buletininfo1malaysia | Unsorted

Telegram-канал buletininfo1malaysia - Buletin Info 1 Malaysia

3369

Selamat Datang ke Buletin Info 1 Malaysia Channel ini akan berkongsi info tentang... 🔍🚓🚑🚒INFO ROADBLOCK 1 MALAYSIA & KEMALANGAN DALAM DAN LUAR NEGARA TERKINI

Subscribe to a channel

Buletin Info 1 Malaysia

Banjir kl.....avoid palm spring kota dsara...!!!🙁🙁

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

Rompakan Bersenjata Di Kedai 24Jam

SIBU: Satu kejadian rompakan bersenjata berkumpulan yang berlaku di sebuah kedai 24jam di Kedai Gomart, Jalan Teku awal pagi tadi apabila kedai tersebut telah didatangi 3 suspek lelaki menutupi muka telah memecah pintu kaca kedai tersebut.

Mereka telah melarikan sejumlah wang di kuanter dengan bersenjatakan tukul serta semurai dan nasib 2 penjaga kedai tersebut masih belum diketahui. Pihak Polis sedang giat mencari suspek serta mengesan sebuah kereta jenis Honda City berwarna putih yang digunakan oleh mereka.

#kongsiInfo🇲🇾

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

*Kuantan side*

[24/01, 8:10 p.m.] : taman tas ria
[24/01, 8:10 p.m.] : dkt dgn surau
[24/01, 8:10 p.m.] : sudah 3hari kete ni kt sini

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

❤❤❤❤❤❤❤❤❤



Admin tak pasti video lama atau baru.


Komen Admin, kalau perlu lesen kita ambil.
Kita tak diganggu.


Kalau lesen mati, perbaharui.

Sekurang2nya hak kita dilindungi.

Buat penguatkuasa, memang tugas kita jalankan undang2.
Apa2, jangan melulu. Kita berurusan dengan manusia juga.
Banyak2 bersabar ye.


Sesekali Admin, beli juga pisang goreng kat warung Wan Jiah kat tepi laluan Min nak balik rumah.
Gerai ni selalu kena dgn Majlis Daerah 😷😷
Kesian tengok Makcik ni..
Lagi2 kesian kat anak dara dia yang rajin tolong mak dia..😁😁😁


Jangan kecam Admin...😁

💨💨💨


❤❤❤❤❤❤❤❤❤

Kredit video PAPA

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

Berlaku depan mata. R25 yg ditunggangi lelaki ini terlanggar batu yg berada di tengah highway. Dari mana batu itu tak dapat diketahui. Berhampiran susur Changkat Jering..

#semogaownertabah

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

Bacaan Hangat Terkini Viral
*Nak 'Test' Kesetiaan Suami, Buat 'Fake Akaun', Lelaki Ini Hampir Hilang Kerja Selepas Wanita Menyamar Guna Gambarnya*
Kongsikan di Group group WhatsApp anda.
🐬💦💙💜💚💙💜💚🦅🌈


Baru-baru ini, seorang lelaki difitnah oleh seorang wanita gara-gara hanya ingin menguji kesetiaan suami wanita itu.

Wanita itu dikatakan telah mencipta satu akaun Wechat palsu menggunakan gambar dan nama mangsa, Affan Mustaqim.

Affan yang juga seorang anggota bomba, telah kehilangan kerja sampingannya sebagai jurugambar apabila kontraknya selama setahun ditamatkan serta merta selepas berita itu tersebar.

Affan terpaksa dikuarantinkan di balai bomba beliau bertugas selama dua hari dan tidak dibenarkan menghubungi sesiapa ketika tempoh itu kecuali majikannya.



"Oleh kerana kes fitnah itu, saya kena buang tender contract setahun sebagai photographer, videographer dan modelling. Esok kena menghadap Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia untuk memberi keterangan kepada pengarah JBPM Pulau Pinang.

"Selain itu perlu dikuarantin di balai selama dua hari kerana tidak dibenarkan keluar daripada kawasan bertugas dan tidak membenarkan menghubungi sesiapa melainkan majikan," katanya.

Dalam Live Facebook yang dirakam oleh Affan sendiri, beliau menjelaskan bahawa dia telah difitnah oleh wanita itu yang kononnya mahu menguji kesetiaan suaminya.

"Oleh kerana wanita itu telah memfitnah saya menggunakan gambar saya dan membuat akaun palsu untuk mencemarkan maruah dan nama saya sehingga melibatkan kes polis, sekarang saya terpaksa menjalankan proses untuk saman fitnah," katanya yang turut menawarkan ganjaran RM150 bagi mana-mana individu yang dapat mencari wanita berkenaan.



Sebelum kes ini tersebar, beliau sedang berada di *Manjoi* kerana ada tugas untuk membuat rakaman sebuah majlis hari jadi. Affan terpaksa menyerahkan tugas tersebut kepada orang lain dan pulang terus ke Pulau Pinang.

"Jam 9 pagi saya mendapat panggilan dari balai saya mengatakan ada dua orang lelaki yang mencari saya dan mendakwa saya mengacau isteri orang. Saya terus tinggalkan kerja saya dan cari orang yang boleh menggantikan kerja saya dan saya terus pulang ke balai.

"Kes ini kes berat kerana ia melibatkan isteri orang dan kes polis. Kes ini berkaitan dengan WeChat. Ada individu menggunakan gambar saya untuk buat akaun palsu. Kes ini sudah kali keempat berlaku di mana gambar saya disalahgunakan," ujarnya.

"Saya minta nombor telefon dari majikan saya, tetapi tidak diberi sebab dia kata jangan ikut emosi. Mana mungkin tak ikut emosi? Kes ini melibatkan nama saya. Saya tak buat tapi nama saya kena jual.

"Majikan suruh saya bertenang dan akan tetapkan masa untuk kami berjumpa. Hari ini (Ahad) kami sepatutnya berjumpa tetapi nama dan gambar profil akaun palsu itu bertukar menjadi Zainab.

"Dan laporan polis kedua dibuat oleh lelaki itu yang menarik balik laporan polis terdahulu dengan rela hati kerana kes sudah diselesaikan dengan cara baik," tambahnya lagi.

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

24 Januari 2018
Bbp Bidor terima panggilan pada jam 00:33 kemalangan jalan raya di alamat jalan baru kuala bikam melibatkan sebuah kereta terbabas dan terlanggar tiang elektrik,mangsa seorang lelaki berbangsa india tersepit dan disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital,tindakan pasukan bomba menggunakan hydraulic rescue tool utk mengeluarkan mangsa.
#24houroncall
#999
#BombaBidorPerak

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

lkan kompilasi keratan akhbar, poster awal pembabitan dan foto akhbar sepanjang berkecimpung dalam thrash metal.*
*Kuartet itu mengesahkan penampilan pada jelajah Amerika Utara musim panas ini bersama kumpulan Lamb Of God, Anthrax, Testament dan Behemoth.*
*Selain Araya, Slayer ditubuhkan pada 1981 berasal Huntington Park, California dianggotai oleh Kerry King (gitar), Gary Holt (gitar) dan Paul Bostaph (dram).*


*CERITERA ATLET* ⏱
================


⭐ *LONDON: Alexis Sanchez berkata dia ‘teruja menyertai kelab terbesar dunia’ apabila berpindah ke Manchester United dari Arsenal dalam perjanjian yang turut membabitkan pertukaran dengan Henrikh Mkhitaryan.*
*Penyerang Chile berusia 29 tahun itu yang hampir menyertai Manchester City musim panas lalu, menandatangani kontrak yang dikatakan selama empat setengah tahun yang akan menjadikannya pemain dengan gaji termahal di Liga Perdana Inggeris.*
*Sanchez dilaporkan akan menerima gaji sebelum cukai sebanyak £500,000 (RM2.75 juta) seminggu.*

🐔 *SWANSEA: Jurgen Klopp menyalahkan pemainnya kerana terbabit dalam 'pergaduhan' di Swansea City ketika rekod 18 perlawanan tanpa kalah mereka lebur di tangan kelab tercorot Liga Perdana Inggeris.*
*Liverpool gagal meraih keputusan seri untuk menjauhkan diri daripada Tottenham di tangga kelima apabila tewas kepada gol tunggal Alfie Mawson - malah Klopp sendiri terbabit dalam perbalahan dengan penyokong tuan rumah.*

📝 *BORUSSIA Dortmund mahukan Olivier Giroud sebagai pertukaran untuk Pierre-Emerick Aubameyang atau mereka tangguh rundingan sehingga jendela perpindahan musim panas.*
*Kelab Jerman itu meletakkan harga £60 juta pound (RM328 juta) untuk Aubameyang malah turut memberitahu Arsenal mereka perlu mendapat pengganti dengan Giroud pilihan utama.*
*Arsenal menawarkan £45 juta pound (RM247 juta) untuk Aubameyang dan rundingan antara pegawai kelab masih berterusan di Jerman untuk menyelesaikannya.+

🎮 *SYDNEY: Graham Arnold menolak kemungkinan mengendalikan skuad Piala Dunia Australia 2018 tetapi sedia mengambil alih tugas pada masa depan.*
*Arnold salah seorang calon untuk menggantikan Ange Postecoglou yang meletak jawatan pada November lalu selepas Socceroos menewaskan Honduras dalam aksi playoff untuk layak ke Russia.*
*Jurulatih kelab Sydney FC, Arnold mengendalikan skuad Australia bersama pengurus Guus Hiddink dan Pim Verbeek sejak Piala Asia 2007.*

🏆 *MUANGTHONG United sekali lagi meleburkan harapan Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas kelab dari Thailand itu menang besar 5-2 pada aksi pusingan kelayakan kedua Liga Juara-Juara Asia di Stadium Supachalasai, Bangkok, malam tadi.*
*Keputusan ini sekali gus menyaksikan pasukan bimbingan Sripan Totchtawan itu mara ke peringkat play-off bertemu kelab Jepun, Kashiwa Reysol sementara JDT beraksi dalam Piala AFC dalam Kumpulan H bersama Tampines Rovers, Persija Jakarta dan Song Lam Nghe An.

🏟 *KUALA LUMPUR: Selangor akan beraksi di sebelah petang selepas berjaya mendapatkan kebenaran menggunakan Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS) sebagai gelanggang rasmi bagi kancah Liga Malaysia (Liga M) musim ini.*
*Ketua Pegawai Eksekutif Perkongsian Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP), Kevin Ramalingam berkata, pihaknya sudah menerima surat pengesahan daripada Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) berhubung kelulusan untuk beraksi di stadium berkapasiti 16,000 penonton itu.*

🐯 *KELINCAHAN pemain muda negara, Akhyar Rashid, 18, yang beraksi di Kejohanan Bawah 23 Tahun Asia (AFC) baru-baru ini menjadi perhatian kelab rantau Asia.*
*Malah maklumat dalam laman media sosial juga turut mengaitkan nama Akhyar dengan kelab ternama Thailand, Buriram United.*
*Menurut abangnya, Rafdi Rashid yang juga bekas pemain bola sepak Kedah, mengesahkan ada wakil atau ejen berminat

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

su teman lelakinya sejak sembilan hari lalu.*

📌 *KOTA KINABALU: Empat individu termasuk timbalan pengarah di Jabatan Keretapi Negeri Sabah (JKNS) direman tujuh hari hingga Ahad ini bagi membantu siasatan berhubung salah laku berkaitan projek kereta api di negeri ini.*

📌 *REMAJA lelaki berusia 15 tahun antara 72 individu yang dikenakan saman atas pelbagai kesalahan trafik dalam Op Bersepadu di Kilometer 0.5 Jalan Kuala Klawang-Genting Peras, depan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jelebu, semalam.*

📌 *EMPAT kenderaan di hadapan rumah Penolong Kanan Pengarah Kastam (Bahagian GST) Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di Presint 11, Putrajaya terbakar awal pagi smlm dipercayai akibat perbuatan khianat.*

📌 *Wanita berusia 30 tahun yang sakit mental ditemui mati selepas terjun dari tingkat 10 Pangsapuri Angsana Seksyen 2, Bandar Mahkota Cheras, Kajang pada 5.50 petang smlm.*

📌 *DAPUR restoran burger Rockstarz Burger yang popular di Pulau Pinang musnah dalam kebakaran di Sungai Ara, Georgetown, smlm.*

📌 *TUJUH BELAS basikal lajak dan tiga fixie yang tidak mempunyai brek disita dalam operasi dijalankan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang pada 18 dan 19 Januari lalu.*

📌 *BEDAH siasat terhadap mayat Juruteknik Pergigian yang ditemui di rumahnya di Kuarters Klinik Kesihatan Lukut, Port Dickson, mendapati terdapat kesan hentakan pada kepala.*

📌 *PETALING JAYA: Tindakan dua rakan membaling topi keledar dan menunggang motosikal melawan arus bagi mengelak daripada ditahan polis, membawa padah apabila mereka dihukum denda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, smlm.*

📌 *POLIS merampas 440 bungkus air ketum dan 30 kilogram (kg) daun ketum dengan nilai keseluruhan RM2,500 dalam serbuan di sebuah rumah dua tingkat di Taman Pakatan Jaya, Ipoh, semalam.*

📌 *SUNGAI PETANI: Seorang lelaki ditahan selepas disyaki merogol wanita yang juga jirannya, selepas memasuki rumah mangsa di Kota Kuala Muda, di sini, pagi semalam.*

📌 *SEPASANG suami isteri hilang misteri dipercayai diculik sewaktu dalam perjalanan ke Pasar Borong Selayang, Kuala Lumpur, Sabtu lalu.*

📌 *ALOR SETAR: Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah menerima sebanyak 1,129 kes membabitkan khidmat khas menangkap ular, termasuk spesies berbisa sepanjang tahun lalu.*

📌 *KUCHING: Sarawak meletak sasaran muncul sebagai pengeluar tenaga kerja mahir utama di negara ini bagi menarik lebih banyak pelaburan asing.*

📌 *IPOH: Keberanian seorang kanak-kanak perempuan yang nekad menyelamatkan tiga adiknya ketika rumah mereka terbakar tahun lalu, mendapat pengiktirafan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak.*

📌 *PUTRAJAYA: Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Penyelenggaraan dan Pembaikan Kenderaan Motor yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat, Mac depan antara lain bakal mewajibkan pengusaha memiliki lesen khas mengendalikan perniagaan itu.*

📌 *SIBU: Tingkah laku mencurigakan seorang pemandu cuba mengelak daripada diekori kereta peronda polis (MPV) membawa kepada terbongkarnya sindiket curi kereta di bandar ini, malam kelmarin.*

📌 *PADANG TERAP: Masalah air tandak keruh dan berkelodak yang menjejaskan bekalan penduduk Kampung Paya Terap, di sini, berakhir selepas kegiatan pembalakan di puncak Hutan Simpan Bukit Perangin di sini, yang menjadi punca pencemaran dihentikan.*

📌 *NILAI: Bermula tahun ini, sindiket produk berjenama tiruan akan berdepan tindakan lebih keras termasuk pembekuan aset dan pelucutan harta.*

📌 *NIBONG TEBAL: Kegagalan masyarakat melaporkan kejadian awal kebakaran kepada bomba menyebabkan usaha menyelamatkan harta benda dan nyawa tidak dapat dilakukan secara berkesan.*


*SEANTERO BENUA* 🌍
================


🇲🇨 *JAKARTA: Gempa bumi dengan kekuatan 6.4 magnit

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

💕 Jom KITA JOIN CHANNEL² DIBAWAH 💕
==============================

👉 @PeriukKitaResepiKita
💜 Medan Resepi Seantero Dunia

👉 @islamitu_indah
💚 Islam Itu Indah

👉 @kitabdoa
💙 HIMPUNAN DOA

👉 @buletininfo1malaysia
💛 INFO SEMASA DLM DAN LUARNEGARA

👉 @ketenanganumat
💚 Ketenangan Umat

👉 @dakwahsteady
💛 Tarbiah HATI Didik JIWA Bersih DIRI

👉 @ukirancahayahati
💜 HATI, PERASAAN & AGAMA.

👉 @AyatStatus
💚 Random Post. Macam-macam ada!

👉 @mrdoityourself
❤ DIY ~ Do It YOURSELF

👉 @quotephotovideo
💛 NASIHAT² KEHIDUPAN

😎 SEMOGA IANYA MEMBERI MANFAAT KEPADA SEMUA DALAM MELAYARI KEHIDUPAN DIDUNIA INI
TERIMAKASIH...💖

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

*update 2121 hrs : Pasukan Bomba masih giat menjalankan pemadaman sisa kebakaran di lot kedai berhadapan Pasaraya Mydin Jalan Kota, K.Trgnu..*

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

BULETIN INFO 1 MALAYSIA🇲🇾
BERITA»Kes

Selasa, 23 Januari 2018 |⏰ 6:21pm

NAGISWARY a/p Kanan menunjukkan gambar anaknya yang diculik semasa membuat sidang media di perkarangan ibu pejabat polis daerah Kajang. - Foto Saifullizan Tamadi.

Suami isteri hilang lepas tutup kedai
➖▪️➖▪️➖▪️➖▪️➖▪️➖▪️➖
Oleh Nur Afiradina Arshad
bhnews@bh.com.my

KAJANG: Sepasang suami isteri dilaporkan hilang selepas menutup kedai mereka di Kelab 52, Jalan Taming 1, dekat sini, Sabtu lalu.

Mangsa, V Mohan, 36, dan isteri, P Vinshini, 28, sepatutnya pulang ke rumah keluarga di Rawang selepas menutup kedai mereka pada jam 3 pagi hari itu.

Kakak mangsa, P Gwori, 32, berkata adiknya dan suami tinggal di rumah bapanya bersama dua anak mereka berusia 10 dan enam tahun.

"Pada hari kejadian kami ada menghubungi mereka beberapa kali namun tidak berjawab.

"Ada ahli keluarga dapat mengesan telefon bimbit mereka berada di Grik, Perak," katanya ketika ditemui BH di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang, hari ini.

Gwori berkata, mangsa mendakwa pernah diugut dan diekori individu yang tidak dikenali seminggu lalu semasa singgah membeli barang di Pasar Borong Selayang.

"Mereka juga menerima ugutan menerusi telefon," katanya.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof, ketika dihubungi, mengesahkan ada menerima laporan kehilangan pasangan berkenaan.

"Kita buka kertas siasatan sebagai Orang Hilang dan usaha mengesan suami isteri itu sedang dilakukan," katanya.

2017 © BH Online | New Straits Times Press (M) Berhad (4485-H) | Hak Cipta Terpelihara

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

Lampung jkt 1.30pm in the after noon Earth Quiek

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

Info Trafik Plus:
1326hrs *Kemalangan kereta km 151.2 dari Bkt.Tambun ke Juru.*

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

👉Info :
23.01.2018
Kes bunuh diri di Pangsapuri Taman Seri Delima, Juru sebentar tadi.
▶️Info Awal

#Penang

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

Sesiapa yang ada saman JPJ boleh datang ke JPJ Kampung Simee,Perak Khamis,25/1/2018 ada pengurangan 30-50%(Hari Bertemu Pelanggan). Jarang2 JPJ buat. Saman JPJ x boleh guna orang dalam. Tunggu benda ni la nak bayar kurang pun.

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

Ketua Polis Negara Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun merasmikan penyerahan Motosikal Kawasaki Model Z250 dan KLX250 di perkarangan Markas Taktikal Pasukan Gerakan Am (PGA), Bukit Kayu Hitam semalam.

Motosikal Kawasaki Z250 dan scrambler KLX250 ini akan digunakan bagi tujuan rondaan cegah jenayah dan menjaga keselamatan sempadan negara.

-PDRM-

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

*~🇲🇾MONORACKPATAH🇲🇾~*
🌏🌏🌏🌏🌏🌏🌏🌏
🦅🔅🦅🔅🦅🔅🦅🔅

📆 *24 JANUARI 2018*

ℹ *Dua maut dalam kemalangan berbeza*

*BATU PAHAT* - Dua maut dalam dua kemalangan yang berbeza, di KM22, Jalan Muar - Yong Peng berhampiran dengan Parit Sulong dan juga Persimpangan Taman UPC, Ayer Hitam.

*Dalam kemalangan pertama membabitkan seorang warga emas, Ahmad Darman, 74, yang menunggang motosikal dilanggar sebuah lori, manakala kemalangan kedua membabitkan mangsa yang memandu Kereta Proton Iswara, Hasryizam Jamari, 37 yang dirempuh tiga lori.*

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, dalam kemalangan pertama berlaku pada jam 8.30 pagi, di mana mangsa keluar dari simpang secara tiba-tiba.

Dalam masa sama, datang sebuah lori dari arah Muar, tidak sempat mengelak dan terus melanggar mangsa. Mangsa meninggal dunia serta-merta di tempat kejadian.

“Terdapat kesan brek di lokasi sejauh 16 meter, yang menunjukkan pemandu lori telah cuba untuk memberhentikan kenderaannya,” katanya ketika dihubungi.

Dalam kemalangan kedua pula, berlaku pada jam 9.30 pagi di mana mangsa memberhentikan keretanya untuk memasuki simpang di Taman UPC.

Bagaimanapun sebaik memberhentikan keretanya itu, dia terus dirempuh dari belakang yang mengakibatkannya memasuki ke lorong bertentangan.

“Kereta yang dinaiki mangsa itu dirempuh pula oleh dua buah lori yang datang dari arah bertentangan mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Kedua-dua mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk tujuan bedah siasat dan dokumentasi sebelum dituntut oleh waris masing-masing.

“Kedua-dua kemalangan berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1), Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan daripada kemalangan berkenaan polis menasihatkan agar pemandu dapat berhati-hati ketika di jalan raya bagi menggelakkan kejadian yang tidak diingini,” katanya.

*~🔰MONORACKiNfO~*

http://www.sinarharian.com.my/mobile/semasa/dua-maut-dalam-kemalangan-berbeza-1.788635#.Wmh-GFNP3Eg.whatsapp

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

KELANTAN
*Remaja didakwa rogol gadis bawah umur*
ADILA SHARINNI WAHID
🐬💦💙💙💙💙💙🦅🌈
KOTA BHARU - Seorang remaja berusia 19 tahun tidak mengaku salah di mahkamah sesyen, di sini, atas dakwaan merogol seorang remaja gadis bawah umur tahun lalu.

Dakwaan terhadap tertuduh, Mohammad Fazli Pudin dibuat di hadapan Hakim, Ahmad Bazli Bahruddin.

Tertuduh didakwa merogol dua kali seorang mangsa yang berusia 15 tahun di sebuah rumah di Kampung Gong Hilir, Beris Lalang, Jelawat, pada jam 9.30 pagi pada Jun 2017 dan 11.30 pagi pada Disember 2017.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Siti Hajar Alias, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Kongsi berita ini ke dalam Group Group WhatsApp milik anda !

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

*~🇲🇾MONORACKPATAH🇲🇾~*
🌏🌏🌏🌏🌏🌏🌏🌏
🦅🔅🦅🔅🦅🔅🦅🔅

📆 *24 JANUARI 2018*

ℹ *80,000 penduduk Kuantan alami gangguan bekalan air*

*KUANTAN*: Gangguan bekalan air membabitkan kira-kira 80,000 akaun di beberapa kawasan di daerah ini dijangka akan berlarutan selewat-lewatnya dua minggu lagi berikutan proses pembaikan tambakan sungai yang pecah.

*Pegawai Perhubungan Awam dan Komunikasi Korporat Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP), Nurul Farhana Abdul Hamid, berkata, masalah berlaku sejak jam 10 pagi Isnin lalu.*

Masalah berpunca daripada tambakan sungai pecah menyebabkan paras air Sungai Kuantan di Muka Sauk Kobat menurun secara mendadak sehingga mengakibatkan keupayaan loji mengepam air terjejas.

"Pemulihan bekalan bergantung kepada kerja pembaikan tambakan sungai dijangka akan mengambil masa satu hingga dua minggu," katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Kawasan yang terbabit adalah seluruh kawasan Beserah sehingga sempadan Chendor termasuk Bandar Damansara, Taman Datuk Rashid, Jeram, Aspa Cottage, Jabor, Sungai Karang, Balok, Sungai Ular, Pelabuhan, Cherating, Kawasan Perindustrian Gebeng dan kawasan sekitarnya.

"Turut terjejas, seluruh kawasan Jalan Jabor, Kampung Alor Batu Jabor, Jalan Semambu, Polisas, kawasan perumahan Semambu, kawasan Industri Semambu, seluruh kawasan Jalan Tengku Muhammad, Pejabat Ukur dan Pemetaan, Jalan Beserah, kawasan Alor Akar, Sri Kuantan, Kubang Buaya, Jalan Teluk Sisek, Teluk Chempedak, Istana Mahkota Teluk Sisek, Tanjung Api dan kawasan sekitarnya.

"Masalah sama dihadapi penduduk di kawasan perumahan Indera Mahkota 1 hingga 16, Kampung Tiram, Kawasan Industri Indera Mahkota termasuk Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) cawangan Kuantan," katanya lagi.

Beliau berkata, kawasan lain yang terbabit ialah seluruh Jalan Sungai Lembing dari Taman Impianku, Kampung Padang sehingga Perkampungan Orang Asli Bukit Bangkong termasuk Batu Sawar dan Bukit Kuin , Bukit Goh, Bukit Goh Perdana serta kawasan sekitarnya.

"Turut terjejas seluruh kawasan perumahan dan perniagaan di Jalan Air Putih, Jalan Haji Ahmad, Galing Besar, Galing Kecil, Galing Kem, Setali, seluruh Jalan Bukit Sekilau, Taman Bukit Ubi, Taman Fairmount, Bukit Bayrout, Jalan Bukit Setongkol, Cenderawasih, Jalan Pintasan Tanah Putih - Bukit Setongkol dan Kampung Paya 3.

"Seluruh Kawasan Jalan Haji Junid, Jalan Darat Makbar, Jalan Kampung Tengah, Kg Tengah, Jalan Kg Jawa, Kg Jawa, Sri Teruntum, Jalan Wong Ah Jang, Jalan Kemunting, Pasar Borong Tanah Putih, LKIM, MPK, HTAA serta kawasan sekitarnya turut mengalami tekanan rendah dan putus bekalan," katanya.

Beliau berkata, seluruh kawasan Jalan Mahkota, Jalan Bank, Jalan Abdul Aziz, Jalan Besar, Jalan Tun Ismail, Jalan Gambut, Jalan Bukit Ubi, Seluruh Kawasan Bandar, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) juga mengalami masalah ini.

"Pengguna dinasihatkan menyimpan bekalan air secukupnya dan pihak kami turut menyediakan lori tangki kepada pengguna di kawasan yang mengalami gangguan bekalan air," katanya.

*~🔰MONORACKiNfO🔰~*

https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2018/01/379750/80000-penduduk-kuantan-alami-gangguan-bekalan-air

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

AKSEM Perlis berjaya merampas Daun Ketum. Kes dirujuk dibawah Sek 30 (3) Akta Racun 1952.

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

untuk berunding dengan Akhyar mengenai tawaran ke kelab Thailand, Jepun dan juga Indonesia seperti dihebahkan sebelum ini.*

⚽ *SHAH ALAM: Musim lalu, Selangor sekadar menamatkan saingan Liga Super di tangga keenam, agak terkebelakang jika dibandingkan dengan gelaran hebat Gergasi Merah yang memiliki pelbagai koleksi trofi.*
*Namun, saingan Liga Malaysia (Liga M) 2018, Ketua Jurulatih Selangor, P Maniam mengakui persiapan pasukan sepanjang kempen pramusim kali ini lebih baik berbanding musim lalu, sekali gus menandakan mereka lebih bersedia untuk menjadi pencabar utama.*

🐘 *KUANTAN: Pemain import Pahang, Chan Vathanaka semakin serasi dengan corak permainan skuad itu menjelang aksi pembukaan saingan Liga Malaysia, 4 Februari depan.*
*Pemain berasal dari Kemboja itu berkata, segalanya dilihat positif selepas hampir sebulan bersama rakan sepasukan termasuk beraksi dalam dua perlawanan persahabatan di Thailand dan Terengganu, baru-baru ini.*


*SOLAT DIWAKTUNYA* 🕌
==================

*KAWASAN SHAH ALAM DAN KAWASAN SEWAKTU DENGANNYA*

*IMSAK : 05:57* *SUBUH : 06:07* *SYURUK : 07:24* *ZOHOR : 13:28* *ASAR : 16:50* *MAGHRIB : 19:26* *ISYAK : 20:39*

*24 JAN 2018 MASIHI*
*7 JAMADILAWAL 1439 HIJRAH*

*piloi_hani al_linggi*
*#repoterataspokok*

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

ud menggegarkan bandar raya ini semalam.*
*Pusat gempa dikesan sedalam 10 kilometer, 81 kilometer barat daya wilayah Banten di Pulau Jawa, kata Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik Indonesia.*
*Bagaimanapun, tiada amaran tsunami dikeluarkan.*

🇮🇳 *NEW DELHI: Ratusan pusat sokongan bagi wanita yang menjadi mangsa keganasan seksual akan dibuka di seluruh India menerusi satu skim yang diumumkan smlm, susulan peningkatan tekanan terhadap cara polis mengendalikan kes rogol.*
*Setakat ini, polis di empat negeri sudah menandatangani inisiatif 'Justice for Her' yang dijalankan dengan kerjasama University Sheffield Hallam, Britain.*
*India menjadi tumpuan dunia sejak 2012, berikutan insiden rogol dan pembunuhan seorang wanita di dalam sebuah bas di New Delhi.*

🇺🇸 *ANCHORAGE: Gempa bumi berukuran 7.9 yang menggegarkan Teluk Alaska awal hari ini, mendorong amaran mengenai kemungkinan berlaku tsunami di Kanada dan pantai barat Amerika Syarikat dan sejauh ke Hawaii, dikeluarkan.*
*Radio tempatan di pulau Kodiak di Alaska, berhampiran pusat gegaran, menggesa pendengar berada jauh dari kawasan pantai.*
*Gempa bumi, pada awalnya berukuran 8.2, berlaku kira-kira 250 kilometer ke tenggara Chiniak, Alaska pada kedalaman 25 kilometer pada jam 12.31 malam waktu tempatan, kata Tinjauan Geologi AS (USGS).*

🇮🇳 *NAJIS beku seberat hampir 12 kilogram (kg) dipercayai jatuh dari pesawat di perkampungan di India mengejutkan orang ramai dengan ada yang mengambil cebisannya kerana disangka tahi bintang.*
*Kejadian berlaku di Fazilpur Badli, Gurgaon, Sabtu lalu apabila ketulan ais besar berkenaan terhempas pada awal pagi.*
*Bagaimanapun, ujian dijalankan pihak berkuasa mengesahkan ia sekadar najis kemungkinan dari pesawat.*

🇹🇷 *ANKARA: Pasukan keselamatan Turki smlm, menahan puluhan orang di seluruh negara yang dituduh menyebarkan propaganda untuk kumpulan 'pengganas'.*
*Tindakan itu dianggap sebagai kawalan ketat secara besar-besaran ketika Ankara berusaha mematahkan serangan baharu di Syria.*
*Sementara itu, Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan menggesa perpaduan negara susulan operasi yang dilakukan itu dan memberi amaran kepada mereka bertanggungjawab menganjurkan bantahan akan membayar dengan 'harga tinggi'.*

🇨🇳 *Beijing: Sejak lebih dua dekad lalu, seorang ibu sentiasa berada di gerai membaiki kasutnya di barat daya China dengan harapan dapat bertemu semula dengan dua anaknya yang hilang lebih 20 tahun lalu.*
*Luo Xingzhen tidak pernah putus harapan dan sentiasa menanti kepulangan anaknya yang dikatakan diculik pada 1996.*
*Anak lelaki dan perempuannya itu tiba-tiba hilang di kawasan persimpangan yang sibuk di Duyun, wilayah Guizhou dan sejak itu terus tiada khabar berita mereka, menurut stesen penyiaran tempatan CCTV.*


*TULAR / POPULAR* 📡
================


🚧 *DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), smlm membuka semula pemisah laluan basikal dan laluan kenderaan (rubber separator) ​​​​​​di pusat bandar berikutan alat tersebut didakwa mengundang bahaya kepada penunggang motosikal.*
*Pengarah Eksekutif Pengurusan Projek DBKL, Datuk Mahadi Che Ngah berkata, pihaknya sedang mengkaji perkara tersebut dan akan membuat pertimbangan untuk menggantikannya dengan 'flexible barrier' di laluan basikal sepanjang 11.9 kilometer itu.*
*Baru-baru ini, gambar kemalangan penunggang motosikal berhampiran laluan basikal berkenaan, tular dalam media sosial dan perkara itu menimbulkan pelbagai persoalan daripada netizen tentang kewajaran projek tersebut.*

🤘🏻 *KUMPULAN thrash legenda, Slayer ‘akan berhenti dan bersara’ selepas menjayakan konsert jelajah kali terakhir tahun ini, menurut ketua kumpulan itu, Tom Araya.*
*Slayer mengumumkan perancangan menerusi video menampi

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

*GARAPAN ONLINE AL_LINGGI®*
*SINCE 2011* *#anni07*

😁 *ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH KEPADA MUSLIMIN SERTA MUSLIMAT YANG DIKASIHI, SELAMAT PAGI KEPADA TEMAN2 YANG BUKAN BERAGAMA ISLAM YG DIHORMATI SEKALIAN*

📲 *KEMBALI BERSIARAN SECARA TERUS MENERUS DON'T BELOK BELOK DARI PUCUK POKOK BULUH SAMBIL MENAHAN MIANG, SAYUP KEDENGARAN SUARA UNGAS DAN SKALI SKALA NGAUMAN PAK BELANG KEDENGARAN MELINTASI GEGENDANG TELINGA INI.*

😇 *SEMOGA KITA SEMUA DIBERIKAN RAHMAT DAN NIKMAT DARI NYA, DIBERIKAN KETENANGAN HIDUP, SENTIASA MENDOKAN KESEJAHTERAAN KEDUA IBU BAPA DAN GURU GURU, AL FATIHAH KEPADA YANG TELAH MENDAHULUI KITA.*

📰 *PELBAGAI CERITA DAN BERITA YANG DIKONGSI BERSAMA TEMAN TEMAN SEPANJANG SEMINGGU KITA BERSIARAN, BANYAK CERITA LEMAS MINGGU NI, DIHARAP KITA DAPAT MEMANTAU ANAK ANAK DARI SEBARANG KEJADIAN YANG TIDAK DIINGINI..*

🗓 *RABU 24 JANUARI 2018 MASIHI BERSAMAAN 7 JAMADILAWAL 1439 HIJRAH, CUACA PAGI INI AGAK BAIK DAN BERSEMANGAT DISEKITAR TAMAN SENTOSA KLANG, SARI BERITA ONLINE TERKINI KHAS UNTUK SEMUA AHLI GROUP TERSAYANG.*


*TERKINI SETEMPAT* 🇲🇾
=================


📌 *KUALA LUMPUR : Kementerian Kesihatan, smlm, mengisytiharkan wabak jangkitan Sindrom Pernafasan Virus Korona Asia Barat (MERS-CoV) membabitkan jemaah berusia 55 tahun berasal dari Selangor, yang dilaporkan 1 Januari 2018 lalu, tamat.*

📌 *SANDAKAN: Pasukan Polis Marin (PPM) menggagalkan cubaan sembilan warga Filipina termasuk seorang wanita yang menyusup masuk secara haram ke negeri ini menerusi perairan Sungai Luboh, Batu 10, dekat sini, malam smlm.*

📌 *KUANTAN: Mahkamah Sesyen di sini, smlm mendenda RM10,000 dan penjara sehari terhadap seorang warga Sri Lanka yang mengaku bersalah memberi rasuah kepada seorang anggota polis, Disember tahun lalu.*

📌 *PETALING JAYA: Seorang pekerja kilang dihukum penjara lima hari dan denda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, smlm, selepas mengaku bersalah mengugut isterinya menggunakan sebatang besi kuku kambing.*

📌 *DENGKIL: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menumpaskan cubaan menyeludup rokok bernilai RM30.8 juta di Kawasan Zon Bebas, Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang.*

📌 *KUALA LUMPUR: Sebuah kren di tapak pembinaan projek perumahan di Taman Desa tumbang dan memasuki kawasan kondominium bersebelahan dan merosakkan sebuah bilik pengudaraan, petang smlm.*

📌 *KOTA KINABALU: Polis menerima 182 maklumat berhubung cubaan culik untuk wang tebusan (KFR) dan pencerobohan di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) sepanjang tahun lalu.*

📌 *KUALA TERENGGANU: Seorang warga emas nyaris maut apabila terperangkap dalam kebakaran di sebuah bangunan menjual barangan elektrik di Jalan Dalam Kota, di sini, smlm.*

📌 *SUNGAI PETANI: Lelaki dalam klip video yang dilihat mencabul kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun di kawasan tapak pesta di Taman Ria, di sini, direman seminggu bermula smlm.*

📌 *BURUH dijatuhi hukuman penjara selama 30 bulan oleh Mahkamah Majistret Kota Bharu, smlm, terhadap pertuduhan pecah rumah dengan niat mencuri di sebuah rumah, Disember lalu.*

📌 *WANITA berusia 34 tahun parah selepas diragut dua penjenayah ketika menghantar anak perempuan ke rumah ibu di Taman Kemuncak, Ipoh, pada 12.45 tengah hari, Jumaat lalu.*

📌 *SUBANG JAYA: Polis menahan tiga lelaki dipercayai terbabit dalam kes memukul seorang pemandu kereta PERODUA Myvi di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) minggu lalu.*

📌 *REMAN terhadap seorang pemilik pusat kebajikan yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes rogol dan cabul penghuni pusat berkenaan di Taman Sri Keramat dilanjut enam hari lagi.*

📌 *POLIS Diraja Malaysia (PDRM) buat pertama kali akan menggunakan motosikal lasak atau scrambler bagi memperkasakan Unit Rondaan Bermotosikal (URB), bermula smlm di kawasan sempadan.*

📌 *WANITA berusia 23 tahun berjaya melepaskan diri daripada menjadi mangsa pemuas naf

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

👉Info :
23.01.2018
▶️Kemalangan Jalan Raya

Satu kemalangan jalan raya berlaku di Jalan Sungai Menghulu sekitar jam 9:06pm melibatkan dua buah kenderaan.

Mangsa dikatakan seorang jururawat dari Unit Hemodialisis Hospital Langkawi berada di zon merah kecemasan sedang menerima rawatan manakala seorang warga asing turut mengalami kecederaan.

Kelihatan beberapa jentera bomba dan ambulan berada di tempat kejadian.

Marilah sama-sama kita doakan agar dipermudahkan segala kesulitan dan cepat sembuh.In Shaa Allah.Aamiin..

#RakanInfoLKBKML
#Langkawi
#Kedah

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

❤️❤️❤️PART 4 - 2110❤️❤️❤️

ASSALAMMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

CHANNEL2 TELEGRAM TERBAIK DAN TERKINI.

🍀🍀🍀SUPER PROMOTE BY ILLYANA BOT🍀🍀🍀

🔴🔴🔴FOLLOW US NOW!!🔴🔴🔴

133. @DuniaSains
ILMU ALAM SEMESTA YG BERMANFAAT

134. t.me/Dakwah_Itu_Cinta
CINTA ALLAH ADALAH HIDAYAH

135. @Kata_Mutiara_Cinta
MUTIARA KATA & PUISI ISLAM

136. @DapurDJasmine
JOM MASAK ISTERI SOLEHAH

137. @fwallpapers
ALL TUMBLR WALLPAPER IS HERE

138. @setmakeupmurahgila
SET MAKEUP TERMURAH HANYA RM 13.00

139. @edayahbeautyhouse
DROPSHIP PAKAIAN TERKINI, DISINI

140. @buletininfo1malaysia
INFO SEMASA DALAM & LUAR NEGARA

141. @inforoadblocktrafik1malaysia
INFO TRAFIC & ROADBLOCK 1MALAYSIA

142. @HandsockByAlyaaAziz
KUALITI KAIN SELESA, HARGA BERPATUTAN

143. @tudunglabuhcollection
ESCARVES, PELBAGAI TUDUNG LABUH TERKINI

144. @akulahperempuanitu
BACALA, DISINI AKU MELUAH RASA

145. @waishop
T SHIRT SERENDAH RM20

146. @acneskinsite
PAKAR KECANTIKAN ANDA

147. @tudungborongmurahbyme
TUDUNG BORONG, MURAH X MASUK AKAL

148. @makeuptipsbyme
MAKEUP LIKE MUA

149. @DS_GudangHandbagGredMurah2
HARGA DIRECT KILANG TERMASUK POSTAGE

150. @DS_PakaianDirectKilang
DIRECT KILANG SERENDAH RM 20!!

151. @diarygadis
LUAHAN HATI SEORANG GADIS

152. @SneakersGC_KL
KASUT MURAH WORLDWIDE

153. @GegulaKapas
MACAM2 ADA UNTUK HILANGKAN BOSAN

154. @RandomVibes
POSITIVE FEELS, POSITIVE VIBES

155. @handbagmurahdirectsupplier
NAK HANDBAG MURAH? JOIN CEPAT

156. @handbagmurahdirectsupplier2
HARGA HANDBAG TAK MASUK AKAL

157. @MidNightSeram
REALITI SERAM DARI HIDUP KITA

158. @EmpireIklan
IKLAN, IKLAN, IKLAN AJE DISINI

159. @AkuNkBebel
ZON MEMBEBEL TANPA HAD

160. @ResepiMasakanTerbaik
LUPA RESEPI? CARI KAT SINI!

161. @ammaracollection
APA TUNGGU LAGI, MURAH DISINI!!

162. @villamadem
NAK IKLAN? BORAK? MASUK SINI

163. @viralchannelanda
SUPER PROMOTE PALING AWESOME

164. @PickuplineMalaysia
AYAT2 PICKUP LINE TERBAIK

165. @ALFURQANCHANNEL
THE KHALIFAH OF DAKWAH

166. @theonlywords
QUOTES DAN MOTIVASI MENARIK

167. @elnurexclusive
MENJUAL HANDSOCK DAN STOKIN

168. @bingkisanpuisi
IZINKAN AKU UNTUK MENULIS

169. @quotesfrlife
IT'S ALL ABOUT LIFE

170. @jujue_attire
BAJU MURAH DAN LAWA

171. @tetaptersenyum
BIBIR TERSENYUM, MATA BENGKAK MENANGIS

172. @hatibengkak
HATI SENDIRI YANG TAK TERJAGA

173. @iphonemurahhh
BELI 1 PHONE DAPAT 11 FREEGIFT

174. @foodielicious
RAMEN DAN COKLAT LANGKAWI, HERE

175, @pickuplineclub
KOLEKSI PICKUPLINE2 HOT BABE


🍀🍀🍀🍀🍀🍀🍀🍀🍀🍀

‼️Nak join ILLYANA SUPER PROMOTE?‼️

SYARAT2 WAJIB UNTUK JOIN SP ILLYANA BOT

❗️CHANEL MEMBERS WAJIB LEBIH >500
❗️GROUP MEMBERS WAJIB LEBIH >200

BERMINAT?

🌿KLIK SINI 👉🏻 @VIRALCHANNELANDA🌿

🍀🍀🍀🍀🍀🍀🍀🍀🍀🍀🍀

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

BULETIN INFO 1 MALAYSIA🇲🇾
BERITA»Kes

Selasa, 23 Januari 2018 | ⏰6:13pm

LELAKI berusia 40-an (depan) dibawa ke Mahkamah Majistret Sungai Petani untuk mendapatkan perintah tahanan reman kerana mencabul kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun di kawasan 'Fun Fair' di Taman Ria, Sungai Petani, Sabtu lalu. - Foto Omar Osman

Pencabul👧🏻 kanak-kanak direman seminggu
➖▪️➖▪️➖▪️➖▪️➖▪️➖▪️➖▪️➖▪️➖
Oleh Omar Osman
bhnews@bh.com.my

SUNGAI PETANI: Lelaki dalam klip video yang dilihat mencabul kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun di kawasan tapak pesta di Taman Ria, di sini, direman seminggu bermula hari ini.

Perintah tahanan reman sehingga 29 Januari ke atas suspek berusia dalam lingkungan 40-an itu dikeluarkan

Majistret Adibah Husna Zainal Abidin, bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Terdahulu, suspek yang berbaju T kuning dilihat dibawa ke Mahkamah Sungai Petani untuk proses tahanan reman pada jam 9.35 pagi dengan kenderaan polis.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Saifi Abdul Hamid, berkata suspek direman bagi membantu siasatan selepas klip video memaparkan perbuatan suspek tersebar luas di media sosial.

Suspek ditahan jam 3.10 petang semalam oleh sepasukan polis ketika mendapat rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim ( HSAH) selepas mengalami cedera pada muka dipercayai akibat dipukul.

Sebelum ini, polis Kuala Muda dilaporkan memburu seorang lelaki yang dipercayai mencabul seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun dengan memasukkan tangan ke dalam baju mangsa ketika membawanya ke pesta berkenaan.

Kejadian dipercayai berlaku antara jam 11 malam Sabtu lalu hingga 1 pagi di kawasan permainan dekat Taman Ria, di sini.

Ibu mangsa kemudian membuat laporan polis berhubung kejadian.

2017 © BH Online | New Straits Times Press (M) Berhad (4485-H) | Hak Cipta Terpelihara

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

1616hrs ( ELITE ) Status Kemalangan melibatkan lori di Km 39.4 selatan dari KLIA ke Nilai Utara. Lorong kanan terhalang. Trafik perlahan. Pandu berhati-hati.
#InfoProndaOrenPlusHighwayNKVE
#IKJR_LEBUHRAYAUTARASELATAN

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

*Indonesia 23/1/2018*

*Jarkata Di Landa Gempa Bumi*

[23/01, 5:10 p.m.] : Info Gempa Mag:6.4 SR, 23-Jan-18 13:34:50 WIB, Lok:7.21 LS,105.91 BT (81 km BaratDaya LEBAK-BANTEN), Kedlmn:10 Km ::BMKG
[23/01, 5:11 p.m.] : Gempa berkekuatan 4,7 skala Richter (SR)
mengguncang Cilacap, Jawa Tengah. Gempa
dirasakan di barat daya Cilacap.
Berdasarkan informasi dari BMKG, Sabtu
(23/9/2017), gempa terjadi pada pukul 12.07 WIB.
Pusat gempa berada di 87 km barat daya Kabupaten
Cilacap, Jawa Tengah.
Gempa berada di kedalaman 37 km serta terletak di
koordinat 8,48 derajat Lintang Selatan dan 108,95
derajat Bujur Timur.
Belum diketahui dampak gempa ini. Termasuk
apakah ada korban atau tidak

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

Batu Caves dilanda ribut.

Читать полностью…
Subscribe to a channel