arne Slot minggu lalu, namun beraksi dalam separuh masa pertama perlawanan menentang kelab Kejuaraan itu di Pusat Latihan AXA, Kirkby pada petang Ahad.*
*Penyerang utama, Darwin Nunez mempamerkan ketajaman pramusim apabila meledak hatrik pada separuh masa pertama, manakala Rio Ngumoha turut mencetak nama sebagai penjaring sebelum Federico Chiesa menyempurnakan kemenangan besar itu selepas rehat.*
*Wirtz turun sebagai pemain nombor 10 dalam kesebelasan utama yang turut menyaksikan kemunculan pertama kapten pasukan, Virgil van Dijk, pada pramusim kali ini.*
💪🏼 *London 21 Jul: Arsenal melepaskan peluang menjulang kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) dalam beberapa musim lalu, namun kehadiran pemain baharu berkualiti tinggi diyakini mampu membawa perbezaan musim ini, kata pertahanan, Gabriel Magalhaes.*
*Naib juara dalam tiga musim terakhir, Arsenal memperkuatkan skuad dengan kehadiran Noni Madueke dan penjaga gol Kepa Arrizabalaga dari Chelsea, selain Christian Norgaard dari Brentford dan Martin Zubimendi dari Real Sociedad.*
*Penyerang sensasi Sweden, Viktor Gyokeres yang meledak 54 gol dalam 52 perlawanan bersama Sporting musim lalu, juga dijangka menyertai The Gunners di Stadium Emirates.*
😭 *Lisbon 21 Jul: Perpindahan penyerang Sweden, Viktor Gyokeres ke Arsenal kini tergantung tanpa kepastian apabila rundingan menemui jalan buntu sehingga menyebabkan bapanya, Stefan, dilaporkan 'menangis' kerana percaya perpindahan itu tidak akan menjadi kenyataan.*
*Gyokeres, 26, menjadi sasaran utama Arsenal untuk memperkuatkan jentera serangan mereka musim ini dan kelab itu dilaporkan membuat kemajuan besar dalam rundingan bersama Sporting CP sejak beberapa minggu lalu.*
*Namun, walaupun penyerang itu dikatakan begitu terdesak mahu berpindah ke utara London sehingga enggan melapor diri ke latihan pramusim bersama Sporting, kedua-dua kelab masih gagal mencapai kata sepakat mengenai nilai penuh perpindahan.*
*Arsenal sudah bersetuju untuk membayar €63.5 juta (RM326.8 juta) secara tunai, ditambah €10 juta (RM51.5 juta) dalam bentuk bonus, termasuk €5 juta (RM25.8 juta) bayaran segera serta €5 juta lagi dalam bentuk tambahan.*
🙄 *London 21 Jul: Manchester: Manchester United menyasarkan kedudukan lima teratas Liga Perdana (EPL) musim depan, sasaran yang boleh membuka laluan ke Liga Juara-Juara Eropah (UCL), sekali gus mengubat luka musim lalu yang menyaksikan mereka menamatkan saingan di tangga ke-15, kedudukan terburuk dalam sejarah kelab.*
*Penyerang Brentford, Bryan Mbeumo dijangka menyertai Matheus Cunha sebagai pemain baharu di Old Trafford, dengan skuad kini menyeru penyokong agar bersabar dengan proses pembinaan semula pasukan.*
*Pemain sayap muda, Amad Diallo menyatakan keyakinan terhadap pengendali baharu, Ruben Amorim dan percaya mereka mampu bangkit semula ke pentas Eropah.*
✍🏻 *London 21 Jul: Pemain pertahanan England, Kyle Walker Peters menandatangani kontrak tiga tahun bersama West Ham United selepas meninggalkan Southampton, menurut pengumuman rasmi kelab Liga Perdana Inggeris itu (EPL), hari ini.*
*Graduan akademi Tottenham Hotspur itu membuat lebih 200 penampilan bersama Southampton, termasuk 33 aksi EPL musim lalu ketika kelab dari pantai selatan itu mengalami penyingkiran terpantas dalam sejarah saingan berkenaan.*
*Walker Peters, 28, yang dua kali mewakili England pada 2022, mengakui perpindahan ini sudah lama diidamkan.*
*"Ia seakan lama dinantikan, saya pernah dikaitkan dengan kelab ini dan saya gembira akhirnya berada di sini," katanya.*
😪 *Petaling Jaya 21 Jul: "Saya kecewa dengan pihak polis!*
*Itulah luahan bapa Zayn Rayyan Abdul Matin iaitu Zaim Ikhwan Zahari sejurus beliau dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan mengabaikan anak lelakinya itu sehingga menyebabkan kecederaan fizikal, dua tahun lalu.*
*Zaim Ikhwan, 30, yang kelihatan sugul, menyifatkan pertuduhan yang dihadapinya bersama isteri, Ismanira Abdul Manaf, sebagai sesuatu yang mengarut.*
*Ketika ditanya mengenai perasaannya selepas mahkamah memerintahkan isterinya, Ismanira untuk membela diri, Zaim Ikhwan berkata dirinya kecewa dengan polis.*
🚌 *Johor Bahru 21 Jul: Ribuan pekerja Malaysia di Singapura yang berulang-alik menggunakan bas terjejas hari ini, apabila kira-kira 100 pemandu melakukan mogok sejak jam 5 pagi tadi.*
*Ia menyebabkan ribuan pekerja Malaysia di Singapura yang mengejar waktu bekerja di republik itu terkandas di Bangunan Sultan Iskandar (BSI), dan beberapa lokasi hentian bas utama untuk ke Singapura.*
*Rakaman video pekerja Malaysia di Singapura yang berjalan kaki beramai-ramai di Tambak Johor turut tular.*
*Sementara itu, pemandu bas ke Singapura yang hanya mahu dikenali sebagai Atoi, 35, mendakwa kira-kira 100 pemandu bas ke Singapura nekad mogok bermula jam 5 pagi.*
🪁 *Kuala Lumpur 21 Jul: Polis sudah membuka kertas siasatan susulan penunggang motosikal cedera selepas terkena tali layang-layang yang merentang di tengah jalan di Jalan Lingkaran Tengah 2 sehingga tular di media sosial.*
*Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, pihaknya terkesan satu rakaman video tular di media sosial berkaitan seorang penunggang motosikal terkena tali layang-layang, hari ini.*
*Menurutnya, siasatan awal mendapati pada jam 6 petang semalam, semasa mangsa yang berusia 27 tahun sedang menunggang motosikal di lorong tengah jalan, tanpa disedari terlanggar tali layang-layang yang tersangkut di badan seterusnya ke leher sebelum tali itu terputus.*
*"Mangsa kemudian berhenti di tepi jalan dan mengalami kecederaan lecur di leher dan mendapatkan rawatan di sebuah klinik.*
👊🏻 *Kota Belud 21 Jul: Enam lelaki ditahan susulan insiden pergaduhan ketika perlawanan bola sepak di Padang Dudan, Kampung Piasau, di sini, semalam yang tular di media sosial.*
*Kesemua suspek berusia 24 hingga 42 tahun ditahan kira-kira jam 12.10 tengah malam tadi bagi membantu siasatan.*
*Ketua Polis Daerah Kota Belud Superintendan Shahrudin Mat Husain berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada jam 4.30 petang semalam.*
*"Hasil siasatan mendapati pergaduhan berlaku ketika berlangsung satu perlawanan bola sepak di padang berkenaan, membabitkan penyokong kedua-dua pasukan.*
🎪 *Kuala Lumpur 21 Jul: Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) bakal menganjurkan Karnival Usahawan Desa (KUD) bersempena Karnival Mega 3 Dimensi 2025 (MK3D) pada 30 Julai hingga 3 Ogos 2025 di MITEC, Kuala Lumpur.*
*KKDW dalan satu kenyataan berkata MK3D 2025 yang membawa tema "Desaku Mendunia" adalah satu acara berskala besar yang menggabungkan tiga program keusahawanan utama iaitu Karnival Usahawan Desa (KUD) oleh KKDW, Hari Peneroka FELDA oleh FELDA dan Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI) oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).*
*Karnival lima hari itu bakal menjadi platform mempromosi dan medium bagi mewujudkan akses pasaran produk dan perkhidmatan usahawan luar bandar terus kepada pemborong, pengedar dan pembeli. MK3D 2025 juga mampu meningkatkan daya saing dan kebolehpasaran produk luar bandar serta meneroka peluang pasaran baharu yang lebih besar.*
*"Misi ini adalah untuk kanak-kanak Gaza," kata penganjur, Freedom Flotilla Coalition dalam kenyataan.*
*Menghadapi pembunuhan beramai-ramai dan kebuluran yang disengajakan, setiap tindakan solidariti amat bermakna. Selagi Israel terus menikmati kekebalan, keganasan akan berterusan."*
*Kapal bernama Handala, sebuah kapal nelayan Norway tahun 1968 yang diubah suai, membawa bekalan perubatan, makanan dan peralatan bantuan untuk kanak-kanak Palestin di Gaza.*
🇹🇷 *Ankara 21 Jul: Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) sekali lagi mendakwa pihak berkuasa Israel menggunakan kebuluran sebagai senjata perang terhadap penduduk awam Gaza, lapor Anadolu Ajansi (AA).*
*Menerusi kenyataan di platform X pada Ahad, UNRWA berkata: "Pihak berkuasa Israel sedang membuat penduduk awam di Gaza kebuluran. Termasuk dalam kalangan mereka adalah sejuta kanak-kanak."*
*Agensi itu mengulangi gesaan mendesak supaya sekatan Israel dihentikan serta-merta, dengan menyeru: "Akhiri sekatan: benarkan UNRWA membawa masuk makanan dan ubat-ubatan."*
🇵🇸 *Baitulmaqdis 21 Jul: Seramai 93 penduduk Palestin terbunuh, manakala puluhan lagi cedera selepas didakwa ditembak tentera Israel ketika cuba mendapatkan bantuan makanan di Gaza, semalam.*
*Jurucakap agensi pertahanan awam Gaza, Mahmud Basal, berkata, 80 mangsa maut di utara Gaza ketika trak bantuan tiba, manakala sembilan lagi ditembak berhampiran lokasi bantuan di Rafah.*
*Empat lagi terbunuh di tapak bantuan lain di Khan Yunis di selatan Gaza menjadikan jumlah keseluruhan kematian 93 orang.*
*Menurut Program Makanan Sedunia (WFP) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), konvoi mereka yang membawa 25 trak bantuan turut berdepan tembakan sejurus melepasi pusat pemeriksaan di Bandar Gaza.*
🇸🇾 *Sweida, Syria 21 Jul: Keadaan di wilayah Sweida, selatan Syria kembali tenang semalam, selepas seminggu insiden berdarah antara pejuang Druze dan kumpulan lawan yang mengorbankan lebih 1,100 nyawa.*
*Gencatan senjata diumumkan pada Sabtu dilaporkan berjaya dikuatkuasakan selepas beberapa perjanjian terdahulu gagal menamatkan keganasan antara puak Druze dan Badwi.*
*Konflik itu turut membabitkan kerajaan Islamis Syria, tentera Israel serta puak bersenjata dari wilayah lain.*
*Wartawan AFP melaporkan tiada kedengaran bunyi tembakan di pinggir bandar Sweida, semalam, manakala tentera Syria ditempatkan di beberapa kawasan untuk mengawal keadaan.*
🇺🇸 *New York 21 Jul: Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) pada Isnin memperbaharui gesaannya agar sekatan Israel ke atas Semenanjung Gaza ditamatkan bagi mengakhiri kebuluran yang sedang berlaku.*
*Menurut Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA), dalam satu hantaran di akaun rasmi X, agensi itu menyatakan: "Kami menerima mesej terdesak mengenai kebuluran dari Gaza - termasuk daripada rakan sekerja kami sendiri."*
*UNRWA melaporkan harga makanan telah melonjak 40 kali ganda, sekali gus menonjolkan kesan kemanusiaan yang amat teruk akibat sekatan berterusan itu.*
🇧🇷 *Brasilia 21 Jul: Seorang wartawan yang membuat liputan mengenai kehilangan seorang gadis berusia 13 tahun di Brazil, dipercayai terpijak mayat remaja itu secara tidak sengaja ketika bertugas di lokasi kehilangan mangsa, baru-baru ini, lapor akhbar The Sun.*
*Menurut saluran berita Brazil, O Imparcial, gadis itu hilang sehari sebelum penemuan tidak sengaja.*
*Wartawan itu, Lenildo Frazao, berdiri separas pinggang di Sungai Mearim di Bacabal, timur laut Brazil, tempat terakhir gadis itu, yang hanya dikenali sebagai Raissa, dilihat masih hidup.*
*Dia menunjukkan kedalaman sungai dan menunjukkan tempat di mana remaja itu berenang sebelum mangsa hilang.*
Semakan menerusi laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS) kendalian Jabatan Alam Sekitar (JAS) mendapati, sehingga kini terdapat sembilan kawasan di Semenanjung yang mencatat bacaan IPU melebihi 100.*
*GOA_L* 1️⃣7️⃣ *Kuala Lumpur 21 Jul: Tempat duduk Ahli Parlimen Pandan Datuk Seri Rafizi Ramli dan Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad, yang kini sudah tidak bergelar menteri, sudah bertukar ke Blok D di Dewan Rakyat. Namun, bekas Menteri Ekonomi itu dimaklumkan tidak hadir ke sesi Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen ke-15, yang membuka tirai hari ini. Sementara Nik Nazmi yang juga bekas bekas Menteri Alam Sekitar dan Kelestarian Alam, hadir pada sidang berkenaan.*
*GOA_L* 1️⃣8️⃣ *Shah Alam 21 Jul: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menafikan pihaknya memberi kebenaran kepada Syarikat eHati International Sdn Bhd bagi meneruskan program motivasi rumah tangga sebagaimana didakwa. Pengarahnya Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, pada 15 November 2022, Panel Sesi Penjelasan yang dilantik oleh JAIS mendapatkan penjelasan daripada penganjur program itu susulan aduan diterima daripada peserta program terbabit. "Pengadu mendakwa terdapat aktiviti bersalahan dengan hukum syarak berlaku dalam program terbabit.*
*GOA_L* 1️⃣9️⃣ *Kota Bharu 21 Jul: Dua pendatang asing tanpa izin (Pati) warga Thailand ditahan ketika sedang mengutip derma yang didakwa untuk sebuah pondok tahfiz di sebuah kedai makan di Salor, di sini. semalam. Kedua-dua lelaki berusia 28 dan 30 tahun ditahan oleh anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) kira-kira jam 11.45 pagi menerusi Op Taring Delta. Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua suspek tiada dokumen pengenalan diri dan tidak mempunyai pas yang sah.*
*GOA_L* 2️⃣0️⃣ *Shah Alam 21 Jul: Seorang pelajar universiti swasta warganegara China mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah dengan menikam leher bekas teman wanitanya, minggu lalu. You Wei, 22, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca jurubahasa dalam bahasa Inggeris di hadapan Hakim Norazlin Othman. Menurut pertuduhan, lelaki itu didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang wanita, juga warganegara China yang merupakan bekas teman wanitanya dengan menikam bahagian kiri leher mangsa menggunakan pisau.*
*GOA_L* 2️⃣1️⃣ *Kota Bharu 21 Jul: Buruh didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas pertuduhan merogol anak perempuan kandung pada Mac lalu. Tertuduh yang berusia 38 tahun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapanya di hadapan Hakim Zulkifli Abllah. Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol mangsa berusia 16 tahun 10 bulan yang juga anak kandung, di mana perhubungan dengannya adalah tidak dibenarkan di bawah undang-undang, hukum agama, adat atau kebiasaan untuk berkahwin dengannya.*
*GOA_L* 2️⃣2️⃣ *Johor Bahru 21 Jul: Kerajaan negeri akan memberi latihan kepada sukarelawan Southern Volunteer (SV) dan menggerakkan mereka bagi membantu mengurangkan beban petugas kesihatan di hospital utama di negeri ini untuk jangka masa pendek. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar, Ling Tian Soon berkata, pada fasa pertama membabitkan seramai 100 sukarelawan SV yang akan menjalani latihan dan kursus selama seminggu di hospital. Katanya, sukarelawan itu akan membantu kerja perkeranian, pengurusan dan pendaftaran pesakit di dua hospital utama di Johor dalam masa terdekat.*
*GOA_L* 2️⃣3️⃣ *Kuala Lumpur 21 Jul: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said, hari ini, menegur segelintir pihak yang mempersoalkan tindakan kerajaan mendakwa pemberi maklumat yang mendedahkan maklumat kepada media. Azalina berkata, adalah menjadi amalan dan prosedur di seluruh dunia bahawa pemberi maklumat tidak boleh pergi ke media. Kata Azalina, pemberi maklumat perlu pergi ke agensi yang bertanggungjawab bagi membolehkan mereka untuk menilai kesahihan maklumat yang diberikan.*
*G🅰️RA🅿️AN 🔛9️⃣ 🅰️L_LI🆖GI*
*بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ*
*السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ & SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA FOLLOWER GOA_L.*
*SELASA 22 JULAI 2025 MASIHI BERSAMAAN 26 MUHARRAM 1447 HIJRAH*
*LIVE FROM BANDAR SENTOSA KLANG*
*WAKTU SOLAT DAERAH KLANG/ KUALA LANGAT DAN KAWASAN SEWAKTU DENGANNYA*
*IMSAK* : *05:50am*
*SUBUH* : *06:00am*
*SYURUK* : *07:12am*
*ZOHOR* : *13:23pm*
*ASAR* : *16:46pm*
*MAGHRIB* : *19:31pm*
*ISYAK* : *20:44pm*
*artikel disiarkan pada tarikh 21jul*
*harianmetroonline*
*by:hanipiloiempire*
*since2011*
*GOA_L DALAM NEGARA*
+=+=+=+=+=+=+=+=+=+
*GOA_L* 1️⃣ *Putrajaya 21 Jul: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata penghargaan luar biasa kepada rakyat akan diumumkan pada esok atau Rabu ini. Perdana Menteri berkata, beliau memerlukan sedikit masa untuk meneliti pengumuman terbabit susulan pemukiman Kerajaan Perpaduan di Port Dickson, Negeri Sembilan semalam. "Keresahan ini memerlukan saya pertimbangkan perubahan dan pengumuman yang perlu dibuat bagi meredakan tuntutan mereka.*
*GOA_L* 2️⃣ *Petaling Jaya 21 Jul: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini memerintahkan ibu kepada Zayn Rayyan Abdul Matin membela diri manakala bapa kanak-kanak itu dilepas dan dibebaskan atas pertuduhan mengabaikan anak mereka, sehingga menyebabkan kecederaan fizikal, dua tahun lalu. Keputusan itu dibacakan Hakim Dr Syahliza Warnoh selepas mendapati pendakwaan berjaya mewujudkan kes prima facie terhadap Ismanira Abdul Manaf selain gagal membuktikan kes pendakwaan terhadap suami Ismanira, Zaim Ikhwan Zahari.*
*GOA_L* 3️⃣ *Petaling Jaya 21 Jul: Ibu Zayn Rayyan Abdul Matin, menitiskan air mata selepas mahkamah memerintahkannya membela diri atas pertuduhan mengabaikan kanak-kanak autisme itu sehingga menyebabkan kecederaan fizikal, dua tahun lalu. Sebaik sahaja mahkamah menangguhkan prosiding seketika, Ismanira Abdul Manaf dilihat keluar dari kandang tertuduh sebelum memeluk ahli keluarganya sambil menangis. Sebelum itu Hakim, Dr Syahliza Warnoh memutuskan keputusan itu selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Ismanira.*
*GOA_L* 4️⃣ *Putrajaya 21 Jul: Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak gentar dan sedia berdepan jika pembangkang mengemukakan usul undi tidak percaya di Parlimen. Perdana Menteri berkata, beliau sendiri ada memaklumkan kepada Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul supaya membenarkan usul sedemikian sekiranya ada dikemukakan di Parlimen. "Saya beritahu kepada Speaker (Dewan Rakyat), hari pertama jika ada usul hari ini, saya akan tunggu usul undi tidak percaya.*
*GOA_L* 5️⃣ *Kuala Lumpur 21 Jul: Isu tambang dan upah yang tidak adil menjadi punca utama pendapatan penghantar serta pemandu e-hailing dan p-hailing merudum sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Timbalan Presiden Persatuan Penghantar P-Hailing Malaysia (Penghantar), Abdul Hakim Abdul Rani berkata, sejak beliau menyertai industri itu pada penghujung 2015, pendapatan pekerja gig semakin menurun walaupun tempoh bekerja semakin panjang.*
*GOA_L* 6️⃣ *Johor Bahru 21 Jul: Kerajaan Johor mencadangkan kepada operator bas Singapura di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) untuk memulakan masa operasi bas lebih awal iaitu pada 4.30 pagi, berbanding jadual kini antara 5 hingga ke 5.30 pagi setiap hari. Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi negeri, Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata, pihaknya juga mencadangkan mereka menambah bilangan frekuensi atau trip berikutan bilangan penumpang bas yang sentiasa meningkat pada setiap bulan.*
*GOA_L* 7️⃣ *Kuala Lumpur 21 Jul: Unit Kereta Peronda (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul mencatatkan kejayaan tangkapan tertinggi tahun lalu. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Datuk Rusdi Md Isa berkata, unit berkenaan mencatatkan tangkapan seramai 1,155 individu membabitkan pelbagai kesalahan.*
PNG 4:34pm
Tol Sungai Dua kiri kanan
Bunga2🌸🌸
#PilotUtara
❈∴ ═ ∴ ❈ 𝑀𝐸𝐿𝐴𝐾𝐴 ❈∴ ═ ∴❈
𖤛 Isnin
𖤛 04:05pm
Roadblock Trafik
📌 Dari Machap / Ayer Pasir ⏪👨🏻✈️⏩ Pekan Selandar.
🚔 Block atas bukit area ladang buah naga Bukit Sedanan.
🔰#Selandar
Ibu Zayn Rayyan diarah bela diri, bapa dilepas dan dibebaskan
Petaling Jaya: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini memerintahkan ibu kepada Zayn Rayyan Abdul Matin membela diri manakala bapa kanak-kanak itu dilepas dan dibebaskan atas pertuduhan mengabaikan anak mereka, sehingga menyebabkan kecederaan fizikal, dua tahun lalu.
Keputusan itu dibacakan Hakim Dr Syahliza Warnoh selepas mendapati pendakwaan berjaya mewujudkan kes prima facie terhadap Ismanira Abdul Manaf selain gagal membuktikan kes pendakwaan terhadap suami Ismanira, Zaim Ikhwan Zahari.
Ibu bapa kanak-kanak autisme terbabit masing-masing berusia 30 tahun diwakili peguam, Haresh Mahadevan, Ramzani Idris dan Lavanesh Haresh.
Pendakwaan pula dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya iaitu Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin, Aqharie Durranie Aziz dan Nur Sabrina Zubairi.
Mengikut pertuduhan, Zaim Ikhwan dan Ismanira, didakwa mengabaikan Zayn Rayyan dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal terhadap mangsa.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di sekitar Blok R, Apartmen Idaman, Damansara Damai sehingga kawasan sungai berdekatan antara 12 tengah hari 5 Disember hingga 9.55 malam, 6 Disember 2023.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Zayn Rayyan, 6, dilaporkan hilang pada 5 Disember 2023 dan mayatnya ditemukan keesokan harinya di aliran anak sungai berhampiran rumahnya.
Disiarkan pada: Julai 21, 2025 @ 12:03pm
Mahaizura Abd Malik dan Muhamad Lokman Khairi
am@hmetro.com.my
Kredit ➡️ Harian Metro
#harianmetro
@buletininfo1malqysia
1 M'sia
Apa hal pula ni.
Sri Petaling
@buletininfo1malaysia
Kg baru
Kg nangka
Bulatan lampu
K.raja
Tembila..
Pngkalan gelap..
Clear..
🆑🆑🆑🆑🔁
10.16am
Besut trg info
09:50 KLG/ SEL
RB(T)TAHAN SEMUA KENDERAAN JALAN KAPAR BATU 8 SELEPAS SEKOLAH MEMANDU MENGHALA KE RANTAU PANJANG ARAH KLANG.
#KLANG"CREW
#KPC/KL-SRG
PerakDarulRidzuan
21July2025
9:25Pagi
Ipoh lumut higway siputeh muka tengok seri iskandar depan bomba tronoh Trafik bikin block
*🔰 IPOH INFO CREW 🔰*
🐯 *Kuala Lumpur 20 Jul: Penyerang skuad bawah 23 (B-23) tahun negara, Haqimi Azim Rosli mengingatkan rakan sepasukannya aksi berdepan Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno (GBK) di Jakarta, Indonesia malam esok bukan mudah.*
*Katanya, kesemua pemain perlu memberi sepenuh jiwa dan raga dalam aksi terakhir Kumpulan A itu dalam misi untuk layak ke separuh akhir Piala AFF B-23 kali ini.*
*"Menentang Indonesia nanti kita orang tak boleh ambil mudah. Jadi lepas perlawanan (selepas aksi dengan Brunei) ini, kita orang kena kembali cergas dan buat persiapan dan latihan.*
*"Kita kena bersedia dan kami akan ikut apa yang jurulatih nak," kata pemain muda yang kini beraksi bersama Kuala Lumpur City FC (KL City) dalam saingan Liga Malaysia itu.*
🐯 *Kuala Lumpur 20 Jul: "Pekakkan telinga, dan fokus ke dalam perlawanan".*
*Itu nasihat bekas pemain kebangsaan, Mahali Jasuli yang pernah melalui detik getir beraksi di Stadium Gelora Bung Karno (GBK) pada 2010 dan 2011 lalu.*
*Mahali, 36, mengakui insiden hitam di GBK hampir 14 tahun lalu masih kekal diingatannya apabila Harimau Malaya 'diserang' dengan pelbagai objektif serta provokasi hingga menyaksikan terpaksa menaiki kereta perisai barracuda untuk keluar dari venue itu.*
*Katanya, situasi sama mungkin akan dilalui skuad bawah 23 (B-23) tahun negara apabila turun menentang Indonesia dalam aksi ketiga Kumpulan A saingan Piala AFF B-23 malam esok.*
🐢 *Kuala Terengganu 20 Jul: Bintang import baharu Terengganu FC (TFC), Gabriel Silva akui mula 'jatuh cinta' untuk beraksi dengan skuad itu sejak musim lalu lagi.*
*Pemain kelahiran Brazil yang lebih mesra dipanggil 'Gabi' berkata, keinginan itu hadir ketika dia mewakili pasukannya dari Kemboja, PKR Svay Rieng FC menentang TFC dalam saingan Kejuaraan Kelab ASEAN pada musim lalu.*
*"Sebenarnya keinginan saya untuk menyarung jersi TFC ini hadir pada musim lalu lagi ketika bertemu skuad ini pada peringkat kumpulan bagi merebut Piala Shopee di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.*
*berita penuh sila follow harian metro online*
*#hanipiloiempire*
*#repoterataspokok*
*#hanisofeasupriseandgift*
*#legasisepuluh*
*Pelumba pasukan Ducati itu kini sudah memenangi 11 daripada 12 perlumbaan pecut musim ini, dan mengumpul 356 mata dalam carta keseluruhan.*
*Juara dunia enam kali itu kini berada 95 mata di hadapan adiknya, Alex Marquez dan 156 mata mengatasi rakan sepasukan dari Itali, Francesco Bagnaia, yang kini di tempat ketiga.*
*Pelumba KTM, Pedro Acosta, 21, menamatkan saingan di tempat kedua, diikuti oleh Enea Bastianini dari pasukan KTM-Tech3 di tempat ketiga.*
🎾 *Beijing 20 Jul: Pemain tenis sensasi China, Zheng Qinwen, yang mencipta nama dengan memenangi pingat emas Olimpik Paris 2024, mengumumkan dia akan berehat sementara daripada aksi Jelajah WTA selepas menjalani pembedahan siku kanan.*
*Perkembangan itu disahkan sendiri oleh Zheng menerusi satu hantaran di Instagram, dengan menyatakan keutamaan beliau ketika ini adalah untuk memberi tumpuan sepenuhnya terhadap proses pemulihan.*
*"Kini bermulalah perjalanan pemulihan saya. Beberapa minggu dan bulan akan datang, saya akan fokus sepenuhnya pada proses rawatan buat segala yang termampu untuk kembali lebih kuat dan sihat," tulisnya.*
🏁 *Tartu (Estonia) 20 Jul: Pelumba muda Toyota, Oliver Solberg, semakin hampir mencipta sensasi apabila berada di landasan terbaik untuk menjuarai perlumbaan World Rally Championship (WRC) pertamanya di Rali Estonia.*
*Pelumba Sweden berusia 23 tahun itu kini mendahului saingan dengan kelebihan 21 saat menjelang tiga peringkat terakhir, sekali gus menghampiri kemenangan bersejarah pada kemunculan sulungnya bersama pasukan Toyota.*
*Anak kepada legenda rali dunia dan juara WRC 2003, Petter Solberg, pelumba muda itu hanya beraksi secara penampilan khas (one-off) untuk Toyota sambil masih menyertai saingan tetap WRC2 musim ini.*
*Solberg mula menguasai perlumbaan sejak pagi Jumaat dan terus mempamerkan tunggangan konsisten sepanjang 125km laluan Sabtu, apabila menambah empat lagi kemenangan peringkat.*
🥊 *London 20 Jul: Oleksandr Usyk terus mengukuhkan status sebagai petinju heavyweight terbaik generasinya apabila menumbangkan pencabar muda, Daniel Dubois dalam pusingan kelima di Stadium Wembley, awal pagi tadi.*
*Lebih manis, kemenangan itu menjadikan Usyk, 38, juara heavyweight dunia tanpa kalah buat kali kedua dalam karier profesional cemerlangnya iaitu 24 kemenangan daripada 24 pertarungan, termasuk menafikan kejuaraan IBF milik Dubois.*
*Biarpun sudah menewaskan nama besar seperti Tyson Fury dan kini Dubois buat kali kedua, Usyk menegaskan dia masih belum bersedia untuk bersara, malah ingin meneruskan karier bukan kerana motivasi, tetapi disiplin.*
🥊 *Manila 20 Jul: Sorakan gemuruh memecah ruang gimnasium kolej di Manila setiap kali Manny Pacquiao melepaskan tumbukan ke arah Mario Barrios dalam pertarungan di Las Vegas, sebelum suasana bertukar hampa apabila keputusan seri diumumkan selepas 12 pusingan sengit, Ahad lalu.*
*Parti tontonan luar yang asalnya dijadualkan di kawasan Welfareville terpaksa dipindahkan ke dalam dewan selepas hujan lebat akibat Taufan Tropika Wipha.*
*Sekitar 2,000 peminat hadir menyaksikan usaha kemunculan semula legenda berusia 46 tahun itu di skrin gergasi di bawah papan skor bola keranjang.*
*"Saya sedikit kecewa kerana Pacquiao seperti mendahului di pusingan awal," kata Junel Magday, petinju muda yang hadir bersama pasukannya.*
🚵🏽♀️ *Pau (Perancis) 20 Jul: Pelumba Belanda, Thymen Arensman, mencipta sejarah peribadi apabila menjuarai Peringkat 14 perlumbaan Tour de France 2025, sekali gus mencatat kemenangan pentas pertamanya dalam kejohanan paling berprestij itu.*
*Arensman, 25, menamatkan saingan sejauh 182.6 kilometer dari Pau ke Luchon-Superbagneres di kawasan pergunungan Pyrenees dengan kelebihan 68 saat di hadapan pendahulu keseluruhan, Tadej Pogacar dari Slovenia.*
*Sementara itu, Arsenal kini sedang menumpukan pada Viktor Gyokeres dari Sporting CP, selepas menandatangani Noni Madueke RM305 juta (£50 juta).*
*Liverpool pula semakin mendalamkan rundingan untuk mendapatkan penyerang Eintracht Frankfurt, Hugo Ekitike, dalam tawaran mencecah RM468–493 juta (£78–82 juta).*
🐔 *London 20 Jul: Liverpool semakin hampir mendapatkan penyerang muda Perancis, Hugo Ekitike, selepas menghantar tawaran baharu melebihi RM468 juta (£78 juta) kepada Eintracht Frankfurt sekali gus menewaskan saingan utama, Newcastle United.*
*Menurut laporan talkSPORT, semua pihak termasuk pengarah sukan Liverpool, Richard Hughes dan rakan sejawatnya dari Frankfurt, Markus Krosche, kini sedang memuktamadkan perincian akhir seperti bonus tambahan sebelum mengesahkan perpindahan.*
*Difahamkan, Ekitike sudah bersetuju secara lisan untuk menyertai pasukan juara Liga Perdana Inggeris itu dengan kontrak selama enam tahun, menjadikannya pembelian utama baharu Liverpool musim ini.*
🤩 *Estokholm 20 Jul: Nama Diego Leon mungkin masih asing bagi penyokong tegar Manchester United, namun remaja Paraguay itu pantas mencuri perhatian selepas membuat penampilan sulung dalam aksi persahabatan pramusim menentang Leeds United, baru-baru ini.*
*Baru dua minggu menjejak kaki ke Carrington, Leon, bekas pemain Cerro Porteno sudah mula menarik minat pengendali pasukan utama, Ruben Amorim yang menyifatkan pemain berusia 19 tahun itu sebagai permata Amerika Selatan yang bakal menyinar.*
*"Dia baru datang dari Paraguay, proses adaptasi sedang berjalan. Tapi dia cepat belajar, kuat, dan saya percaya dia akan jadi pemain yang sangat bagus," kata Amorim ketika ditemu bual selepas aksi persahabatan di Stockholm.*
*Leon tidak hanya memukau jurulatih di atas padang malah kisah hubungan rapatnya dengan Lisandro Martinez turut mencuri perhatian media.*
✍🏻 *Manchester 20 Jul: Penyerang sensasi England, Marcus Rashford, kini semakin hampir menyertai gergasi Sepanyol, Barcelona, selepas Manchester United bersetuju secara prinsip untuk melepaskan pemain itu secara pinjaman untuk musim 2025/2026.*
*Perkembangan terbaharu itu didedahkan oleh The Guardian, yang melaporkan bahawa Rashford dan ejennya, Dwaine Maynard, sudah memulakan rundingan dengan pihak pengurusan Barcelona dalam satu kunjungan ke Catalonia minggu lalu.*
*United dikatakan bersedia untuk menanggung sebahagian kecil gaji Rashford yang mencecah kira-kira £325,000 seminggu (hampir RM2 juta), sementara Barcelona pula bakal diberikan opsyen pembelian tetap bernilai sekitar €35 juta (RM175 juta) pada akhir musim.*
👀 *London 20 Jul: Karier Jadon Sancho di Manchester United sekali lagi menjadi perhatian selepas laporan menyebut pemain itu kini dalam radar Nottingham Forest sebagai pengganti kepada Anthony Elanga.*
*Menurut laporan media Britain, Forest sedang mempertimbangkan langkah drastik untuk menggantikan Elanga yang dijangka meninggalkan kelab musim panas ini, dan nama Sancho muncul sebagai calon utama.*
*Pemain sayap England itu ketika ini tidak lagi menjadi sebahagian daripada perancangan kelab selepas insiden ketegangan dengan pengendali United musim lalu, sekali gus menyaksikannya dipinjamkan ke Borussia Dortmund.*
*Bagaimanapun, selepas kembali ke Old Trafford, masa depan Sancho masih belum jelas dan pelbagai spekulasi terus mengaitkannya dengan perpindahan tetap keluar dari United.*
✍🏻 *London 20 Jul: Arsenal mencetuskan kejutan dalam jendela perpindahan kali ini apabila 'menyambar' pemain sayap Chelsea, Noni Madueke, dengan nilai sekitar £50 juta (RM305 juta) sekaligus menjadi perpindahan pemain ketiga dari Stamford Bridge ke Emirates dalam tempoh dua musim.*
🚰 *Madinah 21 Jul: Pihak Berkuasa Am bagi Penjagaan Hal Ehwal Masjidilharam dan Masjid Nabawi mengumumkan bahawa sebanyak 11,830 tan air Zamzam telah digunakan di Masjid Nabawi sepanjang musim haji 1446 Hijrah, meliputi tempoh dari 1 Zulkaedah hingga 29 Zulhijah.*
*Menurut Agensi Berita Saudi (SPA), pihak berkuasa berkenaan melaksanakan usaha berterusan dan menyeluruh bagi memastikan keselesaan jemaah dengan mengangkut air Zamzam secara berterusan dan profesional dari Makkah ke Madinah sepanjang masa.*
*Usaha itu merupakan sebahagian daripada sistem bersepadu yang dikhususkan untuk penyediaan dan pengagihan air Zamzam berkualiti tinggi melalui pelbagai lokasi penyediaan air yang terletak di dalam dan pekarangan Masjid Nabawi.*
🤴🏼 *Riyadh 21 Jul: Putera Arab Saudi, Al-Waleed, yang digelar 'Putera Tidur', meninggal dunia pada Sabtu lalu, selepas hampir dua dekad terlantar dalam keadaan koma. Beliau berusia 36 tahun.*
*Pemergiannya menamatkan satu episod panjang penuh harapan dan doa, yang menyaksikan keluarganya tidak pernah berputus asa menanti keajaiban.*
*Putera Al-Waleed dikebumikan dalam satu majlis pada Ahad, yang dihadiri ramai tetamu kenamaan termasuk ahli keluarga diraja.*
*Menurut NDTV, beliau koma sejak 2005, ketika berusia 15 tahun, selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di London, United Kingdom (UK), semasa menuntut di kolej ketenteraan.*
👑 *Mexico City 21 Jul: Seorang daripada penjenayah paling dikehendaki di Ecuador, Jose Adolfo Macias atau dikenali sebagai "Fito", diekstradisi ke Amerika Syarikat (AS), lapor Agensi Berita Jerman (dpa) yang memetik laporan media kedua-dua negara.*
*"Warganegara Adolfo Macias alias 'Fito' dibawa keluar dari Pusat Tahanan La Roca di bawah kawalan Polis Kebangsaan dan Angkatan Tentera bagi tujuan proses ekstradisi," lapor media Ecuador memetik kenyataan pihak berkuasa penjara negara itu, SNAI, pada Ahad.*
*"SNAI mengesahkan bahawa pemindahan itu dilakukan mengikut ketetapan pihak berkuasa yang berwibawa."*
*Macias, ketua kumpulan jenayah berpengaruh Los Choneros, melarikan diri dari penjara keselamatan maksimum La Roca pada Januari 2024 ketika sedang menjalani hukuman penjara 34 tahun atas kesalahan termasuk pembunuhan dan pengedaran dadah. Beliau berjaya diberkas semula pada akhir Jun.*
🦁 *Beijing 21 Jul: Sebuah restoran di utara China dikecam hebat kumpulan kebajikan haiwan kerana menawarkan menu pelik kepada pelanggan, antaranya membelai anak singa.*
*Daripada tangkap layar menu itu yang tersebar di media sosial, Wanhui iaitu restoran beroperasi di bandar Taiyuan, wilayah Shanxi menyediakan empat set makan tengah hari yang bernilai 1,192 yuan (RM704.86) termasuk bermain dengan haiwan peliharaannya.*
*Profil restoran dikongsi dalam aplikasi penyenaraian restoran popular, Dazhong Dianping menunjukkan gambar anak singa selain binatang lain seperti rusa dan buaya, lapor The Guardian.*
*Menu di halaman Dianping bagaimanapun tidak menyertakan singa dalam senarai haiwan tetapi pelanggan memberitahu mereka dapat bermain dengan llama, kura-kura dan meerkat (haiwan kecil biasa di gurun atau kawasan berpasir).*
*berita penuh sila follow harian metro online*
*#hanipiloiempire*
*#repoterataspokok*
*#hanisofeasupriseandgift*
*#legasisepuluh*
*GOA_L ARENA SUKAN*
+=+=+=+=+=+=+=+=+=
🤩 *London 21 Jul: Pemain tengah Jerman, Florian Wirtz akhirnya membuat penampilan sulung bersama Liverpool selepas melengkapkan perpindahan yang memecahkan rekod dari Bayer Leverkusen bernilai £116 juta (RM709 juta) bulan lalu, ketika The Reds membelasah Stoke City 5-0 dalam aksi persahabatan tertutup.*
🇨🇳 *Hubei, China 21 Jul: Seorang pelajar universiti di sini, mengejutkan ramai apabila melahirkan bayi seberat 4.5 kilogram (kg) di bilik asrama.*
*Menurut South China Morning Post, pelajar tahun tiga itu dilaporkan melahirkan anak secara tiba-tiba di atas katil tingkat asrama ketika rakan-rakannya tidur.*
*Kejadian berkenaan berlaku pada waktu malam, dan difahamkan, pelajar itu tidak pernah memberitahu pihak universiti mengenai kehamilannya.*
*Lebih mengejutkan, rakan sebiliknya mendakwa ini bukan kali pertama pelajar itu melahirkan anak.*
🇻🇳 *Ha Long Bay, Vietnam 21 Jul: Suasana pilu menyelubungi jeti Teluk Ha Long Bay semalam apabila waris mangsa menangis teresak-esak menunggu khabar tentang ahli keluarga mereka yang terbabit dalam tragedi bot pelancong karam yang mengorbankan sekurang-kurangnya 35 nyawa.*
*Buah-buahan dan bunga ditaburkan di pinggir laut sebagai tanda penghormatan kepada mangsa dalam insiden terburuk di Teluk Ha Long, kawasan pelancongan ikonik yang diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).*
*Bot pelancong terbabit dikenali sebagai "Wonder Sea" membawa 49 orang penumpang termasuk kanak-kanak, menurut polis wilayah Quang Ninh.*
*Operasi menyelamat diteruskan sehingga awal pagi Ahad dengan beberapa mangsa masih hilang, manakala 10 orang sedang dirawat di hospital berdekatan.*
🇮🇩 *Jakarta 21 Jul: Indonesia akan memulakan operasi pembenihan awan pada Isnin bagi menangani kebakaran hutan dan tanah yang semakin buruk di Wilayah Riau, menurut pegawai.*
*Jurucakap Agensi Pengurusan Bencana Nasional (BNPB), Abdul Muhari berkata, operasi itu akan dijalankan sekurang-kurangnya selama tujuh hari dan boleh dilanjutkan bergantung kepada keadaan di lapangan.*
*"Sebuah pesawat Cessna dijadual berlepas dari Lapangan Terbang Pondok Cabe di Wilayah Banten pada Ahad, dan operasi pembenihan awan akan dilakukan pada Isnin menggunakan natrium klorida (NaCl) untuk merangsang hujan di kawasan yang terjejas akibat kebakaran," katanya dalam kenyataan.*
🇮🇩 *Kendari 21 Jul: Kapal Motor (KM) Barcelona V yang sarat dengan ratusan penumpang dilaporkan terbakar di perairan Minahasa Utara, Sulawesi Utara di Indonesia, petang hari ini, lapor Kompas.*
*Kejadian itu menyebabkan sebahagian penumpang terpaksa terjun ke laut untuk menyelamatkan diri ketika api marak memusnahkan kapal berkenaan.*
*Pasukan Mencari dan Menyelamat (SAR) bersama penduduk tempatan sedang giat menjalankan operasi menyelamat.*
*Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang waktu tempatan, KM Barcelona V terbakar teruk di sekitar perairan Pulau Talise.*
🇮🇩 *Manado 21 Jul: Suasana panik menyelubungi perairan antara Pulau Talise dan Pulau Gangga, Minahasa Utara, Sulawesi Utara , apabila Kapal Motor (KM) Barcelona 5, terbakar pada Ahad, menyebabkan sekurang-kurangnya tiga penumpang maut, manakala ratusan lagi terselamat, lapor Kompas.*
*Kapal yang dalam perjalanan dari Melonguane, Kepulauan Talaud menuju ke Manado itu terbakar kira-kira 12 tengah hari waktu tempatan, kira-kira 60 kilometer dari Pelabuhan Manado.*
*Tiga penumpang yang disahkan maut dalam tragedi menyayat hati itu iaitu Asna Lapae, 50; Zakaria Tindiuling; dan Juliana Humulung, 40.*
*Dalam insiden itu, ratusan penumpang lain berjaya diselamatkan hasil tindakan pantas pasukan penyelamat bersama nelayan tempatan yang membantu operasi mencari dan menyelamat.*
*berita penuh sila follow harian metro online*
*#hanipiloiempire*
*#repoterataspokok*
*#hanisofeasupriseandgift*
*#legasisepuluh*
*GOA_L MEDSOS, POPULAR*
+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+
*GOA_L* 2️⃣4️⃣ *Kuching 21 Jul: Dua beranak menempuh detik cemas apabila kereta yang dinaiki terjunam ke dalam tasik di kampus Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) di Kota Samarahan, di sini, hari ini. Kedua-dua mangsa berusia 50 dan 17 tahun berjaya diselamatkan oleh orang awam yang bertindak segera selepas menyaksikan kejadian kira-kira jam 10.35 pagi. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 10.40 pagi.*
*GOA_L* 2️⃣5️⃣ *Melaka 21 Jul: Dua lelaki pekerja sebuah syarikat tenaga cedera dalam kejadian kebakaran sebuah pencawang dekat Pangsapuri Rumpun Bahagia, Jalan Bachang, di sini, hari ini. Difahamkan dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, kedua-dua pekerja berusia 30-an itu sedang melakukan kerja penyelenggaraan di stesen berkenaan sebelum berlaku letupan dan kebakaran menyebabkan mereka terkena renjatan elektrik.*
*GOA_L* 2️⃣6️⃣ *Putrajaya 21 Jul: Sistem MyVISA 2.0 iaitu platform visa digital bersepadu untuk pengurusan visa warga asing yang dilancarkan hari ini, akan mula digunakan 1 Ogos ini. Sistem berkenaan dilancarkan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah sempena sambutan Hari Imigresen ke-103 yang bertemakan 'AI menerajui reformasi Imigresen' di sini. Ketua Pengarah Imigresen Datuk Zakaria Shaaban berkata, MyVISA 2.0 menawarkan pengurusan visa lebih pantas dan cekap dengan penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI).*
*GOA_L* 2️⃣7️⃣ *Sipitang 21 Jul: "Saya mahu siasatan yang telus, adil dan saksama," kata ibu pelajar tingkatan satu, Zara Qairina Mahathir yang meninggal dunia, di asrama di sebuah sekolah, di sini, baru-baru ini. Kejadian membabitkan pelajar berasal dari Sipitang itu didakwa turut dikaitkan dengan insiden buli dalam kalangan pelajar di sekolah berkenaan. Noraidah Lamat, 45, yang juga seorang guru berkata, kali terakhir dia bertemu anak perempuan tunggalnya ketika menghadiri program gotong-royong di sekolah anaknya pada 12 Julai.*
*GOA_L* 2️⃣8️⃣ *Putrajaya 21 Jul: Langkah kerajaan mewajibkan ketua pegawai eksekutif (CEO) di syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) untuk mengisytiharkan harta kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah langkah pencegahan bagi meningkatkan akauntabiliti masing-masing. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, menerusi pengisytiharan harta, masyarakat dapat menilai bahawa setiap ketua organisasi tidak akan sewenang-wenangnya meningkatkan kekayaan menerusi kedudukan mereka.*
*GOA_L* 2️⃣9️⃣ *Kuching 21 Jul: Wanita yang memandu kereta yang terjunam ke dalam tasik di kampus Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) di Kota Samarahan, hari ini disahkan lemas. Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, Superintenden Damataries Launtin yang mengesahkan perkara itu berkata, mangsa Nur Shareefah Lusia Abdullah, 50, meninggal dunia manakala anaknya Nur Badrina Saharidan, 17, yang turut berada dalam kenderaan itu selamat.*
*GOA_L* 3️⃣0️⃣ *Padang Besar 21 Jul: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Utara menggagalkan cubaan menyeludup dadah selepas merampas guni mengandungi 23 kilogram (kg) ganja bernilai lebih RM690,000 di kawasan tembok keselamatan sempadan, di sini, hari ini. Barang larangan itu ditemui pasukan pegawai dan anggota Kompeni C, Batalion 18 PGA, Pengkalan Hulu yang menjalankan pemantauan menerusi operasi Op Taring Wawasan Kedah/Perlis, kira-kira 5 pagi.*
*berita penuh sila follow harian metro online*
*#hanipiloiempire*
*#repoterataspokok*
*#hanisofeasupriseandgift*
*#legasisepuluh*
*GOA_L LUAR NEGARA*
=+=+=+=+=+=+=+=+=
🇹🇷 *Istanbul 21 Jul: Sebuah kapal bantuan menuju Gaza belayar daripada Pelabuhan Gallipoli di selatan Itali pada pagi Ahad dalam usaha terbaharu untuk menembusi sekatan Israel yang berpanjangan ke atas wilayah Palestin itu, lapor Anadolu Ajansi (AA).*
*GOA_L* 8️⃣ *Kuala Lumpur 21 Jul: Tekong dan awak-awak sebuah bot yang membawa 32 pendatang asing tanpa izin (Pati) bertindak terjun ke laut bagi mengelak ditahan ketika serbuan Pasukan Polis Marin (PPM) dalam Ops Taring Gelora Khas. Insiden berlaku di dua batu nautika dari pesisir pantai Sungai Pulai, Bagan Nakhoda Omar di Sabak Bernam, Sabtu lalu.*
*GOA_L* 9️⃣ *Georgetown 21 Jul: Anggota bomba dan penyelamat membantu membawa turun mayat pendaki yang meninggal dunia di jalur pendakian Moongate, Jalan Kebun Bunga, di sini, hari ini. Mangsa, Lim Kee Wan, 60, dari Tanjong Bungah ditemukan tidak sedarkan diri di Stesen 4 jalur pendakian itu sebelum disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan di lokasi.*
*GOA_L* 🔟 *Muar 21 Jul: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor membuat laporan polis terhadap pempengaruh dan adik lelakinya susulan tindakan memberi maklumat palsu berhubung kehilangannya di Sungai Tui, Bukit Kepong, Isnin lalu. Ketua Zon 4, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor, Norshuhada Amsari berkata, laporan dibuat semalam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar atas nasihat Ketua Pengarah JBPM, Datuk Nor Hisham Mohammad.*
*GOA_L* 1️⃣1️⃣ *Kuala Lumpur 21 Jul: Kerajaan akan terus membawa suara rakyat Malaysia yang menyokong perjuangan warga Palestin walaupun tidak menerima komitmen tegas daripada Amerika Syarikat (AS). Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Setiausaha Negara AS Marco Rubio, memberikan pelbagai alasan ketika penderitaan rakyat Palestin dibangkitkan dalam sela-sela Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN ke-58, baru-baru ini.*
*GOA_L* 1️⃣2️⃣ *Putrajaya 21 Jul: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kerajaan pimpinannya berjaya mengurangkan hutang baharu tahunan kepada RM77 bilion pada 2024 daripada RM99 bilion pada 2022. Ini sekali gus memenuhi komitmen pengurusan fiskal yang lebih berhemat dan hanya pembayaran faedah (bunga) hutang lama yang masih belum lagi dapat dikurangkan, kata beliau. "Hutang baharu yang kerajaan buat (adalah) RM99 bilion pada 2022, turun kepada RM93 bilion pada 2023 dan pada 2024, jumlahnya adalah RM77 bilion... kuranglah tu.*
*GOA_L* 1️⃣3️⃣ *Kuala Lumpur 21 Jul: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menyerahkan siasatan kemalangan helikopter Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Sungai Pulai, Gelang Patah pada 10 Julai lalu, kepada pihak berkuasa berkaitan. Menterinya, Chang Lih Kang berkata, walaupun kejadian berlaku semasa 'Multilateral Nuclear Security Detection Exercise' (MITSATOM) 2025, MOSTI tidak terbabit dalam proses siasatan. "Kita sudah serah kepada pihak berkuasa yang berkenaan. Ia bukan di bawah bidang kuasa MOSTI.*
*GOA_L* 1️⃣4️⃣ *Kota Bharu 21 Jul: Kerajaan negeri Kelantan bersedia untuk mengadakan pertemuan dengan polis dan Majlis Aids Malaysia (MAC) berhubung perjumpaan kumpulan LGBT di Kemumin, bulan lalu. Timbalan Menteri Besar, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, pertemuan itu bagi mendapatkan maklumat terperinci dan jelas supaya permasalahan dapat diselesaikan secara berhemah tanpa salah faham. Bagaimanapun katanya, setakat ini sebarang pertemuan belum dirancang.*
*GOA_L* 1️⃣5️⃣ *Kuching 21 Jul: Dakwaan bilik mayat sebuah hospital kerajaan di negeri ini dikuasai 'gangster' dianggap tidak tepat kerana individu yang kerap berkeliaran di lokasi itu sebenarnya ejen syarikat pengurusan jenazah. Seorang pesara Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang enggan dikenali berkata, mereka yang berkeliaran di bilik mayat itu kerana mahu mendapatkan pelanggan untuk khidmat pengurusan jenazah. "Sejak dulu lagi mereka memang ada, mereka sama juga dengan pekerja perkhidmatan lain seperti pekerja trak penunda yang mencari pelanggan.*
*GOA_L* 1️⃣6️⃣ *Kuala Lumpur 21 Jul: Masalah jerebu terus membimbangkan apabila dua lagi kawasan, Balok Baru Kuantan, Pahang dan Seremban, Negeri Sembilan disenaraikan sebagai lokasi terbaharu mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 2 petang tadi.
*Zarina Zainuddin alun selawat tafrijiyyah, netizen pertikai suara tak merdu… “Saya dengar nak dapat pahala, tapi dosa pula yang datang”*
PERKONGSIAN pelakon Zarina Zainuddin yang mengalunkan selawat tafrijiyyah dalam satu video yang dimuat naik di TikTok mengundang pelbagai reaksi netizen.
Dalam video berdurasi satu minit lebih itu, rata-rata pengikut meluahkan rasa kurang senang dengan alunan selawat daripada pelakon berkenaan.
Malah terdapat netizen yang mendakwa mereka mendapat dosa tanpa sedar kerana menyifatkan suara pelakon itu tidak merdu untuk didengar.
Kali pertama dengar selawat tapi dapat dosa.
"Akak buat pahala, tapi saya dapat dosa.
"Saya dengar nak dapat pahala, tapi dosa pula yang datang.
"Saya keliru nak dapat pahala atau dosa ni," antara komen netizen.
Setakat ini, video tersebut telah mendapat lebih 870,000 tontonan dan menerima lebih 4,000 komen yang kebanyakannya mengkritik dan mempersoalkan tindakan Zarina berkongsi rakaman tersebut.
Bagaimanapun, masih ada juga segelintir yang terhibur dengan perkongsian berkenaan dan menganggap niat Zarina adalah baik untuk menyemai amalan berselawat.
Sementara itu, Zarina ketika dihubungi mStar berkata video itu asalnya dirakam untuk simpanan peribadi selepas terinspirasi daripada sahabatnya yang gemar berselawat di dalam kereta.
“Saya selalu dengar kawan saya berselawat dalam kereta, jadi saya tertarik untuk berselawat sama. Itu yang saya rakamkan untuk diri sendiri,” katanya.
https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2025/07/21/zarina-zainuddin-alun-selawat-tafrijiyyah-netizen-pertikai-suara-tak-merdu-saya-dengar-nak-dapat-pahala-tapi-dosa-pula-yang-datang
=====================「ʀz」
Perak Darul Ridzuan
21 July 2025
3:50 Petang
Slim River pekan muka tengok Kolej vokasional Slim River di atas jambatan keretapi Trafik bikin block kiri kanan
Lelaki rentung dalam kebakaran rumah di Flat Hang Tuah
Oleh MOHD. FAHMI ISMAIL
21 Julai 2025, 11:53 am
KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga India berusia lingkungan 50-an ditemukan rentung dalam satu insiden kebakaran membabitkan sebuah unit rumah di tingkat 10, Blok B, Flat Hang Tuah, di sini hari ini.
Menurut Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu menerusi talian MERS999 pada pukul 2.54 pagi.
“Sebaik tiba di lokasi pada pukul 2.58 pagi, pasukan mendapati kebakaran melibatkan sebuah unit kediaman dengan keluasan kira-kira 400 kaki persegi.
“Kebakaran menyebabkan kemusnahan seratus peratus terhadap unit terlibat dan berjaya dikawal sepenuhnya pada pukul 3.10 pagi.
“Seorang mangsa lelaki ditemukan dalam keadaan tidak bernyawa di dalam bilik air rumah berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, manakala operasi pemadaman ditamatkan sepenuhnya pada pukul 5.35 pagi.
Punca kebakaran masih dalam siasatan pihak berkuasa. – KOSMO! ONLINE.
#Kosmo
@buletininfo1malaysia
Hati hati yang bawa motor lalu dekat taman layang2 kepong.
Rider nyaris putus leher kena tali layang-layang.
@buletininfo1malaysia
Wanita maut motosikal langgar anjing
21 Julai 2025, 10:28am
Oleh: Fazli Ahmad
KUANTAN: Seorang wanita maut manakala rakannya cedera selepas motosikal yang dinaiki mereka melanggar seekor anjing di Jalan Kuantan-Maran, berhampiran Pondok Polis Paya Bungor, di sini, petang semalam.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, dalam nahas kira-kira jam 6.30 petang itu, penunggang motosikal, Che Zaiton Ahmad, 54, yang berasal dari Felda Lepar Hilir 4, di sini, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.
Menurutnya, pembonceng motosikal, Norizura Rohani, 41, mengalami luka di beberapa bahagian badan dan kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini.
Katanya, kemalangan berlaku ketika dua wanita terbabit dalam perjalanan dari arah Temerloh menghala ke Felda Lepar Hilir.
“Motosikal dinaiki mereka melanggar seekor anjing yang secara tiba-tiba melintas jalan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Adli berkata, polis meminta saksi kejadian menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPTD), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan bagi membantu siasatan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menunggang motosikal secara cuai hingga menyebabkan kemalangan maut.
Katanya, pengguna jalan raya dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dan mengutamakan keselamatan, khususnya di kawasan yang kurang pencahayaan serta berisiko tinggi berlaku kemalangan.
Artikel : Buletin Tv3
@buletininfo1malaysia
*Johor / Muar*
🔴 Isnin
🔵 09:40am
Roadblock JPJ
📍Lebuh AMJ, dari Melaka /🚦Sungai Rambai / Balai Polis Kesang ⏩👮🏻♂⏩ Tg Gading / Bandar Muar.
🚔 Block depan Stesen Timbang JPJ Kesang.
🔰#Kesang
21July2025/Terengganu
0923hrs : SJR (J) sebelum bulatan kecil Bukit Losong dari Kg.Losong menghala Pulau Sekati/Kg.Paloh.
*#inforoadblock*
PerakDarulRidzuan
21July2025
9:43Pagi
Kampong Paloh Muka Tgok Medan Kidd Jambatan Atas Port Biasa Abang Trafik Bikin Block Sebelum Block Dekat Trafik Light Ada Hantu
*PBRC9🍼*
*Perlumbaan mendaki yang sukar itu turut menyaksikan juara bertahan tiga kali, Pogacar, mengekalkan Jersi Kuning, selain menjarakkan lagi kedudukan dengan pencabar terdekatnya, Jonas Vingegaard dari Denmark.*
🏸 *Kuala Lumpur 20 Jul: Hasrat beregu lelaki profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani untuk mempertahankan kejuaraan Terbuka Jepun lebur di tangan gandingan pasangan nombor tiga dunia dari Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung Jae.*
*Beraksi di Gimnasium Metropolitan Tokyo, pasangan negara yang juga ranking nombor satu dunia itu terpaksa akur tewas straight set 16-21, 17-21 dalam tempoh 38 minit, sekali gus menyaksikan impian mereka untuk merangkul gelaran kedua tahun ini selepas muncul juara Terbuka India tidak kesampaian.*
*Sze Fei-Izzuddin cuba bangkit pada set kedua selepas kehilangan set pertama, namun lawan mereka yang kini berada di prestasi kemuncak pantas mengejar dan menoktahkan kemenangan bergaya untuk muncul juara.*
🏸 *Kuala Lumpur 20 Jul: Hasrat Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani untuk mempertahankan gelaran Terbuka Jepun musnah selepas kecundang di tangan pasangan sensasi Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung Jae, dalam aksi final.*
*Berlangsung di Gimnasium Metropolitan Tokyo, pasangan nombor satu dunia itu terpaksa akur tewas straight set 16-21, 17-21 dalam tempoh 38 minit, sekali gus gagal menjulang gelaran kedua musim ini selepas Terbuka India, Januari lalu.*
*Apa yang lebih memeritkan, kekalahan itu menyaksikan takhta ranking nombor satu dunia milik Sze Fei-Izzuddin secara rasmi bertukar tangan kepada pasangan Korea itu apabila ranking terkini Persekutuan Badminton Dunia (BWF) dikemas kini, Selasa ini.*
🏸 *Kuala Lumpur 20 Jul: Pasangan beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah terus tenggelam dalam permainan beregu nombor satu dunia dari China, apabila sekali lagi kecundang di tangan Liu Sheng Shu-Tan Ning dalam aksi final Terbuka Jepun.*
*Berlangsung di Gimnasium Metropolitan Tokyo, Pearly-Thinaah yang menghuni ranking ketiga dunia terpaksa akur tewas straight set 15-21, 14-21 dalam tempoh 45 minit kekalahan kelima berturut-turut mereka kepada pasangan muda China itu.*
*Ia sekali gus memadam impian untuk membalas dendam selepas tewas dalam empat pertemuan terakhir, termasuk di separuh akhir Terbuka Indonesia, bulan lalu.*
🏸 *Kuala Lumpur 20 Jul: Pengarah Kejurulatihan Beregu Kebangsaan, Rexy Mainaky mengakui barisan pemain negara perlu segera bangkit kembali fokus di Terbuka China yang bermula Selasa ini selepas tamatnya cabaran di Terbuka Jepun.*
*Melihat dari keseluruhan prestasi, Rexy berpuas hati dengan prestasi pemain tetapi ia belum cukup sempurna kerana ada kelemahan yang perlu diperbaiki. Antaranya prestasi beregu utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang bermula agak perlahan ketika berdepan rakan senegara Ong Yew Sin-Teo Ee Yi di pusingan pertama.*
*"Pencapaian semua okay. Ada beberapa perkara perlu diperbaiki. Aaron-Wooi Yik mula agak perlahan di Jepun jadi mereka perlu buat lebih baik di China selepas ini.*
🐯 *Kuala Lumpur 20 Jul: Kekuatan mental dan fizikal bakal menjadi benteng ampuh buat skuad bawah 23 (B-23) tahun negara apabila turun menentang Indonesia dalam perlawanan hidup mati saingan Piala AFF B-23 di Stadium Gelora Bung Karno (GBK), di Jakarta, Indonesia malam esok.*
*Menurut pengendali pasukan, Nafuzi Zain, suasana GBK dijangka riuh dengan ribuan penyokong tuan rumah bakal membanjiri venue itu pada aksi terakhir Kumpulan A yabg bakal menjadi penentu hala tuju kedua-dua pasukan.*
*Jelas Nafuzi yang juga bekas pengendali Terengganu FC dan Kedah Darul Aman FC itu, beliau mahu anak didiknya memberi fokus sepenuhnya dengan tidak melayan sebarang provokasi melampau penyokong tuan rumah.*
*"Kita tahu dan semua tahu yang penyokong Indonesia begitu luar biasa, dengan penyokong fanatik.*
*Langkah itu turut mencetuskan kemarahan segelintir penyokong The Gunners yang masih belum 'move on' dengan perpindahan Kai Havertz sebelum ini.*
*Namun, bagi pengurus Mikel Arteta, keputusan membawa masuk Madueke dibuat berasaskan data prestasi dan potensi jangka panjang, bukan sentimen.*
*Pemain berusia 22 tahun itu mungkin belum menyerlah sepenuhnya bersama Chelsea musim lalu, namun statistik menunjukkan impak Madueke dalam aspek 1 lawan 1, laju pecutan, dan ancaman di zon akhir adalah antara yang tertinggi dalam kalangan pemain bawah 23 tahun Liga Perdana Inggeris.*
🥳 *London 20 Jul: Era baharu Tottenham di bawah kendalian Thomas Frank dimulakan dengan langkah kanan selepas menumpaskan Reading 2-0 dalam aksi pra-musim yang berlangsung di Stadium Select Car Leasing.*
*Pengendali Denmark itu memperkenalkan formasi 4-2-3-1 fleksibel, mencuba pelbagai kombinasi pemain muda dan senior menunjukkan niat untuk bangunkan gaya permainan lebih bertenaga dan terancang sejak awal lagi.*
*Kedua-dua gol dijaringkan selepas rehat dengan yang pertama oleh Will Lankshear (minit ke-49) hasil sepakan sudut kreatif oleh Mohammed Kudus, manakala jaringan kedua disempurnakan pertahanan muda, Luka Vuskovic pada minit ke-53.*
😪 *Rio De Janeiro 20 Jul: Permulaan mengecewakan buat jurulatih baharu Bayer Leverkusen, Erik ten Hag apabila pasukan bimbingannya dimalukan 1-5 oleh skuad Bawah 20 tahun CR Flamengo dalam aksi persahabatan pertama mereka di Brazil, awal pagi tadi.*
*Perlawanan itu juga adalah debut rasmi Ten Hag bersama kelab Bundesliga itu selepas mengambil alih tugas daripada Xabi Alonso awal bulan ini, namun ia jauh daripada yang diharapkan.*
*Walaupun menurunkan barisan pemain utama seperti Victor Boniface, pemain baharu Axel Tape dan Jonas Hofmann, Leverkusen dikejutkan dengan dua jaringan pantas dalam tempoh 10 minit pertama dalam cuaca panas di Rio de Janeiro.*
🏟️ *Barcelona 20 Jul: Barcelona terpaksa menangguhkan rancangan untuk kembali beraksi di Camp Nou pada Ogos ini, sekali gus menolak semula tarikh pembukaan semula stadium ikonik mereka.*
*Kelab Catalan itu pada awalnya merancang mengadakan aksi persahabatan pada 10 Ogos sebagai perlawanan sulung selepas dua tahun kerja pembinaan, namun gagal memperoleh lesen untuk membuka sebahagian stadium kepada penonton.*
*"Disebabkan skala kerja pembinaan yang besar, mustahil memenuhi semua syarat yang ditetapkan oleh peraturan untuk mendapatkan lesen pendudukan pertama," kata kenyataan rasmi kelab.*
*Barcelona kini menjangka perlawanan pertama di Camp Nou adalah aksi La Liga menentang Valencia pada 13 atau 14 September, selepas tiga perlawanan awal musim berlangsung di tempat lawan.*
✍🏻 *Riyadh 20 Jul: Al‑Nassr dikhabarkan hampir selesai mendapatkan pertahanan kebangsaan Slovakia, David Hancko, dengan bayaran €33 juta (RM158 juta) selain tambahan bonus membabitkan perpindahan pertama kelab era Jorge Jesus dan diyakini mendapat restu daripada Cristiano Ronaldo sendiri.*
*Berita itu turut mengesahkan pengaruh besar Ronaldo dalam rundingan menurut Fabrizio Romano, kapten Al‑Nassr menyokong kuat pengambilan Hancko, yang akan menandatangani kontrak sehingga 2028 dengan pilihan perlanjutan setahun.*
*Hancko dikatakan menjadi pertahanan ideal buat kelab selepas kelibat Aymeric Laporte disahkan bakal meninggalkan skuad musim ini, menjadikan kontrak ini sangat strategik dari segi jangka panjang pertahanan kiri.*
🏍️ *Brno 19 Jul: Marc Marquez mengukuhkan cengkaman dalam kejuaraan MotoGP 2025 apabila memenangi perlumbaan pecut MotoGP Republik Czech, hari ini, selepas memintas rakan senegara, Pedro Acosta, pada pusingan kedua terakhir.*
🚙 *Beijing 20 Jul: Seorang pengaturcara di China menjadi perhatian selepas kisahnya tinggal dalam kereta selama hampir tiga tahun tular di media sosial.*
*Yin yang berusia 38 tahun bekerja di Beijing, sementara isteri dan dua anaknya menetap di Tianjin, kira-kira 130 kilometer (km) dari ibu kota, disebabkan peluang pekerja terhad di bandar kelahirannya.*
*Lelaki itu berkata, dia akan menghabiskan sepanjang minggu tinggal di dalam keretanya yang lengkap dengan tilam dan kemudahan asas lain, serta akan pulang ke kampung pada setiap Jumaat untuk menghabiskan hujung minggu bersama keluarga.*
*Pada setiap Isnin pula, Yin akan memandu 130km ke tempat kerjanya di Beijing seawal 5.30 pagi, malah rutin berkenaan dikekalkan selama hampir tiga tahun membolehkan dia berjimat.*
💊 *Beijing 20 Jul: Taksub untuk kurus menyebabkan seorang wanita di Shanghai, China mengambil ubat langsing dipercayai julap sehingga 200 biji pil sehari selama 12 tahun.*
*Namun hanya kesengsaraan yang ditanggung wanita berusia 39 tahun itu apabila berat badannya merosot hingga 25 kilogram (kg), menyukarkannya untuk berjalan dan hanya memperlihatkan tulang.*
*Portal Must Share News melaporkan wanita itu bergantung kepada pil merah jambu kecil iaitu sejenis julap dari Jepun sebagai sebahagian daripada usahanya untuk menurunkan berat badan.*
*Berat asal wanita itu kira-kira 40kg, namun dia dilapor masih tidak berpuas hati dengan bentuk tubuh terutama di bahagian paha, sebelum menemui pil berkenaan yang dikatakan dapat merangsang saraf bagi mengurangkan pergerakan usus dan melegakan sembelit.*
📲 *Kathmandu 20 Jul: Nepal menyekat akses kepada aplikasi Telegram pada Jumaat, mengatakan bahawa platform media sosial itu digunakan untuk aktiviti jenayah, lapor Xinhua.*
*Pihak Berkuasa Telekomunikasi Nepal mengeluarkan notis yang mengarahkan penyedia perkhidmatan telekomunikasi menghentikan akses kepada aplikasi itu serta-merta.*
*"Jumlah penipuan dalam talian terus meningkat di Nepal dengan penggunaan aplikasi Telegram. Difahamkan aplikasi itu telah digunakan dalam jenayah serius seperti pengubahan wang haram.*
*"Oleh itu, semua penyedia perkhidmatan telekomunikasi diarahkan untuk segera menyekat atau menutup akses kepada aplikasi Telegram," kata notis itu.*
*berita penuh sila follow harian metro online*
*#hanipiloiempire*
*#repoterataspokok*
*#hanisofeasupriseandgift*
*#legasisepuluh*
*GOA_L ARENA SUKAN*
+=+=+=+=+=+=+=+=+=
👑 *New Jersey 20 Jul: Lionel Messi terus membuktikan statusnya sebagai legenda hidup apabila meledak dua gol dan mencipta dua bantuan jaringan untuk mengilhamkan kemenangan besar Inter Miami 5-1 ke atas New York Red Bulls, pagi tadi.*
*Dalam aksi yang berlangsung di Red Bull Arena, Messi menjadi watak utama apabila membantu kelabnya bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk mengutip tiga mata penting dalam saingan Major League Soccer (MLS).*
*Kekalahan ini menyaksikan Red Bulls gagal untuk mencatat kemenangan kedua berturut-turut di laman sendiri selain tewas kali kedua kepada Inter Miami musim ini.*
🤩 *London 20 Jul: Tingkat kesibukan dalam jendela perpindahan sepanjang Julai 2025 dengan Liverpool dan Arsenal bersaing sengit sementara Manchester United pula hampir sempurnakan perpindahan lain.*
*United sedang mendekati penyelesaian untuk capai persetujuan dengan Brentford bagi Bryan Mbeumo, dengan pemain itu dijadual melakukan pemeriksaan kesihatan dalam tempoh terdekat, lapor Independent.*
*Selepas itu, fokus peminat kini pada nama besar seperti Marcus Rashford yang sedang dalam perbincangan rasmi bersama Barcelona, tetapi kemas kini minggu ini menunjukkan Mbeumo lebih hampir menyertai United.*