limaaksara | Unsorted

Telegram-канал limaaksara - Lima Aksara

-

Lima aksara; tinta - tinta terhala makna. Aku gabung sebagai wahana tika prahara rindu melanda. Lakaran jiwa cetusan rasa; tercipta aksara untuk Dia dan dia.

Subscribe to a channel

Lima Aksara

Tentang Rasa yang Terpendam

Sudah lama kusimpan
Tentang sebuah rasa—
Bukan tiada mahu berterus terang,
Namun terikat oleh keadaan,
Hingga segalanya kelak
Menjadi persoalan.

Andai diberi satu lagi kesempatan,
Belum tentu mampu kujawab.
Maka biarlah diam menjadi tanda,
Agar kita berdamai
Dengan rahsia di dada.

Ditanya dengan tanda soal?

Peduli? Ya…
Namun tetap jua membisu.

Namun ada sesuatu
Yang ingin kanda nyatakan—
Selamat Hari Raya,
Buat buah hati, cinta mati kanda.
Ampun dan maaf ya sayang..

2syawal | subuh | a.s

t.me/Limaaksara

Читать полностью…

Lima Aksara

Sukar menelaah apa mahunya dua hati yang tlah dewasa. Persis aku dan mereka juga. Masih tertinggal dan menyintai kenangan lalu. Tapi iya..kita sendiri yang membiarkan diri di dalam kesakitan.

-bintang | atas awan.
t.me/limaaksara

Читать полностью…

Lima Aksara

Puas sudahku cuba meraih hatimu. Merayu akan segala kesilapan lalu. Menggadai tiap masa terluang merendahkan egoku. Semua adalah untuk menawan jiwamu semula. Namun bicaramu masih bisu tanpa jawapan yang pasti. Malamku saja masih kesiangan; bergelut menenangkan gelisah jiwa ini. Mungkinkah ada kesamaran dalam sinar harapan?

-senjamu | Kota London.
T.me/Limaaksara

Читать полностью…

Lima Aksara

Kadangkala, ada rindu yang perlu dilawan. Agar jiwa tidak kembali mengulang. Dan, aku juga lelah, berperang dengan perasaan.

- malam.
T.me/limaaksara

Читать полностью…

Lima Aksara

Salam Ramadan kepada semua warga lima aksara.

T.me/limaaksara

Читать полностью…

Lima Aksara

Apa benar langgam bahasa berubah saat ketenangan jiwa direnggas pantas?
Atau laras bahasa melangkaui garis akhir kasta lama kerana itu?

Apa mungkin kita menulis kerana tiada lagi cara suara bisa menyampaikan?
Atau aksara biasa sedia menari dengan maknawi terus ke hati selama ini?

Apa soalan yang ditanyakan untuk menagih jawapan?
Atau saban ternanti jawapan berbeza dengan berlapik andai?

Bergunung takkan habis, semua harus aku pelajari. Andai bisa aku menyeri dunia dengan jawapan, tetap bukan aku dalam objektif.

Mengerti, andang-andang tidak dipandang-pandang.

Nukilan, Malam.
01012024 | Rumah

t.me/limaaksara

Читать полностью…

Lima Aksara

Andainya masih ada cinta; aku sanggup melutut merayu demi sebuah kemaafan, mengharapkan peluang kedua.

- Bintang Malam
T.me/Limaaksara

Читать полностью…

Lima Aksara

Salam malam penikmat aksara @limaaksara

Читать полностью…

Lima Aksara

Hari ini aku tertanya lagi. Bagaimana keadaan kamu dan malaikat kecil kita. Apa semuanya baik-baik saja. Tertiba aku tersenyum memikirkan segala hal yang kita lalui bersama. Ketika malaikat kecil kita memanggil namaku. Entah kenapa aku terasa sangat bangga ketika malaikat kecil itu memanggil namaku.

Malaikat kecil kita sudah tumbuh dewasa bukan, dan semestinya aku pasti dia cantik seperti bondanya. Kerana mata dan alis bondanya cantik. Senyuman bondanya juga masih kekal dalam sanubari sehingga hari ini. Jaga diri ya malaikat-malaikat ku :))

-senjamu
t.me/limaaksara

Читать полностью…

Lima Aksara

Maybe I'm selfish because I don't want you to get hurt anymore but I know, you already found someone better than me ;))

please be happier than me.

t.me/limaaksara

Читать полностью…

Lima Aksara

😉

Читать полностью…

Lima Aksara

Walhal yang tersenyum juga boleh menangis, yang kenyang boleh lapar tak lari juga yang hidup boleh mati.

Apa silapnya aku menekankan yang ingat boleh lupa?
Api yang kau bakarkan untuk menyemarakkan rasa dalam hati, boleh jadi esok terpadam dingin.

Perjuangan ini bukan untuk satu jasad, tapi satu cara.
Kita lemah dengan arahan.
Mana mungkin kita menang dengan alahan. Sembuh dahulu, sahabat.


t.me/limaaksara

Читать полностью…

Lima Aksara

Terlambat sesal melapah daging hati. Meragut sepenuhnya maruah diri. Moga hapus jejak di kubang dosa, Rengkuh taubat meski tak suci lagi.

T.me/limaaksara

Читать полностью…

Lima Aksara

Lambaian senja yang penuh makna--

T.me/limaaksara

Читать полностью…

Lima Aksara

Tentang kita?

Aku hanya letak dalam kalung-kalung doa. Moga setiapnya kita baik-baik saja dalam jagaNya.

T.me/limaaksara

Читать полностью…

Lima Aksara

Tadi balik kerja,singgah rumah ayah jap.Tengok ayah busy gantung tanglung kat luar.Tiba2 teringat kisah beberapa tahun lalu;aku berdiri di luar rumah. Mengumpul keberanian diri sembari merenung tanglung tu..haha..keputusan berani mati aku ambil masa tu. Hahaha.Okey full stop.Tutup buku lama.Haha.

Then mata aku tertumpu kat my aunt yang tengah busy kemas christmas tree.Syukur,tiada story berdiri di luar rumah lagi ya. Hahahaha.Senyum seorang aku bila teringat kisah lama.Syukur alhamdullilah,aku masih diberikan peluang bersama;sebelum nyawa pinjaman di ambil semula.

" Sya,Eid.. buy color light bentuk ketupat.ayah tolong pasang rumah you oky." Ayah memecah kesunyian. Baru nak feeling2 sedih. Hahaha.

Oh btw,

My dad: Chinese.
My mum: Kadazan/Chinese.
Me: Mualaf (Sino/kadazan) Actually ramai je yang tak tahu aku mualaf.Tapi yelah panjang sangat ceritanya.Nak buat karangan pun tak habis.Nda apalah. Kita full stop di sini jelah oky.Hehe.

Rasanya belum terlambat mengucapkan;salam tahun baru 2025.

Salam malam para Pejuang sekalian.Semoga yang baik2 sahaja mendatangi kita tahun ini,🤲


Sabah | Tengah malam,16Jan2025.

T.me/Limaaksara

Читать полностью…

Lima Aksara

Puisi yang dulu berbunyi indah, kini purna ditelan memar kelukaan. Rasa yang dahulu tulus mencinta, kini hanya kenangan mengubat jiwa. Bukan kerana rajuk di hati. Ataupun ego menawan raga. Tapi malam ini, satu hal yang aku benar-benar pasti; rasa sakit saat itu, bukanlah sementara.

-Syamsu | Brunei Darussalam.
T.me/LimaAksara

Читать полностью…

Lima Aksara

Selamat hari raya Aidilfitri daripada kami keluarga @limaaksara

Huluran maaf daripada pihak kami andai ada tersilap patah, ataupun menyinggung mana-mana jiwa pembaca. Bulan mulia; kami seikhlas hati memohon ampun zahir dan batin ;))

T.me/limaaksara

Читать полностью…

Lima Aksara

Tulislah, tulislah dengan segala alatan pujangga supaya dari peristiwanya akan tumbuh kebesaran
dan dari sejarah akan tumbuh pohon kebenaran.

- Sasterawan Negara Muhammad Haji Salleh.

Selamat menyambut hari Puisi sedunia.
T.me/Limaaksara

Читать полностью…

Lima Aksara

Kawah rindu masih hangat walaupun sunyi
Seperti mentari yang datang di waktu pagi
Meskipun rindu sudah tidak dipeduli
Tetap saja ada cinta hingga ke mati
Menunggu khabar tak datang lagi
Senja yang indah kembali berdarah dalam puisi
Mimpi-mimpi membawa ku merasai
Dinginnya gunung tanpanya salji
Segala resah semakin menjadi
Dijamu pula dengan kiasan hati
Tidak mengapa wahai bidadari
Ku tahu kamu masih ada di sini.

-senjamu
1501 | telegram coffee, Perth

Читать полностью…

Lima Aksara

Kenapa ego untuk mengakui hati yang masih saling mencintai? Kenapa berterusan melukai sedangkan bahagia boleh dimiliki?

Dulu mungkin aku tak memahami. Tapi kerna kehilangan peluang tersebut barulah aku mengerti. Yang erti mencintai itu bukan enteng semata-mata. So hargailah cinta tu selagi masih ada.

- maples
t.me/limaaksara

Читать полностью…

Lima Aksara

Masihkah ada cinta antara kita?

T.me/limaaksara

Читать полностью…

Lima Aksara

Happy new year @limaaksara

Читать полностью…

Lima Aksara

Assalamualaikum, salam jumaat dan selamat pagi warga @limaaksara

T.me/LimaAksara

Читать полностью…

Lima Aksara

Salam akhir oktober, 2023.

T.me/limaaksara

Читать полностью…

Lima Aksara

Aikh boleh post story sudah di channel. Macamana ba kaka buat tu🥲

Читать полностью…

Lima Aksara

Ramai yang buta dari yang buta.

T.me/limaaksara

Читать полностью…

Lima Aksara

Hanya doa sebagai penawar rindu.

T.me/limaaksara

Читать полностью…

Lima Aksara

Salam siang warga lima aksara ;))

T.me/limaaksara

Читать полностью…

Lima Aksara

Arunika; terima kasih kerana telah memberikan aku cinta yang paling berharga.

T.me/limaaksara

Читать полностью…
Subscribe to a channel