tarbiyahiman | Unsorted

Telegram-канал tarbiyahiman - 🌼 Ukhuwah Fillah 🌼

2161

Bersama ukhwah adanya iman dan taqwa. Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia. #salamUkhuwahFillahAbadanAbada

Subscribe to a channel

🌼 Ukhuwah Fillah 🌼

Tak peduli seberapa harimu, solatlah.
Sebab solat bukan beban, tapi tempat berlabuhnya jiwa yang lemah.

#share
#prayforpalestine #tarbiyahiman

Читать полностью…

🌼 Ukhuwah Fillah 🌼

Aku SALEH,

Aku tinggalkan WASIAT ini ,bukan sebagai perpisahan,tetapi sebagai sambungan kepada jalan yang aku pilih dengan penuh keyakinan.

Allah Maha Mengetahui bahawa aku telah mengerah segala tenaga dan kemampuan untuk menjadi sandaran dan suara bagi rakyatku.

Aku telah hidup dalam sakit, derita dan penindasan,
merasai kehilangan orang-orang tersayang berulang kali. Namun aku tidak pernah berhenti menyampaikan kebenaran, sebagaimana adanya kebenaran yang menjadi hujah atas mereka yang lalai dan membisu,
serta kemuliaan bagi mereka yang menolong, menyokong dan berdiri teguh bersama manusia paling mulia,penduduk Gaza.

Jika aku syahid, ketahuilah bahawa aku tidak pergi jauh. Aku kini di syurga, bersama sahabat-sahabat yang telah mendahului,bersama Anas, Isma‘il, dan semua kekasih yang menepati janji mereka kepada Allah.

Aku berpesan,doakan aku, dan teruskan perjuangan selepasku.

Ingatlah aku dengan sedekah jariah,
ingatlah aku setiap kali kamu mendengar azan,
setiap kali cahaya subuh menembusi malam Gaza.

Aku berpesan kepada kalian semua,teruskan jalan perjuangan dan keteguhan yang kami yakini.
Kami tidak mengenal jalan lain selain ini, dan kami tidak menemukan makna hidup selain berdiri teguh di atasnya.

Aku berpesan tentang ayahku,wahai ayah, cinta hatiku dan teladan hidupku,orang yang aku lihat diriku padanya, dan dia dalam diriku. Engkaulah penemanku di waktu perang, dengan segala susah dan getirnya. Aku berdoa agar kita bertemu di syurga, dalam keadaan engkau reda terhadapku,wahai mahkota di atas kepalaku.

Aku berpesan tentang saudaraku, guruku, teman seperjuanganku ,Nāji.

Wahai Nāji…
aku telah mendahuluimu menemui Allah sebelum engkau keluar dari penjara.

Ketahuilah, ini adalah ketentuan Allah,
dan rindu kepadamu hidup dalam dadaku.

Aku berharap dapat melihatmu, memelukmu, bertemu denganmu.

Namun janji Allah itu benar,dan pertemuan kita di syurga lebih dekat daripada yang engkau sangka.



Aku berpesan kepada ibuku tercinta.
Wahai ibu, hidup tanpamu tiada makna.
Engkaulah doa yang tak pernah berhenti,
dan harapan yang tidak pernah mati.
Aku berdoa agar Allah menyembuhkanmu,
Aku sering bermimpi melihatmu kembali dari rawatan dengan senyuman di wajahmu.



Aku berpesan kepada adik-beradikku semua,
Reda Allah dan reda kalian adalah cita-citaku.
Aku berdoa agar Allah menggembirakan kamu semua,
dan menjadikan hidupmu seindah hati kamu yang lembut, yang selalu cuba aku bahagiakan.



Aku sering berkata:

“Kata-kata tidak akan mati, dan gambar tidak akan padam.”

Kerana kata-kata itu amanah, dan gambar itu mesej.
Sampaikanlah ia kepada dunia, sebagaimana kami telah menyampaikannya dahulu.



Jangan sangka bahawa kesyahidanku adalah pengakhiran.

Bahkan ia permulaan kepada jalan panjang menuju kebebasan.

Aku hanyalah penyampai sebuah risalah,risalah yang ingin aku sampaikan kepada dunia yang memejamkan mata, dan kepada mereka yang berdiam diri dari kebenaran.

Jika kamu mendengar berita tentangku, jangan tangisi aku. Kerana aku telah lama mendambakan saat ini,dan aku memohon kepada Allah agar mengurniakannya kepadaku. Segala puji bagi Allah yang memilihku untuk sesuatu yang aku cintai.



Kepada mereka yang pernah menyakiti, memfitnah, atau menuduhku dengan dusta, aku katakan,kini aku berangkat menemui Allah sebagai seorang syahid, insya-Allah.

Dan di sisi Allah, semua urusan akan diselesaikan dengan adil.



Aku berpesan tentang Palestin…

Berkenaan Masjid al-Aqsa. Cita-citaku ialah untuk menjejakkan kaki di halamannya, bersolat di dalamnya, dan menyentuh tanah sucinya.Jika aku tidak sampai kepadanya di dunia,aku memohon agar Allah menghimpunkan kita semua di sisinya, di SYURGA yang kekal abadi.



Ya Allah, terimalah aku dalam kalangan para syuhada’.
Ampunkanlah dosaku yang terdahulu dan yang terkemudian.

Jadikan darahku cahaya yang menerangi jalan kebebasan untuk bangsaku dan negeriku.

Maafkan aku jika ada kekurangan.

Doakan aku dengan rahmat dan keampunan,
kerana aku telah berpegang pada janji,
tidak berpaling, tidak berubah.

Wassalamu ‘alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Читать полностью…

🌼 Ukhuwah Fillah 🌼

Assalamualaikum.. shbat semua 💕

Читать полностью…

🌼 Ukhuwah Fillah 🌼

I survived with this zikr, how powerful it is🥹

‎رَبِّ إِنِّي لِمَا أَنزَلْتَ إِلَيَّ مِنْ خَيْرٍ فَقِير

"Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku sangat berhajat kpd sebarang rezeki pemberian yg Engkau berikan". [28:24]

#prayforPalestin

Читать полностью…

🌼 Ukhuwah Fillah 🌼

Doa untuk mohon rezeki & kebaikan yang datang dari arah tak disangka-sangka:

*اللّهُمّ ارزقني من حيثُ لا أحتسب*
Allahumma urzuqni min haythu la ahtasib

Maksud:
“Ya Allah, kurniakanlah aku rezeki dari arah yang tidak aku sangka-sangka.”

Amalkan dengan yakin, hati yang tenang & usaha berterusan. Rezeki Allah itu luas, kadang datang dalam bentuk yang tak terjangka. 🤲

#prayforPalestin

Читать полностью…

🌼 Ukhuwah Fillah 🌼

People don’t always say “I love you”
Sometimes it sounds like:
“Be safe.”
“Did you eat?”
“Call me when you’re home.”
“I made you this.” ✨❤

#besafe

Читать полностью…

🌼 Ukhuwah Fillah 🌼

1. Makin kita berumur, solat kita tak boleh lewat.

2. Makin kita berumur solat kita kena buat berjemaah.

3. Makin kita berumur solat kita kena lebih, solat sunat bertambah dan lebih banyak dari tahun yg sebelumnya.

4. Makin kita berumur, solat sunat Qabliyyah jangan tinggal.

5. Makin kita berumur solat sunat Qabliyyah dan Ba'diah zohor buat buat 4 rakaat.

5. Makin kita berumur, buat solat sunat witir sebelum tidur.

6. Makin kita berumur, solat sunat dhuha & tahajjud jangan tinggal.

7. Makin kita berumur, paling tidak khatam AL Quran 2 kali dalam setahun.

8. Makin kita berumur, ambil lah peluang puasa sunat seminggu sehari atau 2 hari.

9. Makin kita berumur, zikir kena banyak.

10. Makin kita berumur selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad saw kena banyak,
Makin kita berumur, akhlak kita kena jaga.

‎ اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ

Kredit: Ust. Shamsuri Hj Ahmad

#Alhamdulillah
#prayforPalestin🍉
#cnp

Читать полностью…

🌼 Ukhuwah Fillah 🌼

اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لاَ إِلهَ إِلاَّ أَنْتَ, خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ, وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ, أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ, أَبُوءُ (١) لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ, وَأَبُوءُ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي فَإِنَّهُ لا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلا أَنْتَ

Читать полностью…

🌼 Ukhuwah Fillah 🌼

Kelebihan Sayyidul Istighfar (Penghulu Istighfar)

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا تُوبُوا إِلَى اللَّـهِ تَوْبَةً نَّصُوحًا عَسَىٰ رَبُّكُمْ أَن يُكَفِّرَ عَنكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَيُدْخِلَكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ يَوْمَ لَا يُخْزِي اللَّـهُ النَّبِيَّ وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ ۖنُورُهُمْ يَسْعَىٰ بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَبِأَيْمَانِهِمْ يَقُولُونَ رَبَّنَا أَتْمِمْ لَنَا نُورَنَا وَاغْفِرْ لَنَا ۖ إِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan " Taubat Nasuha", mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba dalam gelap-gelita): "Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu" (At-Tahrim 66 : 8)


Antara zikir Rasulullah saw yang dibaca pada setiap pagi dan petang ialah sayyidul istighfar (penghulu istighfar) yang dijanjikan dengan syurga kepada sesiapa yang membacanya lalu dia meninggal pada hari itu sama ada pagi atau petang sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari.



Penghulu Istighfar

LAFAZ SAYYIDUL ISTIGHFAR :

اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّى لا إِلَهَ إِلا أَنْتَ ، خَلَقْتَنِى وَأَنَا عَبْدُكَ ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَىَّ ،وَأَبُوءُ بِذَنْبِى ، فَاغْفِرْ لِى ، فَإِنَّهُ لا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلا أَنْتَ ،

Maksudnya :

Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, Tiada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam gengganman-Mu dan di dalam perjanjian setia (beriman dan taat) kepada-Musekuat mampuku.

Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.



WAKTU DIBACA :

Selepas subuh dan selepas asar.

KELEBIHAN SESIAPA YANG MENGAMALKANNYA :

مَنْ قَالَهَا مِنَ النَّهَارِ مُوقِنًا بِهَا ، فَمَاتَ مِنْ يَوْمِهِ ، قَبْلَ أَنْ يُمْسِىَ ، فَهُوَ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ ، وَمَنْ قَالَهَا مِنَ اللَّيْلِ ، وَهُوَ مُوقِنٌ بِهَا ، فَمَاتَ قَبْلَ أَنْ يُصْبِحَ ، فَهُوَ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ )

Sesiapa yang mengucapkannya pada siang hari ( pagi) dengan penuh keyakinan dengannya lalu dia meninggal dunia pada hari tersebut sebelum petang maka dia dari kalangan ahli syurga. Dan sesiapa yang mengucapkannya pada waktu malam ( petang ) dengan penuh keyakinan dengannya lalu dia meninggal dunia maka dia dari kalangan ahli syurga. ( riwayat Imam al-Bukhari ).

Fadhilat membaca penghulu istighfar :

Dari Syaddad bin Aus ra. dari Rasulullah saw. bersabda: Penghulu istighfar ialah "Allahumma anta……". Sesiapa yang membacanya dengan penuh keimanan waktu petang dan mati pada malam itu, maka masuk syurga. Demikian juga siapa yang membacanya waktu pagi dan mati pada hari itu masuk syurga. (HR. Bukhari)

Terdapat banyak kelebihan istighfar jika amalan ini dilakukan secara istiqamah dan ikhlas semata-mata kerana Allah. Antara kelebihannya adalah:

1. Allah akan melapangkan dirinya dari segala kesusahan, dan melepaskannya daripada segala tekanan dan akan dikurniakan rezeki tanpa bisa dikira banyaknya.

2. Sesiapa yang beristighfar sebanyak 70 kali, nescaya Allah akan menghapuskan daripadanya sebanyak 700 dosa.

3. Sesiapa yang mengerjakan kejahatan, atau menganiayai dirinya, kemudian ia memohon ampun kepada Allah ,nescaya ia akan mendapati Tuhan itu Maha Pengampun, Maha Pengasihani.(Surah An Nisa' : 110)

4. Tuhan tidak akan menyiksa mereka, selama mereka beristigfar. (Al Anfal: 33)

Читать полностью…

🌼 Ukhuwah Fillah 🌼

Ada berita gembira, terselit jugak ujian dari Allah 🥹..

#fl🥹

Читать полностью…

🌼 Ukhuwah Fillah 🌼

Semoga bermanfaat 🥹

Читать полностью…

🌼 Ukhuwah Fillah 🌼

Selamat berbuka puasa sahabat 😍

Читать полностью…

🌼 Ukhuwah Fillah 🌼

*ADA SATU KISAH NYATA TENTANG SESEORANG YANG ADA DI GROUP INI*, *Tapi MAAF TIDAK SAYA SEBUT NAMANYA.*

Di setiap waktu, dia selalu mengucapkan dengan pelan:

*Allaahu Akbar*

Kemudian dia mengucapkan lagi,
*Laa ilaaha illallaah Muhammadar Rasuulullaah*.

Lalu dia ucapkan;
*Laa ilaaha illa anta subhaanaka inni kuntu minazh zhaalimiin*.

Lalu dia melanjutkan,
*Subhaanallaah walhamdulillaah walaa ilaaha illallaah wallaahu akbar*.

Lalu mengucapkan 3x kalimat ini,
*Subhaanallaahi wabihamdihii Subhaanallaahil azhiim*.
*Subhaanallaahi wabihamdihii Subhaanallaahil azhiim*.
*Subhaanallaahi wabihamdihii Subhaanallaahil azhiim*.

lalu dia beristighfar dgn membaca
*Astaghfirullaahal'azhiim wa atuubu ilaih*

*Astaghfirullaahal'azhiim wa atuubu ilaih*

*Astaghfirullaahal'azhiim wa atuubu ilaih.*

Dan terakhir ditutupnya dgn bershalawat,

*☼︎ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ☼︎*

Allaahumma shalli 'ala sayyidinaa Muhammad wa 'ala ali sayyidinaa Muhammad

*☼︎ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ☼︎*

Allaahumma shalli 'ala sayyidina Muhammad wa 'ala ali sayyidinaa Muhammad

*☼︎ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ☼︎*

Allaahumma shalli 'ala sayyidinaa Muhammad wa 'ala ali sayyidinaa Muhammad

Dengan membaca kalimat yang baik ini, dia telah diberi balasan pahala yg sangat besar oleh Allah Ta'ala.
Karena telah mengajak para pembaca utk berdzikir, beristighfar dan bershalawat.

Tahukah Anda?
Siapakah orang yg beruntung tersebut ?

*Orang tersebut adalah ANDA YANG SEDANG BACA ZIKIR INI 🤲💕*...!!!

*Masya Allah*...
kongsi dgn org lain.. moga mendapat pahala jariyah yang tak terhenti...🤲🤲🏻

#tarbiyahiman

Читать полностью…

🌼 Ukhuwah Fillah 🌼

Malam ini, malam Nisfu Syaaban malam doa diterima, jangan lepaskan peluang minta apa saja hajat kita. ❤️🤲

Beri tahu kepada semua orang-orang yang kita sayang.

Di sini dinyatakan kelebihan malam Nisfu Syaaban sebagaimana sabda Nabi SAW,

‎قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِذَا كَانَ لَيْلَةُ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَقُومُوا لَيْلَهَا وَصُومُوا نَهَارَهَا، فَإِنَّ اللهَ تَعَالَى يَنْزِلُ فِيهَا لِغُرُوبِ الشَّمْسِ إِلَى سَمَاءِ الدُّنْيَا فَيَقُولُ: أَلاَ مُسْـتَغْفِر فَأَغْفِر لَهُ، أَلاَ مَسْتَرْزق فَأَرْزُقهُ، أَلاَ مُبْتَلى فَأُعَافِيه، أَلاَ كَذَا، أَلاَ كَذَا حَتَّى يَطلعُ الفَجْر.

Yang bermaksud, Rasulullah saw telah bersabda: Apabila tiba malam Nisfu Syaaban maka kamu hidupkanlah malamnya dan kamu berpuasa di siang harinya, sesungguhnya Allah turun (hampir) padanya dari terbenam matahari ke langit dunia dan berfirman: Sekiranya terdapat orang yang memohon keampunan maka Aku ampunkannya, sekiranya terdapat orang yang meminta rezeki maka Aku beri rezeki kepadanya, sekiranya terdapat orang yang ditimpa bala maka Aku sejahterakannya, sekiranya begitu.. sekiranya begini.. sehinggalah terbitnya fajar.

(Riwayat Ibnu Majah)

Faedah Amalan pada Malam Nisfu Syaaban :

Disunatkan menghidupkan dan menghidupkan malam Nisfu Syaaban dengan beribadah seperti sembahyang sunat tasbih, baca Al-Quran, berzikir, selawat, dan berdoa dengan niat:

1. Panjang umur sihat wal’afiat dalam taat dan ibadah kepada Allah.

2. Selamat dari pada musibah, bala, penyakit, wabak penyakit.

3. Minta rezeki yang halal dan kaya hati dari sekalian makhluk dan mati dalam keadaan husnul khatimah baik kesudahan.

4. Dan sekurang-kurangnya pada malam Nisfu Syaaban beribadah dengan mengerjakan Solat Isyak berjamaah dan Solat Subuh berjamaah.

Semoga kita semua mendapat keberkatan dengan mengerjakan amalan di malam Nisfu Syaaban ini. Aamiin.. ✨🤲🏻

#nisfusyaaban
#copypaste
#sahabatduniaakhirat

Читать полностью…

🌼 Ukhuwah Fillah 🌼

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

Ujian Allah tidaklah seberapa kalau hendak dibandingkan dengan nikmat yang telah diberikan kepada kita

#copypaste

Читать полностью…

🌼 Ukhuwah Fillah 🌼

Saudaramu, syahid (insya-Allah)
Ṣāliḥ ‘Āmir Fu’ād al-Ja‘farāwī
📅 12 Oktober 2025

Ini adalah wasiat yang diminta untuk disebarkan oleh al-habib Ṣāliḥ setelah kesyahidannya.

Rujukan : Facebook Rasmi Saleh Al Jafarawi
Terjemahan untuk semua, jika ada kesilapan terbuka untuk pembetulan.

Penulisan Diperoleh oleh: PU Amin

#share
#prayforpalestine
#tarbiyahiman

Читать полностью…

🌼 Ukhuwah Fillah 🌼

Teruslah bersuara untuk P walau dunia makin bisu biar mereka kata kita mencari perhatian, biar mereka bosan melihat posting kita sekurangnya kita tak berpura2 seolah tiada apa berlaku

Kita ambil tahu tentang P bukan sebab ikut trend, tapi kerana di sanalah letaknya bumi para anbiya, kiblat pertama umat Islam, dan tempat perjuangan menegakkan maruah manusia,bila P dijajah itu bukan isu bangsa itu luka seluruh umat 💔🇵🇸

Setiap hari ada darah yang tumpah, setiap malam ada tangisan yang tak pernah berhenti tapi di tengah gelap itu, suara kita jadi cahaya kecil tapi bermakna

Jangan gentar pada cercaan tali barut yang mempertahankan penjajah,kebenaran tak perlukan ramai penyokong, hanya hati yang ikhlas dan tak gentar,selagi bumi P belum bebas, selagi itu kita akan terus menyebut namanya dengan penuh cinta dan doa
#FreeP #FromRiverToTheSea #StandWithG #JusticeForP

#credit page ilmu dan akhirat
#share
#tarbiyahiman

Читать полностью…

🌼 Ukhuwah Fillah 🌼

Sebelum masuk mana-mana hotel atau homestay bila travel, baca doa ni :

‎ أعوذُ بِكلماتِ اللهِ التَّامَّاتِ من شرِّ ما خَلقَ

‎Sabda Nabi : “ Barangsiapa yang membaca doa ini ketika menginap di suatu tempat, akan terhindar dari kecelakaan hingga meninggalkan tempat tersebut ”

‎H.R. Muslim

#cnp
#prayforPalestin
#Alhamdulillah

Читать полностью…

🌼 Ukhuwah Fillah 🌼

DOA MOHON KHABAR GEMBIRA

‎اللَّهُمَّ خَيرًا فِي كُلِ أَمْرٍ أَنْتَظِرُهُ

Allahumma khairan fii kulli amri antadziruhu

"Ya Allah, berikanlah yang terbaik dalam segala hal yang ku tunggu"

#prayforPalestin

Читать полностью…

🌼 Ukhuwah Fillah 🌼

PETUA MERAWAT SAKIT BUAH PINGGANG:

Petua Merawat Sakit Buah Pinggang
(Tip dan Rawatan Tradisional)

Petua atau tip ni saya ambil dari sepupu
yang tinggal di Muar, Johor. Dia mengalamai
komplikasi ni semasa umur awal 20 tahun
kalau tak silap saya, lebih kurang 10 tahun
dulu. Dia boleh dikatakan di tahap kritikal
terpaksa kena buat pembedahan untuk
buang buah pinggang. Tempoh lagi 2 minggu
untuk buat operation di hospital.

✨Tombong Kelapa
Datuknya [kini arwah] bagi tombong kelapa
[bila belah buah kelapa tua ada anak biji
di dalamnya] dan minum air perahannya.
Pesan datuknya amalkan sehingga 2 minggu
setiap pagi. Sepupu saya amalkan selama 2
minggu sebelum operation. Tiap-tiap pagi dia
minum air tombong kelapa dan makan 2-3
biji tombong kelapa sekali [bukan isi kelapa -
jangan tersilap].

Sampai masa untuk tarikh operation, doktor
sahkan penyakit buah pinggang tidak ada
lagi selepas buat pemeriksaan. So, insyaAllah
jika pembaca/blogger atau bagi tau
kawan-kawan suruh amalkan tip ni. Tapi make
SUre sebelum buat pembedahan.

Alhamdulillah sepupu saya masih sihat
sehingga sekarang.
Sebenarnya tip ni orang-orang duluU-dulu
amalkan.

🌿Cara-Cara Rawatan Dengan Air Tombong Kelapa
🍁1. Ambil tombong atau dalam bahasa Jawa
dipanggil 'Kentos Kelapa' tidak kira berapa
biji setiap pagi. 2 atau 4 biji tombong kelapa
SUdah cukup.

🍁2. Perah airnya dan minum dan dimakan
tombong macam biasa pun boleh.

🍁3. Saiz tombong tidak kisah besar atau
kecil, tapi seboleh-bolehnya yang ada air di
dalamnya.

🍁4. Jika orang Islam, baca selawat ke atas
Nabi Muhammad SAW 3 kali sebelum minum
airnya atau makan.

🍁5. Amalkan sehingga 7 -14 hari.
Mudah-mudahan sembuh. InsyaAllah.

[Pastikan amal setiap pagi].
Petua Untuk Kesihatan
Kongsikan agar bermanfaat bersama .. In
Shaa Allah

@cnp
@tarbiahiman

Читать полностью…

🌼 Ukhuwah Fillah 🌼

"Sabr means Success"

Whatever the situation is, no matter how the situation is, always have sabr. If anybody hurts you, attacks on your weakness, Just have sabr Remember Sabr and Silence brings you Success!❤️

#Alhamdulillah
#prayforPalestin
#cnp

Читать полностью…

🌼 Ukhuwah Fillah 🌼

Sayyidul Istighfar 🤍

Читать полностью…

🌼 Ukhuwah Fillah 🌼

5. Mendekatkan diri kepada Allah dan mendapat keberkatan dan melorong jalan untuk menuju kepada segala macam kebajikan sama ada di dunia atau di akhirat .

6. Mengurniakan pemberian yang baik kepadanya sehingga ke waktu yang ditentukan ( Surah Hud : Ayat 3) (Imam Habib Abdullah Haddad, 1981 : 232-235)

Seperti amalan selawat, amalan istighfar yang dilakukan secara berterusan juga akan membersihkan hati yang penuh dengan zulmah hawa nafsu dan secara tidak langsung menyelesaikan kemelut hati dan kehidupan. Contohnya istighfar telah menyelesaikan kemelut Nabi Yunus A.S apabila baginda ditelan oleh ikan Nun . Nabi Yunus A.S dicampakkan oleh Allah Taala ke dalam laut kerana baginda masih ada ajalat (sifat-sifat mendahului qodo' Tuhan). Allah Taala memelihara nabiNya daripada sifat-sifat ajalat ini dengan membenarkan ikan Nun menelan Nabi Yunus A.S. Nabi Yunus A.S beristighfar untuk memohon keampunan daripada Allah Taala iaitu :

Ertinya: 'Tiada Tuhan melainkan Engkau, maha suci Engkau, sesungguhnya aku daripada golongan orang yang menzalimi dirinya.'(Surah Al Qalam : 87)

Sel-sel nabi Yunus yang maksum kemudiannya dibersihkan daripada sifat-sifat ajalat. Selepas itu barulah doanya diperkenankan oleh Allah Taala.

Nabi Muhammad SAW yang maksum juga sentiasa beristighfar iaitu sebanyak 70 kali sehari. Istighfar Nabi Muhammad SAW adalah untuk memperakui kehambaannya kepada Allah Taala dan membersihkan segala sel-selnya daripada segala rasa 'Ada Diri' atau 'Rasa Keakuan'.

Sesungguhnya, istighfar adalah pernyataan kehambaan kita kepada Allah Taala yang sangat tinggi nilainya. Dengan wujudnya rasa kehambaan ini akan terhakislah segala bisikan-bisikan nafsu Ammarah dan Lawwamah di hati dan fikiran kita InsyaAllah..

Alangkah ruginya kita, jka amalan yang amat mudah tapi dijanjikan dengan syurga pun masih kita tidak amalkan. Semoga Allah memberi kekuatan agar kita mampu mengamalkannya.

Sumber : Ustaz

@tarbiyahiman

Читать полностью…

🌼 Ukhuwah Fillah 🌼

Smoga kita semua tak terikut2 trend menari mcm ni... 😢😥😥

Читать полностью…

🌼 Ukhuwah Fillah 🌼

“Tidak berlaku kiamat sehinggalah orang-orang Yahudi dibunuh sehinggakan mereka berlindung di balik-balik batu…dan batu itu menyatakan, ‘Wahai Muslim, di belakang aku ialah Yahudi. Maka bunuhlah ia’

– Hadis Nabi SAW.”

Читать полностью…

🌼 Ukhuwah Fillah 🌼

Tazkirah Pendek ..

Ibadah puasa adalah ibadah yang perlu dilakukan dengan kesabaran. Allah menjanjikan ganjaran pahala yang tidak terbatas kepada orang-orang yang bersabar. FirmanNya dalam Surah Al-Zumar ayat 10, yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang-orang yang bersabar akan disempurnakan (ganjaran) pahala mereka tanpa batas”.

#cnp
#tarbiyahiman
#lailatulqadar
#savepalestine

Читать полностью…

🌼 Ukhuwah Fillah 🌼

Peristiwa Nuzul Al-Quran ini berlaku pada malam Jumaat 17 Ramadhan, berdasarkan pandangan sesetengah ahli sejarah Islam.
Ketika berlakunya peristiwa agung ini, junjungan besar kita Nabi Muhammad berusia 41 tahun dan sedang beribadat di dalam Gua Hira.

#ramadan2025

Читать полностью…

🌼 Ukhuwah Fillah 🌼

Ramai tak tahu. Dalam bulan Syaaban inilah Qiblat bertukar dari Baitul Maqdis ke Kaabah. Allah nak tengok siapa benar-benar ikut perintah-Nya, siapa yang masih terikat dengan kebiasaan lama.

"Kami tidak menjadikan kiblat yang dahulu itu melainkan untuk mengetahui siapa yang mengikuti Rasul dan siapa yang berbalik ke belakang..." (Surah Al-Baqarah: 143)

Sama macam hidup kita. Kadang-kadang kita diuji dengan perubahan, tapi kita takut nak keluar dari zon selesa. Kita lebih selesa dengan kebiasaan, walaupun kita tahu ada jalan yang lebih baik.

Selamat bernisfu Syaaban.

Читать полностью…

🌼 Ukhuwah Fillah 🌼

Malam ni jgn lupa berdoa ya shabat2 semua.

#nisfusyaaban
#sahabat

Читать полностью…

🌼 Ukhuwah Fillah 🌼

Selawat Masyisyiyah
Selawat mudah untuk bersalin.. ❤️

Читать полностью…
Subscribe to a channel