Selamat Datang ke Buletin Info 1 Malaysia Channel ini akan berkongsi info tentang... 🔍🚓🚑🚒INFO ROADBLOCK 1 MALAYSIA & KEMALANGAN DALAM DAN LUAR NEGARA TERKINI
*Ketua BNPB Leftenan Jeneral Suharyanto berkata, 11 lagi kes masih dalam siasatan, dengan semua proses perundangan dijalankan mengikut undang-undang negara.*
*Beliau menegaskan bahawa tindakan penguatkuasaan undang-undang dilaksanakan seiring dengan operasi pemadaman kebakaran bagi memastikan tindak balas yang menyeluruh dan terkoordinasi.*
🇮🇩 *Jakarta 23 Jul: Misteri penemuan mayat wanita yang ditemukan dalam keadaan tangannya diikat ke belakang di kawasan semak di Cisauk, Kabupaten Tangerang, Banten pada 16 Julai lalu akhirnya terbongkar apabila polis mengesahkan mangsa dibunuh oleh bekas teman lelaki bersama dua rakannya, lapor Detik News.*
*Mangsa dikenali sebagai APSD, 22, ditemui dalam keadaan menyayat hati selepas dipercayai dibunuh dengan kejam oleh RRP, 19, yang berdendam selepas mangsa menuntut hutang dan memalukannya di media sosial, lapor Kompas.*
*Ketua Subbahagian Penerangan Awam Polis Daerah Metropolitan Jakarta, Penolong Pesuruhjaya Kanan Polis (AKBP) Reonald Simanjuntak pada Jumaat berkata, tiga suspek berjaya diberkas sehari selepas penemuan mayat pada 17 Julai lalu.*
*"Suspek pertama ditahan di Tegal, manakala dua lagi rakannya berusia 21 tahun dan 17 tahun diberkas di Serpong dan Parung Panjang. Salah seorang suspek adalah remaja bawah umur," katanya.*
*berita penuh sila follow harian metro online*
*#hanipiloiempire*
*#repoterataspokok*
*#hanisofeasupriseandgift*
*#legasisepuluh*
*GOA_L MEDSOS, POPULAR*
+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+
🤬 *Kuala Lumpur 23 Jul: Tindakan biadap segelintir penyokong Indonesia yang didakwa mengangkat bendera Jalur Gemilang secara terbalik adalah perbuatan tidak boleh dimaafkan dan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) perlu mengambil tindakan tegas terhadap perkara itu.*
*Bukan sahaja FIFA, Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) juga perlu menunjukkan contoh yang baik dan ketegasan kerana apa yang dilakukan itu bukan menunjukkan semangat kesukanan, tetapi provokasi sehingga boleh mencetuskan pergaduhan antara dua negara.*
*Menurut peguam berpengalaman dalam bidang sukan, Mohamad Suhail Rahimi Abdul Razak, kesalahan itu perlu dipandang serius dan FIFA boleh mengambil tindakan undang-undang seperti yang termaktub dalam peraturan mereka.*
*Terdahulu, tersebar satu gambar menunjukkan penyokong Indonesia mengangkat bendera secara terbalik dan ada simbol pangkah di tengah-tengah bendera.*
*Malah, gambar itu membuat peminat terutama daripada Malaysia sangat marah dengan perbuatan tidak cerdik itu dan berharap FIFA boleh mengambil tindakan tegas serta jangan sesekali memberi muka kepada pesalah.*
👑 *Kuala Lumpur 23 Jul: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menasihati orang ramai agar sentiasa berwaspada susulan keadaan cuaca kering ketika ini yang boleh meningkatkan risiko kebakaran dan jerebu.*
*Seri Paduka Baginda bertitah keadaan itu juga menjejaskan kesihatan khususnya dalam kalangan kanak-kanak, warga emas serta individu yang menghidap masalah pernafasan.*
*"Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa menjaga kesihatan diri serta memantau bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) dari semasa ke semasa. Ini kerana keadaan cuaca panas dan kering boleh menyebabkan kebakaran merebak dengan cepat," titah Seri Paduka Baginda menerusi kenyataan dimuat naik di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.*
*Sultan Ibrahim turut menitahkan agar pihak berkuasa mempertingkatkan rondaan dan pemantauan terhadap sebarang aktiviti pembakaran terbuka yang boleh menjejaskan kualiti udara negara.*
🫵🏻 *Kuala Lumpur 23 Jul: Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, untuk menghadapkannya ke mahkamah berhubung dakwaan kesalahan dalam isu tuntutan Pulau Batu Puteh.*
🇵🇸 *Ramallah 23 Jul: Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin bersama Persatuan Tahanan Palestin (PPS) memaklumkan bahawa jumlah tahanan pentadbiran, termasuk wanita dan kanak-kanak Palestin di penjara Israel melebihi 3,600 orang setakat awal Julai, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).*
*Dalam kenyataan yang dikeluarkan Selasa lalu, kedua-dua pertubuhan itu memaklumkan bahawa pihak berkuasa Israel mengeluarkan arahan penahanan pentadbiran terhadap 25 lagi tahanan Palestin.*
*Tempoh penahanan berbeza-beza antara tiga hingga enam bulan.*
*Dasar penahanan pentadbiran Israel membolehkan penahanan rakyat Palestin tanpa sebarang pertuduhan atau perbicaraan, dalam tempoh yang boleh diperbaharui berdasarkan bukti rahsia yang tidak didedahkan bahkan kepada peguam tahanan.*
🇵🇸 *Gaza 23 Jul: Sekurang-kurangnya 85 orang terbunuh, manakala ramai lagi cedera dalam serangan udara Israel di seluruh Semenanjung Gaza sejak awal Selasa, lapor Anadolu Ajansi memetik sumber perubatan.*
*Seramai 15 warga Palestin maut dalam serangan ke atas sebuah kediaman di barat laut Gaza.*
*Di utara Gaza, lima lagi terbunuh dan beberapa yang lain cedera apabila kawasan kejiranan Al-Nasr di sebelah barat Bandar Gaza, diserang.*
*Seramai 12 rakyat Palestin turut terkorban ketika menunggu trak bantuan berhampiran kawasan Zikim di utara Beit Lahia yang kini dikuasai Israel.*
🇨🇦 *Hamilton 23 Jul: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Selasa mengecam serangan tentera Israel ke atas kediaman kakitangan dan gudang utama agensi itu di tengah Semenanjung Gaza, sambil menegaskan komitmennya untuk terus melaksanakan misi kemanusiaan di wilayah terkepung itu, lapor Anadolu Ajansi.*
*Bercakap kepada media dalam sidang media secara maya, Wakil WHO ke wilayah Palestin yang diduduki, Dr. Rik Peeperkorn berkata tentera Israel menyerang kediaman kakitangannya di Deir al Balah sebanyak tiga kali pada Isnin, termasuk gudang utama serta turut menahan kakitangan serta ahli keluarga mereka.*
*"Serangan itu menjejaskan kediaman kakitangan, yang kini tidak lagi boleh diakses oleh 43 kakitangan dan ahli keluarga," katanya.*
🇺🇸 *New York 23 Jul: Universiti Columbia berkata pada Selasa ia telah mengeluarkan pelbagai hukuman, termasuk pemecatan dan pembatalan ijazah, terhadap pelbagai pelajar yang terlibat dalam protes anti-Israel di kampus.*
*Sekatan itu yang menurut kumpulan pelajar menyasarkan hampir 80 orang, dibuat ketika ia berunding dengan pentadbiran Presiden Donald Trump untuk memulihkan AS$400 juta dalam pembiayaan persekutuan yang dipotong.*
*Trump telah memberikan tekanan yang kuat ke atas universiti berprestij itu dan lain-lain, menuduh mereka gagal menangani dakwaan anti-Semitisme di tengah-tengah bantahan di seluruh negara tahun lalu terhadap perang Israel di Gaza.*
🇺🇸 *Washington 23 Jul: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Selasa mengumumkan bahawa beliau mencapai perjanjian perdagangan "penting" dengan Jepun, yang menyaksikan negara Asia itu bersetuju dengan tarif timbal balik sebanyak 15 peratus, lapor Kyodo News.*
*Jepun turut memperoleh beberapa konsesi, dengan pentadbiran Trump mengurangkan separuh tarif tambahan sebanyak 25 peratus ke atas kereta yang diimport dari negara itu.*
*"Tiada yang pernah setanding dengannya," kata Trump menerusi media sosial, sambil menambah bahawa Jepun akan membuka pasaran bagi kereta, trak, beras, beberapa produk pertanian dan barangan lain.*
*Pengumuman itu dibuat selepas ketua perunding tarif Jepun, Ryosei Akazawa bertemu dengan Trump di Rumah Putih.*
"PDRM mengesan dua kes yang dilaporkan iaitu kes penculikan warga Palestin dan kes memiliki enam pucuk senjata api yang didalangi oleh kumpulan ini.*
*GOA_L* 1️⃣6️⃣ *Subang 23 Jul: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mempergiat usaha untuk memperkasa keupayaan anti-dronnya, susulan kebimbangan yang semakin meningkat terhadap ancaman yang dibawa oleh dron dalam peperangan moden. Panglima Tentera Udara, Jeneral Datuk Seri Muhamad Norazlan Aris berkata, dron terbukti menjadi ancaman serius kerana kosnya yang murah dan keberkesanannya.*
*GOA_L* 1️⃣7️⃣ *Ayer Keroh 23 Jul: Kerajaan negeri akan mewartakan pengharaman penggunaan rokok elektronik atau vape di negeri itu dalam tempoh terdekat. EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman, berkata ia susulan keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka yang bersidang pada 10 Disember 2015 memutuskan penggunaan rokok berkenaan adalah haram.*
*GOA_L* 1️⃣8️⃣ *Kuala Lumpur 23 Jul: Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) mengesan taktik penipuan e-dagang yang popular dan menunjukkan trend membimbangkan, tahun ini. Pengarahnya Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, antara modus operandi yang sering dilakukan adalah penjualan palsu yang menawarkan barangan tidak wujud dan tidak dihantar walaupun pembayaran dibuat.*
*GOA_L* 1️⃣9️⃣ *Sungai Buloh 23 Jul: Seorang bayi lelaki meninggal dunia akibat diserang sekumpulan anjing di Kampung Orang Asli Sungai Buloh, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada seorang pegawai perubatan pada jam 8.40 pagi. "Pengadu melaporkan menerima seorang bayi lelaki berusia setahun tujuh bulan dalam keadaan tidak sedarkan diri di Zon Merah wad kecemasan Hospital Sungai Buloh.*
*GOA_L* 2️⃣0️⃣ *Kuala Lumpur 23 Jul: Individu yang menyerahkan akaun bank kepada pihak lain adalah perbuatan jenayah dan boleh dikenakan tindakan undang-undang, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Rusdi Mohd Isa. Beliau berkata, pihaknya mencatatkan peningkatan kes 'keldai akaun' yang lazimnya digunakan sindiket penipuan dalam talian untuk menyembunyikan aliran wang haram. Menurutnya, sebanyak 39,006 akaun dikenal pasti digunakan sebagai keldai akaun bagi tempoh Januari hingga kelmarin, dengan lebih 10,000 pemilik akaun sudah dituduh di mahkamah.*
*GOA_L* 2️⃣1️⃣ *Kuala Lumpur 23 Jul: Penjaja di sembilan tapak perniagaan di Desa Pandan di sini, yang sebelum ini diarahkan mengosongkan premis bagi memberi laluan kepada kerja pembesaran jalan di Jalan 2/76D kini boleh menarik nafas lega apabila Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberi jaminan tidak akan meneruskan tindakan perobohan buat masa ini. Jaminan itu dibuat selepas Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang membawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif turun padang meninjau kawasan terbabit hari ini.*
*GOA_L* 2️⃣2️⃣ *Segamat 23 Jul: Batalion 5 Pasukan Gerakan Am (PGA) Simpang Renggam berjaya menumpaskan sindiket pemprosesan sisa elektronik (e-sisa) dalam serbuan di sebuah premis di Jalan Batu Anam, Buloh Kasap, di sini dengan nilai rampasan RM190 juta. Pegawai Pemerintah Superintendan Salehin Sulaiman berkata, menerusi operasi bersepadu yang dijalankan pada 16 Jun lalu bersama Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Imigresen dan Majlis Perbandaran Segamat, pihaknya mendapati sindiket berkenaan aktif sejak setahun lalu.*
*GOA_L* 2️⃣3️⃣ *Kuala Lumpur 23 Jul: Seorang lelaki warga Jepun ditemui mati di dalam kereta di kawasan parkir sebuah residensi di Jalan Peel, di sini, selepas tidak dapat dihubungi isterinya sejak 19 Julai lalu. Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassan berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki tempatan berhubung penemuan mangsa pada 9.32 malam semalam.
*G🅰️RA🅿️AN 🔛9️⃣ 🅰️L_LI🆖GI*
*بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ*
*السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ & SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA FOLLOWER GOA_L.*
*KHAMIS 24 JULAI 2025 MASIHI BERSAMAAN 28 MUHARRAM 1447 HIJRAH*
*LIVE FROM KAWAN FOOD FROZEN PULAU INDAH KLANG*
*WAKTU SOLAT DAERAH KLANG/ KUALA LANGAT DAN KAWASAN SEWAKTU DENGANNYA*
*IMSAK* : *05:51am*
*SUBUH* : *06:01am*
*SYURUK* : *07:12am*
*ZOHOR* : *13:23pm*
*ASAR* : *16:46pm*
*MAGHRIB* : *19:30pm*
*ISYAK* : *20:44pm*
*artikel disiarkan pada tarikh 23jul*
*harianmetroonline*
*by:hanipiloiempire*
*since2011*
*GOA_L DALAM NEGARA*
+=+=+=+=+=+=+=+=+=+
*GOA_L* 1️⃣ *Kuala Lumpur 23 Jul: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima 60 laporan polis dari seluruh negara setakat Rabu lalu, berhubung perhimpunan yang dijadual berlangsung Sabtu ini di ibu negara. Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, perhimpunan tersebut dijangka disertai antara 10,000 hingga 15,000 peserta, membabitkan gabungan badan bukan kerajaan (NGO), mahasiswa serta masyarakat awam.*
*GOA_L* 2️⃣ *Kuala Lumpur 23 Jul: Jabatan Peguam Negara (AGC) hari ini menjelaskan bahawa penjawat awam adalah tertakluk kepada arahan khusus yang dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN) berhubung larangan menyertai sebarang perhimpunan awam. AGC dalam kenyataan hari ini memaklumkan sebarang kegagalan mematuhi P.U. (A) 1/2012, P.U. (A) 395/1993, Perintah-Perintah Am, pekeliling, surat pekeliling, peraturan dan arahan lain yang dikeluarkan oleh kerajaan boleh menyebabkan tindakan tatatertib diambil ke atas pegawai awam itu di bawah P.U. (A) 395/1993.*
*GOA_L* 3️⃣ *Papar 23 Jul: Pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mencerminkan pendekatan menyeluruh dan signifikan dalam usaha kerajaan menangani kos sara hidup yang dihadapi melalui beberapa inisiatif yang bakal memberi manfaat kepada jutaan rakyat Malaysia. Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata, inisiatif utama yang diumumkan termasuk peluasan program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan memberi manfaat kepada 22 juta warganegara berusia 18 tahun ke atas dengan peruntukan RM2 bilion.*
*GOA_L* 4️⃣ *Kuala Lumpur 23 Jul: Kerajaan mengumumkan akan menurunkan harga RON95 kepada RM1.99 seliter menjelang akhir September 2025. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan kekal dengan perancangan menyasarkan subsidi petrol RON95 dengan perincian bakal diumumkan menjelang akhir September 2025. "Apa yang pasti, sepertimana pendekatan penyasaran subsidi elektrik, kerajaan beri jaminan rakyat biasa tidak akan terjejas, bahkan, sukacita saya umumkan harga petrol RON95 akan turun untuk rakyat.*
*GOA_L* 5️⃣ *Kuala Lumpur 23 Jul: Kerajaan mengumumkan pemberian RM100 secara one-off kepada setiap warganegara berusia 18 tahun ke atas melalui MyKad di bawah program Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pemberian itu boleh dibelanjakan mulai 31 Ogos ini sempena Hari Kebangsaan sehingga 31 Disember ini bagi membeli barangan asas di lebih 4,100 kedai termasuk pasar raya utama seperti Mydin, Lotus, Econsave dan 99Speedmart serta kedai runcit di semua daerah seluruh negara.*
*GOA_L* 6️⃣ *Kuala Lumpur 23 Jul: Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF) menggesa pempengaruh dan warganet tidak menghasilkan kandungan melampaui batas secara tidak bertanggungjawab demi mengejar jumlah tontonan tinggi. Ketua Pegawai Eksekutif CMCF, Mediha Mahmood berkata, kandungan digital memberikan kesan sehingga ke alam realiti dan melangkaui dunia maya, malah kandungan yang tular berpotensi mengakibatkan kekacauan dalam masyarakat, khususnya apabila menyentuh isu sensitif.*
*GOA_L* 7️⃣ *Sabak Bernam 23 Jul: Polis mengesahkan penemuan rangka manusia yang ditemui di Jalan Saring, Tebuk Jawa, Sungai Air Tawar, di sini hari ini. Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Md Yusof Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan dari seorang lelaki warga tempatan pada jam 11.12 pagi.*
Kedah
23/7/2025
Di Langkawi tngahari tadi
@buletininfo1malaysia
#Repost @majoritiofficial
Keadaan di Empangan Bukit Merah, Bagan Serai, Perak kini berada pada tahap kritikal apabila paras airnya dilaporkan telah mencecah Aras Henti Bekalan Pengairan iaitu pada ketinggian 20.00 kaki.
Artikel lanjut di instastory.
#majoriti
#empangan
#bukitmerah
@buletininfo1malaysia
8:12hrs Awas! Maklumat awal kemalangan Km 283 arah Selatan dari Ipoh (S) ke Simpang Pulai.Lorong kanan terhalang. Trafik perlahan. Pandu berhati-hati. Harap maklum. @llmtrafik
@buletininfo1malaysia
PerakDarulRidzuan
23July2025
8:07Pagi
Changkat Larang Trafik Light Menghala Botani Trafik Light Abang Trafik bikin block
*#PBRC3🍼*
Jalan Sultan Ismail pokok tumbang
@buletininfo1malaysia
Tiga maut nahas dua kenderaan dekat Tapah
Oleh Zahratulhayat Mat Arif
Julai 22, 2025 @ 1:26pm
TAPAH: Tiga maut, manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 328.9 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan di sini, pagi tadi.
Ketua Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak, Sabarodzie Nor Ahmad, berkata siasatan awal mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 11 pagi itu membabitkan kenderaan jenis Toyota Vios dan Proton X50.
Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 11.19 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tapah dikejarkan ke lokasi.
"Seramai enam individu terbabit dalam kemalangan ini. Seorang mangsa lelaki yang menaiki Toyota Vios mengalami kecederaan.
"Tiga daripada lima lelaki warga emas yang menaiki Proton X50 disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan, manakala dua lagi mengalami kecederaan.
"Mangsa yang maut dikenali Chong Ong, 77, Teh Kim Kai, 76, dan Tan Ah Tak, 70," katanya.
Sabarodzie berkata, anggota bomba menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa yang terperangkap dalam kenderaan dan operasi itu tamat pada tengah hari.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Johari Yahya mengesahkan kejadian itu.
"Mayat dibawa ke Hospital Tapah untuk bedah siasat, manakala mangsa yang cedera turut dihantar ke hospital sama untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya.
Artikel : Berita Harian
@buletininfo1malaysia
Roadblock jpj hala nk masuk greentech.
Lepas petron seremban2
PerakDarulRidzuan
22July2025
11:15Pagi
Depan pejabat haiwan kampar muka tengok mambang diawan trafik bikin block
*#PBRC8🍼*
霹雳
华都牙也街场➡ 督亚冷/贞德隆/布先
⛽ 蚬壳油站 /新潮婚纱店前面的天桥底
👮 JPJ开设路障
PERAK
PEKAN BATU GAJAH➡ TG TUALANG/CHEDERONG/ PUSING
⛽ UNDER FLYOVER SHELL
👮 JPJ BLOCK
Hebahan Orang Hilang...
Orang ramai yang mengenali atau mempunyai sebarang maklumat lokasi Ellysa Mohd Tahir, 18, boleh terus menghubungi Pemangku Ketua Balai S/Insp Tukiman Horjo Satomu di talian 01163311513.
Orang ramai juga boleh melaporkan ke mana-mana balai polis berhampiran. Kerjasama masyarakat dalam membantu penyiasat Polis Diraja Malaysia (PDRM) amat diperlukan.
Ellysa beralamat di Taman Semporna Centre, Semporna dan telah keluar rumah sejak 16 April 2025.
Sumber FB Polis Daerah Semporna
@buletininfo1malaysia
*Peninju kidal berusia 34 tahun dari Mexico itu selamat menjalani pembedahan pada Sabtu, namun pihak promosi tidak mendedahkan bahagian bahu mana yang dibedah.*
*Kecederaan itu dialami ketika Ramirez mencatat kemenangan sebulat suara dalam pertarungan 12 pusingan ke atas bekas juara dunia dari Cuba, Yuniel Dorticos pada 28 Jun lalu di Anaheim.*
*"Selepas mendapatkan tiga pandangan perubatan dan berfikir panjang, saya mengambil keputusan untuk menjalani pembedahan bahu.*
🏌🏻♂️ *Portrush, United Kingdom 21 Jul: Pemain nombor satu dunia, Scottie Scheffler merangkul gelaran Terbuka British pertamanya dengan kemenangan bergaya dengan kelebihan empat pukulan di Royal Portrush, sekali gus meraih kejayaan keempatnya dalam kejohanan utama.*
*Scheffler menamatkan pusingan akhir dengan catatan tiga di bawah par 68 untuk mengumpul keseluruhan 17 di bawah par.*
*"Ia satu perasaan yang cukup istimewa. Minggu ini memang sukar," kata Scheffler, yang mencipta sejarah sebagai pemain pertama dalam lebih 100 tahun yang memenangi empat gelaran utama pertamanya dengan kelebihan sekurang-kurangnya tiga pukulan setiap kali.*
🥊 *London 21 Jul: Tyson Fury menegaskan Oleksandr Usyk 'tahu' hanya dia yang mampu menewaskannya selepas juara Ukraine itu menumbangkan Daniel Dubois untuk muncul juara heavyweight tanpa kalah sebanyak dua kali.*
*Usyk, 38, menamatkan pertarungan pusingan kelima dengan penuh bergaya di Wembley, untuk merampas semula gelaran IBF sekali gus mengukuhkan statusnya sebagai antara peTinju terhebat sepanjang zaman.*
*Dia menambah tali pinggang IBF ke koleksi WBC, WBA dan WBO selepas menewaskan Fury menerusi keputusan split di Riyadh pada Mei tahun lalu sebelum terpaksa melepaskan gelaran IBF.*
*Fury, 36, yang pernah mengumumkan persaraan selepas tewas kepada Usyk sekali lagi di Arab Saudi menerusi keputusan sebulat suara pada Disember lalu, sudah memberi bayangan mahu kembali ke gelanggang.*
🚵🏽♀️ *Carcassonne, Perancis 21 Jul: Pelumba Perancis, Julian Alaphilippe melalui detik penuh emosi dan huru-hara dalam saingan peringkat ke-15 Tour de France apabila terjatuh pada awal perlumbaan, tetap meneruskan kayuhan walaupun mengalami kecederaan bahu, sebelum secara tidak sengaja meraikan kemenangan yang sebenarnya bukan miliknya.*
*Pelumba pasukan Tudor Pro itu terjatuh seawal kilometer pertama perlumbaan, menyebabkan dia mengalami kesakitan serta terkehel bahu, sekali gus menimbulkan keraguan sama ada dia mampu menamatkan perlumbaan.*
*"Dia terjatuh di awal perlumbaan. Dia mengalami kesakitan dan bahunya terkehel. Doktor sudah memeriksanya dan dia masih berasa sakit. Dia akan menjalani imbasan x-ray," kata pengarah sukan pasukan, Raphael Meyer.*
🏸 *Kuala Lumpur!21 Jul: Beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M Thinaah melaungkan keazaman untuk bangkit dan memburu kejayaan di Terbuka China 2025 yang bermula esok.*
*Bagi Pearly, perjuangan mereka di Terbuka China agak kurang baik dalam dua edisi sebelum ini dan sebab itu, dia bertekad memastikan perjuangan kali ini mampu melangkah lebih jauh.*
*Jelasnya, mereka perlu cepat mengubah taktikal dan strategi sekiranya apa yang dirancang tidak berjalan lancar agar tidak mati langkah di dalam gelanggang.*
🏸 *Kuala Lumpur 21 Jul: Pemain wanita sama ada perseorangan atau beregu perlu meningkatkan kekuatan berlipat kali ganda sekiranya mahu berada dalam kelompok terbaik dunia.*
*Bekas pemain beregu wanita negara, Lee Meng Yean berkata, tanpa kekuatan fizikal, mereka dilihat sukar untuk bersaing dengan atlet elit dari negara lain.*
*Katanya, pemain wanita di Malaysia harus mencontohi semangat juang pasangan ketiga dunia, Pearly Tan-M Thinaah yang menunjukkan semangat tinggi dan peningkatan yang sangat positif.*
🇺🇸 *Washington 23 Jul: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Selasa mengumumkan perjanjian perdagangan berbentuk "kerangka" dengan Indonesia yang menurutnya akan menghapuskan 99 peratus tarif ke atas eksport AS ke negara itu, lapor Anadolu Ajansi.*
*"Indonesia bersetuju untuk membuka pasaran kepada Produk Industri dan Teknologi serta Barangan Pertanian dari Amerika, dengan menghapuskan 99 peratus halangan tarif mereka.*
*"Amerika Syarikat kini akan menjual produk buatan AS ke Indonesia dengan kadar tarif SIFAR, manakala Indonesia akan dikenakan tarif sebanyak 19 peratus untuk semua produk mereka yang masuk ke AS," kata Trump menerusi media sosial.*
*Indonesia juga akan membekalkan mineral kritikal bernilai tinggi kepada AS dan menandatangani perjanjian bernilai puluhan bilion dolar bagi pembelian pesawat Boeing, produk pertanian AS dan sumber tenaga dari Amerika.*
🇦🇷 *Buenos Aires 23 Jul: Datuk Bandar Reduccion, sebuah bandar di wilayah Cordoba tengah Argentina, meninggal dunia selepas pesawatnya terhempas, pada Selasa, kata pihak berkuasa wilayah, lapor Xinhua.*
*Pesawat yang membawa Datuk Bandar Jorge Grazziano, terhempas ke padang antara Villa Mercedes dan Justo Daract di San Luis, kira-kira 700 kilometer di barat laut ibu negara, Buenos Aires.*
*Martin Llaryora, gabenor Cordoba, menyatakan "takziah yang tulus kepada keluarga dan rakan" mangsa.*
🇧🇩 *Dhaka 23 Jul: Sekurang-kurangnya tiga guru terkorban ketika cuba menyelamatkan murid sekolah selepas sebuah jet pejuang yang terhempas di sebuah sekolah di ibu kota Bangladesh yang mengorbankan kira-kira 31 orang pada Isnin lalu, lapor The Independent.*
*Setakat ini, 25 murid sekolah yang kebanyakannya berusia bawah 12 tahun dilaporkan terkorban dalam nahas itu, selepas sebuah pesawat latihan Tentera Udara Bangladesh terhempas di atas bangunan sekolah di kawasan padat penduduk Uttara, di sini.*
*Antara anggota kakitangan sekolah terkorban adalah Mahrein Chowdhury, seorang pentadbir sekolah berusia 46 tahun yang mengalami melecur 80 peratus. Dia cuba membawa murid-murid keluar dari bangunan Hyder Ali Hall apabila pesawat jenis F-7 BGI itu terhempas kira-kira 12 minit selepas berlepas dari sebuah kem tentera berhampiran.*
🇮🇩 *Jakarta 23 Jul: Kapal KM Barcelona VA yang terbakar di Sulawesi Utara pada Ahad lalu, didapati membawa penumpang melebihi had, lapor portal Kompas.*
*Pengerusi Komisi V Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Republik Indonesia (RI) Lasarus mendedahkan penemuan itu dan memaklumkan kapal berkenaan sepatutnya hanya membawa 280 penumpang.*
*Bagaimanapun, data evakuasi menunjukkan jumlah penumpang yang berada di atas kapal berkenaan jauh lebih ramai.*
*"Selepas operasi menyelamat dilakukan, terdapat 580 penumpang. Jumlah itu menunjukkan perbezaan sebanyak 300 orang daripada jumlah dibenarkan iaitu 280 orang sahaja," katanya di Bangunan DPR, Senayan, Jakarta Pusat, semalam.*
🇮🇩 *Jakarta 23 Jul: Daerah Solok dan Limapuluh Kota di wilayah Sumatera Barat, Indonesia telah mengisytiharkan status darurat bagi kebakaran hutan dan tanah, berikutan lonjakan kawasan panas semasa musim kemarau yang berterusan.*
*"Di Kabupaten Solok sahaja, kebakaran hutan dan tanah telah berlaku di semua 14 daerah," kata Ilham Wahab, seorang pegawai dari Agensi Pengurusan Bencana Wilayah Sumatera Barat.*
*Beliau berkata operasi pengeboman air menggunakan helikopter masih belum dijalankan, memandangkan Agensi Pengurusan Bencana Negara kini mengutamakan usaha memadam kebakaran di wilayah Riau dan Sumatera Selatan, di mana keadaan dianggap lebih kritikal.*
🇮🇩 *Jakarta 23 Jul: Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia mengenal pasti 16 individu sebagai suspek dalam kes kebakaran hutan dan tanah yang disyaki sengaja dilakukan, ketika negara itu bergelut menangani peningkatan kejadian kebakaran di beberapa wilayah.*
Menurutnya, pengadu melaporkan isteri mangsa yang pulang ke Jepun pada 13 Julai lalu meminta bantuan pengawal keselamatan untuk memeriksa keadaan suaminya selepas tidak dapat dihubungi sejak 19 Julai.*
*GOA_L* 2️⃣4️⃣ *Kuala Lumpur 23 Jul: Pemilik dan jurujual kedai emas antara tujuh individu ditahan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) selepas dipercayai terbabit penipuan nombor ramalan, dalam serbuan pada 4 Julai lalu. Pengarah JSJK, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, mereka yang ditahan termasuk suspek utama iaitu seorang lelaki tempatan bersama seorang lelaki dan dua wanita warga Indonesia.*
*GOA_L* 2️⃣5️⃣ *Teluk Intan 23 Jul: Kawalselia Padi dan Beras Perak menggagalkan cubaan menyeludup 80,000 kilogram beras putih import dianggar bernilai RM308,000 menerusi Op Pintas di Gerik, petang semalam. Pengarahnya Nurul Zhahirah Nahrawi berkata, bertindak hasil maklumat dan risikan, pihaknya menahan dua treler dinaiki lima lelaki tempatan berusia lingkungan 20 hingga 30 tahun kira-kira 4 petang.*
*GOA_L* 2️⃣6️⃣ *Kuala Lumpur 23 Jul: Sindiket promosi dan pemasaran laman sesawang lucah yang menyasarkan pengguna dari India ditumpaskan susulan penahanan 57 individu termasuk tiga warga asing. Aktiviti sindiket itu dibongkar pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) selepas menyerbu premis perniagaan yang dijadikan pusat panggilan di Jalan Tun Razak, di sini, pada 1 Julai lalu. Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, siasatan mendapati sindiket beroperasi melalui sebuah syarikat berdaftar dan dipercayai memulakan operasi di premis berkenaan sejak tiga bulan lalu.*
*GOA_L* 2️⃣7️⃣ *Kuala Lumpur 23 Jul: Saksi utama kes rasuah projek terowong dasar laut di Pulau Pinang membabitkan Lim Guan Eng memberitahu Mahkamah Sesyen, hari ini, bahawa syarikat kenderaan miliknya digunakan untuk pembayaran rasuah kepada bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu. Ahli perniagaan, G Gnanaraja, 44, berkata, Lim mengarahkannya untuk menyediakan dan membuka akaun bank bagi Syarikat Bumi Muhibah Capital Holding Sdn Bhd yang ditubuhkan pada 10 Ogos 2016 dan pada Ogos 2017 beliau menggunakan syarikat terbabit untuk pembayaran rasuah kepada Lim.*
*GOA_L* 2️⃣8️⃣ *Petaling Jaya 23 Jul: Ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matin mendedahkan pernah mencari anak mereka di semua lokasi yang dikunjungi bersama kecuali kawasan kebun berhampiran aliran sungai bersebelahan Blok R, Apartmen Idaman, Damansara Damai iaitu tempat mayat kanak-kanak itu ditemui, 6 Disember 2023. Perkara itu didedahkan Ismanira Abdul Manaf, 30, dalam prosiding membela diri hari ketiga semasa pemeriksaan balas Timbalan Pendakwa Raya, Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini.*
*GOA_L* 2️⃣9️⃣ *Kuala Lumpur 23 Jul: Inisiatif Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang mewajibkan pemandu kenderaan berat menjalani kursus pemulihan sebelum dibenarkan kembali memandu disifatkan sebagai langkah tepat dalam menangani kemalangan jalan raya yang kian membimbangkan. Pengerusi Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat (PIKS), Tan Sri Lee Lam Thye berkata, langkah itu juga amat bersesuaian dengan situasi semasa yang menyaksikan pelbagai insiden kemalangan serius membabitkan kenderaan komersial sehingga meragut nyawa.*
*GOA_L* 3️⃣0️⃣ *Putrajaya 23 Jul: Pemberian cuti hari kelepasan am tambahan pada 15 Sept ini bersempena sambutan Hari Malaysia dilihat sebagai manifestasi perpaduan nasional yang semakin diperkuatkan di bawah Kerajaan MADANI. Timbalan Kluster Kesepaduan Sosial dan Perpaduan Nasional Akademi Profesor Malaysia, Prof Dr Sarjit Singh Gill berkata, pengumuman itu sebagai simbol kesungguhan kerajaan dalam menyemai semangat kebersamaan dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum.*
*berita penuh sila follow harian metro online*
*#hanipiloiempire*
*#repoterataspokok*
*#hanisofeasupriseandgift*
*#legasisepuluh*
*GOA_L LUAR NEGARA*
=+=+=+=+=+=+=+=+=
*GOA_L* 8️⃣ *Kuala Lumpur 23 Jul: Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) meminta pengisian lebih 4,000 penjawatan baharu di fasiliti perubatan negara diberikan secara tetap kepada doktor kontrak berdasarkan senioriti dari segi tempoh perkhidmatan. Presidennya, Datuk Dr Kalwinder Singh Khaira, berkata pengisian jawatan sedia ada yang masih kosong juga perlu dilakukan segera, termasuklah lebih banyak jawatan tetap akan diwujudkan supaya semua baki doktor kontrak dalam sistem dapat diserap ke jawatan tetap.*
*GOA_L* 9️⃣ *Papar 23 Jul: Kementerian Komunikasi melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menjalin kerjasama dengan Kementerian Kesihatan (KKM), untuk menyediakan perkhidmatan e-kesihatan di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) terutama di lebih 700 pusat berkenaan di kawasan pedalaman seluruh negara. Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata, MCMC dan KKM telah meneliti beberapa perkhidmatan e-Kesihatan menerusi kerjasama tersebut termasuk telekesihatan dan teknologi penghantaran ubat ke klinik kesihatan menggunakan dron dari NADI yang akan dipilih berdasarkan kesesuaian lokasi.*
*GOA_L* 🔟 *Kuala Lumpur 23 Jul: Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Dr Sufian Jusoh mengadakan pertemuan dengan Ketua Audit Negara di Parlimen, di sini, hari ini, bagi membincangkan dapatan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2025 membabitkan institusi pendidikan itu. Dalam satu kenyataan, UKM memaklumkan universiti itu memandang serius dapatan laporan berkenaan, khususnya berkaitan ketidakpatuhan proses perolehan dalam beberapa projek pembekalan perkhidmatan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM).*
*GOA_L* 1️⃣1️⃣ *Kuala Lumpur 23 Jul: Pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai pemberian RM100 secara sekali beri kepada setiap warganegara berusia 18 tahun ke atas melalui program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dianggap melebihi jangkaan, khususnya bagi individu yang sebelum ini tidak layak menerima inisiatif berkenaan. Di KEDAH, suri rumah Syazwani Ahmad, 32, dari Simpang Empat, menyifatkan inisiatif itu sebagai bukti keprihatinan kerajaan terhadap semua golongan rakyat tanpa mengira status penerimaan terdahulu.*
*GOA_L* 1️⃣2️⃣ *Petaling Jaya 23 Jul: Datuk kepada Zayn Rayyan Abdul Matin, yakin anak dan menantunya tidak pernah mengabaikan cucu kesayangannya itu sehingga kejadian malang menimpa kanak-kanak itu pada 5 Disember 2023. Zahari Mohd Reba, 57, yang juga saksi pembelaan kedua kes pengabaian Zayn Rayyan menyifatkan, hubungan cucunya itu dengan kedua-dua ibu bapanya, Ismanira Abdul Manaf dan Zaim Ikhwan Zahari sangat akrab dan baik.*
*GOA_L* 1️⃣3️⃣ *Kuala Lumpur 23 Jul: Harga runcit bagi petrol RON95, RON97 serta diesel kekal masing-masing pada RM2.05, RM3.21 dan RM2.91 seliter bagi tempoh 24 hingga 30 Julai ini. Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan bahawa harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan juga tidak berubah, kekal pada kadar RM2.15 seliter dalam tempoh yang sama. Menurut MOF, penetapan harga tersebut dibuat berdasarkan harga mingguan produk petroleum mengikut Mekanisme Harga Automatik (APM).*
*GOA_L* 1️⃣4️⃣ *Subang 23 Jul: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan melakukan penilaian terhadap 38 pesawat F/A-18 Legacy Hornet milik Tentera Udara Kuwait, September ini. Panglima Tentera Udara Jeneral Datuk Seri Muhamad Norazlan Aris berkata, pihaknya sudah mendapat kelulusan daripada Amerika Syarikat (AS) sebagai pengeluar pesawat berkenaan. "Selepas pihak negara pengeluar memberikan kelulusan untuk perolehan pesawat berkenaan, TUDM kini boleh melihat dokumentasi dan rekod berkaitan pesawat berkenaan dan kami sudah mempersiapkan pasukan untuk membuat penilaian di sana.*
*GOA_L* 1️⃣5️⃣ *Kuala Lumpur 23 Jul: Polis Diraja Malaysia (PDRM) beri jaminan sentiasa siap siaga hadapi ancaman agensi perisikan asing yang mampu menggugat kedaulatan negara. Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, pelbagai mekanisme diatur gerak dalam usaha memantau dan mengawal kemasukan warga asing di pintu masuk negara.
Kemalangan di Lebuhraya Pasir Gudang dekat jejantas sebelah TTK Bandar Seri Alam anggaran jam 12.50 tengahari 23/07/25.
Tiada maklumat lanjut diperolehi setakat ini.
@buletininfo1malaysia
Rider ni dia ingat jalan tu flat ke... dhlah helmet tak pakai... Adoiii xpasal² duk hospitall 3 bulan mc...
Semoga segala urusan dipermudahkan. Get well soon...
Video Kredit: Owner
@buletininfo1malaysia
Perak 8.56am
KM322.9 paking kecemasan sebelum susur tapah arah selatan tangkap gambar 📸
#PilotOneMalaysian
PerakDarulRidzuan
23July2025
8:22Pagi
Klebang Yamaha Trafik Light Masuk Saja Abang JPJ Bikin Block
*#PBRC1🍼*
MITOK TOLONG! KITO PERLU BANTUAN RAMAI! 😡 Tak sangka berlaku kejadian curi masuk di New Fresh Wellness Spa, Jalan Tok Guru, awal pagi tadi( 22 Julai 2025, jam 12:08 pagi).Dalam rakaman CCTV, kelih nampak ore panjat ikut pintu kedai sebeloh, lepas tu masuk ikut tingkap spa.Suspek naik kereta Myvi, tapi sayang nombor plat tak jelas langsung.Dei curi pitih tunai, nasib baik barang lain takde hilang atau rosak.
Tolong share blako.Terima kasih banyok atas sokongan demo sokmo!
@buletininfo1malaysia
Dua pekerja melecur stesen pencawang meletup
Oleh DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
21 Julai 2025, 1:11 pm
MELAKA – Dua pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) melecur akibat terkena renjatan elektrik selepas sebuah stesen pencawang meletup dan terbakar di Pangsapuri Rumpun Bahagia, Jalan Bachang, di sini tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi itu, mangsa yang masing-masing berusia 30-an dikejarkan ke hospital menaiki ambulans hospital.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah, Pegawai Bomba Kanan I Mohd. Ismail Harun berkata, panggilan kecemasan diterima pada pukul 10.38 pagi dan sepasukan sembilan anggota dikejarkan ke lokasi bersama-sama tiga buah jentera.
“Sebaik tiba di lokasi, kita dapati berlaku letupan dan kebakaran di stesen pencawang TNB yang mengakibatkan dua pekerja yang sedang melakukan kerja-kerja penyelenggaraan terkena renjatan elektrik.
“Kedua-dua mangsa mengalami melecur dan dikejarkan ke hospital,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Mengulas lanjut beliau berkata, kerja-kerja memadam kebakaran telah dilakukan dan operasi dapat dikawal sepenuhnya pada pukul 10.47 pagi.
Artikel : Kosmo Online
@buletininfo1malqysia
Masuk toll rawang jalan jem...Ade kebakaran Lori selepas toll rawang...menghala rawang/c.homes
Читать полностью…YAB Perdana Menteri akan membuat pengumuman berkenaan penghargaan buat semua rakyat Malaysia pada 10.30 pagi, Rabu 23hb Julai 2025.
Nantikan.
#MalaysiaMADANI
#BersamaMalaysiaku
霹雳
🏩 和丰街场➡️和丰医院
🏩 末到和丰医院
👮交警 开设路障
PERAK
🏩 SUNGAI SIPUT PEKAN ➡ HOSPITAL SUNGAI SIPUT
🏩 SEBELUM SG SIPUT HOSPITAL
👮 TRAFIK BLOCK
*"Pada saya, pemain wanita sekarang kena kuat untuk bersaing. Kita tengok macam Pearly-Thinaah sekarang, dulu mereka tak begitu solid.*
🐯 *Kuala Lumpur 21 Jul: Skuad bawah 23 (B-23) tahun negara 'bungkus awal' pada saingan Piala AFF B-23 selepas seri 0-0 dengan Indonesia pada aksi terakhir Kumpulan A di Stadium Gelora Bung Karno (GBK), di Jakarta, hari ini.*
*Turun dengan misi wajib menang besar dan tanpa bolos ke atas pasukan tuan rumah, skuad bimbingan Nafuzi Zain bagaimanapun gagal memenuhi misi itu apabila buntu untuk menembusi gawang lawan.*
*Sebaliknya, Indonesia mempunyai tugasan lebih mudah apabila hanya memerlukan sekurang-kurangnya keputusan seri untuk mara ke separuh akhir.*
🐯 *Kuala Lumpur 21 Jul: Pengendali skuad kebangsaan, Peter Cklamovski menegaskan hanya pemain terbaik saja layak menyarung jersi Harimau Malaya, tanpa mengira status atau asal kelab mereka.*
*Cklamovski menjelaskan setiap pemain yang mahu mewakili skuad negara perlu menunjukkan prestasi konsisten dan komitmen tinggi setiap kali dipanggil menyertai kem latihan pusat.*
*"Dari mana pun pemain itu datang, Johor Darul Ta'zim (JDT), Selangor, Sabah, TFC (Terengganu FC) atau luar negara, itu kerja saya untuk memilih pemain yang terbaik bagi membentuk skuad yang terbaik.*
*"Itu objektif saya dan saya akan teruskan buat seperti itu," kata jurulatih berasal dari Australia itu.*
🐯 *Kuala Lumpur 21 Jul: "Biarkan mereka terus bercakap, kita terus kerja keras."*
*Itu nasihat pemerhati bola sepak tempatan, Dr Zulakbal Abd Karim, yang menegaskan bahawa segala tohmahan serta provokasi dari pihak luar khususnya sesetengah pemerhati dari Indonesia hanyalah gangguan psikologi yang tidak perlu dilayan oleh skuad Harimau Malaya dan penyokong tanah air.*
*"Katanya, tindakan segelintir pemerhati bola sepak negara jiran yang gemar melemparkan tuduhan tidak berasas terhadap Malaysia menunjukkan betapa mereka sukar menerima hakikat bahawa skuad negara semakin meningkat prestasinya.*
*"Mereka memang tak boleh tengok Malaysia menunjukkan kemajuan. Bila kita menang besar atau bawa masuk pemain yang baik, akan ada saja naratif negatif yang cuba dicipta," katanya ketika dihubungi Arena Metro.*
🫱🏻🫲🏽 *Kuala Lumpur 21 Jul: Bekas tonggak skuad kebangsaan, Indra Putra Mahayuddin menyifatkan kerjasama strategik antara Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) dan KL City FC sebagai satu langkah penting yang mampu melonjakkan semula kekuatan bola sepak ibu kota.*
*Menurutnya, gabungan dua entiti itu bukan sekadar perubahan kosmetik, sebaliknya satu pembaharuan menyeluruh ke arah mencipta impak lebih besar dalam saingan Liga Malaysia.*
*"Inilah yang kita nak lihat apabila KLFA dan KL City bergabung, satu pembaharuan. Ramai yang mahu melihat kemajuan dan sesuatu yang baharu daripada kerjasama ini. Saya yakin banyak lagi aktiviti menarik akan dijalankan sepanjang tahun ini," katanya.*
🐃 *Seremban 21 Jul: "Saya berharap dapat menguji taktikal pasukan, memperkemaskan lagi permainan selain membina momentum menjelang musim kompetitif yang bakal bermula tidak lama lagi," kata ketua jurulatih Negeri Sembilan FC (NSFC), Nidzam Jamil.*
*Harapan tinggi itu diluahkan pengendali baharu skuad Hobin Jang Hobin berkenaan menjelang perlawanan pramusim menentang pasukan dari Indonesia, Semen Padang FC, bagi merebut Piala Serumpun 2025, di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam ini.*
*Menurut Nidzam, Negeri Sembilan ketika ini masih dalam fasa persiapan bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim 2025/2026 yang bakal membuka tirainya 8 Ogos ini.*
*berita penuh sila follow harian metro online*
*#hanipiloiempire*
*#repoterataspokok*
*#hanisofeasupriseandgift*
*#legasisepuluh*
🤩 *London 21 Jul: Pengurus Newcastle United, Eddie Howe yakin penyerang utama pasukannya, Alexander Isak akan kekal bersama kelab itu menjelang permulaan musim 2025-26, meskipun pemain Sweden itu diketepikan ketika tewas 0-4 dalam aksi persahabatan menentang Celtic berikutan spekulasi perpindahan.*
*Media Britain melaporkan Liverpool, juara bertahan Liga Perdana Inggeris (EPL), berminat mendapatkan Isak yang berusia 25 tahun dan masih mempunyai baki kontrak tiga tahun bersama Newcastle.*
*Musim lalu, Isak meledak 23 gol EPL, hanya ketinggalan enam di belakang penyerang Liverpool dan pemenang Kasut Emas, Mohamed Salah yang menjaringkan 29 gol.*
🛬 *Barcelona 21 Jul: Marcus Rashford dilaporkan semakin hampir menyertai Barcelona selepas dikesan tiba di Catalonia semalam, sekali gus menguatkan spekulasi perpindahan penyerang England itu dari Manchester United.*
*Rashford memuat naik gambar dirinya menaiki pesawat peribadi di media sosial, dan media Sepanyol melaporkan dia tiba di Catalonia sekitar jam 9.30 malam waktu tempatan.*
*Menurut agensi berita PA, satu persetujuan asas sudah dicapai antara United dan Barcelona bagi perpindahan secara pinjaman selama semusim yang turut disertakan pilihan untuk pembelian kekal.*
*Pemain berusia 27 tahun itu tidak lagi beraksi bersama kelab zaman remajanya sejak diketepikan ketika aksi Liga Europa menentang Viktoria Plzen pada 12 Disember lalu dan menghabiskan baki musim lalu secara pinjaman bersama Aston Villa.*
🏁 *Brno 21 Jul: Marc Marquez mencipta sejarah sebagai pelumba Ducati pertama memenangi lima perlumbaan utama berturut-turut selepas meraih kemenangan di Grand Prix (GP) Czech, sekali gus melebarkan jurang kedudukan kejuaraan dengan adiknya, Alex, yang terjatuh pada pusingan kedua selepas bertembung dengan pelumba Honda, Joan Mir.*
*Juara dua kali, Francesco Bagnaia gagal memanfaatkan petak utama pertamanya musim ini apabila kehilangan kedudukan pendahulu kepada pelumba Aprilia, Marco Bezzecchi pada penghujung pusingan pertama, sebelum sekadar menamatkan saingan di tempat keempat pada pusingan ke-12 musim ini.*
*Marquez, yang juga memenangi perlumbaan pecut semalam, merampas kedudukan pendahulu daripada Bezzecchi pada pusingan kelapan dan menamatkan perlumbaan dengan kelebihan 1.753 saat di hadapan pelumba Itali itu untuk mencatat kemenangan kelapan musim ini.*
*Juara bertahan, Jorge Martin, yang terlepas 10 pusingan akibat kecederaan, menandakan kemunculan semulanya dengan menamatkan perlumbaan pertamanya musim ini di tempat ketujuh.*
🚩 *Brno 21 Jul: Panel pengadil MotoGP (stewards) Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM) mengenakan penalti terhadap pelumba Gresini Ducati, Alex Marquez, susulan insiden pelanggaran dengan Joan Mir pada pusingan kedua Grand Prix Republik Czech, semalam.*
*Pelumba Sepanyol itu memulakan perlumbaan dari petak kelapan dan cuba memintas beberapa pelumba lain dalam usaha mengejar kedudukan lebih baik di awal saingan.*
*Namun, ketika memasuki selekoh ke-12 pada pusingan kedua daripada 21, percubaan Alex untuk memotong pelumba Honda, Joan Mir, namun ia bertukar menjadi bencana.*
*Alex kehilangan kawalan bahagian hadapan motosikalnya ketika membrek dan meluncur terus menghentam bahagian belakang jentera Honda Mir, menyebabkan kedua-dua pelumba tersingkir serta-merta daripada perlumbaan.*
🥊 *Los Angeles 21 Jul: Juara dunia tinju kelas cruiserweight, Gilberto Ramirez bakal berehat daripada gelanggang buat satu tempoh yang tidak ditentukan selepas menjalani pembedahan bahu susulan kecederaan yang dialaminya ketika meraih kemenangan bulan lalu, umum pihak penganjurnya, Golden Boy Promotions.*