buletininfo1malaysia | Unsorted

Telegram-канал buletininfo1malaysia - Buletin Info 1 Malaysia

3369

Selamat Datang ke Buletin Info 1 Malaysia Channel ini akan berkongsi info tentang... 🔍🚓🚑🚒INFO ROADBLOCK 1 MALAYSIA & KEMALANGAN DALAM DAN LUAR NEGARA TERKINI

Subscribe to a channel

Buletin Info 1 Malaysia

*Ija, adik dihukum penjara sebulan, denda RM1,500*

MUAR: Pempengaruh, Tengku Nizaruddin Tengku Zainudin, dan adik lelakinya yang membuat laporan palsu berhubung kehilangan beliau di Sungai Tui, Bukit Kepong, 14 Julai lalu, masing-masing dihukum penjara sebulan serta denda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Majistret Suzana Mokhtar membuat keputusan itu selepas kedua-dua Tengku Nizaruddin atau lebih dikenali sebagai Ija, 38, adik, Tengku Abdul Aziz, 30, mengaku bersalah sebaik saja pertuduhan dibacakan terhadap mereka oleh jurubahasa.

Mahkamah juga memerintahkan Ija dipenjara tiga bulan lagi, manakala Tengku Aziz Aziz pula enam bulan, jika gagal membayar denda berkenaan.

Hukuman penjara ke atas dua beradik itu berkuat kuasa dari tarikh sabitan, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan misteri kehilangan Ija terjawab apabila lelaki itu didapati masih hidup dan melarikan diri ke negara jiran.

Perkara itu terbongkar selepas wujud keraguan dalam laporan dikemukakan pada hari kejadian sehingga polis percaya kehilangan berkenaan direka-reka oleh Ija termasuk bersuhabat dengan adiknya.

Artikel : Berita Harian
@buletininfo1malaysia

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

Menurut Sumber Ini Adalah Rakaman Kemalangan Yang Melibatkan Empat Maut Manakala 11 Lagi Cedera Dalam Kemalangan Membabitkan Sekumpulan Penunggang Motosikal Dekat Kilometer 262 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) Dekat Seremban, Awal Pagi Semalam.
@buletininfo1malaysia

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

Konon nak tunjuk dia punya skill...🫢😇
@betletininfo1malaysia

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

Usaha menghanyutkan susu, beras dan bijirin di lautan oleh sebahagian rakyat Mesir bagi membantu warga Gaz@ yang kini diancam kebuluran akibat sekatan Zionis mungkin nampak kecil tapi besar di akhirat.

Di akhirat kelak, saat ditanya adakah peranan kita membantu saat saudara Islam dianiaya begini, tanganlah yang akan bersuara dan bersaksi telah ada usaha dibuat.

Teruskanlah berdoa buat saudara kita di Gaz@. Moga Allah mengangkat doa2 kita agar sekatan dikenakan dibuka ruangnya kembali.

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

*Gempa bumi 6.0 magnitud gegar Sulawesi Tengah, tiada amaran tsunami dikeluarkan*

JAKARTA: Gempa bumi 6.0 magnitud menggegarkan kawasan di Sulawesi Tengah, Indonesia.

Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) melaporkan gempa bumi melanda perairan berhampiran wilayah berkenaan pada jam 8.06 malam waktu tempatan.

Pusat gempa direkodkan kira-kira 70 kilometer di barat daya Kabupaten Poso pada kedalaman 10 kilometer.

Gegaran mengakibatkan sebahagian struktur kediaman runtuh dan mengenai kenderaan penduduk, namun tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.

Gempa juga tidak mencetuskan gelombang besar dan tiada amaran tsunami dikeluarkan. – AFP
https://www.buletintv3.my/dunia/gempa-bumi-6-0-magnitud-gegar-sulawesi-tengah-tiada-amaran-tsunami-dikeluarkan

=====================「ʀz」

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

11.40am Selangor Tol Seafield clear kedua arah.. laluan moto clear 💐

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

KL/SEL 11:30AM

👉🏻Tol Pencala laluan motor kiri kanan ada block polis Hala One utama..

👉🏻Depan mixue wangsa setia kat bus stop polis dh standby nak wt rb..

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

✨ 𝐌𝐄𝐆𝐀 𝐊𝐀𝐑𝐍𝐈𝐕𝐀𝐋 𝟑 𝐃𝐈𝐌𝐄𝐍𝐒𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟓 (𝐌𝐊𝟑𝐃𝟐𝟎𝟐𝟓) ✨

Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), serta Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) buat julung kalinya bergabung menganjurkan 𝗠𝗘𝗚𝗔 𝗞𝗔𝗥𝗡𝗜𝗩𝗔𝗟 𝟯 𝗗𝗜𝗠𝗘𝗡𝗦𝗜 𝟮𝟬𝟮𝟱 — 𝗸𝗮𝗿𝗻𝗶𝘃𝗮𝗹 𝘂𝘀𝗮𝗵𝗮𝘄𝗮𝗻 𝗱𝗲𝘀𝗮 𝘁𝗲𝗿𝗯𝗲𝘀𝗮𝗿 𝘁𝗮𝗵𝘂𝗻 𝗶𝗻𝗶!

📅 𝟑𝟎 𝐉𝐮𝐥𝐚𝐢 – 𝟑 𝐎𝐠𝐨𝐬 𝟐𝟎𝟐𝟓 (𝐑𝐚𝐛𝐮 – 𝐀𝐡𝐚𝐝)
📍 𝐌𝐈𝐓𝐄𝐂, 𝐊𝐮𝐚𝐥𝐚 𝐋𝐮𝐦𝐩𝐮𝐫
🕙 𝟏𝟎.𝟎𝟎 𝐩𝐚𝐠𝐢 – 𝟏𝟎.𝟎𝟎 𝐦𝐚𝐥𝐚𝐦

Lebih 1,000 usahawan desa dari seluruh negara bakal mempamerkan produk dan perkhidmatan yang pastinya menarik!

Jangan lepaskan peluang untuk:
🌟 Meneroka dunia keusahawanan desa
🌟 Menyokong produk tempatan
🌟 Menyertai pelbagai aktiviti menarik untuk seisi keluarga

Ayuh bersama kami – 𝗗𝗘𝗦𝗔𝗞𝗨 𝗠𝗘𝗡𝗗𝗨𝗡𝗜𝗔!

#KKDW
#MalaysiaMadani
#TaatSetia
#PejuangDesa
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#SupportLocal
#MK3D2025
#DesakuMendunia
#KarnivalUsahawanTerbesar
#KUSKOP
#SegalanyaFELDA

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

Kelibat ‘pendekar’ di Bukit Jugra?

Oleh ARINA MOHD NOOR
23 Julai 2025, 9:54 pm

PETALING JAYA – Seorang lelaki yang mendakwa melihat satu kelibat makhluk halus ketika mendaki di Bukit Jugra, Banting mencuri perhatian netizen di media sosial.

Perkongsian oleh Bamjat di Threads memaparkan kelibat misteri itu dirakam secara tidak sengaja ketika dia memanggil rakannya yang berada di hadapan.

Apa yang menariknya, kelibat tersebut dilihat seakan-akan memakai pakaian tradisional pahlawan zaman dahulu.

Pagi tadi solo naik bukit, aku saja rakam cari Kak Mala dekat depan, aku sorang dekat belakang dan tiada sesiapapun di belakang.

“Jadi bila aku tengok semula video ini tiba-tiba ada sorang dekat belakang aku tapi lepas beberapa saat kemudian sudah tiada sesiapa?” ujarnya pada hantaran tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai mengakui kawasan itu memang ‘keras’ dan sering dikaitkan dengan kejadian mistik.

“Bang, aku orang Banting pun tak berani nak mendaki sama ada pagi atau petang sebab dah pernah kena kacau waktu pergi sini,” kata Niyahshahj.

“Kawan saya pernah kena juga. Dia cakap mula-mula ada orang dekat belakang dia tapi dia laju sahaja ke depan. Lama-lama dia tengok sudah tiada orang,” balas Shalizaaziz.

“Fuh kau memang kental bang mendaki Bukit Jugra ini, seram tempat ini, semoga selalu dilindungi,” komen Amirul Asyraf.

Sementara itu, ada juga yang menasihati lelaki berkenaan agar tidak memanggil nama individu secara jelas ketika berada di kawasan hutan.

“Lain kali dalam hutan jangan panggil orang jerit-jerit macam ini takut benda lain menyahut ye. Bukit Jugra itu tempatnya keras,” tulis Iamleez.

“Abang, dalam hutan jangan panggil nama kawan itu sebut ‘woo’ atau ‘yuhuu’ sahaja,” kata Aalia Nazar.

Artikel : Kosmo Online

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

怡红大道,九洞➡️万里望方向,在Petronas对面交警开设路障

LUMUT HlGHWAY
JELAPANG ➡ MENGLEMBU PETE0NAS SEBERANG TRAFlK BL0CK

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

POLIS DIRAJA MALAYSIA

IBU PEJABAT POLIS DAERAH SUBANG JAYA JALAN PERSIARAN KEWAJIPAN, 47610, SUBANG JAYA, SELANGOR.

TANGKAPAN SATU LELAKI TEMPATAN YANG TERLIBAT DENGAN KES MELARIKAN ORANG DAN KESALAHAN DI BAWAH AKTA PERTUBUHAN.

PADA 22/07/2025 JAM LEBIH KURANG 1838HRS, PIHAK POLIS DARI IPD SUBANG JAYA, SELANGOR TELAH TERIMA MAKLUMAT DARI ORANG AWAM BERKAITAN KEJADIAN PERGADUHAN DI TEPI JALAN PERSIARAN PUCHONG PERMAI. PEMBERI MAKLUMAT MENYATAKAN MANGSA SEORANG LELAKI TEMPATAN TELAH DIBAWA LARI OLEH SASPEK (3) LELAKI TEMPATAN DENGAN MENAIKI SEBUAH LORI.

HASIL MAKLUMAT TERSEBUT, SALAH SEORANG SASPEK (1) LELAKI TEMPATAN BERUMUR 32 TAHUN TELAH DITAHAN OLEH PIHAK POLIS DISYAKI TERLIBAT DALAM KES INI BERSAMA RAKAN SEJENAYAH YANG MASIH BEBAS. SASPEK MEMPUNYAI (2) REKOD JENAYAH LAMPAU DAN TURUT MEMPUNYAI TATTOO SEBAGAI AHLI KUMPULAN KONGSI GELAP. PUNCA ATAU MOTIF KEJADIAN DIPERCAYAI BERKAITAN MASALAH HUTANG. SASPEK DIREMAN SELAMA (4) HARI BERMULA 23/7/2025 HINGGA 26/7/2025. PIHAK POLIS MASIH LAGI MENGESAN (3) RAKAN SEJENAYAH YANG MASIH BEBAS UNTUK MEMBANTU SIASATAN.

SIASATAN DIJALANKAN DI BAWAH SEKSYEN 365 KANUN KESEKSAAN IAITU MENCULIK ATAU MELARIKAN SESEORANG DENGAN NIAT HENDAK MENGURUNGNYA DENGAN SULIT DAN DENGAN SALAH. JIKA SABIT KESALAHAN BOLEH DIHUKUM DENGAN PEMENJARAAN SELAMA TEMPOH YANG BOLEH SAMPAI TUJUH TAHUN ATAU DENGAN DENDA. SELAIN ITU KES INI JUGA DISIASAT DIBAWAH SEKSYEN 323 KANUN KESEKSAAN KERANA MENCEDERAKAN ORANG JIKA SABIT KESALAHAN BOLEH DIHUKUM PENJARA SEHINGGA SATU TAHUN ATAU DENDA SEHINGGA RM2,000 DAN SEKSYEN 43 AKTA PERTUBUHAN

1966 JIKA SABIT KESALAHAN BOLEH DIHUKUM PENJARA SEHINGGA 3 TAHUN ATAU DENDA MAKSIMUM RM5,000.

PIHAK POLIS MEMINTA ORANG RAMAI YANG MEMPUNYAI MAKLUMAT LANJUT SUPAYA TAMPIL MEMBERIKAN KERJASAMA KEADA PIHAK POLIS MELALUI NOMBOR TELEFON 03-78627100 (PUSAT KAWALAN DAERAH, SUBANG JAYA) ATAU PEGAWAI PENYIASAT IAITU INSP DINESH A/L GANASAN DI TALIAN (011-33094457). SEGALA IDENTITI PEMBERI MAKLUMAT AKAN DIRAHSIAKAN.

SEKIAN, TERIMA KASIH.

(WAN AZLAN BIN WAN MAMAT) ACP KETUA POLIS DAERAH

SUBANG JAYA

DIKELUARKAN PADA 23 JULAI 2025

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

Sebelum susur keluar highway Malau, Jitra
@buletininfo1malaysia

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

🚴🏼‍♂️ *Kuala Lumpur 23 Jul: Meskipun bergelar atlet profesional, jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang terus diberi kepercayaan mengemudi jentera WX-R Vorteq yang direka khas mengikut tubuh badannya, dengan misi terkini memburu slot ke Kejohanan Dunia pada Oktober ini.*
*The Pocket Rocketman berkata, Majlis Sukan Negara (MSN) meluluskan penggunaan berterusan basikal berkenaan kerana ia selaras dengan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) ditetapkan khusus bagi persiapan menghadapi Sukan Asia dan Sukan Komanwel 2026.*
*"Basikal itu masih digunakan, diberikan kebenaran MSN untuk guna, jadi tiada isulah. Lagipun basikal itu memang direk khas ikut kesesuaian tubuh saya. Kalau nak bagi orang lain pun, tak tahu siapa boleh pakai.*

🐯 *Petaling Jaya 23 Jul: Pemain pertahanan kebangsaan, Dion Cools menyerahkan sepenuhnya kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk menentukan aksi persahabatan Harimau Malaya pada September nanti.*
*Ia susulan penarikan diri skuad kebangsaan daripada Piala Negara-Negara Persatuan Bola Sepak Asia Tengah (CAFA) 2025 yang akan berlangsung di Tajikistan dari 29 Ogos hingga 8 September ini.*
*Beliau berkata, pasukan kebangsaan masih mempunyai ruang bagi membuat persiapan menjelang aksi penting menentang Laos dan Nepal pada Oktober dan November bagi saingan Kumpulan F Kelayakan Piala Asia 2027.*

🐯 *Kuala Lumpur 23 Jul: Skuad Bawah 23 Tahun (B-23) negara memerlukan jeneral tengah yang kreatif dalam melakukan 'hantaran membunuh' kepada penyerang sekiranya mahu tampil dengan lebih garang pada kempen kelayakan Piala Asia B-23 2026, September ini.*
*Pandangan itu disuarakan bekas pengendali skuad kebangsaan, Wan Jamak Wan Hassan selepas melihat aksi Harimau Malaya B-23 berdepan Indonesia dalam perlawanan terakhir Kumpulan A saingan Piala ASEAN B-23 di Stadium Gelora Bung Karno, malam semalam.*
*Jurulatih berpengalaman itu turut menjelaskan penyerang skuad negara perlu lebih berani dan bijak dalam menggelecek serta membuat larian di celah pemain lawan dan perkara itu tidak tidak berlaku ketika berdepan Indonesia.*

🐢 *Kuala Terengganu 23 Jul: Thailand menjadi destinasi terakhir Terengganu FC (TFC) 'mengasah taji' di luar negara sebelum kancah Liga Malaysia (Liga M) membuka tirai pada 8 Ogos ini.*
*Terdahulu skuad kendalian Badrul Afzan Razali itu bakal 'berkampung' di Indonesia untuk aksi pramusimnya, namun mengubah haluan ke negara Gajah Perang itu.*
*Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT), Hishamuddin Abdul Karim berkata, dalam siri jelajah itu, skuad Penyu bakal berdepan dengan dua kelab dari negara jiran itu.*
*Mengikut perancangan awal TFC bakal berlepas ke Indonesia untuk aksi pramusimnya menentang kelab di negara berkenaan.*

🐢 *Kuala Terengganu 23 Jul: Terengganu FC (TFC) mengukuhkan lagi benteng pertahanan selepas 'merantai' pemain import kelahiran Brazil, Diego Landis menjelang tirai Liga Malaysia (Liga M) bermula pada 8 Ogos ini.*
*Kehadiran pemain import keenam berketinggian 1.93 meter itu adalah rekrut terakhir skuad Penyu bagi mengharungi kancah Liga M musim 2025/2026.*
*Ketua Pegawai Operasi Terengganu Football Club (TFC) Sdn Bhd, Mohd Syahrizan Mohd Zain berkata, pemain berusia 27 tahun yang pernah menyarung jersi kelab Porto B dalam Liga Portugal musim 2918-2019 diikat selama setahun.*

🐃 *Seremban 23 Jul: Negeri Sembilan FC (NSFC) berada dalam landasan tepat untuk memberikan cabaran terbaik bagi mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim 2025/2026 susulan aksi pramusim yang memberangsangkan.*
*Terbaharu, skuad bimbingan Nidzam Jamil itu menjulang Piala Serumpun 2025 selepas menewaskan kelab dari Indonesia, Semen Padang FC, 3-0 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, kelmarin.*

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

*Forest, yang menamatkan musim lalu di tangga ketujuh EPL, dijangka menggantikan Palace - juara Piala FA - dalam saingan Liga Europa sekiranya hukuman UEFA dikekalkan.*

🥳 *London 23 Jul: Kylian Mbappé akan memakai jersi nombor 10 bersama Real Madrid musim depan bagi menggantikan jersi nombor 9 yang dipakainya dalam musim pertama bersama kelab itu, menurut satu sumber kepada media.*
*Nombor 10 kini tersedia selepas pemergian Luka Modric, yang menyertai AC Milan selepas 13 tahun bersama Real Madrid di Bernabeu.*
*Mbappé juga memakai jersi nombor 10 bersama pasukan kebangsaan Perancis dan menurut sumber, ia memang sudah dirancang sejak awal lagi untuk dia mengambil nombor itu di Madrid apabila tersedia.*
*Namun, Mbappé bersedia untuk terus memakai nombor 9 sekiranya Modric menyambung kontraknya untuk setahun lagi, tambah sumber itu.*

🤩 *Munich 23 Jul: Granit Xhaka tonggak utama Bayer Leverkusen dan Bayer Leverkusen tidak mampu melepaskan pemain tengah Switzerland itu, kata pengurus Erik ten Hag susulan laporan yang mengaitkan Xhaka dengan perpindahan ke Sunderland.*
*Kelab Bundesliga itu telah kehilangan pemain tengah kreatif Florian Wirtz dan pertahanan Jeremie Frimpong kepada juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool manakala pertahanan tengah Jonathan Tah berpindah ke Bayern Munich.*
*Bekas pemain Arsenal itu dikaitkan dengan perpindahan ke Sunderland, dengan ejennya memberitahu media Jerman bahawa kapten Switzerland berusia 32 tahun itu mencapai persetujuan secara prinsip dengan kelab EPL yang baru dinaikkan pangkat itu.*
*"Ejen boleh kata apa sahaja. Tapi kelab ini sudah kehilangan tiga pemain penting," kata Ten Hag kepada media Jerman, semalam.*

🏎️ *London 23 Jul: Kakitangan yang kecewa dan beremosi dengan pemecatan ketua Red Bull, Christian Horner, 51, diarahkan oleh bos baharu dari Austria dan Jerman untuk 'lebih banyak tersenyum'.*
*Pekerja yang setia terkejut apabila ketua pasukan Formula Satu (F1) dari Britain itu disingkirkan selepas menerajui pasukan dengan cemerlang selama 20 tahun.*
*Beliau membantu Red Bull memenangi lapan kejuaraan pemandu dan enam kejuaraan pengeluar.*
*Sumber memberitahu SunSport bos baharu dari Austria, Helmut Marko mengecewakan kakitangan yang berkumpul untuk bertemu dengannya di ibu pejabat pasukan di Milton Keynes dengan sesetengah daripada mereka kini mengugut untuk berhenti.*

🎾 *Washington 23 Jul: Venus Williams bangkit bergaya dalam aksi perseorangan selepas berehat 16 bulan apabila menewaskan rakan senegara, Peyton Stearns 6-3, 6-4 untuk mara ke pusingan kedua kejohanan WTA dan ATP DC Open, semalam.*
*Pemenang tujuh gelaran Grand Slam perseorangan itu yang kini berusia 45 tahun, mencatat kemenangan ke-819 dalam kerjaya WTA selepas 97 minit pada kejohanan pemanas badan menjelang Terbuka Amerika Syarikat (AS).*
*"Ia bukan sesuatu yang mudah untuk kembali selepas sekian lama dan terus bermain perlawanan sempurna.*

🏊🏻‍♀️ *Los Angeles, Amerika Syarikat 23 Jul: Tiga rekod dunia dalam tempoh lima hari meletakkan Summer McIntosh dalam kelompok elit, dan kini bintang renang Kanada berusia 18 tahun itu bersedia untuk menggegarkan Kejohanan Dunia.*
*Summer memenangi tiga pingat emas di Sukan Olimpik Paris tahun lalu dan kemudian memecahkan tiga rekod dunia dalam aksi mengagumkan pada ujian kelayakan Kanada pada Jun.*
*Remaja itu kini menjadi perenang pertama mencatat rekod dunia dalam tiga acara individu berbeza sejak Michael Phelps melakukannya dalam laluan merangkul lapan pingat emas di Sukan Olimpik Beijing 2008.*

⛳️ *London 23 Jul: Piala Ryder Eropah mengesahkan kejohanan dwitahunan itu bakal kembali ke Sepanyol pada 2031 yang dijadualkan berlangsung di Camiral Golf and Wellness Resort, Caldes de Malavella.*

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

🤟🏼 *London 23 Jul: Ozzy Osbourne, vokalis legenda kumpulan heavy metal Black Sabbath, meninggal dunia pada Selasa, menurut keluarganya. Beliau berusia 76 tahun.*
*Pemergiannya hanya beberapa minggu selepas dia mengadakan konsert perpisahan yang epik.*
*Penyanyi terkenal itu, yang disahkan menghidap penyakit Parkinson pada 2019, meninggal dunia hanya lebih dua minggu selepas bermain pertunjukan terakhir di hadapan orang ramai yang habis dijual di bandar kelahirannya di Birmingham, England.*
*"Dengan lebih kesedihan daripada sekadar kata-kata, kami perlu melaporkan bahawa Ozzy Osbourne yang dikasihi meninggal dunia pagi ini," kata satu kenyataan keluarga.*
*Pada akaun Instagram rasmi Black Sabbath, ahli yang tinggal hanya menyiarkan "Ozzy Forever."*

👨🏻‍⚕️ *Washington 23 Jul: Satu tuntutan mahkamah diselesaikan mendakwa dua doktor terganggu dengan permainan 'music bingo' semasa menjalankan pembedahan rutin mata sehingga gagal menyedari bahawa pesakit mereka sudah berhenti bernafas yang menyebabkan kecuaian membawa maut.*
*Portal The Independent melaporkan, Bart Writer, 56, meninggal dunia sejurus selepas menjalani pembedahan katarak di InSight Surgery Center di Lone Tree, Colorado, pada 3 Februari 2023.*
*Tuntutan yang difailkan oleh balunya, Chris Writer menyatakan bahawa 'gangguan daripada permainan 'music bingo' menyumbang kepada kegagalan kakitangan bilik pembedahan memantau tanda-tanda vital Bart semasa prosedur itu yang akhirnya menyebabkan kematiannya.*
*"Anak saya kehilangan sahabat baiknya. Saya kehilangan Bart, suami saya. Saya marah, sedih, kecewa dan jijik," katanya kepada saluran berita 9News.*

🪫 *Beijing 23 Jul: Syarikat China, UBTech, baru-baru in, memperkenalkan robot humanoid pertama di dunia yang mampu menukar baterinya sendiri secara autonomi di hab teknologi selatan China, Shenzhen, lapor portal CGTN.*
*Dalam rakaman mengagumkan, robot Walker S2 dilihat menghampiri stesen kuasa, mencapai belakang atas badannya dengan lengannya sendiri dan menarik keluar pek bateri yang sudah habis sebelum memasukkan bateri baharu ke dalam port itu.*
*Semuanya dilakukan dalam masa tiga minit sahaja tanpa sebarang bantuan daripada pengendali manusia.*
*Robot pekerja pintar itu kemudian kembali ke barisan pemasangan, beroperasi sendiri selagi bekalan bateri baharu tersedia.*

🍌 *Paris 23 Jul: Seorang pengunjung muzium di Perancis, memakan sebiji pisang segar diletakkan di dinding menggunakan pita pelekat, yang juga karya seni terkenal hasil seniman Itali, Maurizio Cattelan.*
*Portal CNN melaporkan karya seni itu yang berjudul 'Comedian' dimakan oleh pengunjung galeri di Centre-Pompidou Metz, timur Perancis pada 12 Julai lalu.*
*"Pasukan keselamatan bertindak dengan pantas dan tenang, mengikut prosedur dalaman. Karya itu dipasang semula beberapa minit kemudian," kata pihak galeri.*
*Menurut pihak galeri, pisang berkenaan hanya unsur yang boleh rosak pada karya seni itu, dan memang diganti secara berkala mengikut arahan Cattelan.*


*berita penuh sila follow harian metro online*

*#hanipiloiempire*
*#repoterataspokok*
*#hanisofeasupriseandgift*
*#legasisepuluh*


*GOA_L ARENA SUKAN*
+=+=+=+=+=+=+=+=+=


🐐 *London 23 Jul: Sejarah bola sepak bakal tercipta apabila Portugal, Sepanyol dan Maghribi menjadi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2030 sekali gus menandakan kali pertama Portugal menganjurkan kejohanan paling berprestij di dunia ini.*
*Namun impian Portugal lebih daripada itu apabila satu fenomena bola sepak yang jarang berlaku mungkin terjadi iaitu peluang untuk menyaksikan Cristiano Ronaldo dan anaknya, Cristiano Jr, terbabit dengan skuad kebangsaan yang sama dalam Piala Dunia di tanah air sendiri.*

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

Polis tahan pasangan kekasih curi 26 ‘nozzle’ paip bomba

25 Julai 2025, 1:03pm

KAJANG: Polis menahan pasangan kekasih yang dipercayai mencuri ‘nozzle’ paip bomba di pangsapuri di Semenyih, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, lelaki dan wanita warga tempatan berusia 43 dan 44 tahun itu ditahan pada jam 10.30 malam.

Menurutnya, pihaknya menerima laporan ‘nozzle’ paip bomba dipotong disyaki dicuri daripada penyelia pengawal keselamatan pangsapuri itu pada 30 Jun lalu.

“Hasil siasatan mendapati 26 unit ‘nozzle’ paip bomba dari tingkat 5 sehingga tingkat 17 dipercayai dicuri oleh suspek. Susulan itu, kami menahan pasangan berkenaan.

“Semakan mendapati suspek lelaki mempunyai tujuh rekod membabitkan narkotik dan satu rekod jenayah, manakala wanita itu pula mempunyai lapan rekod narkotik dan lima rekod jenayah.

“Kedua-dua suspek positif methamphetamine hasil ujian awal saringan air kencing dan mereka direman tiga hari sehingga Ahad ini untuk membantu siasatan lanjut,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau Pegawai Penyiasat Sarjan Karunagaran di talian 012-2449414, bagi membantu siasatan.

Artikel : Buletin Tv3
@buletininfo1malaysia

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

SEREMBAN – Seorang lagi pelajar Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Bangi, Muhammad Iman Rusidi, 19, meninggal dunia awal pagi tadi selepas 22 jam bertarung nyawa di ICU Hospital Tuanku Ja’afar akibat kecederaan parah di kepala.
.
Ini menjadikan jumlah kematian kepada empat orang dalam kemalangan yang berlaku di KM262.5 Lebuhraya PLUS arah utara semasa konvoi pulang dari makan malam.
.
Tiga pelajar lain yang maut sebelum ini ialah Afkar Fitri Affendi, 20; Aliff Syahmi Abdul Hakim, 18; dan Haris Azib Sulaiman, 21.
.
Nahas membabitkan 17 kenderaan termasuk lori dan kereta berlaku sekitar jam 2.30 pagi semalam.
.
Menurut polis, seorang lagi mangsa masih dirawat di ICU. Orang ramai yang ada maklumat diminta hubungi Inspektor Tiew Chuan Jie di 014-9668399.

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

Penutupan jalan di Ipoh sempena Hari Pahlawan 2025

theSun Berita
2025-07-25 02:02 PM

IPOH: Beberapa jalan raya utama di sekitar Ipoh akan ditutup dan dilencongkan secara berperingkat bagi memberi laluan kepada raptai dan sambutan Hari Pahlawan Peringkat Negeri Perak 2025 pada minggu hadapan.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, berkata raptai sambutan akan diadakan pada Selasa (29 Julai) dan Rabu (30 Julai) depan, bermula 7.30 pagi hingga 10 pagi. Jalan yang sama juga akan ditutup untuk sambutan rasmi pada Khamis (31 Julai) bermula 7.30 pagi dan dijangka ditutup selama satu jam.

“Penutupan jalan ini dilaksanakan bagi memberi laluan kepada istiadat rasmi melibatkan keberangkatan Duli-Duli Tuanku serta individu kenamaan (VVIP), bagi memastikan keselamatan semua pengguna jalan raya sepanjang program berlangsung,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Antara jalan yang terlibat termasuk Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab (Medan Kid) yang akan dilencong ke Jalan St. John dan Jalan S.P. Senivasagam. Jalan S.P. Senivasagam pula akan dilencongkan ke arah Medan Kid, manakala Jalan Raja Musa Aziz ke Jalan Kuala Kangsar dan Jalan Tun Abdul Razak ke Jalan Raja Musa Aziz turut terjejas.

“Jalan Sultan Iskandar dari arah bulatan MB (Menteri Besar) merupakan laluan pergerakan VVIP dan akan menggunakan hala bertentangan apabila memasuki Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,“ jelas Abang Zainal Abidin.

Beliau menasihatkan orang ramai merancang perjalanan lebih awal, mematuhi papan tanda serta arahan anggota polis yang bertugas, dan menggunakan laluan alternatif yang disediakan - Bernama

The Sun
@buletininfo1malaysia

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

Bilik stor peralatan elektrik, pendidikan seni SMK Raja Muda Musa terbakar

Oleh ASLIZA MUSA
25 Julai 2025, 4:59 pm

KUALA KANGSAR – Sebuah bilik stor peralatan elektrik dan bilik pendidikan seni di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Raja Muda Musa di sini musnah dalam kebakaran pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kangsar, Penolong Kanan Penguasa Bomba Ahmad Izuwan Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.28 pagi dengan 21 anggota dari BBP Kuala Kangsar dan Sungai Siput dihantar ke lokasi kejadian.

Katanya, kebakaran melibatkan bangunan sekolah dua tingkat kelas A yang terbakar di tingkat satu.

“Setibanya pasukan di tempat kejadian, didapati kebakaran dipercayai bermula dari bilik stor peralatan elektrik dan merebak ke bilik pendidikan seni di tingkat satu.

“Kebakaran itu memusnahkan kira-kira 40 peratus struktur bangunan namun tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian ini,” katanya di sini hari ini.

Katanya, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. – KOSMO! ONLINE

#Kosmo
@buletininfo1malaysia

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

*Dua penjenayah warga asing ditembak mati, terlibat 50 kes samun bersenjata*

KUALA LUMPUR: Polis menembak mati dua lelaki warga asing di Cheras, ibu negara awal pagi tadi yang disyaki terlibat dalam lebih 50 kes samun bersenjata api dan pecah rumah menyebabkan kerugian lebih RM3 juta.

Kedua-duanya adalah dalang kumpulan samun dianggotai seramai 15 warga asing dan aktif melakukan jenayah sejak 2012.

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fadil Marsus berkata, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, dan JSJ Kontinjen Pahang yang melakukan tugasan cegah jenayah melalui Op Aman 6, mengesan kereta dinaiki suspek di Taman Pertama, Cheras, jam 3.45 pagi tadi.

Suspek bagaimanapun bertindak agresif ketika pihak polis cuba memintas kereta mereka bagi tujuan pemeriksaan.

“Mereka (suspek) cuba melakukan halangan dengan melanggar kenderaan pasukan polis selain turut melepaskan tembakan ke arah polis sehingga memaksa tembakan balas dilepaskan bagi tujuan mempertahankan diri”.

Suspek disahkan maut di dalam kenderaan akibat terkena tembakan.

Hasil pemeriksaan dalam kereta membawa kepada penemuan dua pucuk senjata api berupa revolver dan semi auto, dadah dan peralatan yang digunakan suspek bagi tujuan melakukan jenayah samun dan pecah rumah,” katanya dalam sidang media di lokasi kejadian pagi tadi.

Tambah beliau, selain menjadikan sasaran terhadap unit kediaman mewah di sekitar Lembah Klang, suspek turut aktif menyamun di Negeri Sembilan, Perak dan Pahang.

“Kita juga percaya, kedua-dua suspek ini dalam perancangan untuk melakukan jenayah samun berdasarkan penemuan peralatan samun seperti pemotong besi, sarung tangan, sarung muka serta senjata api dan dadah,” katanya.

Beliau berkata, pada masa ini semua elemen JSJ di Kontinjen KL, Selangor, Perak, Pahang dan Negeri Sembilan sudah digerakkan bagi memburu dan mengesan baki 13 lagi suspek.

Pihak polis menyeru kepada mereka yang menjadi mangsa samun kepada kumpulan ini supaya tampil membuat laporan di Balai Polis berhampiran selain mengalu-alukan sebarang maklumat tentang situasi mencurigakan.

“JSJ tidak akan berkompromi dengan sebarang kegiatan jenayah kekerasan yang boleh menggusarkan masyarakat di negara ini dan akan memerangi mereka secara habis-habisan,” katanya.
https://www.buletintv3.my/nasional/dua-penjenayah-warga-asing-ditembak-mati-terlibat-50-kes-samun-bersenjata/

=====================「ʀz」

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

🔸Masih Aktif 11:25am🔸

Johor/Kluang 10:40am

Bulatan delima hala kluang perdana ada block JPJ

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

Tiga tahun bersembunyi, akhirnya dapat ditemui.

Suspek tembak wanita hamil bersembunyi di Thailand, diberkas.

Polis tidak pernah tutup kes dan terus cari bukti.
@bulefininfo1malaysia

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

Rb j lrg motor tol duke batu

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

📍 SEREMBAN | 24 JULAI 2025 | 0300 PAGI

🏍️ KONVOI MOTOSIKAL BERGESEL

3 MAUT, BEBERAPA CEDERA

Konvoi melibatkan 14 motosikal jenis Y16, Y15, RS, NVX, LC & RGV dari sebuah kedai makan terkenal di Seremban menghala ke arah Utara melalui KM262 (Sebelum Exit Seremban/Labu), Lebuhraya Utara-Selatan.

🔻 Ketika melalui lokasi kejadian, motosikal-motosikal konvoi bergesel sesama sendiri, menyebabkan beberapa penunggang:

❌ Hilang kawalan

❌ Terjatuh di atas jalan

💔 3 PENUNGGANG MAUT

✅ Beberapa lagi cedera dan telah dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

⏰ Kejadian berlaku sekitar jam 3 pagi tadi.

📢 Peringatan:
🚫 Elakkan menunggang secara rapat
🚧 Jaga jarak dan keselamatan konvoi

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

JPJ Bukit Jawa
Selinsing⚖️
tahan kiri kanan🚩
KEL-24Jul-0930am

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

Mohon PDRM cari muka ni

🎥 norfatimahjamal
@buletininfo1malaysia

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

*Mereka menundukkan Kelantan Red Warrior FC 2-0 dan pasukan Bawah 23 Tahun (B-23) kebangsaan, 1-0 selain seri dengan kelab dari Kemboja, Svay Rieng FC, 2-2.*

🦜 *Alor Setar 23 Jul: Ketua jurulatih Kedah FA, Victor Andrag bersedia memulakan cabaran membentuk pasukan mantap gabungan pemain muda dan berpengalaman dalam saingan Liga A1 Semi Pro pada musim 2025/2026 ini.*
*Beliau yang juga bekas bintang legenda skuad Double Treble Kedah berkata, langkah utamanya kini adalah mendapatkan gandingan terbaik.*
*"Saya sedar proses ini akan mengambil masa sebab pasukan ini masih baharu. Namun walau apa pun sasaran pasukan, kita akan mulakan misi memburu kejayaan ini dari kosong dan cuba bentuk pasukan dengan gandingan yang sebaik mungkin.*


*berita penuh sila follow harian metro online*

*#hanipiloiempire*
*#repoterataspokok*
*#hanisofeasupriseandgift*
*#legasisepuluh*

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

*Sebelum ini, resort itu dikenali sebagai PGA Catalunya terletak di timur laut Sepanyol berhampiran Barcelona, malah padang golf kedua yang menjadi tuan rumah Piala Ryder selepas Valderrama Golf Club pada 1997.*
*"Pengumuman hari ini bukan sahaja mengiktiraf Camiral sebagai antara venue terbaik di Eropah, tetapi juga sumbangan besar golf Sepanyol terhadap sejarah penuh kebanggaan Ryder Cup," kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Jelajah Eropah, Guy Kinnings.*

🚵🏽‍♀️ *Mont Ventoux, Perancis 23 Jul: Valentin Paret-Peintre muncul pelumba Perancis pertama memenangi peringkat edisi Tour de France (TdF) tahun ini selepas menewaskan Ben Healy dari Ireland dalam perlumbaan mendebarkan di puncak Mont Ventoux setinggi 1,910 meter, semalam.*
*Dalam perebutan jersi kuning keseluruhan, Jonas Vingegaard kembali mencabar pendahulu Tadej Pogacar, namun juara bertahan itu kekal tenang dan hanya mengekori rapat sepanjang pendakian 15 kilometer (km), sekali gus menambah kelebihan dua saat.*
*Vingegaard yang bermula dengan ketinggalan 4 minit 13 saat, mula melancarkan serangan ketika berbaki 9 km menuju ke puncak gunung ikonik itu, yang terkenal dengan landskap gersang.*

🏃🏻‍♂️ *Bochum, Jerman 23 Jul: Jaguh pecut negara Muhammad Azeem Mohd Fahmi terlepas podium apabila menamatkan perlumbaan di tempat keempat acara final 100 meter (m) lelaki Sukan Universiti Dunia (WUG) Rhine-Ruhr 2025 di Lohrheidestadion, di sini.*
*Muhammad Azeem menamatkan acara reben biru itu dengan catatan masa 10.35 saat (s) iaitu rekod terbaik dicatat beliau dalam keseluruhan tiga perlumbaan termasuk aksi separuh akhir dan pusingan pertama di sini, namun jauh dari masa terbaiknya musim ini 10.20s.*
*Pingat emas menjadi milik Bayanda Walaza dari Afrika Selatan dengan masa 10.16s, manakala perak diraih jaguh Thailand Puripol Boonson (10.22s) dan atlet Jepun Hiroki Yanagita gangsa dengan 10.23s.*

🏸 *Kuala Lumpur 23 Jul: Misi mempertahankan kejuaraan Terbuka China tidak kesampaian buat beregu lelaki profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani selepas mereka tewas mengejut di pusingan pertama kejohanan berprestij itu, sebentar tadi.*
*Gandingan ranking ketiga dunia itu gagal mengekalkan momentum selepas menang set pertama 21-15, sebelum tunduk 15-21, 17-21 kepada pasangan Korea Selatan ranking ke-40 dunia, Kang Min Hyuk-Ki Dong Ju dalam aksi di Gimnasium Pusat Sukan Olimpik, Changzhou.*
*Kekalahan itu sekali lagi memberi tamparan hebat kepada Sze Fei-Izzuddin selepas mereka gagal mempertahankan gelaran Terbuka Jepun minggu lalu apabila tewas di final kepada pasangan sensasi Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung Jae yang turut merampas status beregu nombor satu dunia daripada mereka.*
*Tahun lalu, mereka mencipta sejarah apabila merangkul kejuaraan Terbuka China buat kali pertama dengan menundukkan beregu tuan rumah, He Ji Ting-Ren Xiang Yu di pentas final.*

🏸 *Kuala Lumpur 23 Jul: Beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik tidak berdepan masalah untuk melangkah ke pusingan kedua Terbuka China selepas berjaya memenangi perlawanan di Gimnasium Pusat Sukan Olimpik, Changzhou.*
*Mereka yang diletakkan sebagai pilihan kedua, berjaya mencatat kemenangan straight set 21-19, 21-15, ketika berdepan wakil Denmark Rasmus Kjaer-Frederik Sogaard.*
*Kemenangan itu sekali gus menamatkan kemarau mereka yang tersingkir seawal pusingan pertama pada dua kejohanan terakhir sebelum ini, Terbuka Indonesia Jun lalu dan Terbuka Jepun minggu lalu, sejak muncul juara Terbuka Singapura bulan lalu, dengan kekalahan di Terbuka Indonesia itu hadir di tangan pasangan Denmark berkenaan.*

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

*Kejohanan itu juga menandakan edisi ke-100 Piala Dunia, dengan perlawanan pembukaan khas diadakan di Uruguay, Argentina dan Paraguay bagi menghormati edisi pertama pada 1930.*
*Menjelang 2030, Cristiano Ronaldo akan berusia 45 tahun dan kemungkinan besar bersara daripada permainan profesional.*

👀 *London 23 Jul: Chelsea sedang memantau dengan rapat situasi Alejandro Garnacho di Manchester United, menurut sumber kepada media tetapi perpindahan pemain sayap itu hanya akan berlaku sekiranya terdapat pemain yang meninggalkan Stamford Bridge terlebih dahulu.*
*Menurut laporan, Christopher Nkunku dan Nicolas Jackson kemungkinan besar perlu dijual, walaupun United menurunkan yuran perpindahan yang diminta daripada £70 juta (RM400 juta) kepada £40 juta (RM228 juta).*
*Garnacho tidak dibawa menyertai jelajah pramusim United ke Amerika Syarikat bersama Antony, Tyrell Malacia dan Jadon Sancho kerana dia tidak berada dalam perancangan jurulatih Ruben Amorim untuk musim baharu.*
*Aston Villa dan beberapa kelab dari Liga Pro Saudi turut berminat untuk mendapatkan tandatangannya.*

✍🏻 *London 23 Jul: Mikel Arteta dijangka menamatkan pencarian penyerang tengah apabila Arsenal semakin hampir mencapai persetujuan untuk perjanjian bernilai £64 juta (RM366 juta) bagi mendapatkan Viktor Gyokeres dari Sporting Lisbon.*
*Gyokeres dijangka menandatangani kontrak lima tahun di Stadium Emirates dan memuktamadkan perpindahan dalam tempoh beberapa hari akan datang selepas rundingan positif semalam, khususnya mengenai struktur bonus tambahan selain daripada bayaran asas £55 juta (RM314 juta).*
*Menurut laporan, Arsenal kini merancang untuk menerbangkan Gyokeres ke Singapura bagi menjalani ujian perubatan sebelum perpindahan berprofil tinggi dimuktamadkan menjelang jelajah pramusim Gunners.*

😇 *London 23 Jul: Bryan Mbeumo meluahkan keterujaannya kerana dapat mengikut jejak langkah Cristiano Ronaldo di 'kelab terbesar di dunia' selepas menyertai Manchester United.*
*Selepas beberapa minggu rundingan berlarutan, pemain berusia 25 tahun itu akhirnya melengkapkan perpindahannya dari Brentford dengan yuran £65 juta (RM370 juta), serta tambahan £6 juta (RM34.2 juta) dalam bentuk insentif.*
*Penyerang Cameroon itu menandatangani kontrak hingga 2030 bersama kelab yang digelarnya 'kelab impian', dengan pilihan lanjutan setahun lagi.*
*"Sejak awal lagi saya mahu sertai kelab ini, kelab yang begitu besar, dan kini saya di sini, saya sangat gembira," katanya.*

🤨 *London 23 Jul: Manchester United merekoddkan jumlah tangkapan penyokong tertinggi sepanjang musim 2024/25, menurut data yang dikeluarkan oleh Pejabat Dalam Negeri UK (Home Office).*
*Statistik menunjukkan 1,803 tangkapan berkaitan bola sepak sepanjang perlawanan enam liga teratas di England dan Wales musim lalu, menurun sebanyak 12% berbanding musim sebelumnya yang mencatatkan 2,043 tangkapan. Ia penurunan pertama sejak penyokong kembali ke stadium selepas pandemik Covid-19.*
*Perincian tangkapan sepanjang musim bola sepak domestik 2024 hingga 2025 menunjukkan jenis kesalahan paling biasa ialah kekacauan awam (32%), diikuti dengan kekacauan ganas (22%), dan pemilikan dadah Kelas A (19%).*

🙏🏻 *London 23 Jul: Crystal Palace mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) terhadap keputusan UEFA yang menggugurkan kelab itu daripada saingan Liga Europa dan menurunkan mereka ke Liga Konferens Eropah.*
*Rayuan itu dikemukakan terhadap badan induk bola sepak Eropah UEFA, kelab Perancis, Lyon dan pesaing Liga Perdana Inggeris (EPL), Nottingham Forest.*
*The Eagles dihukum kerana melanggar peraturan pemilikan pelbagai kelab, susulan pemilik bersama mereka dari Amerika Syarikat (AS), John Textor, turut memiliki saham majoriti dalam kelab Lyon, yang juga layak ke Liga Europa musim ini.*

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

*Mantan Perdana Menteri itu menegaskan beliau tidak memerlukan sebarang imuniti dan sedia berdepan dengan proses perundangan bagi membersihkan namanya.*
*"Saya tidak mahu imuniti. Jika tuduh saya bersalah, hadapkan saya di mahkamah dan buktikan jika saya bersalah.*
*Dr Mahathir berkata demikian sebagai reaksi kepada kenyataan Anwar di Dewan Rakyat semalam, yang menyebut bahawa beliau didapati bersalah tetapi tiada tindakan lanjut akan diambil kerana faktor usianya.*

🚚 *Subang Jaya 23 Jul: Masalah hutang dipercayai punca individu dilarikan sekumpulan lelaki selepas dia 'disumbat' ke dalam lori ketika berlaku insiden pergaduhan di tengah jalan di Jalan Persiaran Puchong Permai, di sini semalam.*
*Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada 6.38 petang, dengan pemberi maklumat mendakwa seorang lelaki tempatan dilarikan tiga lelaki dengan lori.*
*"Hasil maklumat, seorang suspek lelaki berusia 32 tahun ditahan polis di tepi Jalan SS19 pada 10 malam tadi kerana disyaki terlibat dalam kes ini.*
*Kejadian itu tular di media sosial selepas satu klip video berdurasi 15 saat dimuat naik oleh seorang pengguna yang merakam insiden berkenaan menggunakan telefon bimbitnya.*

😔 *Jakarta 23 Jul: Kementerian Luar Negeri Indonesia terus berkomunikasi dan memantau keberadaan bekas rakyat republik itu yang juga bekas anggota Kor Marin Tentera Nasional Indonesia (TNI) Angkatan Laut (AL), Satria Arta Kumbara yang kini menjadi tentera untuk Rusia.*
*Dalam video yang tular baru-baru ini, Satria menyatakan penyesalannya berperang untuk Rusia di Ukraine dan memberitahu keinginannya untuk kembali ke Indonesia, lapor portal Tempo.*
*Dalam video yang tular itu, Satria mengaku tidak mengetahui bahawa menandatangani kontrak dengan Kementerian Pertahanan Rusia akan menyebabkan status kewarganegaraannya digugurkan.*
*Ia kemudian memohon kepada Presiden Prabowo Subianto, Wakil Presiden Gibran Rakabuming Raka dan Menteri Luar Negeri Sugiono supaya dapat diterima kembali sebagai warganegara republik itu.*

🏎️ *Shizuoka, Jepun 23 Jul: Pengerusi syarikat pengeluar kit model plastik Jepun, Tamiya Inc. Shunsaku Tamiya yang terkenal dengan kereta kawalan jauh dan model Mini 4WD (pacuan empat roda) meninggal dunia, menurut syarikat itu pada Selasa.*
*Beliau berusia 90 tahun, lapor Kyodo News.*
*Tamiya, yang meninggal dunia pada Jumaat atas sebab yang tidak didedahkan, dikenang atas sumbangannya menaikkan profil global syarikat permainan yang berpusat di Shizuoka itu.*
*Walaupun upacara pengebumian diadakan secara tertutup oleh ahli keluarga terdekat, syarikat itu merancang untuk menganjurkan acara peringatan khas.*

😍 *Hangzhou, China 23 Jul: Seorang jurulatih renang muda di timur China mencuri tumpuan media sosial tempatan selepas rakaman menunjukkan rupa parasnya yang kacak dan sasa, tular sejak awal Julai lalu.*
*Rakaman yang dipercayai dimuat naik oleh ibu kepada kanak-kanak yang mengikuti kelas renang kendaliannya di Sekolah Sukan Hangzhou Chen Jinglun, Zhejiang menjadi perbualan hangat netizen.*
*Dalam video yang tersebar, remaja berkenaan yang dikenali sebagai Chen.*
*Menurut laporan Jiefang Daily, penampilan menarik jurulatih itu membuatkan ramai ibu bersemangat menghantar anak mereka ke kelas renang.*
*Fenomena 'jurulatih kacak' itu turut mencetuskan pelbagai komen lucu daripada netizen.*
*Akaun media sosial Chen turut ditemui pengguna yang membanjiri ruangan komen dengan pujian dan rayuan supaya dia terus berkongsi kandungan.*

Читать полностью…
Subscribe to a channel